Ayat aktif --> ayat pasif
Soalan :
Azura telah menghasilkan beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016.
Jawapan skema :
Beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016.
SOALAN SAYA:
Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura.
Atau:
Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura.
Adakah KEDUA-DUA jawapan dapat diterima?
JAWAPAN CIKGU TAN:
Azura telah menghasilkan beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016. (ayat bersusunan biasa)
Beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016. (ayat pasif biasa)
Untuk menyongsangkannnya, kita harus mengenal pasti pecahan bahagian daripada ayt tersebut.
Beberapa buat novel - 1
telah dihasilkan oleh Azura - 2
antara tahun 2010 hingga 2016 - 3
Gunakan formula 321,312,231,213
321 = Antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura beberapa buah novel.
312 = Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura
213 = Telah dihasilkan oleh Azura beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016.
231 = Telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel.
Lihat ayat jawapan murid yang diberikan oleh Cikgu Al Humaira seperti berikut:
(1) Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura.
(2) Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura
Ayat 1 = formulanya 132
Ayat 2 = formulanya 312.
Maka, ayat 1 yang bersusunan 132 tidak menepati ayat pasif bersusunan songsang kerana objek masih ada di pangkal ayat. Selain itu, bahagian "Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016" sudah membawa maksud yang salah seolah-olah "antara tahun 2010 hingga 2016" menjadi judul kepada novel yang ditulis oleh Azura.
KESIMPULAN:
Ayat 1: ❌
Ayat 2: ✅
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
30 May 2017
28 May 2017
LATIHAN RUMUSAN SPM
Yang ingin mendapatkan skema jawpaan, sila tinggalkan alamat e-mel anda di ruang komen di bawah. Selamat Mencuba!
LATIHAN RUMUSAN SPM (1/2017)
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
satu rumusan tentang manfaat pemakanan petai kepada kesihatan
dan usaha-usaha untuk mempopularkan amalan
pemakanan petai. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus
memikirkan bau nafas yang kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh
itu, berkemungkinan besar ada yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu
makanan pada siang hari ketika waktu bekerja. Petai merupakan sejenis tanaman
yang berasal dari negara tropika, seperti di negara kita Malaysia dan juga
Indonesia. Dengan nama saintifik parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di
sebalik ketidakenakan bau nafas, sebenarnya petai sejenis ulam yang banyak
memberikan manfaat kesihatan kepada kita.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan,
petai ialah sumber gizi penting terhadap kesihatan
manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah
petai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah sumber gula
semula jadi yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya.
Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada buah
epal. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia. Petai
memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi
stres dan depresi yang kita alami. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya
berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa
belajar.
Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri
petai yang rendah garam mampu menstabilkan degupan
jantung sekali gus mengurangkan penyakit kardiovaskular. Tekanan darah yang
terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit jantung
dan merendahkan risiko gejala strok di samping mengurangkan masalah migrain.
Dalam jurnal perubatan baharu edaran The New England Journal of
Medicine, hasil penelitian turut mengatakan bahawa pemakanan petai
secara teratur mampu melancarkan sistem pencernaan
dalam usus. Serat yang
banyak terkandung dalam petai berguna melancarkan
proses penghadaman dan perkumuhan. Bagi yang sering mengalami gangguan
pencernaan seperti sembelit, pemakanan petai akan dapat membantu mengurangkan
penderitaan sembelit. Dengan amalan pemakanan petai, toksin tubuh yang mengganggu kesihatan
dapat diatasi segera.
Petai juga memiliki manfaat yang pelbagai. Kementerian
Kesihatan Malaysia harus menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal
pasti khasiat petai kepada kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana
khasiat dalam petai yang mudah dicari di Malaysia mampu memberikan impak baharu
kepada bidang perubatan tradisional. Amalan pemakanan yang sihat mampu
memberikan nikmat kesihatan yang baik dan menyejahterakan kehidupan manusia.
(Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Khasiat Petai kepada Manusia
dalam blog akademik www.cikgutancl.blog.spot.com)
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata toksin tubuh.
[2 markah]
(ii)
Pengarang
mengemukakan beberapa kebaikan daripada penjagaan
tekanan darah. Nyatakan kebaikan-kebaikantersebut.
[3 markah]
(iii)
Anak-anak
kecil kurang meminati makanan tradisional seperti petai, jering, ulam-ulaman,
dan herba dalam amalan pemakanan mereka.
Pada pendapat anda, apakah peranan
ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan makanan
tradisional?
[4 markah]
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
satu rumusan tentang punca-punca
kerancuan bahasa berlaku dalam
kalangan pengguna bahasa Melayu dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Perkara 152 dalam
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan di Malaysia, dipelajari oleh
murid, dan dikembangkan oleh rakyat sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadamkan kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya Perkara 152
hendak dipinda. Walau bagaimanapun, kerancuan bahasa yang berlaku di negara
kita makin hari makin mendukacitakan.
Dalam kajian bahasa yang dilakukan
terhadap pengguna bahasa Melayu di Malaysia, kesalahan ejaan dan bahasa
daripada sari kata dalam siaran televisyen telah menjadi punca utama kerancuan
bahasa berlaku. Pada masa yang sama, ketaasuban pengguna bahasa terhadap bahasa
Inggeris juga mengeruhkan keadaan. Maklumlah, ibu bapa pada zaman ini semakin
lama semakin mengagung-agungkan bahasa Inggeris daripada bahasa kebangsaan
kita. Mereka yang kekurangan ilmu dan pengetahuan tentang bahasa Melayu juga
mengeruhkan keadaan yang sudah parah menanti retak. Dalam era penjajahan bahasa
asing ini, pengguna bahasa semakin tidak berminat untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Melayu.
Di sebalik itu, ada yang menyalahkan kesilapan daripada ajaran guru
sekolah rendah hingga terbawa-bawa hingga ke peringkat sekolah menengah.
Fenomena ini dikeruhkan lagi oleh pengguna bahasa yang mempercayai dan meyakini
bahasa yang digunakan dalam majalah picisan yang banyak membuat kesalahan ejaan,
frasa, imbuhan, dan struktur ayat. Akhbar arus perdana turut mencemarkan bahasa
Melayu dengan kesalahan bahasa yang kritikal sehingga menggores hati dan
mengecewakan pengkaji bahasa. Segelintir pengguna bahasa juga dikatakan kurang cakna akan perubahan dan
pemantapan bahasa Melayu yang gramatis. Wartawan bukan graduan dalam bidang
bahasa meracun bahasa Melayu.
Yang paling menyedihkan ialah pemimpin masyarakat yang menggunakan
bahasa Melayu tidak gramatis mencerminkan ketidakprihatinan mereka terhadap
bahasa Melayu. Sikap pemimpin yang kurang peka akan kesilapan bahasa Melayu ini
seolah-olah mencerminkan kurangnya semangat cinta akan negara dalam diri
mereka. Janganlah kita berasa hairan sekiranya ejaan makanan yang betul seperti
“kuetiau” dieja “koeytiao”, “martabak” pula dieja “murtabak”, dan “sate” dieja
“satey” oleh pengguna bahasa Melayu. Akhir kata, bahasa jiwa bangsa. Hilang
bahasa, lenyaplah bangsa. Janganlah kita lupa akan hakikat bahawa menunjukkan
bangsa.
(Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Kadar Rancu Kita Berbahasa
dalam blog akademik www.cikgutancl.blogspot.com)
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata kurang cakna.
[2 markah]
(ii)
Pengarang
mengemukakan beberapa hak bahasa lain di negara kita.
Nyatakan hak-hak tersebut.
[3 markah]
(iii)
Selain
guru-guru sekolah yang harus mendidik anak murid supaya menggunakan bahasa Melayu
dengan betul, peranan pelbagai pihak juga penting untuk mendaulatkan bahasa
kebangsaan kita agar dapat mengantarabangsakan bahasa Melayu.
Pada pendapat anda, apakah peranan
kerajaan untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu?
[4 markah]
22 May 2017
12 May 2017
RAMALAN 2 - BANK SOALAN MORFOLOGI PT3
RAMALAN 2
BANK SOALAN MORFOLOGI PT3
Dalam setiap ayat di bawah,
terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1.
Ramai pelajar-pelajar pergi ke
padang sekolah untuk menjalani latihan sukan.
_______________________________________________________
2.
Makanan yang dijual di Aminah
Restoran sangat lazat.
_______________________________________________________
3.
Mi rebus di dalam periuk itu
dimasak oleh saya sebentar tadi.
_______________________________________________________
4.
Lelaki yang berbaju biru muda
itu adalah bapa saya.
_______________________________________________________
5.
Pelajar baharu itu berasal
daripada Kota Kinabalu.
_______________________________________________________
6.
Banyak isu-isu berbangkit
dibincangkan dalam mesyuarat itu.
_______________________________________________________
7.
Berbagai kuih tradisional boleh
didapati di pasar raya itu.
_______________________________________________________
8.
Jarak di antara Kuala Lumpur
dengan Kuantan lebih kurang 200 kilometer.
_______________________________________________________
9.
Fail-fail itu tersusun rapi
dalam almari di bilik guru.
_______________________________________________________
10.
Kebanyakan pelajar miskin di
sekolah itu hanya bergantung kepada bantuan persekolahan.
_______________________________________________________
11.
Kakak sedang memasak nasi di
dapur bersama dengan ibu.
_______________________________________________________
12.
Goreng pisang yang dijual di
gerai itu teramat rangup sekali.
_______________________________________________________
13.
Ram Klinik yang terletak di
pekan itu menjadi tumpuan para pesakit sejak dahulu lagi.
_______________________________________________________
14.
Tuan Puteri Ratna Sari akan mandi
di taman istana ditemani para dayang.
_______________________________________________________
15.
Perkhemahan unit beruniform
pada minggu hadapan telah disertai oleh semua pelajar Tingkatan Tiga Doritis.
_______________________________________________________
16.
Siapakah kenderaan yang kamu
naiki untuk sampai ke kampung saya?
_______________________________________________________
17.
Seekor burung merpati mendekati
makanan yang orang ramai taburkan di taman itu.
_______________________________________________________
18.
Penghulu kampung bercadang
untuk memperbesarkan balai raya.
_______________________________________________________
19.
Hutan simpan harus dikekalkan
demi untuk generasi akan datang.
_______________________________________________________
20.
Hiasan bunga gubahan gadis
cilik itu tercantik sekali.
_______________________________________________________
21.
Putera raja sedang makan
bersama dengan permaisuri di istana.
_______________________________________________________
22.
Siapa yang ingin menyertai
lawatan ke Melaka sila berjumpa dengan Puan Aishah.
_______________________________________________________
23.
Kemalangan jalan raya itu
berpunca dari kelalaian pemandu.
_______________________________________________________
24. Kedai kasut yang terletak di
bandar itu menawarkan harga amat yang murah berbanding kepada kedai yang lain.
_______________________________________________________
25.
Para-para pelajar sedang khusyuk
mendengar ucapan pengetua sekolah di dewan.
_______________________________________________________
26.
Saya bersarapan dengan telur
separuh masak yang dimasak oleh ibu.
_______________________________________________________
27.
Pesakit buah pinggang itu
sedang menjalankan pembedahan di hospital swasta.
_______________________________________________________
28.
Tiga biji rumah kedai di pekan
kecil itu hangus dijilat api.
_______________________________________________________
29.
Pemandangan di waktu senja
sangat indah dan sungguh mendamaikan perasaan.
_______________________________________________________
30. Kami digalakkan mengambil
makanan berdasarkan piramid makanan yang disyorkan Kementerian Kesihatan.
_______________________________________________________
31. Harimau di zoo itu amat comel
walaupun pengunjung perlu berhati-hati ketika mendekati sangkarnya.
_______________________________________________________
32.
Pulau Sipadan dalam Sabah telah
diumumkan sebagai Taman Negara.
_______________________________________________________
33.
Saya tidak mengetahui apa yang
berlaku di rumah semalam kerana saya menghadiri kelas tambahan.
_______________________________________________________
34.
Sultan Pahang telah berkenan
menghadiahi beliau Darjah Indera Mahkota Pahang.
_______________________________________________________
35.
Mengapakah rahsia kejayaan kamu
dalam bidang perniagaan?
_______________________________________________________
36.
Baju kurung bersulamkan benang
emas itu ibu jahit.
_______________________________________________________
37.
Kami sekeluarga bercadang untuk
pergi berkelah pada Port Dickson.
_______________________________________________________
38.
Kemangkatan permaisuri raja negeri
itu telah dimaklumkan kepada rakyat jelata.
_______________________________________________________
39.
Kes keracunan makanan berpunca
dari makanan yang telah tercemar.
_______________________________________________________
40.
Malaysia dibanjiri
pekerja-pekerja asing ekoran pembangunan yang pesat.
_______________________________________________________
41.
Rakan-rakan Hanna cerdik-cerdik
belaka.
_______________________________________________________
42.
Sila kembalikan borang itu ke
kerani pejabat.
_______________________________________________________
43.
Walaupun pengetua sekolah itu
tegas dan beliau sangat penyayang.
_______________________________________________________
44.
Tuanku Muhammad Shah tidur di
bilik utama.
_______________________________________________________
45. “Kita tidak dapat mengikuti
lawatan ke Pusat Sains Negara,” kata Amira kepada Puan Sharifah.
_______________________________________________________
46.
“Patik berasa gembira kerana
Hang Tuah berjaya mengalahkan musuh,” kata Raja Ali.
_______________________________________________________
47.
“Perlawanan suku akhir ini amat
penting untuk kami,” kata jurulatih kepada para pemain.
_______________________________________________________
48.
Dua orang pelajar itu didenda
oleh guru disiplin kerana kami merokok.
_______________________________________________________
49. “Janganlah anda tersinggung
atas sikap Kak Lina,” kata Sarah kepada semua rakan sekelasnya itu.
_______________________________________________________
50.
Puan Karina memegang erat-erat
tangan anaknya semasa melintas jalan.
_______________________________________________________
51.
Azlin terpaksa tidur
berbantalkan dengan lengannya kerana tiada bantal.
_______________________________________________________
52.
Barang-barang di dalam bilik
itu saya sudah kemas pagi tadi.
_______________________________________________________
53.
Jambangan bunga ini telah ayah
hadiahkan kepada ibu.
_______________________________________________________
54.
Para pelajar tidak perlu
menyalin semula soalan ini dalam buku tulis.
_______________________________________________________
55.
Abang agak kacak bila
mengenakan baju Melayu serta samping.
_______________________________________________________
56.
Usahawan muda itu disenaraikan
sebagai orang yang paling terkaya di negara.
_______________________________________________________
57.
Anak bongsu Puan Halijah yang
paling cantik sekali antara adiknya yang lain.
_______________________________________________________
58.
Susan terus berlari dengan cepat
untuk menjejakkan kaki di penamat garisan.
_______________________________________________________
59.
Datuk akan terus mengusahakan
kebunnya sementara terdaya.
_______________________________________________________
60.
Kami terkejut apabila
diberitahu yang ayah terlibat dalam kemalangan.
_______________________________________________________
61.
Ibu memasukkan santan bila
daging itu sudah empuk.
_______________________________________________________
62.
Dania sudah dua hari tidak
datang ke sekolah sebab demam panas.
_______________________________________________________
63.
Kerja yang sukar akan menjadi
mudah jika sekiranya kita bekerjasama.
_______________________________________________________
64.
Cik Aminah telah menyerahkan
surat pekeliling itu ke ketua jabatan.
_______________________________________________________
65.
Beliau akan membincangkan
perkara itu kepada ahli lembaga syarikat.
_______________________________________________________
66.
Ayah menunggu ibu di luar rawatan
bilik dengan perasaan berdebar-debar.
_______________________________________________________
67.
Nenek suka berdiri di tepi
tingkap sambil memerhatikan kanak-kanak bermain raga sepak.
_______________________________________________________
68.
Kakak Farah memang sayang
dengan kucing peliharaannya.
_______________________________________________________
69.
Saya menunggu Farina selama
satu setengah jam di kantin untuk pulang bersama-sama.
_______________________________________________________
70.
Keenam-enam butir nangka di
dalam piring itu untuk kakak.
_______________________________________________________
71.
Penjenayah itu bersenjatakan
sebatang pistol semasa merompak kedai emas itu.
_______________________________________________________
72.
Ada berapa orang pelajar sedang
membantu guru membersihkan padang.
_______________________________________________________
73.
Tiap hari Sabtu ibu akan ke
pasar tani untuk membeli ikan dan sayur.
_______________________________________________________
74.
Tukang masak itu membubuh cili
serbuk ke dalam masakan itu agar pedas.
_______________________________________________________
75.
Kamal memang suka makan goreng
mi di gerai Pak Amat itu.
_______________________________________________________
76.
Datuk hendak menanam lain-lain
buah-buahan di kebun pisangnya itu.
_______________________________________________________
77.
Puan Lee singgah di gerai itu
untuk membeli goreng cempedak.
_______________________________________________________
78.
Penanaman padi yang diusahakan
secara mini estet dapat meningkatkan pendapatan petani.
_______________________________________________________
79.
Para pemain-pemain harus
memiliki semangat kesukanan yang tinggi.
_______________________________________________________
80.
Rambut adik sangat kusut-masai
kerana dia baru bangun tidur.
_______________________________________________________
81. Para penduduk di kampung saya
saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain.
_______________________________________________________
82.
Sepanjang jalan ke kawasan itu
ditanami banyak pepohon yang rendang.
_______________________________________________________
83.
Semua dokumen-dokumen di atas
meja itu harus ditandatangani oleh Encik Malik.
_______________________________________________________
84.
Pihak penganjur tidak
bertanggungjawab ke atas keselamatan para peserta.
_______________________________________________________
85.
“Saya berseru kepada rakyat
negeri ini agar bersatu padu,” titah Sultan Abdullah Shah.
_______________________________________________________
86.
Sejak dari tadi saya melihat
pemuda itu mundar-mandir di hadapan rumah Pak Ali.
_______________________________________________________
87.
Rekod kedatangan pelajar sudah
diberikan oleh Ashiqeen ke Cikgu Rozita.
_______________________________________________________
88.
Mangsa banjir itu mengucapkan
ribuan terima kasih di atas bantuan kewangan dan makanan.
_______________________________________________________
89. Beberapa buah mini estet akan
dibangunkan di Hulu Langat oleh kerajaan negeri Selangor.
_______________________________________________________
90. “Soalan karangan ini harus
dijawab dalam masa dua setengah jam,” kata Cikgu Sharifah.
_______________________________________________________
91.
Pada waktu lapang, Puspa
membantu ibunya menjual goreng pisang di warung Pak Long.
_______________________________________________________
92.
Posmen itu telah menyerahkan
surat tersebut pada adik yang sedang bermain di luar rumah.
_______________________________________________________
93.
Meja antik itu telah berjaya
tukang kayu siapkan mengikut corak yang dikehendaki oleh ayah.
_______________________________________________________
94.
Irdina suka mendengar lagu
dangdut dari Indonesia padahal adiknya suka akan lagu rok.
_______________________________________________________
95.
Semangat cintakan negara harus
diterapkan dalam jiwa setiap murid di negara ini.
_______________________________________________________
96. Mana murid yang melanggar
peraturan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas.
_______________________________________________________
97.
Sekawan pengganas telah berjaya
ditumpaskan oleh pihak tentera.
_______________________________________________________
98.
Kereta baharu Ikram yang
berwarna hati merah itu merupakan hadiah hari jadinya yang ke-21.
_______________________________________________________
99. Anak jutawan balak yang berusia
tiga setengah tahun itu telah menjadi mangsa penculikan.
_______________________________________________________
100.
“Encik Muin adalah guru Bahasa
Melayu kami,” kata Norfarizan kepada ibunya.
_______________________________________________________
ANDA INGIN MENDAPATKAN SKEMA JAWAPAN? TULIS ALAMAT E-MEL ANDA DI RUANG KOMEN DI BAWAH
Subscribe to:
Posts (Atom)