Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

8 June 2020

KEISTIMEWAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

NAMA MURID: Nur Ainin

Pada zaman globalisasi lagi modenasi ini, Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam semua aspek terutamanya sektor pelancongan. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia menjadi pilihan *kebanyakan* pelancong dari luar negara. Sebagai contohnya, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari China, Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Oleh hal yang demikian, industri pelancongan mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber pendapatan negara. Hari demi hari, banyak syarikat pelancongan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan mahupun Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Persoalannya adalah apakah keistimewaan Malaysia sebagai pusat pelancongan? Mari kita rungkaikan hingga akar umbi!


Antara keistimewaan Malaysia sebagai pusat pelancongan ialah Malaysia mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Hal ini dikatakan demikian kerana tempat yang menarik mendapat tarikan pelancong disebabkan kawasannya yang unik. Sebagai contohnya, kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. *Hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun di kawasan tersebut ialah daya tarikan utama pelancong.* Dengan ini, pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna. Oleh itu, kawasan yang unik merupakan keistimewaan Malaysian sebagai pusat pelancongan.

Selain itu, keistimewaan Malaysia sebagai pusat pelancongan ialah Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan tempatan yang enak. Hal ini dikatakan demikian kerana semua makanan tempatan adalah daripada warisan dan tradisi negara kita. *Oleh sebab* Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Sebagai contohnya, nasi lemak dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan boleh di setiap pelosok Malaysia, roti canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India dan char kuew teow. *saya ingin menegaskan bahawa realiti yang sudah terang lagi bersuluh ialah* makanan di Malaysia menjadi produk pelancongan yang utama. Oleh itu, kita perlulah menghargai makanan yang menjadi identiti *bangsa* kita *kerana makanan* merupakan keistimewaan Malaysia sebagai pusat pelancongan.

Di samping itu, keistimewaan Malaysia sebagai pusat pelancongan ialah Malaysia mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang berteknologi tinggi untuk kegunaan *pelancong*. Hal ini dikatakan demikian kerana pengangkutan awam *ialah* pengangkutan yang mesra alam bagi mengurangkan pencemaran alam serta mudah untuk pelancong menggunakannya *untuk* ke destinasi yang ditujui. Sebagai contohnya, *terdapat* pelbagai jenis pengangkutan awam yang disediakan seperti bas awam, monorel, ERL dan komuter. Pengangkutan awam yang moden tercipta hasil inovasi dan perkembangan teknologi sejajar dengan arus pemodenan dunia. *Saya ingin menegaskan kebenaran* bahawa penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjimatkan masa pelancong untuk ke destinasi mereka.

Akhirulkalam, terdapat banyak keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan *terutamanya* pelancong dari luar negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sektor pelancongan merupakan sektor baharu yang berpotensi untuk menyumbang *kepada* ekonomi negara. Namun industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat amat diperlukan untuk bersama- sama kita majukan sektor pelancongan negara kita ini. semoga melalui keprihatinan, rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara seluruh rakyat, nama Malaysia akan gah di persada dunia.

MARKAH DAN KOMEN:
Markah 25/30
cemerlang bawah
1. ayat matang dan jelas
2. bahasa gramatis dan mantap
3. kesilapan bahasa masih berlaku (kesilapan dalam karangan asal di atas telah saya baiki)
4. teruskan usaha

4 June 2020

KARANGAN SPM - DIMENSI ANTARABANGSA (FAEDAH MASYARAKAT DUNIA MENONTON FILEM ANTARABANGSA)

karangan bertema filem ( WOO ZONG XIAN ) Sudah diketahui bahawa dunia perfileman semakin hari semakin rancak terutamanya dalam kalangan masyarakat.Filem telab berjaya bertapak di dalam hati setiap umat manusia di jagatraya indah ini. Masyarakat dunia masa kini secara kebiasaannya menonton filem sebagai hobi ataupun mahu mengisi masa lapang. Dengan wujudnya teknologi dan gajet, masyarakat dapat menonton di mana Sahaja dan bila Sahaja. Hal ini kerana mereka dapat memuat turun filem melalui internet serta menggunakan aplikasi seperti Netflix untuk melihat filem terbaharu atau lama.Namun, para penonton juga harus bertindak bijak dengan menapis dan memilih filem yang sesuai untuk ditonton oleh semua. Pada masa ini, terdapat terlampau banyak filem yang antaranya mempunyai unsur negatif serta bercanggah dengan budaya tempatan. Sekiranya masyarakat dapat bijak memilih filem, maka  pastilah masyarakat dapat memperoleh faedah kerana jauhari juga yang mengenal manikam. Persoalannya, apakah faedah yang diperoleh masyarakat dunia daripada filem yang disiarkan melalui konesep langit terbuka ini.

     Yang pertama, masyarakat di dunia dapat mempelajari ilmu ikhtiar hidup dengan menonton filem yang berunsurkan pengembaraan. Hal ini dikatakan demikian kerana filem antarabangsa seperti Life of Pi mengajar penonton tentang kemahiran kelangsungan hidup semasa menghadapi kesusahan. Dalam filem Life of Pi, penonton dapat menyaksikan watak utama,iaitu Pi yang terpaksa menghadapi ombak cabaran dan lautan dugaan dalam pelayaran secara seorang diri. Dia perlu mencari makanan dan memperoleh air minuman daripada laut. Sepanjang ekspidisi tersebut, dia tetap berani menghadapi ketidaktentuan hidup serta mengambil risiko.Daripada filem tersebut, para penonton dapat menghayati kepentingan membina ketahanan fizikal dan mental dalam diri sendiri.Selain itu, filem tersebut juga memupuk mereka untuk menyediakan diri dengan pengetahuan tentang hidupan air dan skil untuk ikhtiar hidup.Sebenarnya, setiap manusia mesti mengetahui ilmu ikhtiar yang asas supaya dapat menghadapi apa-apa situasi kritikal dalam kehidupan yang tidak disangkal. Seperti peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa mesti mengajar anak tentang ilmu ikhtiar sejak kecil kerana dapat membawa kebaikan di mana mereka dapat mengaplikasi kemahiran bagi menyelesaikan masalah kehidupan.Tuntasnya, ilmu ikhtiar hidup dapat dipelajari melalui filem serta dapat meningkatkan faedah dari segi ilmu kepada kita.

    Sementelahan itu, filem daripada Hollywood sehingga Bollywood juga dapat memupuk nilai-nilai murni. Masyarakat pada era ini Amat memerlukan pendidikan dari segi moral dan rohaniah kerana pembangunan pesat yang hanya mementingkan nafsu duniawi telah menyebabkan mereka kehilangan sahsiah diri. Terdapat filem yang jelas memaparkan isu semasa seperti isu kekurangan Kasih sayang Ibu bapa ataupun keceraian keluarga. Isu yang dinyatakan di atas sering berlaku disebabkan kesibukkan ibu bapa untuk  mencari rezeki sehingga melupakan hubungan ahli keluarga. Ikatan keluarga juga semakin lama semakin lemah kerana jarang berinteraksi. Melalui filem tamsilnya Khabi Khusi Khabi Gham, iaitu sebauh filem Hindi yang terkenal di seluruh dunia, tema kekeluargaan diberikan keutamaan sepanjang filem tersebut. Hal ini kerana filem tersebut menceritakan usaha sesebuah keluarga yang banyak berkonflik untuk memulihkan semula hubungan erat. Filem ini juga disiarkan di pawagam sama ada di India ataupun Amerika Syarikat secara serentak. Dengan menonton filem tersebut, kita dapat memahami tema tentang kasih sayang Ibu bapa terhadap anak-anaknya yang dapat diibaratkan bagai menatang minyak yang penuh.Bukan itu Sahaja, kita juga akan lebih menyayangi ahli keluarga selepas memahami kepentingan mewujudkan institusi keluarga yang harmoni. Pelbagai konflik dan rasa dendam dapat dielakkan bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.Pendek kata, nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam diri penduduk dunia dengan menonton filem yang disiarkan atas talian.

     Bukan itu Sahaja, masyarakat di dunia juga akan mengetahui kebudayaan  dan kesenian bangsa yang berlainan dengan menonton filem yang pelbagai jenis.Filem cina seperti Ip Man mengandungi unsur seni pertahanan cina yang klasik iaitu Wing Chun. Dalam filem tersebut, watak utama ialah Donnie Yen yang berusaha mempertahankan seni pertahanan tersebut yang amat unik daripada ditelan zaman. Justeru, dia telah melatih diri supaya dapat menyebarkan seni pertahanan itu kepada orang awam Dengan baik. Pada permulaan filem tersebut, dia juga berlawak dengan penjajah Jepun dengan hanya menggunakan kemahiran Weng Chun tanpa menggunakan senjata. Dia akhirnya berjaya menumpaskan pihak Jepun demi mempertahankan nama baik persatuan seni pertahanan diri milik mahagurunya. Kesannya, penonton akan lebih menghormati seni pertahanan diri bangsa lain. Mereka juga berasa syukur kerana berpeluang menikmati keindahan seni yang berviarisi. Seterunya, mereka tidak lagi mengejek seni budaya sebagai sesuatu yang tidak bersempadan dengan kemodenan tetapi menghargainya sebagai khazanah bangsa. Dengan menonton filem sedemikian, kita akan sedar bahawa seni budaya ini mestilah dipertahankan agat tak lekang dek panas, tak basah dek hujuan dalam kemajuan dunia. Filem sebegini mesti didorong dengan sepenuhnya supaya kebudayaan dan kesenian dapat diketahui oleh penduduk sedunia. Kesedaran tentang usaha memelihara seni pertahanan lama juga akan ditingkatkan.Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa filem dapat menyemarakkan semangat masyarakat untuk terus mempertahankan dan memastikan kegemilangannya pada masa akan datang.

Sementelahan itu, masyarakat dunia juga akan dapat menyemai nilai keberanian daripada menonton filem bergenre pengembaraan atau aksi.Filem Train to Busan yang pernah saya tonton merupakan contoh terbaik. Hal ini dikatakan demikian kerana watak dalam filem itu berani menghadapi cabaran sepanjang filem tersebut. Dia masih dapat bersifat ketenangan sewaktu mendepani pelbagai rintangan seperti kematian kawan dan kebahayaan virus yang sedang merebak.Walaupun dia diperlukan untuk mencari jalan keluar bagi mengelakkan diri daripada menjangkiti virus tersebut, tetapi dia juga dapat membantu orang lain untuk mencegah virus itu.Pelakon utama yang bernama Goong Yoo berjaya menyelematkan nyawa orang Awam melalui pelbagai taktik yang bijak. Melalui peristiwa yang dinyatakan, sudah jelaslah bahawa watak utama tersebut sanggup mengorbankan diri sendiri demi kepentingan orang lain. Peribahasa iaitu biar putih tulang jangan putih mata Adalah sesuai bagi menghuraikan perwatakannya.Jadi, tentulah nilai keberanian dan tanggungjawab sosial dapat disemai oleh semua penduduk di dunia yang menonton filem ini.



         Di samping itu, filem juga memupuk masyarakat untuk mengejar dan berusaha untuk mencapai impian mereka Tanpa berputus asa. Filem yang memotivasikan seperti The Greatest Showman dapat mengingati penonton tentang Sasaran mereka serta mengalakkan mereka untuk mencapainya tanpa menakuti cabaran atau kekalahan. Filem ini mempunyai banyak senario di mana watak sama ada utama atau sampingan mendepani cabaran yang mampu menjejaskan kejayaan mereka. Namun begitu, mereka semua menunjukkan contoh yang baik dengan tidak menyerah kalah dan terus menangani masalah dengan apa cara Sahaja.Filem tersebut yang merupakan lakonan Hugh Jackman memaparkan ketabahannya apabila gagal dalam perniagaan sarkas manusia. Dia terpaksa mengubah modal pernigaannya serta bersusah paya mendapatkan sokongan penonton. Melalui filem tersebut, seluruh peniaga dunia pasti didorong untuk mengusahakan perniagaan mereka dengan lebih baik. Bukan itu Sahaja, filem ini juga memberikan inspirasi kepada mereka untuk memikirkan idea inovatif bagi menyelematkan perniagaan. Bak kata pepatah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak berombak, manusia pasti membuat kesilapan dari masa ke masa. Dengan menonton filem sebegini ini, semangat perjuangan kita dapat ditingkatkan.Justeru, filem antarabangsa yang bertemakan kecekalan memberi Kesan yang signifikan kepada para penonton. Malah, filem yang disiarkan melalui konsep langit terbuka memberikan sokongan dan kuasa kepada kita untuk mendekati cita-cita kita.

      Konklusinya, filem antarabangsa yang berpotensi untuk mengubah cara hidup dan bernilai tinggi perlu disiarkan ke serata dunia bagi mencipta kehidupan dan membawa perubahan kepada manusia lain. Filem yang bernilai tinggi juga memerlukan sokongan daripada penonton. Dengan sokongan yang memuaskan, syarikat filem serta studio tertentu juga akan terus menghasilkan filem sebegini kerana mendapat sambutan hangat. Penonton seharusnya memilih filem yang sesuai Dengan budaya dan ajaran tempatan dan mengelakkan sebarang filem yang negatif. Para penonton juga perlu bijak mentafisr nilai-nilai positif yang dimasukkan dalam filem demi mengaut faedahnya.Saya berharap agar lebih banyak filem berkualiti dapat diterbitkan serta disiarkan dalam konsep langit terbuka bagi memanfaatkan dunia. Disebabkan setiap filem adalah unik dan mempunyai ciri keistimewaannya, penonton mesti bijak membezakan yang manan batu dan mana permata. Sebagai penonton yang bijak pula, mereka akan memperoleh pelbagai faedah sehingga dapat memanfaatkan nilai dan pengajaran dalam kehidupan seharian.Akhir kata, banyak faedah akan kita nikmati dengan menonton filem berkualiti. Kita haruslah menyokong industri filem supaya pihak berkenaan dapat terus menghasilkan filem yang bertahap satu untuk disiarkan ke seluruh jagatraya.

29 May 2020

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 4 & 5 SERTA PAUTAN VIDEO PDP

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 4 & 5 SERTA PAUTAN VIDEO PDP

ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
(TINGKATAN 4)
1. SYAIR BIDASARI

2. GURINDAM DUA BELAS (FASAL KETIGA)

3. SAJAK AKU MEMBACA LAGI

4. SAJAK GELANGGANG

5. SAJAK SANG GEMBALA KUDA

6. SAJAK www.sibermerdeka.com.my

7. CERPEN KADUK AYAM, DAN RAJA

8. CERPEN MUNSYI

9. CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

10. PROSA TRADISIONAL - KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

11. DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ANTOLOGI SEJADAH RINDU (TINGKATAN 5)

1. GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

2. SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

3. SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

4. SAJAK KUDUP PERANG

5. SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

6. SAJAK SEJADAH RINDU

7. CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

8. CERPEN GERHANA MANUSIA

9. CERPEN HIPERTENSI

10. PROSA TRADISIONAL - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

11. DRAMA - BUKAN GILA

21 May 2020

KATA PENGUAT YANG SERING KALI MENJERAT MURID DALAM PEPERIKSAAN DAN PEMBETULANNYA

KATA PENGUAT YANG SERING KALI MENJERAT MURID DALAM PEPERIKSAAN DAN PEMBETULANNYA
KESALAHAN PERTAMA
paling + KA + sekali
(1) paling cantik sekali
(2) paling buruk sekali
(3) paling indah sekali
(4) paling mudah sekali
(5) paling rajin sekali
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KEDUA
ter- + KA + sekali
(1) tercantik sekali
(2) terburuk sekali
(3) terindah sekali
(4) termudah sekali
(5) terrajin sekali
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KETIGA
teramat + KA + sekali
(1) teramat cantik sekali
(2) teramat buruk sekali
(3) teramat indah sekali
(4) teramat mudah sekali
(5) teramat rajin sekali
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KEEMPAT
tersangat + KA + sekali
(1) tersangat cantik sekali
(2) tersangat buruk sekali
(3) tersangat indah sekali
(4) tersangat mudah sekali
(5) tersangat rajin sekali
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KELIMA
paling + ter- + KA + sekali
(1) paling tercantik sekali
(2) paling terburuk sekali
(3) paling terindah sekali
(4) paling termudah sekali
(5) paling terbesar sekali
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KEENAM
tersungguh + KA
(1) tersungguh cantik
(2) tersungguh buruk
(3) tersungguh indah
(4) tersungguh mudah
(5) tersungguh rajin
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KETUJUH
tersungguh + KA + sekali
(1) tersungguh cantik sekali
(2) tersungguh buruk sekali
(3) tersungguh indah sekali
(4) tersungguh mudah sekali
(5) tersungguh rajin sekali
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KELAPAN
sangat + KA (gandaan)
(1) sangat riuh-rendah
(2) sangat licin-licau
(3) sangat bengkang-bengkok
(4) sangat kusut-masai
(5) sangat comot-momot
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KESEMBILAN
amat + KA (gandaan)
(1) amat riuh-rendah
(2) amat licin-licau
(3) amat bengkang-bengkok
(4) amat kusut-masai
(5) amat comot-momot
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)
KESALAHAN KESEPULUH
sungguh + KA (gandaan)
(1) sungguh riuh-rendah
(2) sungguh licin-licau
(3) sungguh bengkang-bengkok
(4) sungguh kusut-masai
(5) sungguh comot-momot
NYATAKAN PEMBETULANNYA:
(1a)
(1b)
(2a)
(2b)
(3a)
(3b)
(4a)
(4b)
(5a)
(5b)

18 May 2020

KARANGAN SPM - TAHAP CEMERLANG


Sesetengah pihak berpendapat bahawa perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.

Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan tersebut.
[100 markah]


Bukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari bahawa perkembangan teknologi semakin pesat dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat yang tidak berdamping dengan teknologi beranggap ketinggalan zaman dalam arus globalisasi ini. Setiap manusia bersandar pada teknologi untuk kemajuan. Kalau ada asap, tentu ada api bukan? Teknologi dapat memudahkan urusan kehidupan seharian kita. Kini, ibu bapa tidak lagi seperti generasi ibu bapa beberapa dekad lalu. Walau bagaimanapun, hubungan kekeluargaan semakin renggang disebabkan oleh perkembangan teknologi dan ahli-ahli keluarga semakin asyik dengan gajet. Kesannya, masyarakat bersikap mementingkan diri dan tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga. Lebih teruk lagi, hal ini akan menyebabkan masalah kronik seperti kemurungan. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di sebalik kemodenan ini?
Antara usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah ibu bapa mestilah memberikan didikan agama dan moral yang merupakan suntikan paling mujarab untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan yang renggang. Hal ini disebabkan agama ialah tunjang atau asas keperibadian anak-anak. Pakar motivasi keluarga Islam yang tersohor tanah tumpah darah kita, Dr. Tengku Asmadi, pernah berkongsi cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menurut beliau, seisi keluarga hendaklah bersolat bersama-sama, mengaji al-Quran bersama-sama, mengerjakan amal ibadat bersama-sama dan sebagainya. Interaksi yang sihat ini dapat menghindarkan anak daripada tercebur dalam aktiviti yang kurang berfaedah seperti berjinak-jinak dengan permainan komputer, selebriti televisyen, malahan aksi-aksi berunsur lucah dan ganas. Umpama memasang pelita tengah hari, alat berteknologi dapat dijual beli tetapi keluarga tidak dapat ditukar ganti. Ibu bapa perlulah mengutamakan didikan agama dan moral sebagai uswah hasanah dalam didikan agama kepada anak agar hubungan kekeluargaan dieratkan.
Di samping itu, isi yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak-anak setelah banyak menghabiskan masa bekerja mencari rezeki. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak pada hari ini banyak meluangkan masa mereka untuk bermain permainan komputer di bilik dan melayan telefon mereka seperti ahli keluarga mereka. Mereka jarang menyertai aktiviti kekeluargaan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menganjurkan majlis makan malam secara berkala supaya anak-anak dapat membantu ibu bapa menyediakan makanan. Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu ibu bapa dengan mengemas rumah, membasuh kereta, menanam pokok dan sebagainya. Sebagai kesannya, mereka dapat menyedari kepentingan waktu bersama keluarga, memusatkan jiwa dan minda kepada hubungan kekeluargaan apatah lagi menjadi modal insan yang berminda kelas pertama. Mereka dapat menjadikan nasihat orang tua-tua bahawa kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa sebagai pedoman. Intihanya, ibu bapa haruslah memperbanyak aktiviti kekeluargaan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan daripada mendampingi teknologi.
Selain itu, jika soalan ini diteliti dengan lebih mendalam, saya berpendapat bahawa ibu bapa hendaklah merancang kegiatan melancong bersama-sama keluarga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini tercetus apabila ahli keluarga pada kehidupan seharian kurang bercakap dan asyik bersembang dalam aplikasi WhatsApp walaupun tinggal sebumbung. Biar kita melihat tamsilnya, ibu bapa membawa anak-anak pergi bersiar-siar, melancong di kawasan yang tidak mempunyai liputan Internet, berekreasi dan mandi-manda untuk membebaskan diri daripada kongkongan teknologi. Sikap menatang minyak yang penuh haruslah diamalkan oleh ibu bapa untuk membentuk generasi muda yang efektif. Anak-anak juga dapat bertukar-tukar pandangan dengan keluarga dengan keadaan yang aman. Mereka juga dapat belajar untuk menyayangi keluarga daripada teknologi. Jauh perjalanan luas pemandangan, keluarga bukan sahaja dapat menggenggam ilmu-ilmu yang terdapat di sekeliling mereka, malahan merapatkan hubungan silaturahim dan menjalin kasih antara satu sama lain. Oleh itu, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa melancong bersama keluarga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan kembali.
Seterusnya, jika dilihat daripada lensa perbincangan ini, ibu bapa juga harus meraikan hari-hari yang penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan menjernihkan kekeruhan hubungan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak jarang-jarang berjumpa dengan wajah ibu bapa sehingga sanggup melupakan mereka kerana leka berhubung dalam alam maya berkomunikasi dengan rakan sebaya. Bukti yang boleh diketengahkan ialah ibu bapa boleh meraikan hari jadi ahli keluarga, Hari Ibu dan Hari Bapa. Ibu bapa boleh menyediakan makanan kegemaran mereka dan ini dapat menarik perhatian anak-anak remaja daripada skrin peranti elektronik. Remaja akan menyayangi keluarga kerana mereka bersusah payah menyediakan makanan tanpa mengenal penat lelah. Selain itu, mereka juga dapat menjadi golongan anak yang mengenang jasa ibu bapa dan tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Izharlah, sebagai menggulung huraian yang diperkatakan di atas, hari-hari utama harus diingati oleh ibu bapa dan anak-anak. Mereka sewajarnya untuk meraikan hari-hari utama bersama dengan keluarga supaya silaturahim terjalin.
Tidak cukup dengan itu, amalan ziarah-menziarahi antara kita dengan ahli keluarga mestilah diamalkan oleh semua ahli keluarga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan sebalik kongkongan teknologi moden. Hal ini dikatakan demikian kerana datuk dan nenek tinggal jauh daripada ibu bapa. Ibu bapa boleh menggantikan perjumpaan dengan aplikasi Zoom dan WeChat mahupun Facebook. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak pulang ke kampung sebulan sekali untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga kita di kampung halaman yang indah dan pastinya menggamit kenangan. Ibu bapa boleh membawa ahli keluarga makan besar untuk merapatkan ahli keluarga dengan anak-anak. Natijahnya, ibu bapa terasa disayangi dan anak-anak berasa dihargai kerana tidak dipisahkan oleh perkembangan teknologi moden. Jelaslah bahawa, siang bagai hari, terang bagai bulan, ibu bapa haruslah mengamalkan sikap ziarah-menziarahi sejak kecil lagi dalam anak-anak yang berumur setahun jagung, darah setampuk pinang untuk mengekalkan hubungan rapat dan mengamalkan sikap tidak bergantung pada teknologi.
Sebagai penghias bicara akhir bagi segala yang dihuraikan, saya ingin menjelaskan bahawa hubungan kekeluargaan yang keruh mampu dijernihkan kerana semuanya bergantung pada ahli keluarga itu sendiri kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ahli keluarga haruslah mengikut semua idea yang telah saya sampaikan di atas supaya ahli keluarga sentiasa diutamakan. Ahli keluarga harus mengetahui cara menggunakan gajet apabila perlu dan tidak dipengaruhi oleh teknologi dan perkembangannya semata-mata. Disebabkan dunia tanpa sempadan, kemanusiaan dan kekeluargaan juga mampu disempadankan oleh teknologi. Ahli keluarga hendaklah berganding bahu menghargai masa bersama-sama dengan ahli keluarga yang tercinta sebelum nasi menjadi bubur. Masyarakat juga haruslah menggembleng tenaga dan memerah keringat memanfaatkan teknologi dengan bijak supaya tidak melupakan asal usul perhubungan sesama ahli keluarga. Tegasnya, banyak usaha boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan yang renggang.

 PENULIS: JONATHAN SIEW


14 May 2020

KARANGAN PT3 - CARA MENGHARGAI JASA GURU - KARANGAN TEMA HARI GURU


          Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa tema Hari Guru bersempena dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Guru merupakan insan yang sentiasa dahaga akan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). 

          Antara cara menghargai jasa guru adalah untuk meraikan Hari Guru yang terdapat pada 16 Mei. Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru mengajar kita tanpa meminta balasan. Oleh itu, kita haruslah menghargai pengorbanan dan mengingati jasa guru-guru yang mengajar kita. Pada Hari Guru, kita boleh membuat persembahan nyanyian atau tarian yang menarik untuk menghiburkan guru-guru dan merakamkan penghargaan kepada guru. Hal ini dapat menunjukkan perasaan terima kasih kepada guru dan agar tidak nanti usaha guru bagai mencurah air ke daun keladi.  

          Selain itu, kita patut memberikan kad ucapan kepada guru pada sambutan Hari Guru. Kita boleh menyelitkan bunga dan kata-kata yang indah yang membuktikan penghargaan terhadap guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kita hendaklah meluahkan perasaan terima kasih yang ikhlas. Kita juga perlu menyampaikan mesej peribadi dan berjanji kepada guru untuk berusaha. Oleh itu, kad ucapan kita boleh menjadi tanda ingatan kepada guru selepas kita sudah mencapai cita-cita kita. Hal ini juga kerana sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya. 

          Seterusnya, kita perlu menghormati guru pada setiap masa. Kita boleh membuktikan ketaatan atas didikan guru dengan membantu guru yang membawa beg yang berat atau membawa buku ke bilik guru. Bukan itu sahaja, kita juga mesti bersalaman dengan guru apabila berjumpa. Hal ini dikatakan demikian kerana kita harus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Oleh itu, kita mesti bersenyum kepada guru. 

          Di samping itu, kita mestilah membantu guru di mana-mana jua kita berada. Contohnya, kita boleh membawa buku dan beg ke bilik guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat meringankan beban guru. Tambahan pula, kita juga dapat menjalinkan hubungan yang mesra dengan guru. Hal ini kerana janganlah lupa akan hakikat kemahiran itu sebaik-baik guru. Oleh itu, kita patut membalas budi dan ajaran baik guru. 

          Akhir sekali, kita hendak memberi guru kebanggaan dan kejayaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita harus membalas jasa dan pengorbanan guru. Contohnya, kita boleh menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar dan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan cemerlang. Bukan itu sahaja, kita mesti mendengar nasihat guru dan tidak menghampakan harapan guru. Hal ini seperti peribahasa tidak menjadi seperti ulat lupakan daun. 

          Kesimpulannya, murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang. Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Hal ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberikan impak tinggi kepada masyarakat dan negara. Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

TIFFANY TAN YUE LYN
SELANGOR 

Karangan dimensi antarabangasa - tema sukan


Sukan mampu mewujudkan keamanan dan hubungan yang baik dalam kalangan penduduk dunia.

Jelaskan pernyataan di atas. 

            Sukan ialah aktiviti kecergasan badan yang mampu memberikan faedah yang banyak kepada manusia dan melibatkan semua. Penduduk di dunia bersukan untuk menyihatkan tubuh badan dan bersukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Penduduk dunia menghadapi konflik dan hubungan semakin hari semakin terjejas, mahal ada yang berani berbalah dalam media sosial kerana perbezaan agama dan kebudayaan serta gaya hidup. Masing-masing tidak mahu bertolak ansur dan bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Adakah sukan mampu mewujudkan keamanan dan hubungan yang baik dalam kalangan penduduk dunia?
            Sukan ialah platform utama yang menjadi jambatan perhubungan baik antara penduduk negara di seluruh dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana ahli sukan berkumpul di suatu tempat untuk meraikan kejayaan dan mengukir catatan rekod baharu serta bertukar-tukar pandangan.  Sukan Olimpik contohnya, diadakan empat tahun sekali dengan mengumpulkan atlet dari seluruh dunia. Pada tahun 2021 nanti, Jepun ialah tuan rumah. Masyarakat pelbagai bangsa dan agama dapat bertanding dan memupuk semangat kesukanan serta dapat berkenalan di negara matahari terbit itu. Bukan itu sahaja, para atlet dapat mengenali kebudayaan dan adat resam atlet-atlet yang berbeza agama dan bangsa  kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab itu, saya yakin bahawa keamanan dan hubungan yang baik dapat diwujudkan dalam bidang sukan kerana sukan menjadi jambatan penghubung keeratan.
            Selain itu, pertandingan sukan membolehkan peminat sukan mengetahui perbezaan adat dan budaya rakyat di negara lain. Hal ini berlaku demikian kerana peminat sukan biasanya akan membeli tiket penerbangan untuk pergi ke negara tuan rumah dan menyaksikan pertandingan sukan. Rakyat Malaysia dapat pergi ke London untuk menyaksikan Pertandingan Badminton All England dan dapat melancong sebagai contohnya. Hal ini dapat memberikan peluang kepada ramai orang untuk mengenali tempat-tempat peranginan yang menarik dan mengetahui gaya hidup dan bahasa berbeza serta mengenali keunikan di sana. Kita dapat menghormati adat resam dan budaya orang lain kata orang tua-tua, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Oleh hal yang demikian, sukan membolehkan peminatnya mengenali pelbagai perbezaan antara negara sendiri dengan negara orang lain.
            Sukan dapat meningkatkan imej sesebuah negara sekali gus memberikan keamanan kepada dunia dan jalinan hubungan baik sesama negara. Hal ini terjadi demikian kerana tuan rumah akan dihormati dan dipuji kerana berjaya menganjurkan pertandingan sukan yang mendapat liputan dunia. Pihak CNN dan Al Jazeera terbukti pernah memuji kesungguhan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1988. Selepas itu, nama Malaysia semakin mewangi dan dikenali serta dilawat oleh banyak pelancong. Mereka dapat melihat keamanan dan keunikan di negara kita dan menyaksikan keharmonian rakyat yang hidup bertolong-tolongan bagai aur dengan tebing. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kita harus berasa sangat kagum akan kejayaan Malaysia dalam usaha ini. Oleh hal yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa imej negara dapat dipertingkatkan oleh sukan sekali gus mengekalkan keamanan dan menjamin hubungan erat dan mesra.
            Perpaduan antara negara dapat dipupuk dalam bidang sukan sekali gus menghidupkan obor keamanan di dunia. Usaha ini ada benarnya kerana perbalahan masih berlaku di beberapa buah Negara. Sebagai contohnya, negara Amerika masih bermusuhan dengan negara Iran. Atlet dapat berkumpul dan mereka harus meletakkan fahaman politik yang berbeza di tepi dan mengutamakan persahabatan sukan. Hal ini dapat ditunjukkan jika atlet bertanding secara harmoni dan memberikan pandangan dan idea yang berbeza. Hal ini akan mengukuhkan hubungan sahabat antara ramai atlet di negara yang berbeza. Orang lama-lama pernah berkata, “kawan biar seribu, lawan jangan satu”. Hal ini dapat menyebabkan kehidupan aman dan harmoni di dunia ini. Negara yang terlibat dalam sukan pasti akan hidup aman dan harmoni dan hubungan menjadi lebih erat bagai isi dengan kuku.
            Bidang sukan menyediakan peluang pekerjaan yang bersifat global kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang ini. Hal ini ada benarnya kerana banyak negara yang mengimport pemain dan jurulatih dari negara yang berbeza  apabila mereka memerlukan perkhidmatan khas dalam bidang kejurulatihan sukan. Sebagai contohnya, pemain beregu badminton negara, Jeremy Gan, pernah menerima tawaran daripada Persatuan Badminton Jepun. Beliau dipilih untuk menjadi jurulatih beregu campuran dan sasaran menghasilkan pemenang pingat dalam Sukan Olimpik 2021 Jepun. Oleh sebab jauhari jua yang mengenal manikam, bakat pemain dari Malaysia juga menjadi rebutan di luar Negara. Begitu jugalah jurulatih profesional dari luar negara yang juga menjadi perhatian Malaysia, terutamanya Pasukan Bola Sepak JDT yang mengimport jurulatih dan pemain dari luar negara. Dalam hal ini, rakyat Malaysia berpeluang pekerjaan di seluruh dunia tetapi perlu melibatkan diri dalam bidang sukan secara serius agar peluang pekerjaan sentiasa terbuka.
            Kesimpulannya, semua pihak haruslah menerima hakikat bahawa sukan memberikan pelbagai manfaat dengan mengamankan dunia dan mengeratkan hubungan. Pelbagai pertandingan sukan perlu diadakan yang melibatkan lebih banyak negara supaya pertandingan menjadi meriah. Sukan terus diminati dan dijadikan agen perpaduan dalam kalangan penduduk di dunia untuk hidup aman dan sentosa. Ungkapan “Majulah Sukan untuk Negara” bolehlah ditukar kepada “Majulah Sukan demi Dunia yang Aman Damai” selepas ini. Rakyat tak kira di benua Afrika atau di Asia Tenggara dapat hidup aman damai serta memupuk silaturahim yang erat antara satu sama lain. Akhir kata, kita mestilah menyokong usaha penganjur pertandingan atau aktiviti sukan di seantero jagatraya untuk menjadikan sukan sebagai agen pengaman dan platform perpaduan sejagat.

SHANTINI SIVABALU, SMK KOTA KEMUNING, PPD KLANG, SELANGOR

KARANGAN TAHAP PT3 - TEMA HARI GURU


Sekolah anda telah meraikan guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2020 pada minggu lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam sambutan itu.
Gambarkan aktiviti yang dijalankan dalam sambutan hari guru.

            Sekolah saya telah meraikan guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2020 pada minggu lalu. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru. Murid-murid dan guru-guru membuat persiapan yang rapi untuk sambutan kali ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam sambutan itu.
Antaranya ialah perhimpunan rasmi. Dalam perhimpunan ini, murid menyanyi lagu kebangsaan, mendengar ucapan pengetua yang telah merasmikan Sambutan Hari Guru 2020. Selain itu, aktiviti kedua ialah persembahan murid. Persembahan-persembahan murid ialah persembahan nyanyian, persembahan tarian dan sebagainya. Selepas persembahan, murid-murid dan guru-guru memberikan tepukan kepada murid yang dipersembahkan. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk menghiburkan hati guru.
            Di samping itu, aktiviti ketiga ialah persembahan guru. Guru-guru menyanyi lagu “Kami Guru Malaysia” dan bersuara merdu. Murid-murid juga memuji bakat guru. Tujuan persembahan guru adalah untuk menghargai bakat guru. Seterusnya, aktiviti yang keempat ialah murid memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka. Semua murid menyampaikan bunga, menulis kad ucapan dan mengucapkan terima kasih. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meraikan guru kesayangan.
            Akhir sekali, aktiviti yang terakhir ialah jamuan hari guru. Semua murid untuk menghargai jasa guru. Oleh itu, semua murid membawa banyak makanan untuk berkongsi dengan para guru yang disayangi. Makanan tersebut termasuk kuetiau, mi goreng, nasi, kuih-muih, martabak dan sebagainya. Aktiviti jamuan hari guru bertujuan untuk mengapresiasi pengorbanan guru.
            Dalam sambutan tersebut, saya dapat mempelajari banyak perkara. Antaranya ialah kita mesti mengingati jasa guru supaya tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya. Selain itu,kita harus mengingati nasihat guru agar tidak nanti usaha guru bagai mencurah air ke daun keladi. Di samping itu, nasihat guru sangat penting. Janganlah nanti nasihat guru masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. Seterusnya,kita mesti menghargai ajaran guru. Janganlah lupa akan hakikat kemahiran itu sebaik-baik guru. Akhir sekali, kita patutlah sayang akan guru. Kita wajar insaf akan kebenaran bahawa sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.
Kesimpulannya, banyak aktiviti telah dijalankan bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2020 di sekolah saya. Majlis Sambutan Guru 2020 dijalankan dengan lancarnya dan meriahnya untuk menggembirakan guru kerana guru-guru bekerja keras pada setiap hari untuk memberi murid-murid ilmu dan pengetahuan. Dengan sambutan tersebut, guru dapat merasakan bahawa mereka disayangi oleh murid-muridnya.


KARANGAN TEMA HARI GURU - PERANAN GURU DALAM DUNIA PENDIDIKAN


Guru memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada murid di negara kita tidak menghargai jasa guru. Oleh sebab itu, murid-murid mestilah mengenali jasa guru agar tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Marilah kita sama-sama memahami peranan guru.
Salah satu peranan guru yang penting amat ialah guru berkorban masa dan tenaga untuk mendidik murid-murid. Bagi semua guru, pendidikan seseorang sungguh penting. Oleh itu, mereka mengambil masa untuk mendidik murid-murid. Dengan berbuat demikian, semua murid akan menjadi berpendidikan serta cerdik. Dengan berbuat demikian, pemuda menjadi harapan bangsa, pemudi menjadi tiang negara. Oleh hal yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa peranan amat penting guru ialah mendidik murid-murid.
Selain itu, guru-guru berperanan untuk memberikan kasih sayang kepada pelajar mereka. Selain mempelajari murid-murid, guru juga mesti memberikan kasih sayang kepada murid agar murid akan menghargai jasa guru serta menumpukan perhatian pada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Semua guru mesti bersikap adil dan memberikan kasih sayang yang sama kepada semua pelajar supaya mendapat kerjasama mereka. Oleh sebab itu, guru mestilah menunjukkan kasih sayang kepada semua pelajar.
Di samping itu, guru-guru berperanan membentuk institusi sekolah yang bahagia dan cemerlang. Hal ini dikatakan penting kerana institusi sekolah yang bahagia dan cemerlang akan menarik tumpuan murid. Oleh itu, guru-guru mestilah mengambil tindakan yang betul, patut serta baik terhadap murid-murid yang nakal atau murid-murid yang tidak mementingkan pelajaran mereka. Saya ingin menegaskan bahawa guru-guru berperanan untuk membentuk sekolah cemerlang dalam semua bidang.
Kesimpulannya, guru berperanan banyak dalam kehidupan kita. Oleh hal yang demikian, semua murid mestilah menghargai jasa guru supaya tidak menjadi seperti kacang lupa kulit. Semua pihak murid mestilah menyambut Hari Guru semua tahun untuk membuktikan penghargaan terhadap guru. Secara tuntas, saya ingin menegaskan bahawa peranan guru sangat penting dalam kalangan masyarakat.


Foo yu Shen, Smjk Sam Tet, Ipoh, Perak

12 May 2020

KELEBIHAN PENDIDIKAN MAYA - KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM

KELEBIHAN PENDIDIKAN MAYA

Apakah itu pendidikan maya? Pendidikan maya bermaksud pendidikan yang dijalankan dalam talian yang memerlukan murid melihat skrin, mendengar serta memberikan respons. Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan pendidikan maya di negara kita dalam usaha untuk meneruskan pembelajaran semasa pandemik Covid-19 yang amat meruncing. Namun begitu, ramai murid tidak mengetahui kebaikan pendidikan maya serta tidak menunjukkan minat terhadap pendidikan maya. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, marilah kita mengetahui kelebihan pendidikan maya.

            Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelebihan pendidikan maya paling utama ialah penyampaian ilmu cepat dan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat berada di hujung jari. Misalnya, murid dapat melayari Internet untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin pencari seperti Google dan Yahoo. Natijahnya, murid tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Tegasnya, ilmu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.

            Seterusnya, murid boleh memanfaatkan penggunaan e-buku. E-buku ini bukan sekadar mudah digunakan tetapi juga menjimatkan kos. Tamsilnya, murid boleh menggunakannya melalui peranti seperti telefon pintar, gajet dan komputer riba. Tambahan pula, kebanyakan e-buku juga percuma dan lebih murah berbanding buku fizikal kerana tiada pencetakan kertas yang dilakukan. Tuntasnya, penggunaan e-buku dapat dimanfaatkan.

Di samping itu, pendidikan maya dapat menjimatkan kos. Hal ini dikatakan demikian kerana segala urusan pembelajaran dapat dilakukan daripada keselesaan rumah sendiri. Sebagaimana yang kita sedia maklum, murid dapat menyertai kelas dalam talian menggunakan aplikasi seperti Meet dan Zoom. Justifikasinya, tiada keperluan untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos pengangkutan. Secara tuntasnya, pelbagai kos dapat dijimatkan.

            Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak kelebihan yang dapat kita peroleh daripada pendidikan maya. Murid-murid mestilah memanfaatkan pendidikan maya agar dapat menjadi golongan yang berilmu pengetahuan dan berminda kelas pertama serta dapat bersaing dengan murid di negara maju. Hal ini membolehkan masyarakat kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dan sudah tentunya dapat memajukan bidang pendidikan negara.

VINESH, SMK DAMANSARA JAYA, SELANGOR