INFORMASI BAHASA
IMBUHAN PINJAMAN
Imbuhan pinjaman
semakin popular dalam kalangan pembina item peperiksaan waima penulis buku
rujukan.
Yang berikut adalah
contoh imbuhan pinjaman mantap adalah seperti yang berikut:
Juru-
Maha-
Tata-
Pra-
Eka-
Dwi-
Tri-
Panca-
Swa-
Tuna-
Pro-
Anti-
Poli-
Auto-
Sub-
Supra-
Yang berikut ialah
contoh kata awalan yang terserap membentuk kata pinjaman.
Hetero
Heksa
Hidro
Homo
Hiper
Infra
Inter
Intra
Iso
Kilo
Makro
Mikro
Meta
Mili
Tele
Multi
Neo
Neuro
Orto
Oksi
Paleo
Para
Penta
Peri
Petro
Feno
Foto
Fito
Pleo
Super
Pelajar juga harus
mendapat pendedahan tentang cara menulis inbuhan pinjaman. Perkataan yang
berimbuhan pinjaman mesti ditulis dengan cara berikut:
(a) imbuhan
pinjaman dirapatkan apabila perkataan yang diikutinya ialah kata nama am.
contoh:
anti-rokokû
anti rokokû
antirokok✔
anti-dadahû
anti dadahû
antidadah✔
anti-penjajahû
anti penjajahû
antipenjajah✔
(b) imbuhan pinjaman yang diikuti oleh kata nama khas
perlu ditulis dengan tanda sempang "-". Hal ini dikatakan demikian
kerana perbezaan antara imbuhan dengan kata nama khas harus dipisahkan dengan
tanda sempang.
contoh:
antiJepunû
anti Jepunû
anti-Jepun ✔
antiStarbucksû
anti Starbucksû
anti-Starbucks✔
Bahasa Melayu amat kaya dan indah kerana pembinaan kata
dan istilah yang teliti dan telus oleh penutur dan pengkajinya. Bahasa
kebangsaan kita ini menjadi lebih indah dan kaya dengan perkongsian ilmu
daripada bahasa di seantero jagatraya. Jadi, berbanggalah dengan bahasa Melayu,
bahasa kebangsaan Malaysia. Oleh sebab itu, kita harus bersemangat sejati dan
sejiwa untuk mengembangkan dan mengantarabangsakan bahasa kebangsaan ini yang
sememangnya sudah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bahasa-bahasa
utama di buana indah ini.
No comments:
Post a Comment