PENGGUNAAN 10 LIRIK LAGU TERBAIK
DALAM
PENULISAN CEMERLANG SPM
(LAGU
1)
Demi
negara yang tercinta
Di
curahkan bakti penuh setia
Demi
raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan
tak berbelah bagi
Kepada
pemimpin kepada rakyat
Khidmat
diberi penuh taat
Sama
bekerja sama berusaha
Setia
berkhidmat untuk semua
Rela
berkorban apa saja
Amanah
bangsa tetap dijaga
Kami
berikrar penuh setia
Untuk
agama, bangsa dan negara
Setiap
kali lagu bertajuk "Setia" ini berkumandang di udara, meremang bulu
roma kita. Demikianlah betapa pentingnya pengorbanan dan kesetiaan rakyat kepada
bangsa dan negara. Dengan kesetiaan dan pengorbanan ini, kita dapat membina
rakyat yang cinta akan negara dan masyarakat yang hidup bersatu padu agar
perpecahan dapat dielakkan. Hal ini dikatakan demikian kerana bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.
(LAGU
2)
Anak
pipit jangan tak dihirau
Gusar
esok ke sarang si rimau
Anak
didik harusnya dirisau
Gusar
esok engkau yang dipisau
Datuk
Seri Siti Nurhaliza dalam lagunya bertajuk 7 Nasihat ini membawa pelbagai unsur
nasihat dan didikan yang penting kepada masyarakat kita, terutamanya golongan
yang menjadi harapan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Rangkap pertama lirik lagu ini
menyampaikan mesej yang begitu jelas iaitu anak-anak didik atau golongan muda
perlu dipantau dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan hati-hati bak
peribahasa bagai menatang minyak yang penuh. Jika tidak, mereka akan terlibat
dalam pelbagai gejala negatif yang akhirnya mampu menjadi duri dalam daging
dalam pembangunan bangsa dan negara.
(LAGU
3)
Hei!
sepuluh helai daun sirih
Ku
gentas bersama
Bunga
cengkih jadilah dikau
Darah
merah pekat mengisi uratku
Agar
bisa ku berlangkah
Gagah
dan tampan
Bagaikan
sijantan yang berkokok
Di
mana bumi ku pijak
Di
situ langit ku junjung
Alang-alang
menyeluk pekasam
Biar
sampai ke pangkal lengan
Lagu
"Mentera Semerah Padi Nyanyian seniman ulung negara, Dato' M. Nasir ini
benar-benar menusuk kalbu dan membakar semangat rakyat Malaysia agar bekerja
keras dan tidak berputus asa dalam perjuangan kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana lirik lagu ini memaparkan keberanian dan kegagahan pahlawan untuk
menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Oleh sebab itu, kita mestilah
tabah menghadapi onak dan duri dalam kehidupan demi membentuk masyarakat yang
berminta kelas pertama dan berjati diri kukuh.
(LAGU
4)
Kisah
duka ulang-berulang
Hati
luka cinta kecundang
Bagaikan
bunga kembang dipuja
Layu
dibuang.
Bercintalah
berpada-pada
Usah
serah segala
Turutkan
hati turutkan rasa
Diri
sendiri akan binasa
Demi
masa depanmu
Berhati-hati
selalu
Kaji
asal usulnya
Jangan
sampai terpedaya
Lagu
"Kalau Mencari Teman" nyanyian penyanyi tersohor negara, Ziana Zain
ini menyampaikan mesej yang kukuh dan berkesan kepada anak-anak muda. Hal ini
dikatakan demikian kerana anak-anak muda pada hari ini mudah terpengaruh oleh
rakan sebaya. Mereka tidak menyiasat asal usul rakan sebelum meniru perbuatan
yang dilakukan oleh mereka. Akhirnya, mereka akan menyesal tetapi sudah
terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(LAGU
5)
Beribu
bintang dilangit kini menghilang
Meraba
aku dalam kelam
Rembulan
mengambang kini makin suram
Pudar
ilhamku tanpa arah
Sedetik
wajahmu muncul dalam diam
Ada
kerdipan ada sinar
Itukah
bintang ataupun rembulan
Terima
kasih kuucapkan
Lagu
nyanyian Manbai, "Kau Ilhamku" sesuai dikaitkan dengan pengorbanan
ibu bapa dan guru-guru terhadap kita. Hal ini dikatakan demikian kerana
merekalah yang memberikan ilham dan ilmu kepada kita untuk melangsungkan
kehidupan ini. Tanpa mereka, kita akan menjadi seperti layang-layang putus
teraju dan anak ayam kehilangan ibu. Untuk menghargai jasa mereka, kita
haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa ilmu yang
diberikan oleh mereka kepada kita tidaklah sia-sia. Oleh sebab itu, anak-anak
muda harus menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa dan guru-guru, sebaliknya
janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulitnya.
(LAGU
6)
Pahit
getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa
dihadapi, demi kejayaan
Terdidik
sejak mula, tabah berusaha
Tanpa
cuba melangkah, tak ke mana
Di
mana kau berada
Pencapaian
tak tiba dengan mudah
Kini
"Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah
selangkah dari nyata
Keazaman
membara dijiwa
Menanti
saat bebas merdeka
Tiba
masa kau melangkah gagah
Bersemangat
ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau
terunggul
Wajar
"Standing In The Eyes Of The World"
Lagu
"Standing In The Eyes Of The World" nyanyian Ella ini amat sinonim
dengan kesungguhan dan iltizam anak-anak muda dalam perjuangan mereka.
Perjuangan dalam bidang pendidikan, sukan, dan kerja perlu diteruskan tanpa
semangat yang lemah. Dengan semangat "Malaysia Boleh" ini juga kita
dapat membentuk minda rakyat yang berdaya saing agar kita dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia ini.
(LAGU
7)
Tuai
padi antara masak
Esok
jangan layu-layuan
Intai
kami antara nampak
Esok
jangan rindu-rinduan
Rangkap
pertama lagu Gurindam Jiwa nyanyian Seniman Ulung Negara, Allahyarham Tan Sri.
P. Ramlee ini memberikan pedoman kepada kita agar menghargai jasa dan kasih
sayang ibu bapa kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak
yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa lama-kelamaan melupakan jasa dan
pengorbanan mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Oleh
sebab itu, anak-anak perlulah menziarahi ibu bapa dan menjenguk mereka serta
memastikan kebajikan mereka terjaga dengan baiknya. Dengan berbuat begitu, ibu
bapa tidak akan kecewa dengan sikap bagai ulat lupakan daun yang ada pada
anak-anaknya.
(LAGU
8)
Oh,
Ibu!
Kau
disiram bayu pagi
Kehilangan
terasa kini
Dan
kesepian
Dan
aku
Bagai
purnama gerhana
Di
ibarat lautan kering
Tiada
tempat ku layarkan
Hasratku
ini
Masih
belum sempat
Kubuktikannya
kepadamu
Ibu
tersayang
Kucurahkan
rasa hati
Kutatapi
potret mu berulang kali
Kurenungkan
kalimah yang diberi
Lagu
"Ibu" nyanyian Mamat, Exist ini menusuk hati dan jiwa kita tentang
pengorbanan ibu kepada anak. Pengorbanan ini jelas terpancar apabila seorang
anak meratapi pemergian ibunya yang telah pulang ke pangkuan Tuhan. Kesedihan,
kesunyian, dan kehilangan kasih sayang yang amat terasa ini perlu kita hadapi
apabila kehilangan ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak perlu menghargai
jasa dan menyayangi ibu bapa sebelum terlambat. Sebaliknya, fenomena yang
berlaku hari ini ialah anak-anak terlalu mementingkan diri sehingga bersikap
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sehingga mengabaikan
nasihat ibu bapa kepadanya. Mereka juga lupa akan hakikat bahawa didikan ibu
bapa sangat penting untuk mereka agar dapat merencanakan kehidupan. Oleh hal
yang demikian, anak-anak perlulah menghargai pengorbanan ibu bapa kepada
anak-anak.
(LAGU
9)
Kalau
menebang si pohon jati
Papan
di Jawa dibelah-belah
Kalaulah
hidup tidak berbudi
Umpama
pokok tidak berbuah
Indahnya
lirik lagu "Pantun Budi" nyanyian Allahyarham Tan Sri. S.M Salim yang
menjelaskan betapa pentingnya budi dalam kehidupan kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana seseorang yang tidak tahu berbudi dikiaskan bagai pokok yang
tidak berbuah. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia haruslah menghayati lirik lagu
ini kerana kekayaan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepada kita. Janganlah
kita lupa akan budi dan jasa siapa-siapa sahaja yang pernah membantu kita.
Sebaliknya, insan yang melupakan budi ini pasti tidak akan bahagia
kehidupannya.
(LAGU
10)
Berjuta
bintang menyanyi
Ku
di antara yang satu
Mungkin
cahaya dan impianku
Di
sini gemilang
Lalu
ku redah onak duri
Dan
lautan api
Kemuncaknya
ingin ku tawan
Aku
jelajahi oh
Kini
gemilang itu
Semakin
pasti ku genggam
Gemilang
suara keyakinan kian dalam
Lagu
Gemilang nyanyian Jaclyn Victor ini pernah mencetuskan suatu fenomena di negara
kita lebih satu dasawarsa yang lalu. Lagu ini memberikan semangat dan meniupkan
api perjuangan dalam diri anak-anak muda untuk menghadapi pelbagai cabaran
dalam kehidupan. Jika lautan cabaran ini dapat direnangi, anak-anak kita akan
sampai di puncak kejayaan. Oleh sebab itu, remaja perlulah........
Jika
bermanfaat, kongsikan kepada anak-anak murid.
Terima
kasih.
Cikgu
Tan CL
www.cikgutancl.blogspot.my
2 comments:
Terima kasih cikgu ats perkongsian ilmu. Mohon share ya.
terima kasih sangat berguna❤️❤️
Post a Comment