RUMUSAN
SIDANG AKHBAR MENTERI PENDIDIKAN, 15 APRIL 2020
Sidang
Media Menteri Kanan Pendidikan yang diadakan pada 15 April 2020 telah
mengumumkan bahawa pembukaan sekolah akan dimaklumkan 2 minggu sebelum. Oleh
hal yang demikian, murid-murid yang masih berada di kampung halaman tidak perlu
tergesa-gesa untuk pulang ke ibu kota. Keputusan yang diumumkan oleh Dr. Mohd
Radzi, Menteri Kanan Pendidikan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan
(Perakaunan), La Trobe University, Australia dan memiliki Sarjana Pentadbiran
Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ini membolehkan semua pihak
membuat persiapan terbaik agar sekolah dapat dibuka dengan lancarnya. Di
samping itu, sesi persekolahan yang akan dibuka pula hanya akan melibatkan
murid yang bakal menjalani peperiksaan awam sahaja, contohnya peperiksaan SPM,
STPM, SVM, dan STAM.
Di
samping itu, Dr. Radzi yang memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam
Pengauditan dari The Australian National University, Canberra, Australia dan
merupakan bekas pensyarah Forensik Perakaunan di University of Tasmania,
Hobart, Australia selama 20 tahun berkata bahawa tarikh peperiksaan awam akan
ditunda kepada suku pertama 2021 agar membolehkan murid dan guru membuat
persiapan komplit lagi komprehensif untuk menghabiskan silibus dan pembelajaran.
Dengan keputusan ini juga, pelajaran murid yang bakal menduduki peperiksaan
dapat dibimbing agar sediakan payung sebelum hujan.
Pada
masa yang sama, Menteri Kanan Pendidikan juga baru berusia 41 tahun dari
Ketereh, Kelantan ini menjelaskan bahawa
tarikh kemasukan ke IPT ditangguhkan sehingga Ogos 2021 agar membolehkan kertas
peperiksaan SPM disemak dengan masa yang mencukupi oleh pihak Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana peperiksaan SPM
dijangka akan bermula selepas Tahun Baharu Cina.
Walau
bagaimanapun, pentaksiran sekolah rendah dan menengah rendah pula mendapat
berita yang berlainan. Menurut menteri kanan, UPSR dan PT3 pada tahun 2020
dibatalkan dan akan diganti dengan kaedah pentaksiran dan penilaian baharu.
Kaedah ini adalah untuk menggantikan kaedah peperiksaan konvensional yang tidak
dapat dijalankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlarutan.
Kaedah
baharu kemasukan ke MRSM, SBP dan sekolah-sekolah berasrama penuh pula akan
diperkenalkan. Langkah ini penting untuk menghilangkan kegusaran ibu bapa yang
sudah lama merancang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama
penuh. Oleh hal yang demikian, kementerian akan mengambil tindakan mengumumkan
mekanisme baharu untuk mengatasi masalah kemasukan pelajar ke sekolah berasrama
penuh untuk sesi persekolahan tahun depan. Hal ini dikatakan demikian kerana pembukaan
sekolah tertakluk pada keadaan semasa dan nasihat daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
Sementara
menunggu pengumuman pembukaan sekolah, PdP digital atau pembelajaran dalam
talian di rumah perlu mengambil kira kekangan daripada setiap aspek (guru dan
murid). Hal ini dikatakan demikian kerana bukan semua murid dan keluarga
mempunyai kemudahan Internet dan data serta telefon pintar mahupun komputer.
Kekangan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengakses Internet untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan.
Sebelum
menutup sidang akhbar khas itu, beliau menegaskan bahawa takwim persekolahan
tahun 2020 diteruskan
dan setakat hari ini kekal sehinggalah dimaklumkan oleh pihak KPM. Ibu bapa dan
guru-guru haruslah bekerjasama memastikan anak-anak mendapat ilmu dan
pengetahuan serta mengisi masa cuti PKP ini dengan aktiviti pembelajaran
berkualiti dan berfaedah demi kepentingan bersama.
Kepada yang terlepas menonton sidang
media tersebut boleh tonton di sini.
https://www.facebook.com/552890381416295/posts/3079227782115863/?d=n
https://www.facebook.com/552890381416295/posts/3079227782115863/?d=n
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.