Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

27 January 2022

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN RAMALAN 1

Pendahuluan 
Amalan membaca - amalan mulia - membaca itu jambatan ilmu - banyak memberikan faedah

FOKUS 1
Amalan membaca membentuk insan yang berilmu pengetahuan - berdaya saing - membaca buku pelbagai genre - berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

FOKUS 2
Amalan membaca melahirkan golongan insan berkualiti - berminda kelas pertama - menimba ilmu pelbagai bidang untuk menonjolkan diri - memajukan diri dan bangsa  serta negara

FOKUS 3
Amalan membaca perlu dipupuk oleh ibu bapa - membelikan anak buku - menjadi suri teladan - anak-anak menyertai kempen amalan membaca - membaca tanpa mengira waktu dan tempat - menghargai nilai ilmu - ilmu pelita hati

PENUTUPAN
Semua pihak mesti menyemarakkan amalan membaca - bangsa membaca bangsa berjaya - menjadikan buku sebagai kawan.


 

6 January 2022

Imbuhan pinjaman pasca-

Poster, iklan, tajuk akhbar, siaran media dan siaran seumpamanya sering kali menggunakan imbuhan pinjaman “pasca-“ dengan ejaan yang salah, iaitu memisahkannya dengan perkataan selepas imbuhan pinjaman itu. Secara asasnya, imbuhan tidak dapat berdiri sendiri. Imbuhan memerlukan kata nama, kata kerj, dan kata adjektif untuk menerbitkan maknanya. Contoh yang paling mudah ialah imbuhan “mem-“ tidak boleh boleh dipisahkan daripada kata kerja “baca”. Maka, “mem baca” atau “mem-baca” tidak tepat. Yang tepat ialah “membaca”.

Hal ini sama seperti imbuhan asing yang lain seperti pra-, poli-, tata- dan banyak lagi. Oleh sebab itu, ejaan yang betul ialah prabayar, bukan “pra-bayar” atau “pra bayar”. Oleh hal yang demikian, “pasca banjir” dan “pasca-banjir” perlu dieja dan ditulis “pascabanjir”. Imbuhan pinjaman “pasca” berlawanan dengan “pra-“. Lihat contoh di bawah.
prabayar X pascabayar (bahasa Melayu)
prepaid X postpaid (bahasa Inggeris)
pramatang X pascamatang
praperhimpunan X pascaperhimpunan
pramerdeka X pascamerdeka
pramajlis X pascamajlis
prapelancaran X pascapelancaran
Petunjuk: Tanda “X” membawa makna “berlawanan dengan”.
Pada masa yang sama, istilah “pascanilai” juga disamaertikan dengan istilah “post-mortem”. Oleh sebab itu, pengguna bahasa harus menggunakan konsep dan mengaplikasikan tatabahasa yang sama pada setiap perkataan yang menerima imbuhan pinjaman. Dengan berbuat begitu, kesalahan ejaan dapat dielakkan. Pembetulan perlu dibuat demi memartabatkan bahasa kebangsaan. Jika anda berasa malu apakala tersilap mengeja perkataan berbahasa Inggeris, malu lagilah kita sebagai rakyat Malaysia kerana gagal menguasai bahasa kebangsaan.