GAMBAR SLAID - CIKGU UJANG
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
27 September 2017
23 September 2017
KOMPILASI SOALAN RUMUSAN DARIPADA KERTAS PERCUBAAN BM SM SE-MALAYSIA 2017
Selepas menaip 24,080 patah perkataan, lengkap dan selesai usaha saya untuk mengumpulkan 25 set soalan rumusan dan petikan umum daripada kertas percubaan se-Malaysia pada tahun 2017. Terima kasih kepada penyumbang soalan dan skema jawapan. Sewaktu menaip soalan dan skema jawapan, saya telah membuat sedikit pemurnian bahasa termasuk membetulkan kesalahan ejaan dan tanda baca serta imbuhan dalam soalan dan skema tanpa menjejaskan dan mengubah maksud sebenar. Saya berharap agar perkongian ikhlas ini akan dimanfaatkan oleh semua calon SPM di Malaysia.
Jika ingin mencetak soalan rumusan atau petikan umum sahaja, guru-guru dan murid-murid bolehlah mencetak halaman bernombor ganjil. Sebaliknya, taiplah nombor genap untuk mencetak skema jawapan rumusan atau petikan umum pula. Mudah saja, kan?
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Salam sejahtera dan salam perjuangan menghadapi SPM 2017.
Cikgu Tan CL
21 September 2017
KUPASAN DAN KAJIAN KOMPREHENSIF KOMSAS TINGKATAN 1, 2, 4, DAN 5
| |
|
14 September 2017
13 September 2017
12 September 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)