29 April 2020

KARANGAN TINGKATAN 1-2-3 - HASIL CHLOE YAP


Amalan membaca memainkan peranan penting untuk melahirkan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka.

TEMA:
Amalan membaca – dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa
SIAPA + ISU:
Anak-anak – malas membaca buku – terpengaruh oleh media sosial dan permainan elektronik
UNGKAPAN:
banyak memberikan alasan – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ARAHAN:
Ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan membaca.

IDEA 1 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
Ibu bapa – membawa anak-anak mereka ke perpustakaan  - memupuk amalan membaca
HURAIAN (SEBAB)
banyak buku dapat dibaca dan dipinjam
CONTOH
pada hujung minggu – cuti sekolah
HURAIAN
mula membaca dan berminat dalam pembacaan
KESAN/KESIMPULAN
anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu

IDEA 2 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa membeli buku
HURAIAN (SEBAB)
mendekatkan diri anak kepada amalan membaca
CONTOH
sejarah, geografi, dan sains serta pelbagai bahasa
HURAIAN
mendapat ilmu dan pengetahuan supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung
KESAN/KESIMPULAN
ibu bapa mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan membaca

IDEA 3 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa membina perpustakaan mini di rumah
HURAIAN (SEBAB)
menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku
CONTOH
bilik yang selesa, ada pendingin hawa, serta kerusi dan meja yang selesa
HURAIAN
anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu emas
KESAN/KESIMPULAN
dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini

IDEA 4 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa perlu membaca buku di depan anak
HURAIAN (SEBAB)
anak dapat mencontohi sikap yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya
CONTOH
membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita
HURAIAN
berkongsi ilmu dan membincangkan pelbagai topik dengan anak-anak
KESAN/KESIMPULAN
ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak supaya mereka suka membaca buku

 IDEA 5 : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
IDEA
ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak
HURAIAN (SEBAB)
anak-anak akan menghargai hadiah itu
CONTOH
membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia
HURAIAN
menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak
KESAN/KESIMPULAN
hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup

PENUTUP
TEMA
Amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa
CADANGAN
ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan
HARAPAN
anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
PENEGASAN
ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak




          Amalan membaca dapat dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Walau bagaimanapun, anak-anak malas membaca buku kerana mereka telah terpengaruh oleh media sosial dan permainan elektronik. Oleh sebab itu, anak- akan memberikan pelbagai alasan kerana tidak mahu membaca buku. Hal ini sama seperti peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan tersebut. 
           Ibu bapa bolehlah membawa anak-anak mereka ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca. Selain itu, perpustakaan ada banyak buku dapat dibaca dan dipinjam. Sebagai contohnya, pada hujung minggu atau cuti sekolah pun buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan boleh dibaca atau buku boleh dipinjam daripada perpustakaan pada hujung minggu. Seterusnya,anak-anak boleh mula membaca dan berminat dalam pembacaan. Kesimpulannya, anak-anak mesti dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan untuk memupuk amalan membaca kerana itu jambatan ilmu.

           Ibu bapa boleh membeli buku di kedai buku.Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah mendekatkan diri anak kepada amalan membaca. Sebagai contohnya, sejarah, geografi dan sains serta pelbagai bahasa ialah bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh anak-anak. Selain itu, amalan membaca buku boleh memberikan ilmu dan pengetahuan supaya kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Kesimpulannya, ibu bapa mesti membelikan anak buku-buku untuk memupuk amalan.

           Ibu bapa boleh juga membina perpustakaan mini di rumah. Selain itu, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka supaya membaca buku. Sebagai contohnya, binalah bilik yang selasa, ada pendingin hawa, serta kerusi dan meja yang seleasa. Dengan kemudahan itu, anak akan menghabiskan masa di perpustakaan kerana mereka sedar bahawa masa itu emas. Kesimpulannya, pembinaan perpustakaan di rumah dapat memupuk anak-anak supaya membaca buku di perpustakaan mini.

           Ibu bapa perlu membaca buku di depan anak. Dengan berbuat begitu, anak dapat mencontohi sikap yang baik agar bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membaca majalah yang berkualiti dan buku cerita di depan anak-anak mereka. Selepas itu, berkongsilah ilmu dan bincanglah pelbagai topik dengan anak-anak. Kesimpulannya, ibu bapa dapat menjadi teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka suka membaca buku.
  
           Ibu bapa perlu membeli buku sebagai hadiah kepada anak. Selain itu, anak-anak akan menghargai hadiah itu. Sebagai contohnya, ibu bapa bolehlah membeli novel dan buku rujukan seperti ensiklopedia. Seterusnya, ibu bapa menarik perhatian anak-anak dan menggembirakan anak-anak. Kesimpulannya, hadiah berupa buku dapat memupuk minat membaca dalam diri anak kerana ilmu pelita hidup.

            Kesimpulannya, amalan membaca pasti dapat dipukul oleh ibu bapa. Selepas itu, ibu bapa mestilah mengikut semua idea yang saya kongsikan di atas. Selain itu, anak-anak akan menjadi manusia yang berguna dan berilmu pengetahuan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Akhirnya, ibu bapa mestilah memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.

CHLOE YAP

          

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.