Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

26 October 2015

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI ANTARABANGSA)

ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 4 (ANTARABANGSA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 4
1
MRSM
Faktor tarikh minat pelajar luar negara belajar di negara ini.
2
SBP
Pendatang asing timbulkan pelbagai masalah
3
Kedah
Kesan negatif pemerdagangan manusia
4
Perlis
Pelaburan asing sumber pembangunan sesebuah negara.
5
Perak
Kerjasama Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia.
6
Pulau Pinang
Kerjasama antara negara meningkatkan industri pelancongan.
7
Melaka
Masalah pendatang asing.
8
Negeri Sembilan
Keamanan dunia – Peranan negara anggota PBB.
9
Johor
Penglihatan Malaysia dalam pelbagai bidang menaikkan nama di peringkat antarabangsa.
10
Kelantan
Tenaga kerja berkemahiran
11
Terengganu
Manfaat kerjasama Malaysia dengan negara lain.
12
Pahang
Kesan keganasan antarabangsa kepada masyarakat dunia.
13
YIK
Impak buruk negara yang mengalami perubahan iklim.
14.
Sabah
Faktor dan usaha - Jenayah siber
15
Sarawak
Langkah bantu negara yang alami bencana alam.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membuka cawangan di negara kita. Huraikan kesan pembukaan IPTS di negara kita.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Pendidikan – kekayaan yang tidak dapat dijual beli – kerajaan mementingkan pendidikan negara – meluluskan pembinaan Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) – universiti bertaraf antarabangsa membuka cawangan di Malaysia – Australia, Amerika, Britain – membawa pelbagai kesan kepada negara kita

ISI PENTING
1. meningkatkan kualiti pendidikan negara – membawa masuk tenaga pengajar yang berkualiti dan bertauliah – mempunyai pengalaman luas yang boleh dikongsi bersama rakyat Malaysia – generasi muda kini sangat bertuah – diajar oleh pensyarah yang berkelayakan tinggi – meningkatkan ilmu dan kualiti pendidikan sedia ada

2. menarik kedatangan penuntut di rantau Asia – membawa masuk pelajar asing yang ingin melanjutkan pelajaran – membawa masuk pendapatan sampingan kepada negara dan rakyat – membeli barangan buatan Malaysia – menyewa di rumah penduduk tempatan – membawa faedah kepada bidang ekonomi – bersaing dengan negara maju yang lain

3. banyak tenaga mahir dan profesional dapat dilahirkan – tidak perlu ke luar negara – modal insan kekal di negara sendiri – menjimatkan wang perbelanjaan pendidikan – mendapat ijazah daripada universiti yang bertaraf dunia – ibu bapa tidak perlu berjauhan dengan anak mereka – usaha serampang dua mata ini juga memanfaatkan negara – bekerja di negara sendiri selepas tamat belajar

4. rakyat tempatan dapat mengenali kebudayaan penuntut antarabangsa – berpeluang untuk berkenalan dengan pelajar dari seluruh dunia – mengetahui budaya mereka dan adat resam mereka – hidup harmoni sambil beramah mesra – menjadikan mereka hidup aman dan diterima oleh rakyat – mesra pelajar asing – tidak memulaukan mereka – menghidupkan semangat hidup serumpun yang harmoni

PENUTUP
Penubuhan IPTS – wajar digalakkan – membawa kesan yang baik – memastikan pelajar antarabangsa tidak menyalahgunakan pas pelajar untuk tujuan jenayah – menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan utama – Malaysia Boleh! – bidang pendidikan terus menjadi pemangkin pembangunan negara yang utama – melakar sejarah pendidikan yang tersendiri

(KBAT)
Kejayaan atlet Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu melonjakkan nama negara dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Sukan – bidang yang penting kepada negara – pelaburan negara dalam bidang sukan bukan sedikit jumlahnya – berbilion-bilion ringgit dilaburkan dalam pembinaan prasarana sukan – melahirkan atlet yang mampu melonjakkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa
ISI PENTING
1. Dalam bidang badminton – Malaysia antara jaguh utama dunia – pernah meraih Piala Thomas – mengharumkan nama Malaysia – Misbun Sidek, Jalani Sidek, Rashid Sidek adalah antara nama besar pada zaman kegemilangan mereka – Datuk Lee Chong Wei – harapan utama negara – meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik

2. Dalam sukan skuasy – Malaysia memiliki puteri yang tersendiri – Datuk Nicol Ann David pemenang Piala Skuasy Dunia sebanyak 11 kali – melonjakkan nama Malayisa – memegang rekod juara dunia terbanyak – banyak berkorban demi negara – tinggal dan berlatih di luar negara – berjaya melakarkan nama negara di pentas dunia

3. Malaysia – juga ada juara yang hebat dalam bidang sukan akuatik – Pandalela Renong, gadis daripada Masyarakat Orang Asli di Sarawak – berpisah daripada keluarga – menempa nama dengan kejayaan hebat – mendapat pingat gangsa dalam Sukan Olimpik – menjadi harapan negara kecil seperti Malaysia – mencapai kejayaan lebih gemilang

4. Pasukan hoki kebangsaan Malaysia – pernah melonjakkan nama negara di pentas dunia – merangkul pingat emas dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel – memiliki barisan pemain yang profesional dan digeruni – berani mengasak dan bersaing dengan jaguh hoki dunia dari Pakistan dan India – menempa nama tersendiri dalam bidang sukan hoki
PENUTUP
Atlet Malaysia – ada kehebatan tersendiri – berjaya atas nama usaha dan pengorbanan – tidak berputus ada walaupun pernah menghadapi kegagalan – berani berjuang demi nama Malaysia – menggalas tanggungjawab negara – melonjakkan bidang sukan Malaysia – menjadi idola rakyat Malaysia – bersemangat “Malaysia Boleh” –berjaya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
(KBAT)
Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.
[100 markah]

PENDAHULUAN
Rantau Asia – antara rantau paling “hidup” dan “bernyawa” – banyak bidang yang sedang mengalami pembangunan pesat – bidang pelancongan menjadi nadi kehidupan penduduk rantau ini – negara-negara Asia – bergantung pada kerjasama antara negara di sini – menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama
ISI PENTING
1. Pemimpin negara serantau perlu mengadakan persidangan – rundingan meja bulat untuk membincangkan keperluan dan kemaslahatan industri pelancongan – merangka dasar pelancongan serantau – menghapuskan penggunaan visa – menarik pelancong asing – melawat di Asia – menguntungkan negara yang terlibat

2. Kerjasama dari segi kemahiran memajukan pelancongan perlu dijalankan – mengadakan perbincangan tentang produk pelancongan – memastikan setiap negara yang terlibat memiliki produk istimewa – menampilkan keunikan dan kelainan – mengelakkan konflik tarikan pelancong – meningkatkan pendapatan negara – memajukan negara

3. Perkongsian ilmu – perlu dijalankan di rantau Asia – ilmu pemanduan pelancongan – ilmu promosi pelancongan – ilmu pemasaran produk pelancongan – menarik perhatian pelancong – membeli pakej pelancongan melalui laman web pelancongan serantau – keuntungan sama dibahagikan – pendapatan negara yang utama

4. Ejen pelancongan serantau – memiliki portal pelancongan tersendiri – menjadi pusat pengumpulan data pelancong – berguna untuk tujuan promosi – memudahkan penyebaran maklumat kepada pelancong – memiliki sistem yang mesra pelanggan – mengutamakan kemudahan pelancong – memilih Asia sebagai destinasi pelancongan yang utama
PENUTUP
Industri pelancongan – sumber pendapatan utama negara – mesti dimajukan dengan sedaya upaya – menjenamakan Asia sebagai destinasi pelancongan termasyhur – pasti dapat meningkatkan ekonomi negara – peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas – di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya – sama-sama berusaha membentuk kerjasama – pelancongan ialah sumber pendapatan utama

No comments: