INFORMASI BAHASA
07.07.2015
Kelemahan dalam ayat cakap pindah yang membawa maksud pertanyaan.
Latihan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah merupakan antara soalan tatabahasa yang akan disoal dalam peringkat UPSR, PT3, dan SPM. Oleh sebab itu, penguasaan ayat pindah yang baik sangat penting untuk mencapai markah tatabahasa yang tinggi. Yang berikut ialah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa:
1. Penggunaan kata tanya “siapa”.
“Siapakah nama pegawai itu?” tanya Roose kepada Atikah. (cakap ajuk)
Roose bertanya kepada Atikah tentang siapa nama pegawai itu. (tidak gramatis)
Roose bertanya kepada Atikah tentang nama pegawai itu. (gramatis)
Dalam ayat di atas, “Siapakah nama” perlu ditukar menjadi “tentang nama” .
2. Penggunaan kata tanya “di mana”.
“Di manakah tempat tinggal awak?” tanya Mega kepada Badrol. (cakap ajuk)
Mega bertanya kepada Badrol di mana tempat tinggalnya. (tidak gramatis)
Mega bertanya kepada Badrol tentang tempat tinggalnya. (gramatis)
Dalam ayat di atas, “di mana tempat” perlu ditukar menjadi “tentang tempat” .
3. Penggunaan kata tanya “bagaimana”.
“Bagaimanakah keadaan ibu awak?” tanya John kepada Jess. (cakap ajuk)
John bertanya kepada Jess bagaimanakah keadaan ibunya. (tidak gramatis)
John bertanya kepada Jess tentang keadaan ibunya. (gramatis)
“Bagaimanakah cara membuat kek ini?” tanya Akash kepada Jeevaloshini. (cakap ajuk)
Akash bertanya kepada Jeevaloshini tentang bagaimana cara membuat kek itu. (tidak gramatis)
Akash bertanya kepada Jeevaloshini tentang cara membuat kek itu. (gramatis)
Dalam ayat di atas, “bagaimanakah keadaan” dan “bagaimanakah cara” perlu ditukar menjadi “tentang keadaan” dan “tentang cara”.
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment