INFORMASI BAHASA
IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT YANG MEMBAWA PENGERTIAN BILANGAN
IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT YANG MEMBAWA PENGERTIAN BILANGAN
Satu, dua, tiga, ...... biasanya kita menulis begitu dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, eka-, dwi-, tri-, panca- merupakan bentuk imbuhan pinjaman yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan.
tri – bermaksud tiga
panca – bermaksud lima
panca – bermaksud lima
tri + atlon = riatlon (pertandingan olahraga yang menghendaki setiap peserta menyertai tiga acara yg berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh.)
tri + atom = triatom (molekul yang terdiri daripada tiga atom.)
tri + bahasa = tribahasa (terdiri daripada, mengandungi, menggunakan tiga bahasa)
tri + brata = tribrata(tiga dasar kewajiban polis. )
tri + bulan = tribulan (tiga bulan (suku tahun)) triwulan.
tri + ca = trica (beca)
tri + tong = triftong (gabungan tiga bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah)
tri + tong = triftong (gabungan tiga bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah)
tri + gon = trigon (kedudukan atau keadaan dua planet yang berjarak 120° di antara kedua-duanya. )
tri + gonometri = trigonometri (ilmu mengenai sudut dan sempadan segi tiga).
tri + hujung = trihujung (tombak atau serampang yang hujungnya bercabang tiga, trisula. )
tri + kaki = trikaki (penopang kamera yg berkaki tiga)
tri + kotomi = trikotomi (pembahagian kepada tiga kategori)
tri + lion = trilion (nombor atau bilangan yg diikuti oleh 18 angka sifar dalam penggunaannya di Britain, Perancis dan Jerman dan diikuti oleh 12 angka sifar dlm penggunaannya di Amerika Syarikat dan Kanada.)
tri + lipat = trilipat (rangkap tiga)
tri + logi = trilogi (siri karya sastera yang terdiri daripada tiga buah novel dan lain-lain yang saling berhubungan dan mengembangkan satu tema.)
tri + maran = trimaran (kapal layar laju yang bentuknya seperti katamaran, tetapi mempunyai tiga badan kapal yang bersambung selari antara satu sama lain.)
tri + matra = trimatra (berukuran tiga, tiga dimensi. )
tri + matra = trimatra (berukuran tiga, tiga dimensi. )
tri + murti = trimurti (keesaan dari tiga wujud, orang, dan lain-lain), tritunggal
tri + niti = triniti (keesaan dari tiga wujud Tuhan (Bapa, Anak dan Roh Kudus) menurut kepercayaan Roman Katolik, tritunggal, trimurti.
tri + nomial = trinomial (ungkapan yg terdiri daripada tiga angka atau nilaian. )
tri + o = trio (1. gubahan lagu atau irama untuk tiga suara atau tiga alat muzik; 2. kumpulan daripada tiga orang penyanyi atau pemain muzik; 3. kumpulan daripada tiga orang atau benda. )
tri + pleks (helaian yang terdiri drpd tiga lapis)
tri + plet = triplet (kumpulan tiga not yg mempunyai nilai masa yg sama.)
tri + pod = tripod (alat yang berkaki tiga untuk menopang kamera, teleskop dan sebagainya, kaki tiga.)
tri = prasetia = triprasetia (sumpah taat setia atau ikrar yg terdiri daripada tiga perkara. _
tri + rangkai = trirangkai (sajak yg terdiri drpd tiga baris).
tri + sula = trisula (sejenis tombak atau serampang yang hujungnya bercabang tiga (untuk menangkap ikan dan lain-lain)
tri + tunggal = tritunggal (keesaan drpd tiga (wujud, orang, dan lain-lain), trimurti. )
tri + wangsa = triwangsa (tiga kasta (iaitu Brahman, Kesatria, Waisya).
tri + windu = triwindu (tiga windu (24 tahun). )
tri + wulan = triwulan (tiga bulan, satu suku tahun )
tri + wulanan = triwulanan (tiap-tiap tiga bulan), tribulan.
panca + bicara = pancabicara (1. sejenis perhiasan bercabang lima yang dipakai pada destar raja (pengantin) pada waktu pertabalan (perkahwinan); 2. campuran lima jenis bunga (bau-bauan dan lain-lain)
panca + buta = pancabuta (unsur-unsur yang lima (bumi, air, api, udara, dan eter).
panca + darma = pancadarma (tugas atau kewajiban yg lima jenis.)
panca + indera = pancaindera (deria atau alat perasa yang lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh)
panca + logam = pancalogam (1. campuran lima atau berbagai-bagai logam (batu).
panca + lumba = pancalumba (pertandingan sukan yang menghendaki tiap-tiap peserta memasuki lima acara (seperti lari, lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, dan lempar lembing).
panca = negara = pancanegara (lima negara.)
panca + pada = pancapada (baris puisi (sajak) yang terdiri daripada lima pola irama atau matra. )
panca + persada = pancapersada (1. tempat tinggi yg bertingkat-tingkat, tempat bersemayam raja waktu pertabalan (tempat orang besar-besar dan lain-lain) 2. tempat mandi yang bertingkat-tingkat; 3. rumah yg bertingkat tempat berehat-rehat.)
panca + sila = pancasila (lima dasar falsafah kenegaraan Republik Indonesia (ketuhanan yang Maha Esa, kebangsaan, perikemanusiaan, kedaulatan rakyat, dan keadilan sosial).
panca + warna = pancawarna (1. lima warna; 2. bermacam-macam warna, berwarna-warna.)
panca + warsa = pancawarsa (perayaan, peringatan setiap lima tahun.)
Sekian untuk entri eka, dwi, tri, dan panca. Kenapakah tidak wujudnya imbuhan bilangan empat (4) dalam bahasa asing (Sanskrit)? Adakah hal ini berkaitan dengan astrologi, astronomi, feng syui? Saya mohon pandangan yang lebih budiman dalam hal ini.
No comments:
Post a Comment