ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 4 (ANTARABANGSA)
NO
|
Negeri
|
Karangan B (Tema)
|
Soalan 4
|
||
1
|
MRSM
|
Faktor
tarikh minat pelajar luar negara belajar di negara ini.
|
2
|
SBP
|
Pendatang
asing timbulkan pelbagai masalah
|
3
|
Kedah
|
Kesan
negatif pemerdagangan manusia
|
4
|
Perlis
|
Pelaburan
asing sumber pembangunan sesebuah negara.
|
5
|
Perak
|
Kerjasama
Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia.
|
6
|
Pulau Pinang
|
Kerjasama
antara negara meningkatkan industri pelancongan.
|
7
|
Melaka
|
Masalah
pendatang asing.
|
8
|
Negeri Sembilan
|
Keamanan
dunia – Peranan negara anggota PBB.
|
9
|
Johor
|
Penglihatan
Malaysia dalam pelbagai bidang menaikkan nama di peringkat antarabangsa.
|
10
|
Kelantan
|
Tenaga
kerja berkemahiran
|
11
|
Terengganu
|
Manfaat
kerjasama Malaysia dengan negara lain.
|
12
|
Pahang
|
Kesan
keganasan antarabangsa kepada masyarakat dunia.
|
13
|
YIK
|
Impak
buruk negara yang mengalami perubahan iklim.
|
14.
|
Sabah
|
Faktor
dan usaha - Jenayah siber
|
15
|
Sarawak
|
Langkah
bantu negara yang alami bencana alam.
|
SOALAN
RAMALAN 2015
(KBAT)
Banyak
institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membuka cawangan di negara kita.
Huraikan kesan pembukaan IPTS di negara kita.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Pendidikan –
kekayaan yang tidak dapat dijual beli – kerajaan mementingkan pendidikan
negara – meluluskan pembinaan Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) – universiti
bertaraf antarabangsa membuka cawangan di Malaysia – Australia, Amerika,
Britain – membawa pelbagai kesan kepada negara kita
|
ISI PENTING
|
1.
meningkatkan kualiti pendidikan negara – membawa masuk tenaga pengajar yang
berkualiti dan bertauliah – mempunyai pengalaman luas yang boleh dikongsi bersama
rakyat Malaysia – generasi muda kini sangat bertuah – diajar oleh pensyarah
yang berkelayakan tinggi – meningkatkan ilmu dan kualiti pendidikan sedia ada
2. menarik
kedatangan penuntut di rantau Asia – membawa masuk pelajar asing yang ingin
melanjutkan pelajaran – membawa masuk pendapatan sampingan kepada negara dan
rakyat – membeli barangan buatan Malaysia – menyewa di rumah penduduk
tempatan – membawa faedah kepada bidang ekonomi – bersaing dengan negara maju
yang lain
3. banyak
tenaga mahir dan profesional dapat dilahirkan – tidak perlu ke luar negara –
modal insan kekal di negara sendiri – menjimatkan wang perbelanjaan
pendidikan – mendapat ijazah daripada universiti yang bertaraf dunia – ibu
bapa tidak perlu berjauhan dengan anak mereka – usaha serampang dua mata ini
juga memanfaatkan negara – bekerja di negara sendiri selepas tamat belajar
4. rakyat
tempatan dapat mengenali kebudayaan penuntut antarabangsa – berpeluang untuk
berkenalan dengan pelajar dari seluruh dunia – mengetahui budaya mereka dan
adat resam mereka – hidup harmoni sambil beramah mesra – menjadikan mereka
hidup aman dan diterima oleh rakyat – mesra pelajar asing – tidak memulaukan
mereka – menghidupkan semangat hidup serumpun yang harmoni
|
PENUTUP
|
Penubuhan IPTS
– wajar digalakkan – membawa kesan yang baik – memastikan pelajar
antarabangsa tidak menyalahgunakan pas pelajar untuk tujuan jenayah –
menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan utama – Malaysia Boleh! – bidang
pendidikan terus menjadi pemangkin pembangunan negara yang utama – melakar
sejarah pendidikan yang tersendiri
|
(KBAT)
Kejayaan atlet
Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu melonjakkan nama negara
dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.
Huraikan
pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Sukan – bidang
yang penting kepada negara – pelaburan negara dalam bidang sukan bukan
sedikit jumlahnya – berbilion-bilion ringgit dilaburkan dalam pembinaan
prasarana sukan – melahirkan atlet yang mampu melonjakkan nama Malaysia pada
peringkat antarabangsa
|
ISI PENTING
|
1. Dalam
bidang badminton – Malaysia antara jaguh utama dunia – pernah meraih Piala
Thomas – mengharumkan nama Malaysia – Misbun Sidek, Jalani Sidek, Rashid
Sidek adalah antara nama besar pada zaman kegemilangan mereka – Datuk Lee
Chong Wei – harapan utama negara – meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik
2. Dalam sukan
skuasy – Malaysia memiliki puteri yang tersendiri – Datuk Nicol Ann David
pemenang Piala Skuasy Dunia sebanyak 11 kali – melonjakkan nama Malayisa –
memegang rekod juara dunia terbanyak – banyak berkorban demi negara – tinggal
dan berlatih di luar negara – berjaya melakarkan nama negara di pentas dunia
3. Malaysia –
juga ada juara yang hebat dalam bidang sukan akuatik – Pandalela Renong,
gadis daripada Masyarakat Orang Asli di Sarawak – berpisah daripada keluarga
– menempa nama dengan kejayaan hebat – mendapat pingat gangsa dalam Sukan
Olimpik – menjadi harapan negara kecil seperti Malaysia – mencapai kejayaan
lebih gemilang
4. Pasukan
hoki kebangsaan Malaysia – pernah melonjakkan nama negara di pentas dunia –
merangkul pingat emas dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel – memiliki barisan
pemain yang profesional dan digeruni – berani mengasak dan bersaing dengan
jaguh hoki dunia dari Pakistan dan India – menempa nama tersendiri dalam
bidang sukan hoki
|
PENUTUP
|
Atlet Malaysia
– ada kehebatan tersendiri – berjaya atas nama usaha dan pengorbanan – tidak
berputus ada walaupun pernah menghadapi kegagalan – berani berjuang demi nama
Malaysia – menggalas tanggungjawab negara – melonjakkan bidang sukan Malaysia
– menjadi idola rakyat Malaysia – bersemangat “Malaysia Boleh” –berjaya
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
|
(KBAT)
Negara-negara
Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk kerjasama yang
boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan bidang
pelancongan sebagai pendapatan utama.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Rantau Asia –
antara rantau paling “hidup” dan “bernyawa” – banyak bidang yang sedang
mengalami pembangunan pesat – bidang pelancongan menjadi nadi kehidupan
penduduk rantau ini – negara-negara Asia – bergantung pada kerjasama antara
negara di sini – menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama
|
ISI PENTING
|
1. Pemimpin
negara serantau perlu mengadakan persidangan – rundingan meja bulat untuk
membincangkan keperluan dan kemaslahatan industri pelancongan – merangka
dasar pelancongan serantau – menghapuskan penggunaan visa – menarik pelancong
asing – melawat di Asia – menguntungkan negara yang terlibat
2. Kerjasama
dari segi kemahiran memajukan pelancongan perlu dijalankan – mengadakan
perbincangan tentang produk pelancongan – memastikan setiap negara yang
terlibat memiliki produk istimewa – menampilkan keunikan dan kelainan –
mengelakkan konflik tarikan pelancong – meningkatkan pendapatan negara –
memajukan negara
3. Perkongsian
ilmu – perlu dijalankan di rantau Asia – ilmu pemanduan pelancongan – ilmu
promosi pelancongan – ilmu pemasaran produk pelancongan – menarik perhatian
pelancong – membeli pakej pelancongan melalui laman web pelancongan serantau
– keuntungan sama dibahagikan – pendapatan negara yang utama
4. Ejen
pelancongan serantau – memiliki portal pelancongan tersendiri – menjadi pusat
pengumpulan data pelancong – berguna untuk tujuan promosi – memudahkan penyebaran
maklumat kepada pelancong – memiliki sistem yang mesra pelanggan –
mengutamakan kemudahan pelancong – memilih Asia sebagai destinasi pelancongan
yang utama
|
PENUTUP
|
Industri
pelancongan – sumber pendapatan utama negara – mesti dimajukan dengan sedaya
upaya – menjenamakan Asia sebagai destinasi pelancongan termasyhur – pasti
dapat meningkatkan ekonomi negara – peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka
luas – di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya – sama-sama berusaha
membentuk kerjasama – pelancongan ialah sumber pendapatan utama
|
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.