29 October 2015

PERIBAHASA RAMALAN BM SPM 2015

NO
PERIBAHASA
MAKSUD
1
air susu dibalas dengan air tuba
kesenangan hidup seseorang yang dibalas dengan kejahatan.

2
alah bisa tegal biasa
sesuatu yang sukar dibuat pada awalnya tetapi akan lama-kelamaan menjadi kebiasaan.

3
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan /
alang-alang mandi biar basah /
alang-alang berdakwat biar hitam /
alang-alang berminyak biar licin /

apabila mula membuat sesuatu, kita harus menyempurnakannya.
4
bagai lebah menghimpun madu

rajin bekerja.
5
bagaimana acuan begitulah kuihnya /
bapa borek anak rintik /
bagaimana tepuk, begitulah tarinya

anak-anak biasanya mengikut teladan atau sikap daripada ibu bapa
6
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

orang yang melihat penderitaan orang lain pun derita, apalagi orang yang memikul penderitaan itu.
7
biar putih tulang, jangan putih mata
berani menentang pihak musuh demi kesejahteraan dan kedamaian walaupun mengorbankan diri sendiri daripada duduk diam tanpa berbuat apa-apa

8
buah tangan
cenderamata.
9
air yang dicincang tidak akan putus /
biduk lalu kiambang bertaut
pergaduhan dalam kalangan adik-beradik yang biasanya tidak berpanjangan kerana mereka mudah berbaik-baik semula.
10
gunting dalam lipatan /
api dalam sekam /
musuh dalam selimut

musuh yang amat rapat dengan kita tetapi tidak dapat kita kesan
11
harapkan pagar, pagar makan pagi /
harapkan sokong, sokong membawa rebah

dikhianati oleh seseorang yang dipercayai /
dikecewakan oleh golongan yang diharapkan
12
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

kalau tidak berusaha, kejayaan tidak akan dapat dicapai.
13
langkah kanan
bernasib baik.
14
masa itu emas
masa amat berharga dan mesti diuruskan dengan baik.

15
masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak

pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang lain.
16
menconteng arang di muka sendiri
apabila kita memburuk-burukkan nama keluarga atau nagara sendiri, kita juga sedang memburukkan nama diri kita sendiri.

17
muafakat membawa berkat /
bersekutu bertambah mutu

untuk mencapai kemajuan dan kejayaan negara, nilai kerjasama dalam kalangan rakyat amat diperlukan.

18
rendah diri /
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk /
ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya

seseorang yang tidak bersombong walaupun berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
19
seperti anjing dengan kucing
sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing

20
seperti langit dengan bumi
sangat berbeza

21
seperti pahat dengan penukul
seseorang yang hanya akan bekerja apabila disuruh.

22
seperti pinang dibelah dua / seperti bulan dengan bintang /
seperti cincin dengan permata
pasangan yang kelihatan secocok.
23
seperti rusa masuk kampung
seseorang yang kelihatan tercengang-cengang apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat yang baharu.
24
seperti ulat lupa akan daun /
seperti kacang lupakan kulitnya
seseorang yang melupakan jasa.
25
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua/
seperti gagak pulang ke benua/
seperti ikan pulang ke lubuk /
seperti sirih pulang ke gagang/
seperti belut pulang ke lumpur /
seperti gagak pulang ke benua
pulang ke tempat asal setelah lama merantau
26
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula

seseorang yang sudah mengetahui sesuatu masih ingin bertanya tentang perkara yang sama.
27
usaha tangga kejayaan /
genggam bara api, biar sampai jadi abu /
genggam bara api, biar sampai jadi arang /
hati hendak semua jadi /
di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya
jika seseorang mempunyai niat untuk berjaya, dia akan mempunyai kesungguhan untuk mencapai kejayaan.

5 comments:

  1. Salam sejahtera, Cikgu Tan....terima kasih blog cikgu banyak membantu...ermmm...analisis untuk Novel Darah Titik di Semantan bila Cikgu nak buat...?

    ReplyDelete
  2. Analisis DTDS Sudah siap. Mohon hantar e-Mel kepada saya. Blog untuk novel baharu dalam poem insan juga.
    E-Mel saya: cikgutancl@hotmail.com

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera..cikgu ada tak cikgu buat gaya bahasa untuk silir daksina?

    ReplyDelete
  4. salam sejahtera..cikgu ada tak cikgu buat gaya bahasa untuk silir daksina?

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera....saya ingin bertanya apakah kepentingan penggunaan peribahasa dalam masyarakat?Harap dapat membantu

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.