Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
29 January 2020
23 January 2020
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) UNTUK SMJK CHONG HWA, KUALA LUMPUR
Pada 18 Januari 2020, SMJK Chong Hwa, Kuala Lumpur telah mengundang saya untuk menyampaikan bengkel LADAP yang berkaitan dengan teknik pembinaan modul dan item peperiksaan serta perkongsian ilmu tentang KSSM. Terima kasih Cikgu Angie Wong atas undangan melalui media sosial whatsapp 0122099440 kepada saya dua minggu sebelum bengkel dijalankan.
Pada awal pagi, saya berkongsi pengalaman saya sebagai pembina modul dan item peperiksaan dalam inovasi saya berlandaskan format dan sumber seperti Tatabahasa Dewan, DSKP, dan Buku Teks Tingkatan 1-5. Perkongsian ini membantu guru mendapatkan ilham dan idea untuk membina item yang jitu lagi berpadanan dengan konsep pentaksiran dan peperiksaan. Dengan cara ini, keyakinan guru dan keberkesanan soalan peperiksaan yang berkualiti dapat menjanakan keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.
Selepas perkongsian idea pembinaan item, saya juga berkongsi idea membina modul yang mesra calon yang ingin mudah lulus (MULUS) dan calon antara gagal dengan lulus (GALUS) serta calon yang cemerlang dan sederhana. Konsep pembinaan item ini haruslah berbeza kerana pemikiran dan penguasaan calon juga berbeza. Selepas itu, saya membina rajah I-Think untuk membezakan DSKP dan item-item penting dalam DSKP agar dapat difahami oleh guru-guru.
Kemudian, saya juga menyampaikan idea kepada guru untuk membantu murid yang sederhana untuk menjanakan idea dan huraian yang mantap dalam penulisan. Pengkongsian ini memberikan inspirasi kepada guru untuk terus berjuang agar dapat memberikan bantuan dan kepakaran mereka untuk mendorong calon sederhana dan lemah untuk menulis karangan dengan baiknya. Saya bersyukur kerana pihak sekolah berharap agar saya menjadikan sekolah mereka sebagai "sekolah angkat" dan terus memberikan bimbingan kepada guru-guru dari masa ke masa.
Saya berdoa agar SMJK Chong Hwa Kuala Lumpur yang cemerlang dalam kokurikulum juga akan gemilang dalam akademik agar keterbilangan murid akan menjadi buah mulut masyarakat demi memartabatkan dan mempertingkatkan nama baik sekolah serta imej sekolah pada masa depan. Saya juga berharap agar guru-guru yang menyertai bengkel ini berpuas hati dan terus berusaha untuk mencanai kejayaan daripada usaha dan kudrat masing-masing demi panitia, sekolah, bangsa, dan negara.
Jika ada pihak sekolah yang ingin mengundang saya, sila hubungi saya pada talian 0122099440. Saya sentiasa sudi membantu pihak sekolah di mana-mana juga dan pada bila-bila masa juga.
Perbincangan dan persediaan sebelum bengkel. |
Prapenyampaian bengkel dengan sesi suai kenal. |
Cikgu Tan mula beraksi. |
Guru-guru subjek Bahasa Melayu memberikan perhatian pada perkongsian ilmu. |
Rajah I-Think digunakan untuk membandingkan DSKP dan idea PdPC |
Perkongsian pengalaman dan pengetahuan kepada guru. |
Terima kasih kepada Ketua Panitia yang sudi mengundang saya! |
Sesi soal jawab yang rancak tetapi suasana santai! |
Guru-guru gembira kerana bengkel selesai dan sesi swafoto bermula. |
20 January 2020
Bengkel Pemerkasaan GURU Pendidikan Moral SPM
Bengkel Pemerkasaan GURU Pendidikan Moral SPM
(UNTUK GURU SEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA DAN TUTOR SERTA GURU TUISYEN SAHAJA)
(UNTUK GURU SEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA DAN TUTOR SERTA GURU TUISYEN SAHAJA)
Salam sejahtera. Bengkel ini memberikan pengetahuan dan ilmu baharu kepada guru-guru yang mengajarkan subjek Pendidikan Moral. Antara inti pati program ini ialah bengkel perbandingan antara KBSM dengan KSSM. Selain itu, perkongsian ilmu tentang cara menjawab soalan moral dan teknik pemberian markah kepada jawaban anak-anak murid kita. Jika kita tidak membantu anak-anak murid dengan cara yang betul, bagaimanakah mereka akan mendapat skor yang cemerlang dalam SPM nanti? Oleh sebab itu, pihak saya dan UOW Malaysia KDU cawangan Glenmarie, Shah Alam sudi bekerjasama untuk memberikan eksperimentasi realistik kepada guru-guru terhadap subjek Pendidikan Moral dalam tahap SPM. Tujuan murni ini memerlukan dorongan dan sokongan kalian untuk menjayakannya.
Salam hormat.
Tarikh: 9 FEBRUARI 2020 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi- 2.00 petang
Penceramah: 2 orang yang berpengalaman dan berketerampilan
Yuran: RM60 (Ilmu + Nota + makanan)
Masa: 8.00 pagi- 2.00 petang
Penceramah: 2 orang yang berpengalaman dan berketerampilan
Yuran: RM60 (Ilmu + Nota + makanan)
Lokasi: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 02
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam
Bayaran:
BANK:HONG LEONG BANK
NO. ACC: 10801002719
NAMA: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
BANK:HONG LEONG BANK
NO. ACC: 10801002719
NAMA: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
Bayaran akhir 7 FEBRUARI 2020
Siapa cepat dia dapat. Selepas bilangan sudah penuh, link pendaftaran grup akan ditutup.
TENTATIF PROGRAM
7.30am pendaftaran
8.00am ucapan alu-aluan pihak UOW Malaysia KDU
8.45-10.30am perbandingan KBSM & KSSM
10.30am rehat
11.00am taklimat
11.30 -1.00pm bengkel
1.00 - 1.30pm pembentangan & soal jawab
1.30 penutupan
2.00pm tamat

LOKASI BENGKEL: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 02
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam
Link menyertai program ini (yang benar-berminat sahaja)
13 January 2020
MAKLUMAT UMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
MAKLUMAT UMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
SURAT SIARAN PEMERKASAAN PT3
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/suratsiaran/2019/SURAT%20SIARAN%20BIL%201_2019(PT3)_15072019.pdf
BROSUR PEMERKASAAN PT3
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/PT3_Brosur%20PPT3_17.05.2019.pdf
BICARA ILMU PEMERKASAAN PT3
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/Bicara%20ilmu%202.pdf
VIDEO PEMERKASAAN PT3 (1)
(Dasar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/1.dasar_pentaksiran_pendidikan_kebangsaan.mp4
VIDEO PEMERKASAAN PT3 (2)
(Pengoperasian Dan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Sumatif)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/2.pengoperasian_dan_penjaminan_kualiti_pentaksiran_sumatif.mp4
VIDEO PEMERKASAAN PT3 (3)
(Prinsip Pembinaan Item)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/3.prinsip_pembinaan_item.mp4
VIDEO PEMERKASAAN PT3 (4)
(Pembinaan Item Objektif)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/4.pembinaan_item_objektif.mp4
VIDEO PEMERKASAAN PT3 (5)
(Pembinaan Item Subjektif)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/5.pembinaan_item_subjektif.mp4
VIDEO PEMERKASAAN PT3 (6)
(Penilaian Item)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/6.penilaian_item.mp4
VIDEO PEMERKASAAN PT3 (7)
(Peraturan Pemarkahan)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/7.peraturan_pemarkahan.mp4
VIDEO PEMERKASAAN PT3 (8)
(Format Instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 Mulai Tahun 2019)
http://lp.moe.gov.my/images/bahan/pt3/2019/Pemerkasaan%20PT3/videopemerkasaan/8.format_instrumen_pentaksiran_tingkatan_3_pt3_mulai_tahun_2019.mp4
JADUAL WAKTU PT3 TAHUN 2020
https://cikgutancl.blogspot.com/2020/01/jadual-waktu-pt3-tahun-2020.html

7 January 2020
Bengkel Pemerkasaan BM SPM Kertas 1 & Kertas 2 ( UNTUK GURU SAHAJA)
Bengkel Pemerkasaan BM SPM Kertas 2 ( UNTUK GURU SAHAJA)
19 Januari 2020 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi- 5.30 petang
Penceramah: 3 orang yang berpengalaman dan berketerampilan
Yuran: RM100 (Ilmu + Nota + makanan)
Lokasi: Dewan Kuliah Auditorium GT - LRT - 02
UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam
Pendaftaran (yang berminat sahaja) sila klik
https://chat.whatsapp.com/FAxpUeKiCBe5uASPndlFdg
6 January 2020
BINA AYAT + PERIBAHASA (TEMA 1) BUKU TEKS TINGKATAN 4
LATIHAN BINA AYAT
LATIHAN PERIBAHASA
(TEMA 1) BUKU TEKS KSSM TINGKATAN 4
LATIHAN PERIBAHASA
(TEMA 1) BUKU TEKS KSSM TINGKATAN 4
TATABAHASA TINGKATAN 4, TEMA 1 - MEREALISASIKAN IMPIAN - DSKP 5.1.1 MENGENAL PASTI DAN MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK DENGAN BETUL MENGIKUT KONTEKS
TATABAHASA TINGKATAN 4
TEMA 1 - MEREALISASIKAN IMPIAN
DSKP 5.1.1 MENGENAL PASTI DAN MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK DENGAN BETUL MENGIKUT KONTEKS
1 January 2020
NOMOFOBIA - PENYAKIT BAHARU ALAF INI
NOMOFOBIA - PENYAKIT BAHARU ALAF INI
ADAKAH ANDA SUDAH DIJANGKITI PENYAKIT NOMOFOBIA?
ADAKAH ANDA SUDAH DIJANGKITI PENYAKIT NOMOFOBIA?
Nomofobia, iaitu masalah utama yang melanda bumi kita, iaitu masalah ketagihan tingkah laku yang berkait dengan penggunaan telefon bimbit secara berlebihan. Ciri-ciri utama seseorang diserang nomofobia ialah dia banyak menghabiskan masa untuk mengemas kini status dalam media sosial. Selain itu, dia akan memberikan respons kepada telefon bimbit walaupun dalam keadaan yang bahaya seperti memandu kenderaan dan berjalan di jalan raya yang sibuk.Selain itu, seseorang yang dilanda masalah nomofobia juga mengalami masalah panik jika telefon bimbit tidak ada di sisinya. Hal ini menyebabkan dia berasa tidak selesa sehingga telefon bimbit berada di depan matanya. Pada masa yang sama, seseorang yang mengalami nomofobia juga akan menghindari komunikasi secara terbuka. Dia lebih suka berkomunikasi secara maya dan semakin kurang mesra ketika berdepan dengan orang lain. Seterusnya, seseorang yang dilanda nomofobia juga akan berasa panik apabila telefon bimbitnya kehabisan bateri. Dia akan berasa seram dan takut serta berusaha untuk mencari “power bank” untuk mengecas bateri telefonnya. Emosinya juga mudah terganggu jika tidak ada capaian Internet atau kelajuan Internet menjadi lambat tiba-tiba. Bukan itu sahaja, seseorang yang menggunakan telefon bimbit melebihi empat jam sehari juga dikenal pasti mengalami nomofobia. Dia akan rela tidur di samping telefon bimbit dan melihat telefon bimbit sebaik-baik terjaga. Kesimpulannya, kita perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah nomofobia jika mempunyai tanda-tanda seperti di atas.
Kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang mengalami masalah ini. Sama-samalah kita berdoa agar mereka sedar akan masalah yang berlaku dan mengawal diri daripada terus dijerat penyakit daripada gajet ini.
SUMBER: NOTA BAHASA MELAYU BULAN JANUARI TINGKATAN 3, 2020 (HALAMAN 75-76, EDISI GURU)
Pautan pembelian buku dalam talian:
https://shopee.com.my/product/53741750/3613643784/
https://shopee.com.my/product/53741750/3613643784/
Subscribe to:
Posts (Atom)