Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

26 October 2015

ANALISIS SOALAN NOVEL SE-MALAYSIA (ZON KUALA LUMPUR/SELANGOR/NEGERI SEMBILAN/PUTRAJAYA)

NEGERI
4a
(Satu novel)
4b
(Dua novel)

KEDAH
Dua peristiwa peleraian



Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah.
-Mama menitiskan air mata kesedihan
-Mama melihat muka Papa dengan marah dan kecewa


Mama mendengus dengan kuat lalu menangis.
-Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
-Papa berasa sedih dan Intan Julia mengalirkan air mata kesedihan lantaran kehilangan ibu tercinta

Satu persoalan semangat kerjasama bagi dua buah novel
(Novel Papa)

Kerjasama mengusahakan kebun jagung
-Papa dan Mama, Intan Julia, iaitu Jeffri dan Intan Maliana bekerjasama mengusahakan kebun sayur.
-Mama memetik jagung untuk dibuat bubur jagung kesukaan suaminya.


(Novel Konserto Terakhir)
Kerjasama mengusahakan tanam bunga dan tanaman.
-Hilmi dan Hayati bekerjasama menanam pokok bunga
-mengubah kebun bunga yang kotor menjadi kemas dan bersih
















TERENGGANU
Dua nilai kemanusiaan



Nilai – penyayang
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan baik

Nilai – pengorbanan
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi melahirkan anak kembar siam lalu jatuh koma.
Dua tindakan watak utama yang anda tidak bersetuju dengannya

NOVEL PAPA
Saya tidak menyetujui sifat Intan Julia yang tidak sopan terhadap Papanya, Jeffri
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah

Saya juga tidak bersetuju dengan sikap Intan Julia yang mengingkari arahan Papa.
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri




















PERAK
Dua peristiwa yang menunjukkan persoalan ketabahan

Ketabahan menghadapi penghinaan daripada orang kaya
-Hilmi tabah menghadapi penghinaan daripada  Datin Salmah
-Datin Salmah memanggilnya “Tukang Kebun” dan berasa malu kerana memiliki anak saudara dari kampung

Ketabahan menghadapi keretakan rumah tangga
-Hilmi terpaksa akur dan berpisah dengan Azizah dan anaknya, Hakim
-Hilmi berasa rindu akan anak dan isterinya sehingga jatuh sakit.
Satu pengajaran yang menggambarkan semangat kerjasama bagi dua buah novel

NOVEL PAPA
Kita mestilah bekerjasama menjaga ahli keluarga yang sakit.
-Papa, Jeffri dan anaknya, Intan Julia bekerjasama menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-mereka bergilir-gilir menziarahi Mama yang koma dan memastikan keadaan Mama teratur.

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Kita mestilah bekerjasama dalam sebuah pasukan untuk menjayakan suatu kerja yang dilakukan
-Ahli muzik Orkestra Perdana bekerjasama dalam pasukan untuk menjayakan persembahan Hilmi Potpuri sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di Dewan Tunku Canselor.












SELANGOR
(Klang)
Dua peristiwa menunjukkan nilai kasih sayang


NOVEL PAPA
Mama, Intan Maliana amat sayang akan Papa, Jeffri sehingga sanggup berkorban demi membahagiakan suaminya apabila dia membuat keputusan untuk mengandung lagi.
-sanggup menanggung risiko sewaktu mengandungkan anak dan melahirkan anak kembar
-kasih sayang seorang isteri kepada suami jelas terpancar

Papa, Jeffri yang sibuk bekerja menjaga Intan Maliana yang koma dengan penuh kasih sayang.
-memastikan keadaan Intan Maliana terurus dan kemas
-berbual-bual dengan Intan Maliana  di biliknya selepas pulang dari hospital sekali gus jelas terpancarnya kasih sayang suami kepada isteri.
Satu peristiwa yang menimbulkan unsur saspens bagi dua buah novel

NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar menimbulkan saspens kepada pembaca.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Peristiwa Hilmi yang pengsan di depan rumah dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur menimbulkan saspens.
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan dapat memimpin Orkes Perdana
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan meninggal dunia
Penulis meneruskan pembacaan lalu mengetahui bahawa Hayati menggantikan Hilmi dalam persembahan Orkes Perdana dan Hilmi meninggal dunia pada akhir cerita.



SBP

Dua masalah kehidupan dan cara menyelesaikannya

NOVEL PAPA
Masalah kesihatan Intan Maliana.
-Intan Maliana koma akibat komplikasi selepas melahirkan anak kembarnya.
-Intan Julia dan Papa atau Jeffri secara bergilir-gilir menjaga Mama atau Intan Maliana yang koma untuk melihat Mama atau Intan Maliana pulih kembali.
-Papa dan Intan Julia perlu menjaga Mama dengan baik selepas Mama berkorban untuk mengandung lagi demi melaksanakan hasrat Papa Jeffri.


Masalah Julia dengan Papa.
-Julia menentang hasrat Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah sewaktu Mama masih koma.
-Akhirnya Julia menerima keputusan Papa yang mahu berkahwin lagi kerana memikirkan Papa yang hidup sunyi selepas Mama koma selama tiga tahun.
-Julia patut merestui keinginan papanya yang inginkan teman sejak Mama sakit.


Satu peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang antara watak bagi dua buah novel

NOVEL PAPA
Kasih sayang isteri terhadap suami
-Mama sanggup mengandung sekali lagi apabila Papa menyuarakan hasratnya yang ingin akan anak lagi.
-Hal ini membuktikan kasih sayang Mama terhadap Papa walaupun Mama berhadapan dengan risiko komplikasi kelahiran sewaktu melahirkan Julia.



NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
-Datin Salmah sangat sayang akan anak tunggalnya, Hayati.
-Datin Salmah mahu Hayati menjauhkan dirinya daripada Hilmi.
-Beliau tidak mahu Hayati dipengaruhi oleh anak kampung yang tidak berpelajaran seperti Hilmi.








JOHOR
Dua peristiwa menarik


NOVEL KONSERTO TERAKHIR
-Peristiwa Kedatangan Hilmi di rumah Datuk Johari
-berpakaian tidak kemas
-meminta Datuk Johari mencarikannya pekerjaan

Peristiwa Pak Karim membongkar identiti Hilmi
-Hilmi dikatakan anak kandung Datuk Johari
-Datuk Johari dan Datin Salmah berasa amat bersalah terhadap Hilmi
-pernah melayaninya dengan buruk
Satu latar tempat bagi dua novel

NOVEL PAPA
-Rumah Papa, Jeffri
-tempat tinggal Intan Maliana bersama suaminya, Jeffri dan anaknya, Intan Julia
-tempat Intan Maliana meninggal dunia

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Rumah Datuk Johari
-didiami oleh Datuk Johari, Datin Salmah, Mak Minah, dan Hilmi
-Hilmi pernah dihina sebagai budak kampung yang miskin di situ
-Hilmi menjaga rumah itu sendirian sepanjang ketiadaan Datuk Johari sekeluarga yang melancong ke Eropah.
















PULAU PINANG
Pengajaran dalam novel

NOVEL PAPA
Pengajaran pertama:
Kita mestilah menyayangi ahli keluarga
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan baik

Pengajaran kedua:
Kita mestilah berkorban demi keluarga tercinta
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi melahirkan anak kembar siam lalu jatuh koma.
Satu nilai positif pada watak utama bagi dua novel

NOVEL PAPA
Kasih sayang
-Intan Julia seorang anak yang penyayang kerana menjaga ibunya yang koma
-Intan Julia juga seorang anak yang penyayang kerana merestui perkahwinan Papanya, Jeffri dengan Aisyah

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Ketabahan
-Hilmi tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang memandang hina kepadanya sebagai budak kampung
-Hilmi juga dipanggil “Tukang Kebun” kerana Datin Salmah malu memberitahu keluarganya bahawa Datuk Johari mempunyai anak saudara yang miskin.













PAHANG



Dua peristiwa kepincangan sosial dalam masyarakat

NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah

Masyarakat yang tidak mengikut nasihat dan arahan bapa
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri

Satu persoalan tanggungjawab bagi dua novel

NOVEL PAPA
Persoalan tanggungjawab suami terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Persoalan tanggungjawab seseorang pekerja terhadap kerja yang diamanahkan kepadanya
-Hilmi seorang tukang kebun yang bertanggungjawab menjaga kebun dan halaman rumah Datuk Johari
-Kebun yang tidak terurus telah bertukar wajah menjadi kebun sayur yang cantik dan tanaman bunga juga hidup subur.
















KELANTAN
Perwatakan satu watak sampingan

NOVEL PAPA
Watak sampingan : Jeffri
seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas

Tema bagi dua novel

PAPA
Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang. Buktinya, mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu. Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

KONSERTO TERAKHIR
Tema novel ini berkenaan kegigihan seorang pemuda yang berbakat dalam bidang muzik dan akhirnya menjadi pemuzik unggul tanah air. Hal ini digambarkan melalui watak Hilmi yang terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum menjadi seorang penggubah lagu yang diminati ramai.

MRSM
Dua peristiwa yang menunjukkan usaha watak-watak saling membantu menyelesaikan masalah

NOVEL PAPA
Sikap bantu-membantu dalam usaha menjaga ahli keluarga yang sakit.
-Papa, Jeffri dan anaknya, Intan Julia bekerjasama menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-mereka bergilir-gilir menziarahi Mama yang koma dan memastikan keadaan Mama teratur.

Sikap saling membantu antara suami isteri untuk mengerjakan kebun di rumah
-Intan Maliana dan Jeffri saling membantu untuk mengerjakan kebun jagung di halaman rumah
-sama-sama bergurau senda dan mengerjakan kebun dengan harapan hasilnya dapat dituai dan dinikmati bersama
Satu peristiwa  unsur saspens dua novel

NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar menimbulkan saspens kepada pembaca.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Peristiwa Hilmi yang pengsan di depan rumah dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur menimbulkan saspens.
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan dapat memimpin Orkes Perdana
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan meninggal dunia
Penulis meneruskan pembacaan lalu mengetahui bahawa Hayati menggantikan Hilmi dalam persembahan Orkes Perdana dan Hilmi meninggal dunia pada akhir cerita.



NEGERI SEMBILAN
Dua teknik plot

NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar menimbulkan teknik saspens dalam novel.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan

Teknik plot kedua ialah kejutan
-pembaca novel terkejut akan kematian Intan Maliana
-Intan Julia juga tidak dapat menerima hakikat bahawa ibunya Intan Maliana meninggal dunia
-Papa pula menitiskan air mata kesedihan sewaktu menatap wajah mayat isterinya.











Satu kritikan sosial

NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Masyarakat yang menghina orang miskin
-Datin Salmah menghina Hilmi yang miskin
-berasa malu kerana memiliki anak saudara yang berasal dari kampung dan tidak berpelajaran tinggi
-berasa malu untuk mengakui bahawa Hilmi ialah anak saudara suaminya di depan tetamu yang datang ke rumah















MELAKA
Dua kritikan sosial

NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah

Masyarakat yang tidak mengikut nasihat dan arahan bapa
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri























Satu persoalan bagi dua novel

NOVEL PAPA
Kasih sayang anak kepada ibu
-Intan Julia seorang anak yang penyayang kerana menjaga ibunya yang koma
-Intan Julia juga seorang anak yang penyayang kerana merestui perkahwinan Papanya, Jeffri dengan Aisyah

KONSERTO TERAKHIR
Persoalan tanggungjawab seseorang pekerja terhadap kerja yang diamanahkan kepadanya
-Hilmi seorang tukang kebun yang bertanggungjawab menjaga kebun dan halaman rumah Datuk Johari
-Kebun yang tidak terurus telah bertukar wajah menjadi kebun sayur yang cantik dan tanaman bunga juga hidup subur.

SARAWAK
Kepentingan tema sebuah novel

KONSERTO TERAKHIR
Tema novel ini berkenaan kegigihan seorang pemuda yang berbakat dalam bidang muzik dan akhirnya menjadi pemuzik unggul tanah air.

Hal ini digambarkan melalui watak Hilmi yang terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum menjadi seorang penggubah lagu yang diminati ramai.

Kepentingan: Pembaca dapat mengetahui mesej yang ingin disampaikan oleh penulis





















Dua persoalan  sebuah novel

NOVEL PAPA
Persoalan pertama:
Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan baik

Persoalan kedua:
Pengorbanan demi keluarga tercinta
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi melahirkan anak kembar siam lalu jatuh koma.
YIK
(Kelantan)
Satu perwatakan watak utama dan watak sampingan sebuah novel

PAPA
WATAK UTAMA
WATAK UTAMA: INTAN JULIA
Intan Julia seorang anak yang penyayang
-sayang akan ibu bapanya dan tidak pernah menyakitkan hati mereka
-menjaga ibunya yang koma dan merestui perhubungan antara Papa dengan Aisyah

Watak sampingan : Jeffri
seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas














Peristiwa yang menggembirakan dalam dua novel

NOVEL PAPA
Papa dan Intan Julia berasa amat gembira apabila Intan Maliana disahkan mengandung
-Papa berasa amat bahagia kerana isterinya sanggup berkorban untuk mengandungkan anak lagi
-Intan Julia pula gembira kerana bakal mendapat adik baharu

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Pembaca berasa gembira apabila Hilmi diterima belajar muzik daripada Encik Bakar
-Hilmi bersyukur dan bergembira kerana Encik Bakar tidak mengenakan sebarang bayaran terhadapnya
-Encik Bakar juga gembira kerana dapat mengajar seorang yang berbakat besar dalam bidang muzik
PERLIS
Dua nilai pengorbanan

NOVEL PAPA
Pengorbanan isteri kepada suami
-Intan Maliana sanggup berkorban demi membahagiakan suaminya
-mengandungkan anak kembar
-mengambil risiko yang tinggi sehingga koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan

Pengorbanan suami terhadap isteri yang sakit
-Jeffri berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Intan Maliana yang koma
-memastikan keadaan isterinya yang koma itu selesa dan terurus
-berulang-alik ke hospital untuk melawat Intan Maliana
Satu latar tempat dalam dua novel

NOVEL PAPA
-Rumah Papa, Jeffri
-tempat tinggal Intan Maliana bersama suaminya, Jeffri dan anaknya, Intan Julia
-tempat Intan Maliana meninggal dunia

NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Rumah Datuk Johari
-didiami oleh Datuk Johari, Datin Salmah, Mak Minah, dan Hilmi
-Hilmi pernah dihina sebagai budak kampung yang miskin di situ
-Hilmi menjaga rumah itu sendirian sepanjang ketiadaan Datuk Johari sekeluarga yang melancong ke Eropah.















3 comments:

Ni Siing said...

hello! i wanted to say thanks because for spm i used your posts a lot and it helped! :) god bless you ^_^

Anonymous said...

2:48:00 p.m.

Hello,cikgu I forget to write the number soalan on top but I write it besides,is it okay...will I fail my SPM T.T ?

thesis writing service said...

Teknik yang cukup berkesan untuk digunakan.