ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2012 – 2015
(SOALAN 5 DAN SOALAN 6 – KOMPONEN SASTERA - ANTOLOGI)
Dalam penggubalan soalan komponen sastera daripada buku teks antologi, pasangan soalan prosa tradisional ialah sajak manakala pasangan soalan drama atau cerpen ialah puisi tradisional. Soalan komsas untuk bahagian antologi menawarkan 20 markah kerana dua petikan berbeza akan dijadikan item peperiksaan.
ANALISIS TAJUK KOMSAS YANG PERNAH KELUAR:
TAHUN 2012
CERPEN - HEMODIALISIS
PUISI TRADISIONAL - PANTUN EMPAT KERAT (MUHIBAH DAN PERPADUAN)
TAHUN 2013
CERPEN - CAPA RENGAT
SAJAK - KETENANGAN
TAHUN 2014
SET 1
CERPEN - SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA
PUISI TRADISIONAL - PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)
SET 2
PROSA TRADISIONAL - HIKAYAT SERI KELANTAN
SAJAK - PERSAHABATAN
SET 3
DRAMA - CABARAN
PUISI TRADISIONAL - SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA
TAHUN 2015
SET 1
PROSA TRADISIONAL - HIKAYAT PATANI
SAJAK - ASAP
SET 2
CERPEN - WARKAH DARIPADA IBU
PUISI TRADISIONAL - SYAIR BERBUAT JASA
SET 3
DRAMA - DI SINI BAKTI BERSEMADI
PUISI TRADISIONAL - PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)
Soalan berbentuk komsas yang pernah keluar pada tahun 2014 adalah seperti yang berikut:
(a)dua latar masyarakat
(b)dua pengajaran
(c)dua perwatakan
(d)nyatakan nilai-nilai dalam sajak
(e)persoalan-persoalan dalam petikan drama
(f)dua ciri syair
Soalan berbentuk komsas yang pernah keluar pada tahun 2015 pula
SET1
(a)dua perwatakan Encik Tani
(b)dua gaya bahasa berserta contoh
SET2
(c)dua perwatakan ibu Mira
(d)dua gaya bahasa berserta contoh
SET 3
(e)dua perwatakan Tini
(f)dua gaya bahasa berserta contoh
Nota tambahan:
Jika soalan yang mengarahkan calon menulis tema, persoalan, perwatakan, latar, nilai, dan pengajaran tanpa mengarahkan calon menulis contoh daripada petikan, calon PT3 tidak perlu menulis contoh atau bukti yang sesuai, sebaliknya memadailah dengan jawapan komsas yang tepat. Hal ini berlainan bagi soalan yang memerlukan calon PT3 menulis "contoh yang sesuai daripada petikan", maka calon harus membuktikannya dengan betul dan tepat.
Sebagai langkah "selamat", tulislah contoh atau bukti yang sesuai bagi setiap soalan berbentuk komsas. Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak tahu skema jawapan atau permintaan semasa oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
SOALAN 3 MARKAH:
3 markah = Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
2 markah = Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
2 markah =Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah =Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 markah =Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
0 markah =Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.
SOALAN 4 MARKAH:
4 markah=Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis.
3 markah=Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis.
2 markah=Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis.
1 markah=Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis.
0 markah=Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
0 markah=Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.
SOALAN RAMALAN 2016
1. PROSA TRADISIONAL + SAJAK
2. DRAMA + PANTUN
3. CERPEN + SYAIR
4. DRAMA + SYAIR
5. CERPEN + PANTUN
DAPATKAN 5 SET SOALAN KOMSAS RAMALAN 2016 SEPERTI YAND DINYATAKAN DI ATAS. MODUL RAMALAN PT3 YANG TELAH SAYA PERKENALKAN KEPADA KALIAN BEBERAPA HARI YANG LALU. SAYA BERHARAP AGAR CALON PT3 TAHUN 2016 DAPAT MENJAWAB SOALAN KOMSAS DENGAN BAIK.
SELAMAT MENGULANG KAJI DAN SELAMAT HUJUNG MINGGU
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
28 August 2016
22 August 2016
UJANA SOALAN 101-200 MORFOLOGI
UJANA SOALAN 101-200
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
101) Banjaran pokok-pokok ru telah ditanam di sepanjang pantai.
102) Wang di dalam tabung ialah untuk mangsa banjir kampung kami.
103) Buku-buku teks itu kiriman dari pengurus kedai buku sekolah.
104) Draf surat rayuan ini hasil penyetujuan kata sepakat pekerja-pekerja.
105) Beberapa anggota kelab golf kami menyertai pertandingan tersebut.
106) Sepasang skru di atas meja tersebut bukan alat untuk memperbaiki basikal adik.
107) Perayaan bersempena dengan cuti khas oleh sekumpulan pelajar-pelajar sekolah kami sangat meriah.
108) Sambutan pada peraduan menulis skrip drama peringkat remaja amat menggalakkan.
109) Encik Baharom sentiasa terkenang akan keluarganya di luar bandar sejak dari ditempatkan bertugas di luar negara.
110) Mak Limah ke pasar raya untuk membeli susu manis pekat kesukaan keluarganya.
111) Alat telekomunikasi yang canggih dan terkini di pameran tersebut ialah telefon dail terus.
112) Penolong Ketua Pustakawan yang baharu dilantik itu bukan lulusan universiti tempatan.
113) Pelajar dari luar bandar di sekolah tersebut pandai-pandai dan aktif di dalam kegiatan kokurikulum.
114) Betul anggun-anggun peserta pertandingan Ratu Kebaya pada tahun ini.
115) Kerja yang dilakukan secara cepat-cepat dan bukan cermat amalan yang kurang baik.
116) Kereta-kereta model-model terbaharu yang dipamerkan di tempat itu dari luar negara.
117) Dermaga-dermaga yang moden dalam negara kita di Pelabuhan Klang.
118) Pelajar-pelajar yang mendapat kelulusan cemerlang pada tahun ini sudah pun masuk diterima ke universitiuniversiti.
119) Kanak-kanak yang sedang duduk-duduk bawah pohon rendang itu anak Jefri.
120) Sambil menunggu ayah dan ibunya pulang, Amin dan adik-adiknya baring-baring di rumah beranda.
121) Peguam-peguam yang dilantik untuk membela kes itu sangat bijak berpengalaman lagi.
122) Ketua-ketua pasukan perwakilan negeri masing-masing masih dalam perjalanan di ibu kota.
123) Pemidato terbaik dalam pertandingan tersebut telah mempersonakan pendengar-pendengar di dewan itu.
124) Pelbagai lukisan-lukisan dalam pameran di ruang legar hotel tersebut ialah hasil pelukis-pelukis muda negara ini.
125) Pensyarah berkenaan menerangkan tentang tajuk dan subtajuk-subtajuk pelajaran tersebut kepada pelajarpelajarnya.
126) Kejayaan pasukan bola negara dalam perlawanan pada malam itu sebenarnya hasil daripada tunjuk ajar jurujurulatih tempatan belaka.
127) Simposium silat yang diadakan semalam sangat hebat dengan persembahan khas maha-mahaguru tersohor.
128) Kilang syarikat yang memerlukan pengedar-pengedar herba ubat jenama baharu dari Negeri Sembilan.
129) Kenangan-kenangan manis Encik Musa semasa bersama-sama dengan keluarganya masih dalam ingatannya.
130) Presiden negara itu masih tidak mahu meletakkan jawatan kerana terdapat desakan-desakan daripada rakyat.
131) Ajaran baik-ajaran baik yang perlu dijadikan teladan selalunya daripada guru dan ibu bapa.
132) Di malam minggu, pasar itu penuh dengan jualan-jualan pakaian yang cantik dengan harga yang berpatutan.
133) Bayaran-bayaran yang diterima dari jualan pelbagai jenis bahan pameran telah disimpan di dalam bank.
134) Pendaki itu tetap gigih untuk sampai ke puncak gunung walaupun terdapat halangan-halangan di dalam sepanjang perjalanan.
135) Kebanyakan acara kebudayaan yang dipersembahkan pada malam itu ialah nyanyian-nyanyian lagu-lagu tradisional.
136) Pelajar-pelajar yang telah berjaya hasil daripada galakan-galakan pihak ibu-ibu bapa dan juga sekolah.
137) Pembangunan-pembangunan yang dicapai pada hari ini tidak hanya usaha pemimpin negara terdahulu.
138) Masyarakat yang masih mundur ialah mereka yang mempunyai kelemahan-kelemahan daripada segi modal dan teknologi terkini.
139) Persatuan-persatuan pengguna di negara ini untuk kebajikan rakyat-rakyat.
140) Tumbuhan-tumbuhan pokok bakau kedapatan dengan banyaknya di persisiran-persisiran pantai Selat Melaka.
141) Penilaian terhadap pendapatan-pendapatan warga asing oleh badan organisasi tersebut sangat penting.
142) Keuntungan-keuntungan untuk anggota persatuan daripada jumlah pelaburan-pelaburan masing-masing.
143) Pengakuan-pengakuan tersebut dilakukan setelah diasak beberapa kali pihak berkuasa.
144) Pengeboman-pengeboman oleh negara musuh kepada negara tersebut dahsyat amat.
145) Jari-jari bulatan yang disediakan itu sangat besar amat ukurannya.
146) Hutan-hutan belantara di negara ini penuh dengan pepohon yang hijau.
147) Dalam pameran haiwan itu, sesumpah menarik perhatian sekalian murid-murid.
148) Hidangan di atas meja ialah gulai ikan patin dan sup sotong bebola.
149) Para penumpang-penumpang yang menaiki kapal terbang tidak dibenarkan membawa sebarang cecair bersamasama mereka.
150) Azlan kini di hospital besar menjalani pemeriksaan doktor sebab sakit pada gegendang telinga.
151) Sesiku yang digunakan untuk gambar rajah tersebut dari abangnya.
152) Doktor yang sedang memeriksa lelangit pelajar yang bengkak tadi doktor baru di klinik ini.
153) Pada setiap petang banyak kanak-kanak di perumahan taman itu bermain-main di taman rekreasi.
154) Penduduk kampung tertanya-tanya tentang bekalan elektrik yang wakil rakyat di tempat mereka janjikan.
155) Profesor itu di Sarawak bertahun untuk menjalankan penyelidikannya.
156) Dinding cermin yang lelaki buta itu raba di sebelah pejabat pengurus kami.
157) “Murid yang guru puji-puji itu bukannya anak kami,” kata Encik Haslan.
158) Selaju kereta Kumar, lebih laju kereta Kandasami yang diimport dari luar negara.
159) Sepanjang-panjang sungai di Pahang, panjang Sungai Rajang di Sarawak lagi.
160) Wanita yang sedang memanggil-manggil anaknya pada padang permainan tersebut isteri Tuan Haji Leman.
161) Diharap tuan dan puan doa-doakan agar semoga kami sentiasa sihat di perantauan.
162) Di hari raya nanti harap tengok-tengokkan rumah semasa ketiadaan kami.
163) Perkara yang disebut-sebutkan oleh kamu dahulu masih segar dalam ingatannya.
164) Mei Ling sangat pelupa dan, oleh itu, berpesan pada anaknya supaya mengingat-ingatkan dirinya tentang hal tersebut.
165) Pengedar dadah yang kami awas-awasi selama ini kini dalam penjara.
166) Ketua persatuan peladang muda yang diturut-turuti oleh kami selama ini telah ke luar negara.
167) Orang yang meminta kita selidik-selidiki punca kanak-kanak hilang itu adalah Ketua Kampung, Kampung Bukit Bunga.
168) Perkara yang kita perlu amat-amati ialah amalan yang baik-baik.
169) Kedua orang pemain yang berpandang-pandangan kerana dilayangkan kad merah daripada pasukan pelawat.
170) Cara bekerja berdua-duaan untuk bagi menyelesaikan masalah rumit itu amalan syarikat berkenaan.
171) Pengikut parti tersebut mendewa-dewakan pemimpinnya kerana kepetahannya bila berbicara.
172) Orang itu tidak disukai oleh rakan-rakan oleh kerana dia selalu mengkhianat-khianati mereka.
173) Anak bongsunya yang dimanja-manjakannya kini di universiti melanjutkan pengajian sarjana peringkat.
174) Semua tingkap yang dipecah-pecahkan di bangunan lama itu dari jenis kaca.
175) Lorong yang selalu dilalu-lalui oleh pelbagai kenderaan-kenderaan itu sangat sempit.
176) Fesyen pakaian seniwati jiran negara pada malam tersebut memang kebarat-baratan.
177) Pasar tani yang baru wakil rakyat kita rasmikan penuh dengan jualan sayu-mayur yang segar. 178) Peniaga kuih-muih yang enak di kedai itu daripada negara Kelantan.
179) Pada bulan Ramadan, pelbagai lauk-pauk dijual di bazar itu.
180) Bergotong-royong amalan nenek moyang kita sejak zaman-berzaman lagi.
181) Syarat yang dikenakan bagi mengelakkan berlakunya cerai-berai itu dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
182) Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, suasana dalam dewan menjadi hiruk-pikuk.
183) Bunyi orang tawar-menawar di pasar lelong hingar-bingar sekali.
184) Pesakit cirit-birit lazimnya penyakit yang merebak selepas musim banjir.
185) Switzerland adalah negara Eropah yang bergunung-ganang dan diliputi salji.
186) Batu-batan di sepanjang sungai itu telah menarik perhatian ahli pakar geologi tersebut.
187) Keluarga yang baharu sampai di lapangan tersebut ialah suku-sakat ketua kampung kami.
188) Suspek itu sering berdolak-dalik apabila pihak polis soal.
189) Seorang pengemis-pengemis berdiri di hadapan bangunan bank tersebut untuk meminta derma daripada orang yang lalu-lalang di situ.
190) Keluarga tersebut kucar-kacir kerana perebutan pusaka harta.
191) Negara mereka huru-hara akibat pemberontakan yang sering kerap berlaku di sana.
192) Anak Pak Kamil yang kurus-kering amat akibat sakit kini di Hospital Besar Kuala Lumpur.
193) Merapatkan silaturahim di antara saudara-mara satu daripada tujuan majlis itu.
194) Kebanyakan tamu-tamu undangan ke hari keluarga tersebut ialah ipar-lamai Encik Abdullah dan jiran tetangga.
195) Tiap hari pegawai itu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Tanjong Malim.
196) Pelajar-pelajar yang gotong-royong membersihkan kawasan suatu kampung itu daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
197) Peminat yang menyaksikan persembahan popular penyanyi itu melimpah-ruah ke luar dewan.
198) Keadaan jalan raya yang bersimpang-siur itu hanya di bandar pusat.
199) Bas pelancong tersebut penuh sesak dengan keluarga-keluarga dan anak-pinak mereka.
200) Membesarkan perkara yang kecil dan sangat remeh-temeh memang tidak wajar.
Yang berminat untuk mendapatkan jawapannya, hantar e-mel kepada saya dengan maklumat berikut: (salin maklumat di bawah lalu hantar kepada saya melalui e-mel saya cikgutancl@hotmail.com) atau melalui Telegram / whatsapp (+60122099440).
1. Nama :
2. Alamat e-mel :
3. permintaan: KOLEKSI MOFORLOGI 1 (SOALAN RAMALAN PT3 2016)
4. Guru / Murid / Ibu bapa / tutor

15 August 2016
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014 – 2015 (SOALAN 4 – PERIBAHASA)

Soalan peribahasa menawarkan 4 markah. Soalan pada bahagian peribahasa lazimnya membimbangkan calon peperiksaan. Guru-guru juga berusaha untuk memperkenalkan dan mengajarkan peribahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 kepada murid sebagai persediaan untuk menghadapi soalan peribahasa dalam PT3 selain menggunakan peribahasa-peribahasa lain.
Pada tahun 2014, soalan peribahasa yang dikeluarkan oleh LPM ialah dua gambar rangsangan untuk setiap soalan peribahasa. Calon dikehendaki menjawab soalan peribahasa tersebut berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka. Berikut ialah jawapan kepada soalan sebenar tahun 2014:
Set 1
(a) bagaimana acuan begitulah kuihnya
(b) seperti cendawan tumbuh selepas hujan

Set 2
(a) seperti murai dicabut ekor
(b) air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Set 3
(a)
- seperti layang-layang putus talinya
-laksana layang-layang putus teraju
-laksana layang-layang salah teraju
(b) sediakan payung sebelum hujan
(a)
- seperti layang-layang putus talinya
-laksana layang-layang putus teraju
-laksana layang-layang salah teraju
(b) sediakan payung sebelum hujan
Pada tahun 2015, soalan peribahasa yang dikeluarkan oleh LPM dalam ketiga-tiga set soalan ialah gambar tunggal yang membawa tema bekerjasama. Senarai jawapan yang diterima dalam peperiksaan tersebut ialah:
- Bagai aur dengan tebing
- Seperti aur dengan tebing
- Bagai aur dan tebing
- Seperti aur dan tebing
- Muafakat membawa berkat
- Muafakat mendatangkan berkt
- Muafakat menghasilkan berkat
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- Bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat
- Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
- Bulat air oleh pembetung, bulat kata oleh muafakat
- Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
- Bulat air oleh pembentung, bulat manusia oleh muafakat
- Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
- Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
- Bagai lebah menghimpun madu
- Bagai semut menghimpun kelulut

BENTUK SOALAN PERIBAHASA RAMALAN 2016
Soalan PT3 kali ini saya ramalkan masih berkaitan dengan gambar. Berikut ialah soalan ramalan saya.
(a) gambar situasi kejayaan murid
(b) gambar tema bahasa jiwa bangsa
(c) gambar tema amalan/nilai yang murni
(d) menyatakan peribahasa yang berkaitan dengan gambar haiwan yang diberikan
(e) soalan situasi dalam gambar bersiri
(f) isi tempat kosong dalam ayat yang diberikan dalam soalan dengan berpandu pada gambar yang disediakan.

Dalam catatan INFO BM PT3 yang akan datang, analisis soalan komponen sastera akan menemui anda. Selamat mengulang kaji dan selamat membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan percubaan PT3.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ulang kaji dan soalan ramalan PT3 saya, klik pada pautan http://cikgutancl.blogspot.my/…/buku-kerja-dan-ramalan-pt3.… untuk mengetahui perkara yang lebih lanjut.
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015 SOALAN 3 - SINTAKSIS
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015
SOALAN 3 - SINTAKSIS
SOALAN 3 - SINTAKSIS
Soalan sintaksis sentiasa menjadi perhatian guru dan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana persoalan tentang jenis soalan sintaksis yang akan diajukan kepada calon akan menjadi topik hangat dalam perbualan ilmiah mahupun sembang saran tentang ramalan.
Pada tahun 2014, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah ayat aktif kepada pasif dan sebaliknya untuk ketiga-tiga set.
Pada tahun 2015, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah transformasi ayat penyata kepada ayat tanya untuk ketiga-tiga set.
SINTAKSIS RAMALAN 2016
(a) Ayat bersusunan biasa kepada songsang
(b) Ayat bersusunan songsang kepada ayat biasa
(c) PIsahkan ayat atau cerakinkan ayat
(d) Sambungkan ayat atau gabungkan ayat
(e) Transformasi ayat seruan kepada ayat penyata atau transformasi ayat perintah kepada ayat penyata.
(f) Menukarkan ayat pasif biasa kepada ayat pasif songsang.

Dalam catatan INFO BM PT3 yang akan datang, analisis soalan peribahasa akan menemui anda. Selamat mengulang kaji pelajaran pada hujung minggu.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ulang kaji dan soalan ramalan PT3 saya, klik pada pautan http://cikgutancl.blogspot.my/…/buku-kerja-dan-ramalan-pt3.… untuk mengetahui perkara yang lebih lanjut.
12 August 2016
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015 (SOALAN 2 - KESALAHAN EJAAN)
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015
SOALAN 2 - KESALAHAN EJAAN
SOALAN 2 - KESALAHAN EJAAN
Kesalahan ejaan yang biasanya diuji melibatkan 5 jenis, yakni
(a) ejaan yang melibatkan perkataan yang dieja jarak dan dieja rapat
(b) ejaan yang melibatkan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris
(c) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman
(d) ejaan yang melibatkan kata majmuk
(e) ejaan yang melibatkan penggunaan kata ganti nama diri singkat

RAMALAN 2016
(a) ejaan makanan (serondeng) (martabak) (nasi himpit) (mi goreng) (kuetiau goreng)
(b) ejaan yang melibatkan kata majmuk (isi padu) (ulang kaji) (jawatankuasa) (kadangkala) (sering kali)
(c) ejaan yang mengelirukan (taasub) (diayah) (menggembleng) (isytihar) (pasar raya)
(d) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman (pro-Amerika) (prabayar) (pascamerdeka) (antirokok) (gengsterisme)
(e) imbuhan yang melibatkan pinjaman bahasa asing (stres) (eksperimen) (psikologi) (caj) (Jerman)
(f) imbuhan yang melibatkan 1k dan 2k serta 1g dan 2g (kebanyakan) (kerosakan) (kebaikan) (ketumbukan) (keburukan) (menggunakan) (menggalakkan) (menggirangkan) (menggulung) (menggelikan)

Esok, analisis soalan sintaksis akan menemui anda. Selamat mengulang kaji pelajaran.
Dapatkan buku kerja BM PT3 ramalan saya dengan klik pada pautan http://cikgutancl.blogspot.my/2016/07/buku-kerja-dan-ramalan-pt3.html
10 August 2016
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015 (SOALAN 1 - MORFOLOGI)
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015
SOALAN 1 - MORFOLOGI 2014
(SATU KESALAHAN BAHASA)
Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan kata sendi nama "di" dengan "pada"
(b) kekeliruan penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua, iaitu antara "kita" dengan "kami", "kamu" dengan "kami", dan "dia" dengan "beliau".
(c) kesalahan penggunaan bahasa istana (mandi - bersiram), (kelahiran - keputeraan), dan (memberikan - menganugerahkan).
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri pertama, kedua, dan ketiga
(e) kesalahan penggunaan frasa sendi nama "di atas" dengan "atas".
(f) kesalahan perimbangan frasa sendi nama "dari masa ke semasa" yang sepatutnya ditulis "dari masa ke masa" atau " dari semasa ke semasa"
SOALAN 1 - MORFOLOGI 2015

(a) kesalahan penggunaan bahasa istana (berucap- bertitah) dan (pergi-berangkat).
(b) kelewahan bahasa (semua mangsa-mangsa), (semua murid-murid), dan (beberapa orang tokoh-tokoh)
(c) unsur kelewahan kata sendi nama (demi untuk)
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri ketiga
(e) kesalahan kata "bila" dengan "apabila"
(f) kekeliruanpenggunaan kata sendi nama "kepada" dengan "akan"
RAMALAN 2016
1. bahasa istana (marah - murka) (bersetuju - berkenan) (anak - putera) (patik - hamba) (beta - baginda)
2. kesalahan kata hubung / kesilapan kata sendi nama
3. kesalahan penggunaan frasa kerja pasif diri pertama dan kedua
4. unsur kelewahan bahasa
5. kesalahan kata bilangan dan penjodoh bilangan
Soalan ramalan kadangkala memberikan motivasi kepada murid untuk bekerja lebih keras sewaktu mengulang kaji untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Apabila ada tip atau soalan ramalan, semangat mereka berubah menjadi lebih bersedia dan matang untuk menghadapi peperiksaan.
Nantikan kemunculan analisis soalan 2, kesalahan ejaan dalam ayat dan ramalannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)