KERANGKA KARANGAN PT3 / SPM 2015
SOALAN 1
USAHA MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT
SOALAN 1
USAHA MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT
PENDAHULUAN
-manusia
kian mengabaikan kesihatan
-kesibukan
menghambat mereka daripada menjalani gaya hidup yang sihat
-banyak
penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung, tekanan darah tinggi
-harus
memikirkan usaha untuk memupuk gaya hidup sihat
-mencegah
lebih baik daripada mengubati
1.
KERAJAAN - KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
-menjalankan kempen di seluruh negara
-meningkatkan kesedaran rakyat
-pelbagai acara sampingan seperti pameran dan pertunjukan
-mendedahkan rakyat kepada amalan gaya hidup sihat
-mendapat pencerahan bahawa kesihatan tidak dapat dijual
beli
2.
IBU BAPA - MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA ANAK-ANAK
-ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak
-membawa anak ke taman rekreasi dan pusat sukan
-berbasikal, berenang, berjoging, dan bersenamrobik
dengan anak
-memupuk hubungan yang erat di samping memupuk gaya hidup
sihat
-membentuk keluarga yang sihat dan berprinsipkan badan
cergas otak cerdas
3.
PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN GAYA HIDUP SIHAT
-pihak swasta mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi
-patut menaja pelbagai program atau aktiviti bertemakan
gaya hidup sihat
-melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
-menaja pembinaan gim, pusat sukan, dan aktiviti atau
pertandingan sukan
-bekerjasama dengan pihak kerajaan bagai aur dengan
tebing
-membina negara yang sihat dan progresif
4.
PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT PAKAR KESIHATAN UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG
KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT
-sekolah memainkan peranan untuk menyebarkan ilmu dan
pengetahuan kepada murid
-menjemput pakar kesihatan untuk sesi bicarawara gaya
hidup sihat
-bertukar-tukar pandangan dengan murid dan menimba
pengetahuan tentang kepentingan gaya hidup sihat
-pakar kesihatan pasti dapat menjelaskan impak gaya hidup
sihat kepada kesihatan manusia
-murid mendapat pencerahan sekali gus mempraktikkan gaya
hidup sihat
5.
MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG GAYA HIDUP SIHAT
-media massa harus memainkan peranan sosial mereka dengan
menyiarkan rancangan yang berbentuk gaya hidup sihat
-meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan baik
ini
-menjauhi gejala negatif di samping beriadah dan bersukan
-mencambahkan minat penonton untuk mengamalkan gaya hidup
sihat demi menjauhi penyakit berbahaya
PENUTUP
-setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan gaya hidup sihat
-setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan gaya hidup sihat
-memajukan bangsa dan negara dengan badan yang sihat
-memiliki mentaliti yang sihat untuk berfikiran matang
-membina jati diri kukuh sebagai benteng pertahanan diri
-mula mengamalkan gaya hidup sihat demi masa depan diri
dan keluarga
SOALAN 2
USAHA
MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENDAHULUAN
-berita pencemaran alam banyak disiarkan pada dada-dada
akhbar
-mengusik jiwa dan menggores perasaan manusia yang cinta
akan alam sekitar
-pencemaran sungai, udara, dan domestik
-semakin serius sehingga mampu mengancam kesihatan
manusia
-mesti berusaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar
1.
KERAJAAN - KEMPEN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
-mengadakan kempen mengitar semula sampah
-mengurangkan pencemaran domestik
-bau busuk yang tidak selesa dapat dielakkan
-mengurangkan sampah dan sisa pepejal
-menyediakan tong kitar semula demi memulihara alam
sekitar
2.
IBU BAPA - MENGAJAR ANAK-ANAK CARA MENJAGA ALAM SEKITAR
-menunjukkan teladan yang baik kepada anak kerana bapa
borek anak rintik
-tidak membuang sampah sesuka hati waima membakar sampah
sarap
-menguruskan sampah dengan konsep mesra alam
-anak-anak akan mencontohi sikap baik kita kepada alam
-berbudi kepada alam dan bumi harus bermula daripada diri
sendiri
3.
PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN ALAM SEKITAR
-pihak swasta harus menunjukkan keprihatinan mereka
terhadap alam
-menaja aktiviti yang bertemakan alam sekitar dan
membantu kerajaan mempromosikan program pelestarian alam sekitar
-menarik minat masyarakat untuk turut serta dalam
aktiviti seperti pameran dan pertunjukan
-memikul tanggungjawab kepada alam dengan baik demi
keseimbangan alam
-alam kita tanggungjawab bersama
4.
PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT PAKAR DARIPADA JABATAN ALAM SEKITAR UNTUK
MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG KEPENTINGAMEMULIHARA ALAM SEKITAR
-meningkatkan pengetahuan dan kesedaran diri murid
-mendapat pencerahan daripada ceramah yang disampaikan
-mempelajari cara memulihara alam dan usaha yang berterusan
untuk melindungi alam
-melihat slaid dan gambar tentang kesan pencemaran alam
-menimbulkan keinsafan untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar
5.
MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG PENCEMARAN ALAM
SEKITAR DEMI MENINGKATKAN KESEDARAN RAKYAT
-surat khabar harus menyiarkan berita berkaitan dengan
pencemaran dan impaknya
-menyebarluaskan berita tentang alam sekitar yang semakin
tenat
-mendidik masyarakat untuk menanam pokok dan mengurangkan
pembuangan sampah
-menjaga alam sekitar sekali gus mengurangkan pencemaran
alam demi keseimbangan ekologi dan memulihara flora dan fauna
PENUTUP
-semua penduduk bumi harus bertanggungjawab terhadap alam
sekitar
-mengurangkan masalah yang menjurus kepada pencemaran
alam
-mengurangkan pemanduan agar asap dapat dikurangkan
-menjimatkan penggunaan sumber alam
-alam kitar yang musnah memerlukan kerja pembaikan yang
panjang
-usahlah kita menyesal nanti kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
SOALAN 3
USAHA
MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN
PENDAHULUAN
-negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
-banyak pejuang negara terkorban kerana mereka berpegang
pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata
-kemerdekaan yang kita nikmati ialah perjuangan nenek
moyang kita yang merenangi lautan kesusahan
-mesti menghargai kemerdekaan negara sekali gus memupuk
semangat kemerdekaan yang tinggi
-berikut ialah usaha untuk memupuk semangat kemerdekaan
dalam kalangan rakyat
1.
KERAJAAN – KEMPEN BULAN KEMERDEKAAN 15
OGOS HINGGA 15 SEPTEMBER
-menjadikan acara ini sebagai aktiviti tetap yang penting
-melibatkan pihak sekolah, pejabat, dan pihak swasta
-mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik
-menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum dan agama
2.
IBU BAPA - MEMBAWA ANAK-ANAK MENYAKSIKAN ACARA PERBARISAN
-mendedahkan anak kepada sambutan yang gilang-gemilang
-membawa anak ke Dataran merdeka pada awal pagi dengan
semangat kemerdekaan yang tinggi
-melihat pasukan keselamatan negara berkawad kaki, pancaragam
yang berwarna-warni dan persembahan anak-anak Malaysia yang bervariasi
-menarik hati dan jiwa anak untuk turut serta pada tahun
seterusnya
-berjaya memupuk semangat kemerdekaan dalam diri anak
sekali gus membentuk minda merdeka dan jiwa patriotik yang kental
3.
PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN KEMERDEKAAN
-pihak swasta harus menyahut seruan jiwa merdeka seiring
semangat perjuangan dalam memerdekakan ekonomi dan kestabilan sosial
-menyuntik kewangan yang kukuh dalam usaha menghidupkan
semangat kemerdekaan
-menaja hadiah lumayan dalam pertandingan bertemakan
kemerdekaan seperti kuiz dan teka silang kata
-menarik minat mereka untuk mengetahui sejarah tanah air
sekali gus menanam subur semangat kemerdekaan itu
-menjadi benteng kukuh untuk mempertahankan negara
daripada anasir jahat
4.
PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT TOKOH SEJARAH ATAU PEJUANG KEMERDEKAAN KE SEKOLAH
UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN PADA ZAMAN PRAKEMERDEKAAN
-murid-murid akan menghayati sejarah negara dan menyuntik
semangat kemerdekaan dengan acara yang menarik
-tokoh pejuang negara dan tokoh sejarah dapat berkongsi
pengalaman dan pengetahuan mereka kepada murid
-segala input dan pencerahan dapat menghidupkan obor
kemerdekaan
-api juang merdeka akan terus bersemarak demi mendaulatkan
tanah air kita
5.
MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG USAHA MENDAPATKAN
KEMERDEKAAN NEGARA DAN DETIK-DETIK KEMERDEKAAN DICAPAI
-banyak rancangan berbentuk kemerdekaan sesuai
dipertontonkan kepada umum
-menaikkan semangat kemerdekaan mereka
-biarlah mereka menitiskan air mata kesedihan apabila
menonton rancangan yang menyiarkan anak bangsa dipijak dan ditindas oleh
penjajah durjana
-biarlah mereka menginsafi kepentingan memerdekakan
negara dan mendaulatkan keamanan negara demi masa depan kita
-usaha ini pasti dapat memupuk semangat kemerdekaan dalam
kalangan rakyat Malaysia
Penutup
-semangat kemerdekaan harus disemai dalam diri setiap
rakyat Malaysia
-memastikan keamanan dan kedaulatan negara terjamin
-dapat tinggal di negara yang damai dan makmur demi masa
depan yang cerah
-bekerja keras untuk membangunkan negara berlandaskan
semangat kemerdekaan
-walaupun luar negara baik, negara sendiri paling baik
kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di
negeri sendiri
-Malaysia Boleh!
2 comments:
Thank u so much for these tips..
TERIMA KASIH CIKGU TAN.
Post a Comment