Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

30 May 2009

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Sejak beberapa hari yang lalu, saya sebagai seorang guru telah menyaksikan dua orang pelajar kesayangan saya sudah tidak bertegur sapa sesama mereka. Saya tidak mengetahui apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Kata orang tua-tua, "pokok takkan bergoyang kalau tiada angin". Walau bagaimanapun, saya yang agak terkejut dengan keadaan ini bermonolog dalaman dan bertanya kepada beberapa orang pelajar lain untuk "merisik" maklumat. Namun begitu, saya masih belum mengetahui perkara yang sebenar.
Saya berharap mereka berdua akan berbaik-baik semula dengan mengamalkan prinsip buang yang keruh, ambil yang jernih. Setiap persahabatan yang terjalin memang murni dan indah. Memori persahabatan ini seharusnya kita kekalkan untuk mengumpul memori-memori indah dalam kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan berasa kesal dan menyesal apabila suatu hari nanti jika tidak berpeluang bebuat begitu lagi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh hal yang demikian, kawan-kawan yang rapat dengan mereka berdua ini bolehlah meng-e-melkan punca sebenar atau berkongsi idea dengan saya cara-cara untuk menjernihkan keadaan yang saya lihat agak keruh kerana mereka langsung tidak bertegur sapa walaupun berjumpa antara satu dengan yang lain di hadapan saya.
Tuntasnya, kawan ialah lawan jika menyalahgunakan erti penghayatannya.

25 May 2009

KERTAS BAHASA MELAYU UPSR, PMR, DAN SPM (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN)

Kepada semua pengunjung blog, saya dalam proses membina bank soalan untuk semua calon:
1. UPSR (Tahun 4, 5, dan 6)
2. PMR (tingkatan 1,2 dan 3),
3. SPM (tingkatan 4 dan 5)

Wahai pelajar dan pendidik sekalin, hantarkanlah soalan untuk Subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan kertas 2. Para guru dan pelajar yang saya kasihi, berilah kerjasama kepada saya dengan mengimbas "scan" soalan peperiksaan pertengahan tahun anda berserta jawapannya (kertas 1 terutamanya) supaya dapat kita sama-sama berkongsi soalan. Soalan dalam format (doc) dan (pdf) adalah digalakkan juga.


Untuk setiap kertas peperiksaan BM yang dihantar, sertakan:
1) Nama anda
2) Sekolah
3) Tahun / Tingkatan
4) alamat e-mel
5) Kertas soalan
*Jika jawapan untuk kertas 1 disertakan, mudahlah pelajar lain dapat membuat rujukan.

sila hantar soalan-soalan tersebut ke alamat e-mel saya: cikgutancl@hotmail.com

Semoga perkongsian maklumat dan ilmu hasil kerjasama pengunjung blog dapat memberikan manfaat kepada semua calon peperiksaan.

6 May 2009

Kebaikan Berjoging - Karangan Contoh daripada Pelajar


Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Contoh aktiviti yang meliputi hobi masa lapang termasuklah berjoging, bermain badminton, bola sepak dan memancing ikan. Aktiviti berjoging banyak mendatangkan pelbagai. Oleh hal yang demikian, apakah faedah-faedah mengenai hobi berjoging?


Salah satu faedahnya ialah kitadapat menyihatkan badan. Kita dapat mengeluarkan peluh semasa berjoging. Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan, pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasa bersukan lebih baik daripada orang yang tidak bersukan. Dengan ini, orang yang tidak bersukan lebih senang diserang penyaikit. Oleh sebab itu, “badan sihat, otak cerdas”. Kenapa tidak?


Aktiviti tersebut juga dapat mencerdaskan fikiran kita. Oleh sebab itu, kita dapat mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah dengan otak yang cerdas. Selain itu, aktiviti tersebut dapat menguruskan badan. Lebih baik kita berjoging untuk menguruskan badan berbanding dengan makan pil-pil pelangsing badan. Pil tersebut mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang tidak baik terhadap badan kita.


Seterusnya, aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Pada era globalisasi ini, banyak orang hanya sibuk bekerja sahaja sehingga tidak menpunyai sebarang masa lapang. Hal ini terjadi demikian kerana manusia hanya mementingkan kejayaan sahaja. Aktiviti berjoging sangat berfaedah kepada pekerja-pekerja. Oleh sebab tekanan yang tinggi sering kali dihadapi oleh pekerja, mereka bolehlah pergi berjoging di taman berdekatan tunuk mengurangkan tekanan. Kita tidak dapat menyiap kerja dengan sempurna sekiranya menghadapi tekanan yang tinggi. Dalam keadaan yang tiada tekanan, barulah kita dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan sempurna. Dengan ini, memang tidak dapat boleh dinafikanbahawa aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan.


Di samping itu, remaja dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, remaja yang berada di rumah berseorangan akan berasa bosan. Tidak hairanlah sekiranya mereka akan keluar unuk mencari kawan untuk mengurangkan perasaan bosan. Mereka akan pergi melepak di pusat-pusat beli-belah ataupun pusat hiburan. Hal ini pasti membazirkan wang dan masa. Kontradiksinya, aktiviti berjoging merupakan aktiviti yang berfaedah. Remaja boleh mengajak rakan sebaya untuk pergi berjoging bersama-sama. Keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan bosan remaja di rumah malah dapat mengunakan masa lapang dengan berfaedah.


Sebagai kesimpulan, kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yang bersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik?, Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepada kita buat selama-lamanya. Oleh sebab itu, janganlah kita membazirkan masa. Gunakan masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkan pelbagai faedah.