Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
27 January 2022
KARANGAN BAHAN RANGSANGAN RAMALAN 1
6 January 2022
Imbuhan pinjaman pasca-
Poster, iklan, tajuk akhbar, siaran media dan siaran seumpamanya sering kali menggunakan imbuhan pinjaman “pasca-“ dengan ejaan yang salah, iaitu memisahkannya dengan perkataan selepas imbuhan pinjaman itu. Secara asasnya, imbuhan tidak dapat berdiri sendiri. Imbuhan memerlukan kata nama, kata kerj, dan kata adjektif untuk menerbitkan maknanya. Contoh yang paling mudah ialah imbuhan “mem-“ tidak boleh boleh dipisahkan daripada kata kerja “baca”. Maka, “mem baca” atau “mem-baca” tidak tepat. Yang tepat ialah “membaca”.