26 October 2015

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI KOMSAS)

ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 5 (KOMPONEN SASTERA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 5
1
MRSM
Kepentingan sikap berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
2
SBP
Kepentingan perpaduan dan semangat kerjasama
3
Kedah
Cerita – Berakit-rakit ke hulu...
4
Perlis
Kepentingan mempertahankan adat warisan.
5
Perak
Peranan pelbagai pihak menggalakkan remaja terlibat dalam penulisan kreatif.
6
Pulau Pinang
Faedah membaca kepada masyarakat.
7
Melaka
Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan penulis yang berjaya.
8
Negeri Sembilan
Cara belajar yang berkesan.
9
Johor
Langkah  menghargai sasterawan.
10
Kelantan
Usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
11
Terengganu
Cerita berdasarkan peribahasa genggam bara api...
12
Pahang
Menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan sekolah.
13
YIK
Cerpen berdasarkan peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
14.
Sabah
Cerpen berkaitan menabung berdasarkan peribahasa melentur buluh...
15
Sarawak
Karangan berdasarkan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung.


SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah.
[100 markah]
PENDAHULUAN
“Membaca itu jambatan ilmu” – kata orang tua-tua yang meninggalkan makna yang mendalam – amalan membaca bagaikan pembangunan modal insan secara tidak langsung – melahirkan warga yang bijak pandai – pelbagai langkah harus diambil untuk membudayakan amalan membaca – melahirkan warga yang bijaksana

ISI PENTING
1. Pihak pentadbir sekolah – menaik taraf perpustakaan sekolah – menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu – membeli buku yang berkualiti dan bersesuaian – melahirkan warga sekolah yang suka membaca – ilmu itu pelita hidup – menerangi hidup kita dengan ilmu

2. Guru pusat sumber – berusaha untuk mempromosikan pusat sumber – menjadikan pusat sumber sebagai nadi Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) – memberitahu anak-anak murid kepentingan membaca – mendedahkan mereka kepada kepentingan ilmu kehidupan

3. Guru kelas – mencadangkan pembinaan sudut bacaan – murid mendermakan buku yang berkualiti – menyusun buku di sudut khas – memudahkan murid membaca buku pada masa lapang – membantu murid menimba ilmu pengetahuan – meningkatkan pengalaman diri

4. Pengetua sekolah – memperkenalkan kepentingan membaca melalui kempen membaca – menganjurkan pameran buku di sekolah – menjemput penulis buku untuk menyampaikan ceramah motivasi tentang kepentingan membaca – menarik minat murid untuk membaca

PENUTUP
Amalan membaca – penting dalam kehidupan kita – menjadikan kita berfikiran matang dan rasional – mengatasi masalah dalam kehidupan – menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan – amalan membaca mesti terus disuburkan – membaca itu jambatan itu – membina jambatan ilmu yang kukuh memerlukan usaha yang gigih dan berterusan – melahirkan warga yang berwawasan dan berilmu!
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Kampung sentosa – penduduk berbilang kaum – hidup aman damai – hujan ribut melanda – kerosakan jambatan utama – menghubungkan ampung ke bandar – penduduk berasa gusar dan bimbang – berjalan dengan hati yang gundah – menemui penghulu
PERKEMBANGAN
Tok Penghulu muncul di serambi rumah – didatangi Mega, Salim, dan Tauke Tan – meluahkan kebimbangan mereka – Mega tidak dapat ke bandar untuk mengambil roti – Salim tidak dapat menghantar anak ke sekolah – Tauke Tan tak dapat berniaga
KONFLIK
Tok Penghulu meminta cadangan – Salim mencadangkan agar kutipan wang dibuat – Tauke Tan membantah – kerugian dalam perniagaan – Mega pula membantah kerana keuntungannya tak cukup untuk keluarga – Tok Penghulu menggaru kepala – berfikir

Tok Penghulu bimbang akan konflik yang berlaku – membuat perbincangan dengan orang kampung – mengumpulkan orang kampung di dewan orang ramai – masing-masing berkumpul dan menantikan kedatangan Tok Penghulu – masalah mesti diselesaikan
KLIMAKS
Tok Penghulu muncul – menyampaikan ucapan – menceritakan masalah yang berlaku – kerosakan jambatan utama menjejaskan kehidupan penduduk – malapetaka datang tanpa diduga – penduduk harus bersatu padu – menghadapinya dengan tabah – gotong-royong

Penduduk dibahagikan kepada tiga kumpulan – kumpulan pertama mendapatkan derma daripada penduduk – kumpulan dua dalam kalangan tukang kayu – kumpulan ketiga suri rumah tangga yang bercadang untuk memasak untuk penduduk yang bekerja keras
PELERAIAN
Selama 6 jam berusaha – melibatkan 50 orang penduduk – kerja pembinaan jambatan kukuh berjaya – hasil perpaduan berbilang bangsa – hidup bersatu padu – mendapat pujian Tok Penghulu – Mega, Tauke Tan, dan Salim berasa syukur – sedar bahawa perpaduan amat penting – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Tok Penghulu meminta penduduk terus mengekalkan perpaduan
(KBAT)
Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
[30 markah]

PENDAHULUAN
Peribahasa Melayu – pengamatan generasi terdahulu – memiliki makna yang maslahat – mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan – dicipta dengan penilaian daripada alam semula jadi – diimplementasikan dalam kehidupan harian – semua pihak harus memainkan peranan – menghidupkan dan mempopularkan peribahasa
ISI PENTING
1. Pemimpin kerajaan – menjadikan peribahasa sebagai pedoman hidup – memasukkan peribahasa dalam ucapan – menjadikan peribahasa sebagai dasar pegangan – mampu mendidik dan memimpin rakyat – mendewasakan rakyat dengan peribahasa – terus subur
2. Ibu bapa – memperkenalkan peribahasa kepada anak – memberitahu anak tentang maksud peribahasa – mendedahkan anak kepada bahan bacaan – membeli kamus peribahasa – membuat rujukan – memasukkan peribahasa dalam karangan – fikiran matang
3.Pihak sekolah – menampal poster peribahasa – murid diajarkan peribahasa oleh guru subjek Bahasa Melayu – menerangkan cerita di sebalik peribahasa – menerangkan penggunaan peribahasa dalam ayat dan penulisan – menghidupkan peribahasa Melayu – subur dan segar
4. Media massa – menyiarkan rancangan berbentuk peribahasa – mencerdaskan minda rakyat tentang peribahasa – soalan kuiz dan pertandingan – menarik minat masyarakat – mengenali dan menghayati peribahasa – menggunakan ilmu dalam peribahasa kita
5. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – menerbitkan buku tentang peribahasa – menjalankan dasar pemerkasaan peribahasa – mengadakan jerayawara dan bicarawara peribahasa – menimbulkan rasa ingin tahu rakyat – terus menghidupkan peribahasa Melayu
PENUTUP
Semua pihak – memainkan kepentingan mereka – berperanan untuk mempopularkan dan menghidupkan peribahasa Melayu – menjadikan peribahasa Melayu sebagai warisan negara yang agung – semua rakyat Malaysia harus mengetahui dan memahami serta menghayatinya – tidak melupakan akar didikan nenek moyang kita – hidup Peribahasa Melayu! bahasa jiwa bangsa! – hilang peribahasa hilanglah adat dan budaya – menyuburkan peribahasa Melayu – popular sampai bila-bila

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.