Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

25 October 2015

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI DIRI)

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Kemalangan di jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai remaja, apakah peranan yang perlu anda mainkan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Jalan raya – dibina oleh kerajaan – bertujuan memudahkan perjalanan dan kemudahan pengangkutan bergerak – kemalangan semakin meningkat – saya harus memainkan peranan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya
ISI PENTING
1. Saya tidak akan menyalahgunakan lesen kenderaan yang saya miliki – menggunakan lesen tersebut untuk tujuan kemudahan bergerak – tidak menyalahgunakan lesen memandu untuk berlumba haram – kemalangan dapat dikurangkan

2. Saya perlu bertimbang rasa – menghormati pengguna jalan raya yang lain – memberikan laluan kepada pejalan kaki – menunggu dengan kesabaran – sikap sabar itu separuh daripada iman – mengurangkan kemalangan jiwa

3. Saya mesti mematuhi peraturan lalu lintas – mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan – tidak memandu melebihi had laju – sikap ini membahayakan diri dan nyawa orang lain – biar lambat asalkan selamat – sentiasa mengingati pesanan ibu bapa

4. Saya mesti berbudi bahasa di jalan raya – bersikap tolak ansur terhadap pengguna jalan raya yang lain – tidak menunjukkan sikap biadab seperti mencabar pemandu lain untuk bersaing dan berlagak ngeri – menghargai nyawa yang dianugerahkan oleh Tuhan

5. Saya wajib memandu dengan berhemat dan berhemah – merancang perjalanan yang jauh – rehat apabila berasa letih – tidak memaksa diri memandu dalam keadaan penat – menggelakkan kemalangan jalan raya – pandu cermat jiwa selamat
PENUTUP
Setiap pengguna jalan raya termasuk saya – berusaha untuk mengurangkan risiko kemalangan – tidak lagi melabelkan jalan raya sebagai mulut harimau yang berbahaya – menjamin keselamatan diri dan orang lain di jalan raya – rakyat Malaysia boleh!
(KBAT)
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin leluasa. Walau bagaimanapun, remaja boleh memanfaatkan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan yang baik.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Telefon bimbit – ciptaan teknologi yang paling popular selepas Internet – hampir semua manusia di dunia ini memerlukannya – telefon bimbit banyak manfaatnya – remaja boleh memanfaatkannya dengan tujuan yang baik
ISI PENTING
1. remaja bolehlah menggunakan telefon bimbit untuk tujuan telekomunikasi – perhubungan antara manusia menjadi erat bagai isi dengan kuku – bertukar cerita dan pandangan melalui perbualan – menjalin ukhuwah dengan cara yang betul melalui teknologi telefon

2. remaja dapat menggunakan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran – memuat turun aplikasi yang berguna dalam sistem android – aplikasi Kamus, kalkulator, perisian nota sejarah dan geografi – memudahkan pencarian maklumat – masa itu emas – menjimatkan masa

3. remaja dapat menyimpan data waima maklumat – bergantung pada kapasiti memori telefon – nota dalam bentuk PDF, JPEG, dan multimedia lain – memudahkan kerja ulang kaji – maklumat di hujung jari – dapat membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan

4. remaja dapat membina laman web atau laman blog sendiri – meluahkan perasaan dan idea dalam bentuk media – membina laman blog kehidupan, pelajaran waima hiburan – mengisi masa lapang dengan bijak – tidak mensia-siakan kemahiran yang diperoleh

5. remaja juga dapat membina jaringan sosial yang sihat – bertukar-tukar idea dan pendapat tentang ilmu dan pengetahuan – membina kumpulan belajar secara maya – menggunakan kemudahan aplikasi Telegram – memudahkan perhubungan dan penyebaran maklumat
PENUTUP
Remaja – bijak memanfaatkan ciptaan teknologi – tidak menyalahgunakan telefon bimbit – menghargai dan menggunakan telefon bimbit untuk tujuan baik – memudahkan kehidupan moden
(KBAT)
Remaja yang sihat dapat membina negara yang maju dan progresif pada masa depan. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan yang optimum.
[100 markah]

PENDAHULUAN
Remaja – golongan yang menghadapi perubahan fizikal dan mental – menjaga kesihatan sejak kecil – gaya hidup yang sihat – mencapai tahap kesihatan yang optimum – memastikan hidup lebih berkualiti – pelbagai cara dapat saya amalkan – menjadi remaja yang sihat 
ISI PENTING
1. makan makanan yang seimbang – menjauhi makanan segera – mengelakkan diri daripada mengunjungi restoran yang menjual makanan segera – mematuhi piramid makanan – mendapat semua zat dan nutrien – membina tubuh yang kuat dan sihat demi masa depan

2. remaja harus bersenam dan bersukan – tidak menjadikan sibuk sebagai alasan tidak bersenam – sekurang-kurangnya 3 kali seminggu – membina stamina yang tinggi – membuang sisa-sisa toksik – berasa lebih cergas – badan cergas otak cerdas – amalan gaya hidup sihat

3. remaja perlulah merancang jadual kehidupan – berehat jika penat dan letih – tidak memaksa diri bekerja lebih daripada kemampuan – rehat dapat membaiki tisu badan yang rosak – menjamin kesihatan diri – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – kesedaran

4. remaja seperti saya harus menjauhi gejala sosial – mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat – menjauhi tabiat merokok, kancah dadah, dan gengsterisme – memastikan diri berfikiran matang dan memiliki jati diri mulia – diterima kawan dan disanjung oleh lawan

5. remaja harus mendapatkan rawatan jika tidak sihat – membuat pemeriksaan kesihatan – mendengar nasihat pakar kesihatan – makan ubat mengikut sukatan dan jadual – membasmi bakteria dalam badan – otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas
PENUTUP
remaja – menjaga kesihatan diri – menghargai nyawa – tidak menyesal setelah mendapat strok – kadar strok dalam kalangan orang muda semakin meningkat – penyakit tidak akan menyerang manusia yang sihat – mengamalkan gaya hidup yang sihat – demi masa depan yang gemilang

No comments: