NO
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
1
|
air susu dibalas dengan air tuba
|
kesenangan hidup seseorang yang dibalas dengan
kejahatan.
|
2
|
alah bisa tegal biasa
|
sesuatu yang sukar dibuat pada awalnya tetapi akan
lama-kelamaan menjadi kebiasaan.
|
3
|
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan /
alang-alang mandi biar basah /
alang-alang berdakwat biar hitam /
alang-alang berminyak biar licin /
|
apabila mula membuat sesuatu, kita harus
menyempurnakannya.
|
4
|
bagai lebah menghimpun madu
|
rajin
bekerja.
|
5
|
bagaimana acuan begitulah kuihnya /
bapa borek anak rintik /
bagaimana tepuk, begitulah tarinya
|
anak-anak
biasanya mengikut teladan atau sikap daripada ibu bapa
|
6
|
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
|
orang yang melihat penderitaan orang
lain pun derita, apalagi orang yang memikul penderitaan itu.
|
7
|
biar putih tulang, jangan putih mata
|
berani menentang pihak musuh demi kesejahteraan dan
kedamaian walaupun mengorbankan diri sendiri daripada duduk diam tanpa
berbuat apa-apa
|
8
|
buah tangan
|
cenderamata.
|
9
|
air yang dicincang tidak akan putus /
biduk lalu kiambang bertaut
|
pergaduhan dalam
kalangan adik-beradik yang biasanya tidak berpanjangan kerana mereka mudah
berbaik-baik semula.
|
10
|
gunting dalam lipatan /
api dalam sekam /
musuh dalam selimut
|
musuh yang amat rapat dengan kita tetapi tidak dapat
kita kesan
|
11
|
harapkan pagar, pagar makan pagi /
harapkan sokong, sokong membawa rebah
|
dikhianati oleh seseorang yang dipercayai /
dikecewakan oleh golongan yang diharapkan
|
12
|
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
|
kalau tidak berusaha, kejayaan tidak
akan dapat dicapai.
|
13
|
langkah kanan
|
bernasib
baik.
|
14
|
masa itu emas
|
masa amat berharga dan mesti diuruskan dengan baik.
|
15
|
masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang
kerbau menguak
|
pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang
lain.
|
16
|
menconteng arang di muka sendiri
|
apabila kita memburuk-burukkan nama keluarga atau
nagara sendiri, kita juga sedang memburukkan nama diri kita sendiri.
|
17
|
muafakat membawa berkat /
bersekutu bertambah mutu
|
untuk
mencapai kemajuan dan kejayaan negara, nilai kerjasama dalam kalangan rakyat
amat diperlukan.
|
18
|
rendah diri /
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk /
ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya
|
seseorang yang tidak bersombong
walaupun berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
|
19
|
seperti anjing dengan kucing
|
sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing
|
20
|
seperti langit dengan bumi
|
sangat berbeza
|
21
|
seperti pahat dengan penukul
|
seseorang yang hanya akan bekerja
apabila disuruh.
|
22
|
seperti pinang dibelah dua / seperti bulan dengan bintang /
seperti cincin dengan permata
|
pasangan yang kelihatan secocok.
|
23
|
seperti rusa masuk kampung
|
seseorang yang
kelihatan tercengang-cengang apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat
yang baharu.
|
24
|
seperti ulat lupa akan daun /
seperti kacang lupakan kulitnya
|
seseorang yang melupakan jasa.
|
25
|
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua/
seperti gagak pulang ke benua/
seperti ikan pulang ke lubuk /
seperti sirih pulang ke gagang/
seperti belut pulang ke lumpur /
seperti gagak pulang ke benua
|
pulang ke tempat
asal setelah lama merantau
|
26
|
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula
|
seseorang yang
sudah mengetahui sesuatu masih ingin bertanya tentang perkara yang sama.
|
27
|
usaha tangga kejayaan /
genggam bara api, biar sampai jadi abu /
genggam bara api, biar sampai jadi arang /
hati hendak semua jadi /
di mana ada kemahuan, di situ ada
jalannya
|
jika seseorang mempunyai niat untuk berjaya, dia akan
mempunyai kesungguhan untuk mencapai kejayaan.
|
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
29 October 2015
PERIBAHASA RAMALAN BM SPM 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam sejahtera, Cikgu Tan....terima kasih blog cikgu banyak membantu...ermmm...analisis untuk Novel Darah Titik di Semantan bila Cikgu nak buat...?
Analisis DTDS Sudah siap. Mohon hantar e-Mel kepada saya. Blog untuk novel baharu dalam poem insan juga.
E-Mel saya: cikgutancl@hotmail.com
salam sejahtera..cikgu ada tak cikgu buat gaya bahasa untuk silir daksina?
salam sejahtera..cikgu ada tak cikgu buat gaya bahasa untuk silir daksina?
Salam sejahtera....saya ingin bertanya apakah kepentingan penggunaan peribahasa dalam masyarakat?Harap dapat membantu
Post a Comment