Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

25 March 2021

Kesilapan "makan-makanan" dan "diri-sendiri" dalam kalangan murid.

 (1) Saya makan-makanan yang seimbang.

(2) Kita harus bergantung pada diri-sendiri jika mahu berjaya.
Kebanyakan murid suka menulis "makan-makanan" dan "diri-sendiri" dengan tanda sempang. Mereka menganggap perkataan itu kata ganda. Kesilapan ini harus kita baiki. Istilah "makan" dan "makanan" ada makna yang tersendiri.
Saya makan.
Saya makan apa?
Saya makan makanan yang seimbang.
Makanan yang seimbang ialah objek dalam ayat. Oleh sebab itu, jangan buat kesilapan yang sama dengan menulis tanda sempang di antaranya.
Pembetulan:
(1) Saya makan makanan yang seimbang.
(2) Kita harus bergantung pada diri sendiri jika mahu berjaya.
Jika anda pernah membaca kesilapan yang saya sebutkan di atas dalam ayat yang ditulis oleh anak murid, kongsikan maklumat ini kepada mereka.

No comments: