Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

29 April 2020

PERANAN IBU BAPA MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MEMBACA BUKU - KARANGAN TULISAN MURID BERNAMA NG SHI HUEY


Amalan membaca memainkan peranan penting untuk melahirkan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang .
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka .

TEMA:
Amalan membaca – dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa
SIAPA + ISU:
Anak-anak – malas membaca buku – terpengaruh oleh media sosial dan permanan elektronik
UNGKAPAN:
Banyak memberikan alasan – hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih
ARAHAN:
Ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan membaca
          
Amalan membaca dapat dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa . Anak-anak malas membaca buku kerana mereka telah terpengaruh oleh media sosial dan permainan elektronik . Anak-anak akan memberikan alasan kerana tidak mahu membaca buku . Hal ini sama seperti peribahasa Melayu,hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih . Oleh itu , ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan mereka .

IDEA 1 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
Ibu bapa – membawa anak-anak mereka mereka ke perpustakaan -  memupuk amalan membaca
HURAIAN ( SEBAB )
banyak buku dapat dibaca dan dipinjam
CONTOH
pada hujung minggu – cuti sekolah
HURAIAN
mula membaca dan berminat dalam pembacaan
KESAN / KESIMPULAN
anak-anak mesti dibawa  oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu
          
          Ibu bapa haruslah membawa anak-anak mereka ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca. Banyak buku dapat  dibaca dan dipinjam oleh anak-anak di perpustakaan. Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke perpustakaan pada hujung minggu atau cuti sekolah. Oleh sebab itu,anak-anak mula membaca dan berminat  dalam pembacaan. Anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana membaca itu jambatan  ilmu.

IDEA  2 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA:
Ibu bapa membeli buku
HURAIAN ( SEBAB )
mendekatkan diri anak kepada amalan membaca
CONTOH:
sejarah, geografi, dan sains serta pelbagai bahasa
HURAIAN
mendapat ilmu dan pengetahuan supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung
KESAN  / KESIMPULAN
ibu bapa  mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan membaca

          Ibu bapa  harus membeli buku kepada  anak kerana supaya dapat mendekatkan diri anak kepada amalan  membaca. Ibu bapa dapat membeli buku tentang sejarah, geoografi dan sains serta pelbagai bahasa  kepada anak. Oleh sebab itu, anak mendapat ilmu dan pengetahuan supaya  tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Ibu bapa mesti membelikan anak  buku-buku untuk memupuk amalan membaca. 

IDEA 3 :  PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa membina perpustakaan mini di rumah
HURAIAN ( SEBAB )
menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku
CONTOH
bilik yang selesa , ada pendingin hawa , serta  kerusi dan mejayang selesa
HURAIAN
anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar  bahawa masa itu emas
KESAN / KESIMPULAN
dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini

          Ibu bapa dapat membina perpustakaan mini di rumah kerana dapat menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku. Ibu bapa hendak  menyediakan bilik yang selesa. Contohnya , mempunyai pendingin hawa serta kerusi dan meja  yang selesa. Anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu  emas. Ibu bapa dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini.

IDEA 4 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa perlu membaca buku di depan anak
HURAIAN (SEBAB )
anak dapat  mencontohi sikap yang baik agar bagaimana  acuan begitulah kuihnya
CONTOH
membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita
HURAIAN
berkongsi ilmu dan membincangkan pelbagai topik dengan anak-anak
KESAN / KESIMPULAN
ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak supaya mereka suka membaca  buku

          Ibu bapa perlu membaca buku di depan anak. Oleh itu , anak dapat mencontohi sikap  yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak  dapat membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita. Ibu bapa dapat berkongsi ilmu dan membincangkan pelbagai topik dengan anak-anak. Ibu bapa  dapat menjadi teladan kepada  anak-anak supaya mereka suka membaca buku.

IDEA 5 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak
HURAIAN ( SEBAB )
anak-anak akan menghargai hadiah itu
CONTOH
membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia 
HURAIAN
menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak
KESAN / KESIMPULAN
hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup

           Ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak. Oleh itu, anak-anak akan menghargai hadiah itu. Ibu bapa dapat membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia. Hadiah ini akan menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak. Hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup.


PENUTUP
TEMA
Amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa
CADANGAN
ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan
HARAPAN
anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana  pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara
PENEGASAN
ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak

           Amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa. Ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan. Oleh sebab itu, anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak. 


NG SHI HUEY


KARANGAN TINGKATAN 1-2-3 - HASIL CHLOE YAP


Amalan membaca memainkan peranan penting untuk melahirkan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka.

TEMA:
Amalan membaca – dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa
SIAPA + ISU:
Anak-anak – malas membaca buku – terpengaruh oleh media sosial dan permainan elektronik
UNGKAPAN:
banyak memberikan alasan – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ARAHAN:
Ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan membaca.

IDEA 1 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
Ibu bapa – membawa anak-anak mereka ke perpustakaan  - memupuk amalan membaca
HURAIAN (SEBAB)
banyak buku dapat dibaca dan dipinjam
CONTOH
pada hujung minggu – cuti sekolah
HURAIAN
mula membaca dan berminat dalam pembacaan
KESAN/KESIMPULAN
anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu

IDEA 2 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa membeli buku
HURAIAN (SEBAB)
mendekatkan diri anak kepada amalan membaca
CONTOH
sejarah, geografi, dan sains serta pelbagai bahasa
HURAIAN
mendapat ilmu dan pengetahuan supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung
KESAN/KESIMPULAN
ibu bapa mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan membaca

IDEA 3 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa membina perpustakaan mini di rumah
HURAIAN (SEBAB)
menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku
CONTOH
bilik yang selesa, ada pendingin hawa, serta kerusi dan meja yang selesa
HURAIAN
anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu emas
KESAN/KESIMPULAN
dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini

IDEA 4 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa perlu membaca buku di depan anak
HURAIAN (SEBAB)
anak dapat mencontohi sikap yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya
CONTOH
membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita
HURAIAN
berkongsi ilmu dan membincangkan pelbagai topik dengan anak-anak
KESAN/KESIMPULAN
ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak supaya mereka suka membaca buku

 IDEA 5 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak
HURAIAN (SEBAB)
anak-anak akan menghargai hadiah itu
CONTOH
membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia
HURAIAN
menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak
KESAN/KESIMPULAN
hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup

PENUTUP
TEMA
Amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa
CADANGAN
ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan
HARAPAN
anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
PENEGASAN
ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak




          Amalan membaca dapat dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Walau bagaimanapun, anak-anak malas membaca buku kerana mereka telah terpengaruh oleh media sosial dan permainan elektronik. Oleh sebab itu, anak- akan memberikan pelbagai alasan kerana tidak mahu membaca buku. Hal ini sama seperti peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan tersebut. 
           Ibu bapa bolehlah membawa anak-anak mereka ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca. Selain itu, perpustakaan ada banyak buku dapat dibaca dan dipinjam. Sebagai contohnya, pada hujung minggu atau cuti sekolah pun buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan boleh dibaca atau buku boleh dipinjam daripada perpustakaan pada hujung minggu. Seterusnya,anak-anak boleh mula membaca dan berminat dalam pembacaan. Kesimpulannya, anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana itu jambatan ilmu.

           Ibu bapa boleh membeli buku di kedai buku.Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah mendekatkan diri anak kepada amalan membaca. Sebagai contohnya, sejarah, geografi dan sains serta pelbagai bahasa ialah bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh anak-anak. Selain itu, amalan membaca buku boleh memberikan ilmu dan pengetahuan supaya kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Kesimpulannya, ibu bapa mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan.

           Ibu bapa boleh juga membina perpustakaan mini di rumah. Selain itu, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku. Sebagai contohnya, binalah bilik yang selasa, ada pendingin hawa, serta kerusi dan meja yang seleasa. Dengan kemudahan itu, anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu emas. Kesimpulannya, pembinaan perpustakaan di rumah dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini.

           Ibu bapa perlu membaca buku di depan anak. Dengan berbuat begitu, anak dapat mencontohi sikap yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita di depan anak-anak mereka. Selepas itu, berkongsilah ilmu dan bincanglah pelbagai topik dengan anak-anak. Kesimpulannya, ibu bapa dapat menjadi teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka suka membaca buku.
  
           Ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak. Selain itu, anak-anak akan menghargai hadiah itu. Sebagai contohnya, ibu bapa bolehlah membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia. Seterusnya, ibu bapa menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak. Kesimpulannya, hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup.

            Kesimpulannya, amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa. Selepas itu, ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan di atas. Selain itu, anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Akhirnya, ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.

CHLOE YAP

          

25 April 2020

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN - Cara-cara menjauhi penyakit berjangkit


Cara-cara menjauhi penyakit berjangkit

            Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di seluruh dunia. Penyakit berjangkit telah menjejaskan kesihatan manusia dan menjadi masalah kepada kita. Manusia tidak peka terhadap isu-isu yang serius ini menyebabkan penyakit berjangkit merebak dengan cepatnya. Kita mestilah mengambil berat terhadap masalah ini kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Persoalannya, apakah cara-cara menjauhi penyakit berjangkit? Perkara ini akan saya huraikan hingga akar umbi.
            Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat mestilah memakai penutup mulut dan hidung. Hal ini dikatakan demikian kerana  bakteria akan terperangkap dalam penutup itu. Penyakit berjangkit tidak mudah menular antara satu sama lain. Setiap masyarakat patut menggunakan penutup mulut dan hidung semasa berada di tempat yang terbuka. Penutup ini boleh mengelakkan bakteria ini menular kepada orang lain juga boleh menjaga diri daripada bakteria. Hal ini merupakan sesuatu perlindungan kepada kita untuk menjaga kesihatan diri. Tegasnya, memakai penutup mulut dan hidung dapat mengatasi masalah penyakit berjangkit untuk merebak.
            Selain itu, masyarakat boleh menggunakan pensanitasi tangan semasa berada di luar rumah. Pensanitasi tangan ini dapat membunuh bakteria yang berada pada tangan kita. Kita haruslah sentiasa memastikan tangan kita adalah bersih supaya bakteria ini tidak akan menyerang badan kita. Pihak berkuasa haruslah menyediakan pensanitasi tangan sebagai kemudahan awam kepada setiap masyarakat. Oleh itu, kita boleh menjaga kesihatan diri pada bila-bila masa sebelum nasi menjadi bubur. Kita haruslah mengelakkan tangan kita daripada menyentuh pancaindera supaya bakteria tidak akan memasuki ke dalam badan kita. Pendek kata, pensanitasi tangan amat penting kepada kita untuk memastikan tangan kita sentiasa bersih dan menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit.
            Di samping itu, manusia haruslah mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain. Kita mestilah sentiasa menjarakkan diri semasa berada di luar rumah. Kita mestilah menghentikan semua aktiviti luar untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan. Contohnya, pihak kerajaan telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sepanjang dua bulan. Penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepat jika setiap masyarakat mematuhi arahan yang telah diberi oleh pihak berkuasa. Setiap masyarakat mestilah bersatu padu untuk mengawal penularan wabak ini kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelaslah bahawa, kita bertanggungjawab mematuhi penjarakan sosial ini untuk menjauhi penyakit berjangkit.
            Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit. Pihak kerajaan haruslah bijak memberikan arahan yang betul kepada masyarakat untuk mengawal penularan wabak di negara kita. Setiap masyarakat mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing dan mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan supaya kes penyakit berjangkit dapat dikurangkan. Saya berharap agar penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan gembiranya. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit berjangkit daripada mendadak.

MARKAH: 26/30
- Karangan Menepati tema
- idea relevan, huraian jelas dan matang
- kesalahan ejaan yang minimum
- kosa Kata yang luas

MERVIN CHOW ZHENG YUNG
SMK KOTA KEMUNING