Cara-cara menjauhi penyakit berjangkit
Dalam
era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di seluruh dunia.
Penyakit berjangkit telah menjejaskan kesihatan manusia dan menjadi masalah
kepada kita. Manusia tidak peka terhadap isu-isu yang serius ini menyebabkan
penyakit berjangkit merebak dengan cepatnya. Kita mestilah mengambil berat
terhadap masalah ini kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
Persoalannya, apakah cara-cara menjauhi penyakit berjangkit? Perkara ini akan
saya huraikan hingga akar umbi.
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat mestilah memakai penutup mulut dan
hidung. Hal ini dikatakan demikian kerana bakteria akan terperangkap dalam penutup itu.
Penyakit berjangkit tidak mudah menular antara satu sama lain. Setiap
masyarakat patut menggunakan penutup mulut dan hidung semasa berada di tempat
yang terbuka. Penutup ini boleh mengelakkan bakteria ini menular kepada orang
lain juga boleh menjaga diri daripada bakteria. Hal ini merupakan sesuatu perlindungan
kepada kita untuk menjaga kesihatan diri. Tegasnya, memakai penutup mulut dan
hidung dapat mengatasi masalah penyakit berjangkit untuk merebak.
Selain
itu, masyarakat boleh menggunakan pensanitasi tangan semasa berada di luar
rumah. Pensanitasi tangan ini dapat membunuh bakteria yang berada pada tangan
kita. Kita haruslah sentiasa memastikan tangan kita adalah bersih supaya bakteria
ini tidak akan menyerang badan kita. Pihak berkuasa haruslah menyediakan
pensanitasi tangan sebagai kemudahan awam kepada setiap masyarakat. Oleh itu,
kita boleh menjaga kesihatan diri pada bila-bila masa sebelum nasi menjadi
bubur. Kita haruslah mengelakkan tangan kita daripada menyentuh pancaindera
supaya bakteria tidak akan memasuki ke dalam badan kita. Pendek kata, pensanitasi
tangan amat penting kepada kita untuk memastikan tangan kita sentiasa bersih
dan menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit.
Di
samping itu, manusia haruslah mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain.
Kita mestilah sentiasa menjarakkan diri semasa berada di luar rumah. Kita
mestilah menghentikan semua aktiviti luar untuk memberikan kerjasama kepada
pihak kerajaan. Contohnya, pihak kerajaan telah menjalankan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di Malaysia sepanjang dua bulan. Penyakit berjangkit dapat
dikawal dengan cepat jika setiap masyarakat mematuhi arahan yang telah diberi
oleh pihak berkuasa. Setiap masyarakat mestilah bersatu padu untuk mengawal
penularan wabak ini kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelaslah
bahawa, kita bertanggungjawab mematuhi penjarakan sosial ini untuk menjauhi
penyakit berjangkit.
Kesimpulannya,
terdapat banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menjauhkan diri
daripada penyakit berjangkit. Pihak kerajaan haruslah bijak memberikan arahan
yang betul kepada masyarakat untuk mengawal penularan wabak di negara kita.
Setiap masyarakat mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing dan mematuhi
segala arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan supaya kes penyakit
berjangkit dapat dikurangkan. Saya berharap agar penyakit berjangkit dapat
dikawal dengan cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan gembiranya.
Marilah kita sama-sama mencegah penyakit berjangkit daripada mendadak.
MARKAH: 26/30
- Karangan Menepati tema
- idea relevan, huraian jelas dan matang
- kesalahan ejaan yang minimum
- kosa Kata yang luas
MERVIN CHOW ZHENG YUNG
SMK KOTA KEMUNING
21 comments:
izinkan saya print karangan ni :)
cikgu maaf bertanya kenapa bakteria?? bukan ke virus ke
tiber lah kau
Sangat mudah untuk di ingati izinkan saya buat karangan ini cg
Oii fokus Oii SPM!!
Mudahkn urusan ku ya Allah amin
Wish me gudluck for spmm
Die tnye kna.. Sabar
Tak baik ckp cmtu
esok oi
Mantul sungguh karangan cikgu. Izinkan saya untuk sailang karangan ni. Good luck SPM batch03 sedihhhh!
hopefully soalan ni masuk esok , amin , huwaaaaa gudluck guys
Good luck to you too (^^)
Terima kasih cikgu sebab telah membantu kami��
Terima kasih cikgu sebab telah membantu kami��
harini woiii
Harini oi
Tahniah Cg Tan CL menyediakan bahan pdp...boleh sy guna dan print
Buto
ini karangan bm bukan bi...terima
Nice
Post a Comment