25 April 2020

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN - Cara-cara menjauhi penyakit berjangkit


Cara-cara menjauhi penyakit berjangkit

            Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di seluruh dunia. Penyakit berjangkit telah menjejaskan kesihatan manusia dan menjadi masalah kepada kita. Manusia tidak peka terhadap isu-isu yang serius ini menyebabkan penyakit berjangkit merebak dengan cepatnya. Kita mestilah mengambil berat terhadap masalah ini kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Persoalannya, apakah cara-cara menjauhi penyakit berjangkit? Perkara ini akan saya huraikan hingga akar umbi.
            Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat mestilah memakai penutup mulut dan hidung. Hal ini dikatakan demikian kerana  bakteria akan terperangkap dalam penutup itu. Penyakit berjangkit tidak mudah menular antara satu sama lain. Setiap masyarakat patut menggunakan penutup mulut dan hidung semasa berada di tempat yang terbuka. Penutup ini boleh mengelakkan bakteria ini menular kepada orang lain juga boleh menjaga diri daripada bakteria. Hal ini merupakan sesuatu perlindungan kepada kita untuk menjaga kesihatan diri. Tegasnya, memakai penutup mulut dan hidung dapat mengatasi masalah penyakit berjangkit untuk merebak.
            Selain itu, masyarakat boleh menggunakan pensanitasi tangan semasa berada di luar rumah. Pensanitasi tangan ini dapat membunuh bakteria yang berada pada tangan kita. Kita haruslah sentiasa memastikan tangan kita adalah bersih supaya bakteria ini tidak akan menyerang badan kita. Pihak berkuasa haruslah menyediakan pensanitasi tangan sebagai kemudahan awam kepada setiap masyarakat. Oleh itu, kita boleh menjaga kesihatan diri pada bila-bila masa sebelum nasi menjadi bubur. Kita haruslah mengelakkan tangan kita daripada menyentuh pancaindera supaya bakteria tidak akan memasuki ke dalam badan kita. Pendek kata, pensanitasi tangan amat penting kepada kita untuk memastikan tangan kita sentiasa bersih dan menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit.
            Di samping itu, manusia haruslah mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain. Kita mestilah sentiasa menjarakkan diri semasa berada di luar rumah. Kita mestilah menghentikan semua aktiviti luar untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan. Contohnya, pihak kerajaan telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sepanjang dua bulan. Penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepat jika setiap masyarakat mematuhi arahan yang telah diberi oleh pihak berkuasa. Setiap masyarakat mestilah bersatu padu untuk mengawal penularan wabak ini kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelaslah bahawa, kita bertanggungjawab mematuhi penjarakan sosial ini untuk menjauhi penyakit berjangkit.
            Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit. Pihak kerajaan haruslah bijak memberikan arahan yang betul kepada masyarakat untuk mengawal penularan wabak di negara kita. Setiap masyarakat mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing dan mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan supaya kes penyakit berjangkit dapat dikurangkan. Saya berharap agar penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan gembiranya. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit berjangkit daripada mendadak.

MARKAH: 26/30
- Karangan Menepati tema
- idea relevan, huraian jelas dan matang
- kesalahan ejaan yang minimum
- kosa Kata yang luas

MERVIN CHOW ZHENG YUNG
SMK KOTA KEMUNING
           


21 comments:

  1. izinkan saya print karangan ni :)

    ReplyDelete
  2. cikgu maaf bertanya kenapa bakteria?? bukan ke virus ke

    ReplyDelete
  3. Sangat mudah untuk di ingati izinkan saya buat karangan ini cg

    ReplyDelete
  4. Mantul sungguh karangan cikgu. Izinkan saya untuk sailang karangan ni. Good luck SPM batch03 sedihhhh!

    ReplyDelete
  5. hopefully soalan ni masuk esok , amin , huwaaaaa gudluck guys

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck to you too (^^)

      Delete
    2. Terima kasih cikgu sebab telah membantu kami��

      Delete
    3. Terima kasih cikgu sebab telah membantu kami��

      Delete
  6. Tahniah Cg Tan CL menyediakan bahan pdp...boleh sy guna dan print

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.