SOALAN RAMALAN
2015
(KBAT)
Kemalangan
di jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai remaja, apakah
peranan yang perlu anda mainkan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Jalan raya –
dibina oleh kerajaan – bertujuan memudahkan perjalanan dan kemudahan
pengangkutan bergerak – kemalangan semakin meningkat – saya harus memainkan
peranan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya
|
ISI PENTING
|
1. Saya tidak
akan menyalahgunakan lesen kenderaan yang saya miliki – menggunakan lesen
tersebut untuk tujuan kemudahan bergerak – tidak menyalahgunakan lesen
memandu untuk berlumba haram – kemalangan dapat dikurangkan
2. Saya perlu
bertimbang rasa – menghormati pengguna jalan raya yang lain – memberikan
laluan kepada pejalan kaki – menunggu dengan kesabaran – sikap sabar itu
separuh daripada iman – mengurangkan kemalangan jiwa
3. Saya mesti
mematuhi peraturan lalu lintas – mengikut arahan dan peraturan yang
ditetapkan – tidak memandu melebihi had laju – sikap ini membahayakan diri
dan nyawa orang lain – biar lambat asalkan selamat – sentiasa mengingati
pesanan ibu bapa
4. Saya mesti
berbudi bahasa di jalan raya – bersikap tolak ansur terhadap pengguna jalan
raya yang lain – tidak menunjukkan sikap biadab seperti mencabar pemandu lain
untuk bersaing dan berlagak ngeri – menghargai nyawa yang dianugerahkan oleh
Tuhan
5. Saya wajib
memandu dengan berhemat dan berhemah – merancang perjalanan yang jauh – rehat
apabila berasa letih – tidak memaksa diri memandu dalam keadaan penat –
menggelakkan kemalangan jalan raya – pandu cermat jiwa selamat
|
PENUTUP
|
Setiap
pengguna jalan raya termasuk saya – berusaha untuk mengurangkan risiko
kemalangan – tidak lagi melabelkan jalan raya sebagai mulut harimau yang
berbahaya – menjamin keselamatan diri dan orang lain di jalan raya – rakyat
Malaysia boleh!
|
(KBAT)
Penggunaan
telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin leluasa. Walau bagaimanapun,
remaja boleh memanfaatkan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan yang baik.
Huraikan
pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Telefon bimbit
– ciptaan teknologi yang paling popular selepas Internet – hampir semua
manusia di dunia ini memerlukannya – telefon bimbit banyak manfaatnya –
remaja boleh memanfaatkannya dengan tujuan yang baik
|
ISI PENTING
|
1. remaja
bolehlah menggunakan telefon bimbit untuk tujuan telekomunikasi – perhubungan
antara manusia menjadi erat bagai isi dengan kuku – bertukar cerita dan
pandangan melalui perbualan – menjalin ukhuwah dengan cara yang betul melalui
teknologi telefon
2. remaja
dapat menggunakan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran – memuat turun
aplikasi yang berguna dalam sistem android – aplikasi Kamus, kalkulator,
perisian nota sejarah dan geografi – memudahkan pencarian maklumat – masa itu
emas – menjimatkan masa
3. remaja
dapat menyimpan data waima maklumat – bergantung pada kapasiti memori telefon
– nota dalam bentuk PDF, JPEG, dan multimedia lain – memudahkan kerja ulang
kaji – maklumat di hujung jari – dapat membuat persiapan untuk menghadapi
peperiksaan
4. remaja
dapat membina laman web atau laman blog sendiri – meluahkan perasaan dan idea
dalam bentuk media – membina laman blog kehidupan, pelajaran waima hiburan –
mengisi masa lapang dengan bijak – tidak mensia-siakan kemahiran yang
diperoleh
5. remaja juga
dapat membina jaringan sosial yang sihat – bertukar-tukar idea dan pendapat
tentang ilmu dan pengetahuan – membina kumpulan belajar secara maya –
menggunakan kemudahan aplikasi Telegram – memudahkan perhubungan dan
penyebaran maklumat
|
PENUTUP
|
Remaja – bijak
memanfaatkan ciptaan teknologi – tidak menyalahgunakan telefon bimbit –
menghargai dan menggunakan telefon bimbit untuk tujuan baik – memudahkan
kehidupan moden
|
(KBAT)
Remaja yang
sihat dapat membina negara yang maju dan progresif pada masa depan. Sebagai
remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan
yang optimum.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Remaja –
golongan yang menghadapi perubahan fizikal dan mental – menjaga kesihatan
sejak kecil – gaya hidup yang sihat – mencapai tahap kesihatan yang optimum –
memastikan hidup lebih berkualiti – pelbagai cara dapat saya amalkan –
menjadi remaja yang sihat
|
ISI PENTING
|
1. makan
makanan yang seimbang – menjauhi makanan segera – mengelakkan diri daripada
mengunjungi restoran yang menjual makanan segera – mematuhi piramid makanan –
mendapat semua zat dan nutrien – membina tubuh yang kuat dan sihat demi masa
depan
2. remaja
harus bersenam dan bersukan – tidak menjadikan sibuk sebagai alasan tidak
bersenam – sekurang-kurangnya 3 kali seminggu – membina stamina yang tinggi –
membuang sisa-sisa toksik – berasa lebih cergas – badan cergas otak cerdas –
amalan gaya hidup sihat
3. remaja
perlulah merancang jadual kehidupan – berehat jika penat dan letih – tidak
memaksa diri bekerja lebih daripada kemampuan – rehat dapat membaiki tisu
badan yang rosak – menjamin kesihatan diri – sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna – kesedaran
4. remaja
seperti saya harus menjauhi gejala sosial – mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang sihat – menjauhi tabiat merokok, kancah dadah, dan gengsterisme
– memastikan diri berfikiran matang dan memiliki jati diri mulia – diterima
kawan dan disanjung oleh lawan
5. remaja
harus mendapatkan rawatan jika tidak sihat – membuat pemeriksaan kesihatan –
mendengar nasihat pakar kesihatan – makan ubat mengikut sukatan dan jadual –
membasmi bakteria dalam badan – otak yang cerdas datang daripada badan yang
cergas
|
PENUTUP
|
remaja –
menjaga kesihatan diri – menghargai nyawa – tidak menyesal setelah mendapat
strok – kadar strok dalam kalangan orang muda semakin meningkat – penyakit
tidak akan menyerang manusia yang sihat – mengamalkan gaya hidup yang sihat –
demi masa depan yang gemilang
|
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.