7 October 2015

KERANGKA KARANGAN RAMALAN PT3/SPM 2015

KERANGKA KARANGAN PT3 / SPM 2015

SOALAN 1
USAHA MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT
PENDAHULUAN
-manusia kian mengabaikan kesihatan
-kesibukan menghambat mereka daripada menjalani gaya hidup yang sihat
-banyak penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung, tekanan darah tinggi
-harus memikirkan usaha untuk memupuk gaya hidup sihat
-mencegah lebih baik daripada mengubati

1. KERAJAAN - KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
-menjalankan kempen di seluruh negara
-meningkatkan kesedaran rakyat
-pelbagai acara sampingan seperti pameran dan pertunjukan
-mendedahkan rakyat kepada amalan gaya hidup sihat
-mendapat pencerahan bahawa kesihatan tidak dapat dijual beli

2. IBU BAPA - MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA ANAK-ANAK
-ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak
-membawa anak ke taman rekreasi dan pusat sukan
-berbasikal, berenang, berjoging, dan bersenamrobik dengan anak
-memupuk hubungan yang erat di samping memupuk gaya hidup sihat
-membentuk keluarga yang sihat dan berprinsipkan badan cergas otak cerdas

3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN GAYA HIDUP SIHAT
-pihak swasta mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi
-patut menaja pelbagai program atau aktiviti bertemakan gaya hidup sihat
-melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
-menaja pembinaan gim, pusat sukan, dan aktiviti atau pertandingan sukan
-bekerjasama dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing
-membina negara yang sihat dan progresif
  
4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT PAKAR KESIHATAN UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT
-sekolah memainkan peranan untuk menyebarkan ilmu dan pengetahuan kepada murid
-menjemput pakar kesihatan untuk sesi bicarawara gaya hidup sihat
-bertukar-tukar pandangan dengan murid dan menimba pengetahuan tentang kepentingan gaya hidup sihat
-pakar kesihatan pasti dapat menjelaskan impak gaya hidup sihat kepada kesihatan manusia
-murid mendapat pencerahan sekali gus mempraktikkan gaya hidup sihat

5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG GAYA HIDUP SIHAT
-media massa harus memainkan peranan sosial mereka dengan menyiarkan rancangan yang berbentuk gaya hidup sihat
-meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan baik ini
-menjauhi gejala negatif di samping beriadah dan bersukan
-mencambahkan minat penonton untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi menjauhi penyakit berbahaya

PENUTUP
-setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan gaya hidup sihat
-memajukan bangsa dan negara dengan badan yang sihat
-memiliki mentaliti yang sihat untuk berfikiran matang
-membina jati diri kukuh sebagai benteng pertahanan diri
-mula mengamalkan gaya hidup sihat demi masa depan diri dan keluarga

 SOALAN 2 
USAHA MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENDAHULUAN
-berita pencemaran alam banyak disiarkan pada dada-dada akhbar
-mengusik jiwa dan menggores perasaan manusia yang cinta akan alam sekitar
-pencemaran sungai, udara, dan domestik
-semakin serius sehingga mampu mengancam kesihatan manusia
-mesti berusaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar

1. KERAJAAN - KEMPEN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
-mengadakan kempen mengitar semula sampah
-mengurangkan pencemaran domestik
-bau busuk yang tidak selesa dapat dielakkan
-mengurangkan sampah dan sisa pepejal
-menyediakan tong kitar semula demi memulihara alam sekitar

2. IBU BAPA - MENGAJAR ANAK-ANAK CARA MENJAGA ALAM SEKITAR
-menunjukkan teladan yang baik kepada anak kerana bapa borek anak rintik
-tidak membuang sampah sesuka hati waima membakar sampah sarap
-menguruskan sampah dengan konsep mesra alam
-anak-anak akan mencontohi sikap baik kita kepada alam
-berbudi kepada alam dan bumi harus bermula daripada diri sendiri

3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN ALAM SEKITAR
-pihak swasta harus menunjukkan keprihatinan mereka terhadap alam
-menaja aktiviti yang bertemakan alam sekitar dan membantu kerajaan mempromosikan program pelestarian alam sekitar
-menarik minat masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti seperti pameran dan pertunjukan
-memikul tanggungjawab kepada alam dengan baik demi keseimbangan alam
-alam kita tanggungjawab bersama

4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT PAKAR DARIPADA JABATAN ALAM SEKITAR UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG KEPENTINGAMEMULIHARA ALAM SEKITAR
-meningkatkan pengetahuan dan kesedaran diri murid
-mendapat pencerahan daripada ceramah yang disampaikan
-mempelajari cara memulihara alam dan usaha yang berterusan untuk melindungi alam
-melihat slaid dan gambar tentang kesan pencemaran alam
-menimbulkan keinsafan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG PENCEMARAN ALAM SEKITAR DEMI MENINGKATKAN KESEDARAN RAKYAT
-surat khabar harus menyiarkan berita berkaitan dengan pencemaran dan impaknya
-menyebarluaskan berita tentang alam sekitar yang semakin tenat
-mendidik masyarakat untuk menanam pokok dan mengurangkan pembuangan sampah
-menjaga alam sekitar sekali gus mengurangkan pencemaran alam demi keseimbangan ekologi dan memulihara flora dan fauna

PENUTUP
-semua penduduk bumi harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar
-mengurangkan masalah yang menjurus kepada pencemaran alam
-mengurangkan pemanduan agar asap dapat dikurangkan
-menjimatkan penggunaan sumber alam
-alam kitar yang musnah memerlukan kerja pembaikan yang panjang
-usahlah kita menyesal nanti kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna


 SOALAN 3 
USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN
PENDAHULUAN
-negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
-banyak pejuang negara terkorban kerana mereka berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata
-kemerdekaan yang kita nikmati ialah perjuangan nenek moyang kita yang merenangi lautan kesusahan
-mesti menghargai kemerdekaan negara sekali gus memupuk semangat kemerdekaan yang tinggi
-berikut ialah usaha untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat

1. KERAJAAN – KEMPEN BULAN  KEMERDEKAAN 15 OGOS HINGGA 15 SEPTEMBER
-menjadikan acara ini sebagai aktiviti tetap yang penting
-melibatkan pihak sekolah, pejabat, dan pihak swasta
-mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik
-menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama

2. IBU BAPA - MEMBAWA ANAK-ANAK MENYAKSIKAN ACARA PERBARISAN
-mendedahkan anak kepada sambutan yang gilang-gemilang
-membawa anak ke Dataran merdeka pada awal pagi dengan semangat kemerdekaan yang tinggi
-melihat pasukan keselamatan negara berkawad kaki, pancaragam yang berwarna-warni dan persembahan anak-anak Malaysia yang bervariasi
-menarik hati dan jiwa anak untuk turut serta pada tahun seterusnya
-berjaya memupuk semangat kemerdekaan dalam diri anak sekali gus membentuk minda merdeka dan jiwa patriotik yang kental
  
3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN KEMERDEKAAN
-pihak swasta harus menyahut seruan jiwa merdeka seiring semangat perjuangan dalam memerdekakan ekonomi dan kestabilan sosial
-menyuntik kewangan yang kukuh dalam usaha menghidupkan semangat kemerdekaan
-menaja hadiah lumayan dalam pertandingan bertemakan kemerdekaan seperti kuiz dan teka silang kata
-menarik minat mereka untuk mengetahui sejarah tanah air sekali gus menanam subur semangat kemerdekaan itu
-menjadi benteng kukuh untuk mempertahankan negara daripada anasir jahat

4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT TOKOH SEJARAH ATAU PEJUANG KEMERDEKAAN KE SEKOLAH UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN PADA ZAMAN PRAKEMERDEKAAN
-murid-murid akan menghayati sejarah negara dan menyuntik semangat kemerdekaan dengan acara yang menarik
-tokoh pejuang negara dan tokoh sejarah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada murid
-segala input dan pencerahan dapat menghidupkan obor kemerdekaan
-api juang merdeka akan terus bersemarak demi mendaulatkan tanah air kita

5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG USAHA MENDAPATKAN KEMERDEKAAN NEGARA DAN DETIK-DETIK KEMERDEKAAN DICAPAI
-banyak rancangan berbentuk kemerdekaan sesuai dipertontonkan kepada umum
-menaikkan semangat kemerdekaan mereka
-biarlah mereka menitiskan air mata kesedihan apabila menonton rancangan yang menyiarkan anak bangsa dipijak dan ditindas oleh penjajah durjana
-biarlah mereka menginsafi kepentingan memerdekakan negara dan mendaulatkan keamanan negara demi masa depan kita
-usaha ini pasti dapat memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia

Penutup
-semangat kemerdekaan harus disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia
-memastikan keamanan dan kedaulatan negara terjamin
-dapat tinggal di negara yang damai dan makmur demi masa depan yang cerah
-bekerja keras untuk membangunkan negara berlandaskan semangat kemerdekaan
-walaupun luar negara baik, negara sendiri paling baik kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
-Malaysia Boleh!


2 comments:

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.