Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

4 June 2020

KARANGAN SPM - DIMENSI ANTARABANGSA (FAEDAH MASYARAKAT DUNIA MENONTON FILEM ANTARABANGSA)

karangan bertema filem ( WOO ZONG XIAN ) Sudah diketahui bahawa dunia perfileman semakin hari semakin rancak terutamanya dalam kalangan masyarakat.Filem telab berjaya bertapak di dalam hati setiap umat manusia di jagatraya indah ini. Masyarakat dunia masa kini secara kebiasaannya menonton filem sebagai hobi ataupun mahu mengisi masa lapang. Dengan wujudnya teknologi dan gajet, masyarakat dapat menonton di mana Sahaja dan bila Sahaja. Hal ini kerana mereka dapat memuat turun filem melalui internet serta menggunakan aplikasi seperti Netflix untuk melihat filem terbaharu atau lama.Namun, para penonton juga harus bertindak bijak dengan menapis dan memilih filem yang sesuai untuk ditonton oleh semua. Pada masa ini, terdapat terlampau banyak filem yang antaranya mempunyai unsur negatif serta bercanggah dengan budaya tempatan. Sekiranya masyarakat dapat bijak memilih filem, maka  pastilah masyarakat dapat memperoleh faedah kerana jauhari juga yang mengenal manikam. Persoalannya, apakah faedah yang diperoleh masyarakat dunia daripada filem yang disiarkan melalui konesep langit terbuka ini.

     Yang pertama, masyarakat di dunia dapat mempelajari ilmu ikhtiar hidup dengan menonton filem yang berunsurkan pengembaraan. Hal ini dikatakan demikian kerana filem antarabangsa seperti Life of Pi mengajar penonton tentang kemahiran kelangsungan hidup semasa menghadapi kesusahan. Dalam filem Life of Pi, penonton dapat menyaksikan watak utama,iaitu Pi yang terpaksa menghadapi ombak cabaran dan lautan dugaan dalam pelayaran secara seorang diri. Dia perlu mencari makanan dan memperoleh air minuman daripada laut. Sepanjang ekspidisi tersebut, dia tetap berani menghadapi ketidaktentuan hidup serta mengambil risiko.Daripada filem tersebut, para penonton dapat menghayati kepentingan membina ketahanan fizikal dan mental dalam diri sendiri.Selain itu, filem tersebut juga memupuk mereka untuk menyediakan diri dengan pengetahuan tentang hidupan air dan skil untuk ikhtiar hidup.Sebenarnya, setiap manusia mesti mengetahui ilmu ikhtiar yang asas supaya dapat menghadapi apa-apa situasi kritikal dalam kehidupan yang tidak disangkal. Seperti peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa mesti mengajar anak tentang ilmu ikhtiar sejak kecil kerana dapat membawa kebaikan di mana mereka dapat mengaplikasi kemahiran bagi menyelesaikan masalah kehidupan.Tuntasnya, ilmu ikhtiar hidup dapat dipelajari melalui filem serta dapat meningkatkan faedah dari segi ilmu kepada kita.

    Sementelahan itu, filem daripada Hollywood sehingga Bollywood juga dapat memupuk nilai-nilai murni. Masyarakat pada era ini Amat memerlukan pendidikan dari segi moral dan rohaniah kerana pembangunan pesat yang hanya mementingkan nafsu duniawi telah menyebabkan mereka kehilangan sahsiah diri. Terdapat filem yang jelas memaparkan isu semasa seperti isu kekurangan Kasih sayang Ibu bapa ataupun keceraian keluarga. Isu yang dinyatakan di atas sering berlaku disebabkan kesibukkan ibu bapa untuk  mencari rezeki sehingga melupakan hubungan ahli keluarga. Ikatan keluarga juga semakin lama semakin lemah kerana jarang berinteraksi. Melalui filem tamsilnya Khabi Khusi Khabi Gham, iaitu sebauh filem Hindi yang terkenal di seluruh dunia, tema kekeluargaan diberikan keutamaan sepanjang filem tersebut. Hal ini kerana filem tersebut menceritakan usaha sesebuah keluarga yang banyak berkonflik untuk memulihkan semula hubungan erat. Filem ini juga disiarkan di pawagam sama ada di India ataupun Amerika Syarikat secara serentak. Dengan menonton filem tersebut, kita dapat memahami tema tentang kasih sayang Ibu bapa terhadap anak-anaknya yang dapat diibaratkan bagai menatang minyak yang penuh.Bukan itu Sahaja, kita juga akan lebih menyayangi ahli keluarga selepas memahami kepentingan mewujudkan institusi keluarga yang harmoni. Pelbagai konflik dan rasa dendam dapat dielakkan bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.Pendek kata, nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam diri penduduk dunia dengan menonton filem yang disiarkan atas talian.

     Bukan itu Sahaja, masyarakat di dunia juga akan mengetahui kebudayaan  dan kesenian bangsa yang berlainan dengan menonton filem yang pelbagai jenis.Filem cina seperti Ip Man mengandungi unsur seni pertahanan cina yang klasik iaitu Wing Chun. Dalam filem tersebut, watak utama ialah Donnie Yen yang berusaha mempertahankan seni pertahanan tersebut yang amat unik daripada ditelan zaman. Justeru, dia telah melatih diri supaya dapat menyebarkan seni pertahanan itu kepada orang awam Dengan baik. Pada permulaan filem tersebut, dia juga berlawak dengan penjajah Jepun dengan hanya menggunakan kemahiran Weng Chun tanpa menggunakan senjata. Dia akhirnya berjaya menumpaskan pihak Jepun demi mempertahankan nama baik persatuan seni pertahanan diri milik mahagurunya. Kesannya, penonton akan lebih menghormati seni pertahanan diri bangsa lain. Mereka juga berasa syukur kerana berpeluang menikmati keindahan seni yang berviarisi. Seterunya, mereka tidak lagi mengejek seni budaya sebagai sesuatu yang tidak bersempadan dengan kemodenan tetapi menghargainya sebagai khazanah bangsa. Dengan menonton filem sedemikian, kita akan sedar bahawa seni budaya ini mestilah dipertahankan agat tak lekang dek panas, tak basah dek hujuan dalam kemajuan dunia. Filem sebegini mesti didorong dengan sepenuhnya supaya kebudayaan dan kesenian dapat diketahui oleh penduduk sedunia. Kesedaran tentang usaha memelihara seni pertahanan lama juga akan ditingkatkan.Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa filem dapat menyemarakkan semangat masyarakat untuk terus mempertahankan dan memastikan kegemilangannya pada masa akan datang.

Sementelahan itu, masyarakat dunia juga akan dapat menyemai nilai keberanian daripada menonton filem bergenre pengembaraan atau aksi.Filem Train to Busan yang pernah saya tonton merupakan contoh terbaik. Hal ini dikatakan demikian kerana watak dalam filem itu berani menghadapi cabaran sepanjang filem tersebut. Dia masih dapat bersifat ketenangan sewaktu mendepani pelbagai rintangan seperti kematian kawan dan kebahayaan virus yang sedang merebak.Walaupun dia diperlukan untuk mencari jalan keluar bagi mengelakkan diri daripada menjangkiti virus tersebut, tetapi dia juga dapat membantu orang lain untuk mencegah virus itu.Pelakon utama yang bernama Goong Yoo berjaya menyelematkan nyawa orang Awam melalui pelbagai taktik yang bijak. Melalui peristiwa yang dinyatakan, sudah jelaslah bahawa watak utama tersebut sanggup mengorbankan diri sendiri demi kepentingan orang lain. Peribahasa iaitu biar putih tulang jangan putih mata Adalah sesuai bagi menghuraikan perwatakannya.Jadi, tentulah nilai keberanian dan tanggungjawab sosial dapat disemai oleh semua penduduk di dunia yang menonton filem ini.



         Di samping itu, filem juga memupuk masyarakat untuk mengejar dan berusaha untuk mencapai impian mereka Tanpa berputus asa. Filem yang memotivasikan seperti The Greatest Showman dapat mengingati penonton tentang Sasaran mereka serta mengalakkan mereka untuk mencapainya tanpa menakuti cabaran atau kekalahan. Filem ini mempunyai banyak senario di mana watak sama ada utama atau sampingan mendepani cabaran yang mampu menjejaskan kejayaan mereka. Namun begitu, mereka semua menunjukkan contoh yang baik dengan tidak menyerah kalah dan terus menangani masalah dengan apa cara Sahaja.Filem tersebut yang merupakan lakonan Hugh Jackman memaparkan ketabahannya apabila gagal dalam perniagaan sarkas manusia. Dia terpaksa mengubah modal pernigaannya serta bersusah paya mendapatkan sokongan penonton. Melalui filem tersebut, seluruh peniaga dunia pasti didorong untuk mengusahakan perniagaan mereka dengan lebih baik. Bukan itu Sahaja, filem ini juga memberikan inspirasi kepada mereka untuk memikirkan idea inovatif bagi menyelematkan perniagaan. Bak kata pepatah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak berombak, manusia pasti membuat kesilapan dari masa ke masa. Dengan menonton filem sebegini ini, semangat perjuangan kita dapat ditingkatkan.Justeru, filem antarabangsa yang bertemakan kecekalan memberi Kesan yang signifikan kepada para penonton. Malah, filem yang disiarkan melalui konsep langit terbuka memberikan sokongan dan kuasa kepada kita untuk mendekati cita-cita kita.

      Konklusinya, filem antarabangsa yang berpotensi untuk mengubah cara hidup dan bernilai tinggi perlu disiarkan ke serata dunia bagi mencipta kehidupan dan membawa perubahan kepada manusia lain. Filem yang bernilai tinggi juga memerlukan sokongan daripada penonton. Dengan sokongan yang memuaskan, syarikat filem serta studio tertentu juga akan terus menghasilkan filem sebegini kerana mendapat sambutan hangat. Penonton seharusnya memilih filem yang sesuai Dengan budaya dan ajaran tempatan dan mengelakkan sebarang filem yang negatif. Para penonton juga perlu bijak mentafisr nilai-nilai positif yang dimasukkan dalam filem demi mengaut faedahnya.Saya berharap agar lebih banyak filem berkualiti dapat diterbitkan serta disiarkan dalam konsep langit terbuka bagi memanfaatkan dunia. Disebabkan setiap filem adalah unik dan mempunyai ciri keistimewaannya, penonton mesti bijak membezakan yang manan batu dan mana permata. Sebagai penonton yang bijak pula, mereka akan memperoleh pelbagai faedah sehingga dapat memanfaatkan nilai dan pengajaran dalam kehidupan seharian.Akhir kata, banyak faedah akan kita nikmati dengan menonton filem berkualiti. Kita haruslah menyokong industri filem supaya pihak berkenaan dapat terus menghasilkan filem yang bertahap satu untuk disiarkan ke seluruh jagatraya.

1 comment:

Angelina C said...

First time reading this blog, thanks for sharing