Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

31 March 2016

RAMALAN SPM 2016 - KESALAHAN ISTILAH DAN BAHASA

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

RAMALAN 1
(i) Kakak suka makan asam laksa yang dibeli daripada penjual makanan di tepi jalan.
(ii) Isteri orang kaya itu suka mengikat sanggul oleh kerana rambutnya panjang
(iii) Puan Roosezah memperluaskan ruang tamu dengan khidmat seorang konduktor dari
Indonesia.
[6 markah]

RAMALAN 2
(i) Sempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, koleksi setem-setem istimewa
yang bertemakan Raja-raja Melayu telah dilancarkan oleh Pos Malaysia.
(ii) Ayah menggunakan cermin mata demi untuk membaca surat khabar dan makalah
yang dibelinya dari kedai.
(iii) Adik acap kali menghadiri temu duga dengan pakar psikiatri apabila mendapat surat
dari Hospital Kuala Lumpur sejak kemurungan dua tahun yang lalu.
[6 markah]

RAMALAN 3
(i) Kajol mengenakan sehelai seluar jean yang berwarna hijau daun sewaktu
merakamkan video klip dengan Shah Rukh Khan.
(ii) Ayah yang menunggu adik di perhentian bas selama satu suku jam semakin lama
semakin bimbang akan keselesaan anak emasnya itu.
(iii) Goreng kuetiau yang dijual di gerai itu menjadi tumpuan pelancong setelah artikel
berkaitan dengannya disiarkan dalam media masa.
[6 markah]

RAMALAN 4
(i) Pekerja di syarikat itu mendapat ganjaran daripada pihak majikan atas keuntungan
berganda yang diperoleh dalam fasa kedua suku pertama tahun ini.
(ii) Irdina ingin menternak kucing-kucing yang comel di dalam rumah walaupun
keinginannya itu emaknya larang.
(iii) Bas sekolah yang terjerumus ke dalam gaung itu mengorbankan beberapa orang
murid-murid sekolah.
[6 markah]

RAMALAN 5
(i) Anggaran cuaca pada hari ini dibaca oleh seorang penyampai berita yang berkebaya
sutera batik.
(ii) Unit Pencemar Udara (IPU) di beberapa buah daerah dicatatkan amat berbahaya
sangat sehingga sekolah-sekolah di kawasan tersebut ditutup selama dua hari.
(iii) Guru cemerlang itu mengajarkan tatabahasa Melayu kepada murid-muridnya
menggunakan pelbagai multimedia sepertimana digalakkan dalam konsep
pembelajaran alaf ke-21.
[6 markah]

RAMALAN 6
(i) Setengah-tengah manusia tidak dapat mengawal hawa nafas sehingga terlanjur
dalam perbuatan.
(ii) Kerosakan penghawa dingin di bilik guru menyebabkan kebanyakan guru bukan
berasa selesa.
(iii) Muslimah yang bersongkok dan berbaju Melayu itu tampak kemas dan bergaya di
hari raya.
[6 markah]

RAMALAN 7
(i) Pasangan artis yang bersanding di Masjid Kuala Lumpur itu bapa pengantin
perempuan walikan serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
(ii) Pegawai eksklusif syarikat telekomunikasi itu ditangkap oleh pihak berkuasa kerana
beliau terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran.
(iii) Kotak suara ibu rosak setelah ditumbuk oleh seangkatan perompak yang memecah
masuk ke dalam rumah kami pada minggu yang lalu.
[6 markah]

RAMALAN 8
(i) Pelajar universiti yang muda itu menonton motosikalnya yang rosak daripada
tempat parkir kereta sehingga ke bengkel motosikal.
(ii) Ibu bapa saya menganugerahkan wang kepada rumah anak yatim dan golongan
fakir miskin yang hidup dalam kekurangan.
(iii) Upacara pelantikan Sultan Selangor yang sedang berlangsung di Istana Alam Shah,
Klang disiarkan secara langsung kepada seluruh negara.
[6 markah]

RAMALAN 9
(i) Pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengumumkan bahawa takrif
air di negeri Selangor akan dinaikkan daripada dua sen ke lapan sen seribu mililiter
padu.
(ii) Menteri Kerja Raya melakukan kunjungan kerja ke tapak bangunan lama-lama
dalam bandar raya Melaka yang akan dibaik pulih menjadi destinasi pelancongan.
(iii) Pihak berkuasa Australia gagal mencari bekas hitam pesawat MH370 yang
terhempas di Lautan Hindi sebab cuaca pada waktu itu buruk.
[6 markah]

Anda ingin mendapatkan jawapannya?
Hantarkan e-mel kepada saya melalui cikgutancl@hotmail.com


(RAMALAN SPM 2016) KESALAHAAN EJAAN DAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Ahli jawatankuasa pentadbir pelabuhan akan menyediakan insentif kepada kuarter-master
yang akan mengemudi kapal dan memastikan kerja-kerja rutin kapal di pelabuhan
dilaksanakan.
2. Ibu membelikan dua biji nanas sarawak daripada penjaja buah-buahan yang baik hati lalu
menyedekahkannya kepada segala fakir dan miskin.
3. Ayah menghantarkan adik-adik saya ke maderasyah untuk menyaksikan acara tilawah al-
Quran oleh anak-anak muda di astaka.
4. Ibu bapa saya akan melancong ke Ferancis pada hujung tahun ini dengan ipar-duai mereka
untuk melihat megah menara Eiffel.
5. Guru sains itu menerang bahawa internet membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia
berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
6. Wusyu ialah seni mempertahankan diri orang Cina yang kurang masyhur pada zaman dahulu
kala berbanding dengan kungfu yang mengandungi unsur judo dan karate.
7. Masalah murung dikenal pasti sebagai perasaan sedih, masygul, dan pilu yang dialami oleh
seseorang daripada tekanan dan kenangan pahit.
8. Mak cik saya berduka cita apabila berfikirkan ikan kering yang dijemurnya masih lembap
kerana musim tengkujuh belum berlalu.
9. Ibu saya terlalu percaya akan ejen yang mempromosikan sebarangan dapur itu kerana dia
yakin bahawa agensi besar itu tidak akan menipu pelangannya.
10. Ayah menasihatkan ibu agar berjimat-cermat dalam perbelanjaannya kerana Hari Raya
Aidilfitri pada tahun ini mungkin disambut secara sederhana lantaran kemelesetan ekonomi.
11. Seseorang guru haruslah gigih menimba ilmu agar dapat memperkekal proffessionalisme
mereka sebagai pendidik demi menghadapi cabaran pada alaf baharu.
12. Sanak-saudara saya akan mengunjungi ke rumah saya pada bulan Mac ini untuk menyaksikan
pertunangan kakak dengan seorang lelaki Melayu yang memiliki stail keinggerisan.
13. Semangat antipenjajah masih dapat merasakan oleh rakyat tempatan selepas penjajahan
koloniel kerana mereka bukan sahaja menyaksikan pertumpahan darah, tetapi juga kematian
ahli keluarga.
14. Kuih baulu, nasi impit dan serondeng ialah makanan wajib keluarga kami sewaktu sambut Hari
Raya Puasa di kampung.
15. Kakak membelikan sebungkus kueytiao goreng dan lima bungkus mi goreng mamak dari gerai
yang terletak di hujung jalan besar itu.
16. Diktator yang gila akan kuasa muthlak itu mengkehendaki semua orang menghormatinya dan
menumpahkan taat setia kepadanya.
17. Wanita dari India itu menjaja tanpa lesen dengan menjual wade, tosei, donat, karipap, dan
kuih kaswi yang manis dan sedap.
18. Rasberi, bilberi, ceri, strawberi ialah buah-buah import yang semakin hari semakin popular
dalam kalangan penduduk Malaysia.
19. Pakar perubatan di hospital swasta itu sedang mengx-ray pesakit kanak-kanak yang disyaki
bersakit leukemia.
20. Kegiatan gengsterisme dan vandalisme acapkali dilaporkan oleh media cetak dan media elektronik kerana kerajaan mahu rakyat berkerjasama membanterasnya.

Anda ingin akan jawabannya?
Hantar e-mel kepada saya pada alamat: cikgutancl@hotmail.com

26 March 2016

PERIBAHASA PT3

- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- Bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat
- Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
- Bulat air oleh pembetung, bulat kata oleh muafakat
- Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Yang manakah senarai peribahasa di atas yang tepat dan boleh diterima?

Saya berpendapat bahawa jawapan peribahasa di atas sesuai dengan permintaan soalan PT3 2015. Yang pernah memiliki skema jawapan tersebut, mohon kongsikan jawapan tersebut jika tidak keberatan. Dengan pendekatan ini, kita dapat mengetahui keterimaan Lembaga Peperiksaan Malaysia terhadap peribahasa tersebut. Jika semua peribahasa di atas diterima, saya amat berterima kasih kepada Lembaga peperiksaan Malaysia kerana konsep keterbukaan dari segi penerimaan skema jawapan peribahasa. Usaha ini dapat membantu guru mendapat pencerahan tentang peribahasa yang boleh diterima dan peribahasa yang tidak boleh diterima. 

Pada pendapat saya, peribahasa Melayu dicipta oleh leluhur kita tetapi mengalami pembaikan dan pemurnian daripada generasi kepada generasi dan dari zaman ke zaman. Perubahan demi perubahan inilah yang menyebabkan satu peribahasa memiliki pelbagai bentuk tulisannya. Keadaan ini menunjukkan variasi kata dalam bahasa Melayu yang semakin hari semakin berkembang dan akar maknanya masih berdiri kukuh meskipun bentuk tulisan peribahasa itu mengalami perubahan. Demi mahabbah terhadap ilmu dan bahasa Melayu, kita harus terus mengembangkan cabang bahasa dan kata demi menghadapi persaingan daripada bahasa-bahasa lain. Dengan persaingan yang sihat inilah sesuatu bahasa itu, termasuk bahasa Melayu mendapat perhatian atawa pemerhatian penghuni buana indah ini. Kesarwajagatan konsep peribahasa ini bukan sahaja memperindah bahasa Melayu, tetapi memperkukuh kewujudannya di pentas dunia. 

Sebagai akhirul kalam, saya terima senarai peribahasa di atas. Hal ini dikatakan demikian kerana senarai ini saya peroleh daripada carian dan kajian dalam buku teks sekolah rendah, sekolah menengah, buku-buku keluaran DBP, serta PRPM.

21 March 2016

INFORMASI BAHASA - IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT “TUNA”

INFORMASI BAHASA
IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT “TUNA”

Awalan tuna- ialah awalan yang tidak popular dalam kalangan pengguna bahasa di Malaysia tetapi popular dan lazim di Indonesia. Dari segi makna, imbuhan ini menerbitkan kata nama yang membawa pengertian “tiada” atau “tidak mempunyai”.
Contohnya,

tuna + anggota = tunaanggota

tuna + kerna = tunakerna (Kamus Dewan)
*tunakarna (muka surat 306, Tatabahasa Dewan)

tuna + netra = tunanetra
tuna + wisma = tunawisma
tuna + susila = tunasusila
tuna + tertib = tunatertib

tuna + wicara = tunawicara

5 March 2016

INFORMASI BAHASA - IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT “SWA”

INFORMASI BAHASA
IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT “SWA”

Awalan swa- ialah awalan yang agak produktif tetapi tidak popular dalam kalangan pengguna bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana imbuhan ini menerbitkan banyak kata nama yang membawa pengertian “sendiri”. Contohnya,

swa + daya = swadaya
swa + desi = swadesi
swa + karya = swakarya
swa + layan = swalayan
swa + praja = swapraja
swa + sambada = swasambada
swa + senyawa = swasenyawa
swa + sraya = swasraya
swa + asta = swasta
swa + trantra = swatantra
swa + tenaga = swatenaga

Guru-guru bolehlah meminta murid mencari maksud istilah di atas, kemudian mengarahkan mereka membina ayat dengan perkataan berimbuhan awalan asing swa- di atas.

INFORMASI BAHASA - IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT “PRA”

INFORMASI BAHASA
IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT “PRA”

Awalan pra- ialah awalan yang produktif. Hal ini dikatakan demikian kerana imbuhan ini menerbitkan banyak kata nama yang membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu kata yang mengikutinya. Contohnya:

pra + akhir = praakhir
pra + anggapan = praanggapan
pra + bayar = prabayar
pra + cetak = pracetak
pra + cukai = pracukai
pra + haid = prahaid
pra + kata = prakata
pra + masa = pramasa
pra + matang = pramatang
pra + moden = pramoden
pra + sangka = prasangka
pra + saran = prasaran
pra + sarana = prasarana
pra + sarjana = prasarjana
pra + sejarah = prasejarah
pra + sekolah = prasekolah
pra + setia = prasetia
pra + siswazah = prasiswazah
pra + sunting = prasunting
pra + syarat = prasyarat
pra + tonton = pratonton
pra + universiti = prauniversiti
pra + usul = prausul
pra + wacana = prawacana

Harus diingat, imbuhan pinjaman pra- tidak sama dengan imbuhan pinjaman pro-. Hal ini dikatakan demikian kerana imbuhan pro- membawa maksud bersetuju dengan, menyebelahi, atau menyokong. Oleh sebab itu, kesilapan berikut perlu dielakkan.

pra-Malaysia (salah)
pro-Malaysia (betul)

pra-Amerika (salah)
pro-Amerika (betul)

Kita akan membincangkan imbuhan pinjaman pro- dalam informasi bahasa yang akan datang.

Bunga telepuk kembang semerbak,    
   Kembang bersusun setiap batang;
Awan bertepuk mega bersorak,      
   Bulan terbit dipagari bintang.

Janganlah kita tertunggu-tunggu atawa termalu-malu untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan gramatis. Dengan ilmu bahasa yang ada pada diri kita, saya yakin bahawa kita akan lebih berkeyakinan untuk memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.