Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

18 March 2010

Pascapengumuman Keputusan Peperiksaan SPM

Sudah Seminggu berlalu, keputusan SPM diumumkan. Pelbagai reaksi daripada bekas calon SPM dapat saya lihat. Walau bagaimanapun, segala-galanya sudah berlaku. Secara tuntas, keputusan pelajar merupakan bayaran usaha yang telah dilaburkan oleh mereka sepanjang tingkatan 4 dan 5. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan SPM khasnya A+, A, dan A- dalam subjek Bahasa Malaysia 1103.
Ilustrasi Gred Baharu
Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang berkeputusan A+, A, dan A-, Tahniah dan syabas atas kejayaan anda. Saya amat berbangga akan usaha yang telah anda curahkan demi menggapai keputusan yang cemerlang. Sesungguhnya, anda telah membuktikan kepada orang lain bahawa anda dapat menguasai subjek Bahasa Malaysia dengan baik dan cemerlang. Saya juga amat berbangga kerana banyak pelajar saya yang memperoleh keputusan yang cemerlang.
Bagi pelajar yang mendapat kredit dalam subjek Bahasa Malaysia pula, anda haruslah bersyukur kerana tidak perlu mengambil kertas ulangan Bahasa Malaysia untuk memperbaik keputusan sekali gus dapat memasuki IPTS dengan mudah. Lagipun, keputusan kepujian ini menunjukkan penguasaan bahasa anda masih baik dan anda dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Kepada calon SPM 2010, kuatkan iltizam dan kesungguhan. Semoga anda mendapat keputusan yang lebih membanggakan. Ingatlah bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

1 comment:

Anonymous said...

cikgu, terima kasih, say dapat A dlm BM, saya tak ada pergi tuition, BM saya teruk sangat sebelum ini,selalu dapat fail, saya hari hari datang sini tengok cikgu punya post, jadi saya dpt A, terima kasih cikgu^^