INFORMASI BAHASA
PEMBENTUKAN KATA BERIMBUHAN AWALAN SANSKRIT “TATA”
Daripada nota dalam Tatabahasa Dewan, kita dapat membaca nota bahawa bentuk awalan tata- digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama yang membawa maksud suatu susunan atau peraturan. Sebaliknya, dalam Kamus Dewan pula, imbuhan tata- didefinisikan sebagai awalan asing yang membawa maksud peraturan, acara, kaedah, susunan, dan sistem.
Contohnya:
tata + acara = tataacara
tata + adab = tataadab
tata + ayat = tataayat
tata + bahasa = tatabahasa
tata + buku = tatabuku
tata + cahaya = tatacahaya
tata + cara = tatacara
tata + etika = tataetika
tata + fonem = tatafonem
tata + hukum = tatahukum
tata + kalimat = tatakalimat
tata + kata = tatakata
tata + kerja = tatakerja
tata + krama =tatakrama
tata + laku = tatalaku
tata + nama = tatanama
tata + negara = tatanegara
tata + niaga = tataniaga
tata + praja = tatapraja
tata + rajah = tatarajah
tata + rakyat = tatarakyat
tata + rias = tatarias
tata + suria = tatasuria
tata + susila = tatasusila
tata + tertib = tatatertib
tata + tingkat = tatatingkat
tata + urusan = tataurusan
tata + usaha = tatausaha
Jika kita rajin merujuk kamus, banyak istilah baharu dapat kita temukan daripada imbuhan pinjaman tata- sebagaimana yang telah saya senaraikan di atas. Walau bagaimanapun, istilah yang dibiarkan tercatat dalam kamus tetapi tidak digunakan pula akan membawa kepada tanda-tanda kepupusan sesuatu kata atau istilah. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menggunakan istilah yang menerima entri dalam Kamus Dewan dalam bentuk lisan dan tulisan. Dengan berbuat begitu, perkembangan bahasa akan terus berlaku dan kualiti bahasa kita akan terus meningkat.
Anak Cina bertimbang madat,
Dari Batak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
26 February 2016
INFORMASI BAHASA - PEMBENTUKAN KATA BERIMBUHAN AWALAN SANSKRIT “MAHA”
INFORMASI BAHASA
PEMBENTUKAN KATA BERIMBUHAN AWALAN SANSKRIT “MAHA”
PEMBENTUKAN KATA BERIMBUHAN AWALAN SANSKRIT “MAHA”
Bahasa Melayu mempunyai sistem imbuhan yang lengkap untuk menampung keperluan dalam bidang kebahasaan selama ini. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya bidang ilmu dan ikhtisas yang baharu, sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman untuk keperluan peristilahan. Imbuhan maha- telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar bahasa Melayu sehinggapenggunaannya amat produktif. Imbuhan maha- berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama dan membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi, dan teragung. contohnya:
maha + raja = maharaja
maha + rani = maharani
maha + karya = mahakarya
maha + guru = mahaguru
maha + siswa = mahasiswa
maha + siswi = mahasiswi
maha + meru = mahameru
maha + dewa = mahadewa
maha + dewi = mahadewi
maha + duta = mahaduta
maha + hakim = mahahakim
maha + jana = mahajana
maha + putera = mahaputera
maha+resi = maharesi
maha+rana = maharana
maha+rupa=maharupa
maha+si + tua = mahasitua
maha + rani = maharani
maha + karya = mahakarya
maha + guru = mahaguru
maha + siswa = mahasiswa
maha + siswi = mahasiswi
maha + meru = mahameru
maha + dewa = mahadewa
maha + dewi = mahadewi
maha + duta = mahaduta
maha + hakim = mahahakim
maha + jana = mahajana
maha + putera = mahaputera
maha+resi = maharesi
maha+rana = maharana
maha+rupa=maharupa
maha+si + tua = mahasitua
Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan. Perkataan “maha” dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh dan bermandiri.
maha + mulia = maha mulia
maha + besar = maha besar
maha + agung = maha agung
maha + kuasa = maha kuasa
maha + besar = maha besar
maha + agung = maha agung
maha + kuasa = maha kuasa
Penggunaan bahasa Melayu berimbuhan pinjaman dalam ayat,wacana, dan penulisan membuktikan ketinggian tahap kefahaman kita terhadap sistem imbuhan dan peristilahan bahasa Melayu. Gunakanlah istilah daripada imbuhan pinjaman yang dieja dengan betul agar bahasa kebangsaan kita terus produktif. Produktiviti dan kemajuan bahasa bergantung pada penggunanya yang terus menghargai bahasa sebagai produk yang mampu membentuk persefahaman sesama penggunanya. Ingatlah bahawa hilang bahasa lenyaplah bangsa!
23 February 2016
INFORMASI BAHASA - IMBUHAN MENGE- DAN KEKECUALIANNYA
INFORMASI BAHASA
IMBUHAN MENGE- DAN KEKECUALIANNYA
IMBUHAN MENGE- DAN KEKECUALIANNYA
Soalan berbentuk imbuhan sering kali menjadi pilihan utama penggubal soalan untuk menguji calon peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian kerana imbuhan ialah bidang morfologi yang menjadi tema utama dalam ujian waima peperiksaan. Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman. Contohnya:
bom – mengebom
cat – mengecat
cas – mengecas
caj – mengecaj
cam – mengecam
sah – mengesahkan
pos – mengepos
tin – mengetin
lap – mengelap
kod – mengekodkan
had – mengehadkan
khas – mengekhaskan
cat – mengecat
cas – mengecas
caj – mengecaj
cam – mengecam
sah – mengesahkan
pos – mengepos
tin – mengetin
lap – mengelap
kod – mengekodkan
had – mengehadkan
khas – mengekhaskan
Kekecualian timbul pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan, iaitu awalan meng- tidak berubah menjadi menge-. Contohnya:
stor – menstor
brek – membrek
klip – mengklip
klik – mengklik
klon – mengklon
Ada lagi? Mohon cadangkan kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan agar dapat kita memperkaya perbendaharaan kata yang dikecualikan daripada imbuhan awalan menge-. Daripada usaha kolektif ini, kita dapat membantu diri sendiri dan anak murid serta pengguna bahasa untuk mempertingkatkan kosa kata dan kefahaman kita terhadap penggunaan imbuhan menge-.
Berbanjar cemara di tanah rata,
jadi teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.
jadi teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.
22 February 2016
INFORMASI BAHASA - FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK
frasa kerja dengan dua objek
Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek
kepada kata kerja tersebut. Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbeza dan
disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang
menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya sementara objek sipi
ialah objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.
Contohnya,
1. Ridzuan
menghadiahkan sebuah buku kepada Azizah.
2. Lelaki
itu membeli baju untuk anaknya.
Ayat-ayat di
atas boleh diubah menjadi ayat berikut:
1(a).
Ridzuan menghadiahi Azizah sebuah buku.
2(a). Lelaki
itu membelikan anaknya baju.
Apabila
dipasifkan, hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengalami
penjudulan, iaitu menjadi subjek atau unsur yang diterangkan. Contohnya,
1(c) Azizah
dihadiahi sebuah buku oleh Ridzuan.
2(c) Anaknya
dibelikan baju oleh wanita itu.
Sebaliknya,
ayat-ayat pasif berikut yang menjudulkan objek sipi tidak dianggap gramatis.
1(d) *Sebuah
buku dihadiahi oleh Ridzuan.
2(d) *Baju
dibelikan anaknya oleh Lelaki itu.
Pembetulannya
ialah:
1(e) Sebuah
buku dihadiahkan oleh Ridzuan kepada Azizah.
1(e) Baju
dibeli oleh lelaki itu kepada anaknya.
Yang berikut
ialah contoh-contoh ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua objek.
3. Dia
mencarikan isterinya sehelai selendang.
4. Dia
mencari sehelai selendang untuk isterinya.
5. Tuhan
mengurniai kita rahmat.
6. Tuhan
mengurniakan rahmat kepada kita.
7. Baginda
menganugerahi negarawan itu bintang kehormatan.
8. Baginda
menganugerahkan bintang kehormatan kepada negarawan itu.
9. Ibu
memasakkan tetamu makanan.
10. Ibu memasak makanan untuk tetamu.
11. Anak Ali menghidangi kami sedulang kuih.
12. Anak Ali menghidangkan sedulang kuih kepada kami.
Ayat
4,6,8,10, dan 12 hanya mengandungi satu objek. Hal ini dikatakan demikian
kerana ayat-ayat tersebut diubah susunannya, iaitu objek tepat asal diletakkan
di bahagian belakang ayat dengan didahului oleh kata sendi nama “untuk” atau
“kepada” dan menjadikannya frasa sendi nama.
Ada juga
frasa kerja yang seolah-olah mengandungi dua objek seperti yang berikut:
13. Sultan
Mahmud menamai tempat itu Melaka.
14. Emak
menjadikan budak itu anak angkatnya.
15. Anak
kecil itu menyangka orang itu bapanya.
16.
Hasbullah menganggap saya lawannya.
17. Dima
menamai kucing itu Si Tompok.
Sebenarnya,
ayat-ayat di atas mengandungi satu objek sahaja, iaitu frasa nama yang
mengikuti kata kerja secara langsung manakala “Melaka”, “anak angkatnya”,
“bapanya”, “lawannya”, dan “Si Tompok” hanya berfungsi sebagai penerang kepada
objek yang tidak boleh dijadikan objek tepat kerana ayat-ayat berikut jelas
menampakkan kesilapannya:
14. (a) *Emak menjadikan anak angkatnya bagi budak itu.
15. (a) *Anak kecil itu menyangka bapanya untuk orang
itu.
16. (a) *Hasbullah menganggap lawannya kepada saya.
17. (a) *Dima menamakan Si Tompok untuk kucing itu.
Untuk
menjelaskan dan membaiki kesalahan bahasa dalam ayat-ayat di atas, perkataan
“sebagai” boleh diletakkan di hadapan unsur-unsur penerang itu, contohnya:
13. (b)
Sultan Mahmud menamakan tempat itu sebagai Melaka.
14. (b) Emak
menjadikan budak itu sebagai anak angkatnya.
15. (b) Anak
kecil itu menyangka orang itu sebagai bapanya.
16. (b)
Hasbullah menganggap saya sebagai lawannya.
17. (b) Dima
menamakan kucing itu sebagai Si Tompok.
Sebagai latih tubi, guru-guru bolehlah menjadikan
ayat-ayat di bawah ini sebagai latihan kepada anak murid. Selain mempelajari
ilmu transformasi ayat aktif kepada ayat pasif, anak-anak murid kita juga dapat
mempelajari kepentingan objek tepat yang berkaitan dengan kata kerja dan objek
sipi yang diterangkan oleh kata kerja. Penguasaan ilmu frasa kerja dengan dua
objek ini penting demi persediaan menghadapi soalan tatabahasa dalam
peperiksaan.
18. (a) Ibu memberi Ali nasihat
18. (b) Ibu memberikan nasihat kepada Ali.
19. (a) Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati.
19. (b) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat
itu.
20. (a) Polis menemui Md Ali di tepi jalan.
20. (b) Polis menemukan dompet di tepi jalan.
21. (a) Ibu mengirimi Ikram sepucuk surat.
21. (b) Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada Ikram.
22. (a) Raja itu mengutusi menteri sepucuk surat.
22. (b) Raja itu mengutuskan sepucuk surat kepada
menteri.
23. (a) Guru memberitahu Ali hal itu.
23. (b) Guru memberitahukan hal itu kepada Ali.
24. (a) Cikgu Mei Lan mengajar murid-muridnya tatabahasa.
24. (b) Cikgu Mei Lan mengajarkan tatabahasa kepada
murid-muridnya.
17 February 2016
INFORMASI BAHASA - FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK
INFORMASI BAHASA
FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek dibahagikan kepada dua jenis:
(i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek
(ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek
(a) Saya menjawab panggilan itu.
(b) Mesin itu mencetak nota.
(c) Ali tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
(d) Ketua pasukan menenangkan ahli pasukannya.
(e) Ubat itu dapat merawat sakit tulang belakang.
Dalam ayat (a) hingga (e), frasa nama telah menjadi objek dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah perkataan yang membentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan.
Contohnya:
(f) Filem itu sungguh menyeramkan (kami).
(g) Kejadian itu sangat menyedihkan (kita).
(h) Keputusannya amat menggembirakan (saya).
Dalam contoh di atas, ayat yang frasa kerjanya menerima objek yang terdiri daripada orang pertama, secara pilihan boleh digugurkan
(i) Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan anda.
(j) Betulkah pemeriksaan ketat imigresen di negara itu menyulitkan awak?
(k) Tingkah laku pelawak itu sangat menggembirakan kanak-kanak di pesta itu.
(l) Berita baik tentang kejayaan anak-anak di sekolah amat menyenangkan para ibu bapa.
Dalam contoh di atas, ayat yang frasa kerjanya menerima objek yang terdiri daripada orang kedua dan ketiga, tidak boleh digugurkan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguguran ini menyebabkan pengguna bahasa beranggapkan bahawa objek yang digugurkan itu ialah orang pertama.
Saya akan membincangkan “frasa kerja dengan dua objek” bersama anda dalam paparan informasi bahasa yang akan datang.
Untuk melatih anak-anak murid kita, semua ayat aktif di atas (ayat (a) hingga (l) bolehlah dimanfaatkan untuk latihan soalan yang mempunyai arahan tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Selamat mencuba. Berbudilah kepada bahasa dengan percambahan ilmu daripada semantiknya dan nilai estetikanya. Demikianlah juga pengisian pantun indah berikut:
Cahaya redup menyegar padi,
Ayam berkokok mengirai tuah;
Jikalau hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.
Sekian, terima kasih.

16 February 2016
INFORMASI BAHASA - AYAT TANYA TANPA KATA TANYA
INFORMASI BAHASA
AYAT TANYA TANPA KATA TANYA
Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contohnya:
1. Encik Zulkifli pengurus syarikat itu?
2. Puan Mariam guru sekolah?
3. Adik masih menangis?
4. Dia terperanjat?
5. Emak membasuh kain?
Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Dalam bahasa Melayu, lisan, partikel -kah biasanya diletakkan pada hujung ayat seperti yang berikut:
6(a) Dia ke sekolah?
6(b) Dia ke sekolahkah?
7(a) Mereka berlepas pagi tadi?
7(b) Mereka berlepas pagi tadikah?
8(a) Ayah hendak membaca akhbar sekarang juga?
8(b) Ayah hendak membaca akhbar sekarang jugakah?
9(a) Istana itu cantik?
9(b) Istana itu cantikkah?
10(a) Minggu lalu kamu ke Melaka?
10(b) Minggu lalu kamu ke Melakakah?
Ayat (b) dalam kelima-lima contoh (ayat 6-10) di atas mengandungi unsur yang dijadikan fokus yang ditandai oleh partikel -kah. Kelihatan bahawa tidak berlaku apa-apa perubahan pada struktur ayat apabila -kah dimasukkan.
Dalam bahasa lisan, unsur fokus dalam sesuatu ayat mengalami proses penjudulan, iaitu pendepanan konstituen-konstituen yang menjadi fokus itu. Struktur ayat berubah, iaitu mempunyai susunan yang berikut:
konstituen yang dijadikan fokus diikuti oleh –kah + subjek + unsur predikat lain (jika ada)
Ayat “Dia ke sekolahkah?”, misalnya berubah menjadi “Ke sekolahkah dia?” Frasa “ke sekolahkah” merupakan konstituen yang dikedepankan, iaitu mendahului konstituen subjek “dia”. Unsur preditkat yang lain wujud dalam ayat ini.
Pendepanan ayat 7-10 disertai partikel -kah menghasilkan ayat-ayat berikut:
7(c) Pagi tadikah mereka berlepas?
8(c) Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar?
9(c) Cantikkah istana raja itu?
10(c) Ke Melakakah kamu minggu lalu?
Ayat-ayat di atas telah mengalami proses pendepanan konstituen predikat atau bahagian-bahagiannya. Subjek tidak boleh sama sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel -kah. Walau bagaimanapun, ada beberapa ayat yang subjeknya kelihatan mengalami pendepanan dengan partikeh -kah seperti contoh yang berikut:
11. Encik Alikah guru itu?
12. Orang muda itukah pengurusnya?
13. Mariamkah ibunya?
Sebenarnya, kesemua ayat di atas merupakan ayat songsang, hasil daripada proses pendepanan predikat.
Mohon rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 442. Terima kasih.

22 January 2016
INFORMASI BAHASA - HUKUM D-M
INFORMASI BAHASA
HUKUM D-M
HUKUM D-M
Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Dalam penggunaan harian, terdapat penerang yang mendahului unsur yang diterangkan. Hal ini boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan dan diterima sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu.
2. orang muda =orang yang masih muda
3. guru sains =guru yang mengajarkan subjek Sains
4. serbuk cili =serbuk yang dibuat daripada cili
5. sos tomato = sos yang dibuat daripada tomato
6. Restoran Zaleha = restoran kepunyaan Zaleha
7. Kedai Buku Hamid =kedai buku kepunyaan Hamid
8. keledek goreng =keledek yang telah digoreng
9. kacang rebus =kacang yang sudah direbus
10. rendang daging =rendang yang dibuat daripada daging.
11. susu lembu =susu yang diambil daripada lembu
12. lembu susu = lembu yang mengeluarkan susu
Kebanyakan kekeliruan yang timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur Bahasa Melayu. Misalnya dalam bahasa Inggeris “Restoran Yusof” disebut sebagai “Yusof Restaurant”.
Hakikatnya dalam bahasa Melayu kita memperkatakan “Restoran” yang dimiliki oleh Yusof, maka seharusnya kita meletakkan unsur “Restoran” pada kedudukan pertama sebagai aspek yang “Diterangkan” barulah diikuti oleh “Yusof” sebagai unsur yang “Menerangkan” iaitu yang memiliki restoran berkenaan. Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai “Restoran Yusof”. Dari sudat makna, jika disebut “Yusof Restoran”, maka sebenarnya kita merujuk kepada “Yusof” sebagai “restoran”. Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya sebuah restoran?
Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Misalnya frasa nama “susu lembu” merujuk maksud “susu yang diambil daripada lembu”. Manakala “lembu susu” merujuk maksud “lembu yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya”. Oleh hal yang demikian, dari segi ayat haruslah disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan.
Contohnya;1. Meganathan minum susu lembu pada setiap pagi.
2. Abang Meganathan memelihara beberapa ekor lembu susu.
Jika dilihat dari sudut makna, ayat 1 merujuk kepada susu manakala ayat 2 merujuk kepada lembu yang dipelihara bagi mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada “lembu susu” maka dari segi maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin “Meganathan minum lembu” sedangkan hakikatnya “Meganathan minum susu”.
Sementara itu, ayat 2 pula jika diubah kepada “susu lembu” juga menimbulkan kekacauan maksud ayat kerana tidak mungkin ‘Abang Meganathan memelihara susu”, sedangkan maksud yang tepat ialah “Abang Meganathan memelihara lembu”.
Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat beberapa kekeliruan kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai dalam pertuturan harian sebagai frasa yang betul. Hal ini berpunca daripada pemahaman masyarakat terhadap frasa berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa perkara ini menyalahi hukum pembentukan frasa nama.
Antara frasa nama yang kerap menimbulkan kekeliruan adalah seperti yang berikut:
1.
lain-lain hal (salah)
hal-hal lain (betul)
lain-lain hal (salah)
hal-hal lain (betul)
2.
lain-lain perkara (salah)
perkara-perkara lain (betul)
lain-lain perkara (salah)
perkara-perkara lain (betul)
3.
lain-lain masalah (salah)
masalah-masalah lain (betul)
lain-lain masalah (salah)
masalah-masalah lain (betul)
4.
lain-lain kata (salah)
kata-kata lain (betul)
lain-lain kata (salah)
kata-kata lain (betul)
5.
warung goreng pisang (salah)
warung pisang goreng (betul)
warung goreng pisang (salah)
warung pisang goreng (betul)
6.
Salleh Kedai Runcit (salah)
Kedai Runcit Salleh (betul)
Salleh Kedai Runcit (salah)
Kedai Runcit Salleh (betul)
7.
tomato sos (salah)
sos tomato (betul)
tomato sos (salah)
sos tomato (betul)
8.
pencuci serbuk (salah)
serbuk pencuci (betul)
pencuci serbuk (salah)
serbuk pencuci (betul)
9.
Wong Klinik Gigi (salah)
Klinik Gigi Wong (betul)
Wong Klinik Gigi (salah)
Klinik Gigi Wong (betul)
10.
petroleum gas (salah)
gas petroleum (betul)
petroleum gas (salah)
gas petroleum (betul)
Semua bentuk di atas bertentangan dengan pembentukan hukum D-M dari segi maksud frasa berkenaan kerana unsur utama (“Diterangkan”) terletak di belakang unsur yang “Menerangkan”. Hal ini dikatakan demikian kerana semua bentuk di atas merupakan terjemahan terus mengikut struktur bahasa Inggeris. Akhir kata, betulkan yang salah, biasakan yang betul, pastikan yang betul, kekalkan yang betul, dan amalkan yang betul.
19 January 2016
INFORMASI BAHASA - BINAAN FRASA NAMA: INTI + INTI
INFORMASI BAHASA
BINAAN FRASA NAMA: INTI + INTI
binaan frasa nama
inti + inti tidak mempunyai unsur penerang. Hal ini dikatakan demikian kerana
makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh
sebab itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang.
Ada dua golongan frasa nama daripada jenis inti + inti, iaitu berdasarkan
makna yang didukung oleh perkataan-perkataan:
1. Inti + inti dengan maksud sama erti
2. Inti + inti dengan maksud lawan erti
1. Inti + inti dengan maksud sama erti
Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama
demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan.
Contohnya:
(a) tubuh badan
(b) rakan taulan
(c) wang ringgit
(d) ribut taufan
(e) hutan rimba
(f) pinggan mangkuk
(g) sawah ladang
(h) hamba abdi
(i) kampung halaman
(j) rumah kediaman
(k) hujan gerimis
2. Inti + inti dengan maksud lawan erti
Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama
jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contohnya:
(a) kerusi meja
(b) lelaki perempuan
(c) jantan betina
(d) abang adik
(e) ibu bapa
(f) datuk nenek
(g) teruna dara
(h) saudara saudari
(i) tuan puan
(j) turun naik
(k) suka duka
Demikianlah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama. Walau
bagaimanapun, kita harus berhati-hati dalam pembinaan inti + inti kerana
bimbang akan unsur kelewahan berlaku sehingga menjejaskan konstituen frasa nama
yang dibina.
Sebagai latihan, kita bolehlah menyenaraikan frasa inti + inti yang sama
maksud dan berlawanan maksud seperti yang berikut:
(Inti + inti dengan sama maksud sama erti)
1. fakir miskin
2. ampun maaf
3. hamba sahaya
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
(Inti + inti dengan maksud lawan erti)
1. hujung pangkal
2. suami isteri
3. tua muda
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
6.
7.
8.
9.
10.
Kalimat bertanda intonasi bergaya,
Unsur bergabung tutur bersambung,
Kemasnya ejaan bernasnya bacaan,
Kalimat bersusun ayat bersantun,
Kalimat bersendi ayat berpaksi.
Selamat mencuba!
13 January 2016
INFORMASI BAHASA - “JURU” YANG TIDAK POPULAR
INFORMASI BAHASA
“JURU” YANG TIDAK POPULAR
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “juru” membawa maksud orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara (biasanya dipakai dalam kata majmuk dan dieja bersambung atau bercantum sebagai satu perkataan. Antaranya, jurulatih, jurutera, juruteknik, jururawat, dan juruselam yang popular. Banyak lagi kepakaran popular yang tidak kita ketahui waima jarang kita temukan dalam bahan ilmiah dan majalah. Perhatikan contoh yang berikutnya:
1.
jurubatu – anak buah perahu yang tugasnya mengukur dalamnya laut.
2.
jurucerakin – ahli kimia yang kerjanya membuat penyelidikan di makmal dan biasanya mencerakinkan bahan kimia.
3.
jurudalam – tukang perhiasan di rumah orang besar-besar.
4.
jurugas – orang yang tugasnya memeriksa meter gas, menyelenggarakan radas gas domestik dan sebagainya.
5.
jurugegas – orang yang mahir memasang atau melaraskan bahagian-bahagian mesin dan sebagainya.
6.
jurukaki – pesuruh, bentara (pesuruh raja yang menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan)
7.
jurukater – jurusaji / katerer (orang yang menyediakan dan menyajikan makanan untuk sesuatu majlis)
8.
jurukelat – anak perahu yang kerjanya memagang tali kelat (untuk menarik kapal layar)
9.
juruketik – jurutaip (orang yang kerjanya menaip dokumen)
10.
jurulelang – orang yang mengurus lelong (jurulelong)
11.
jurulito – orang yang mencetak buku dengan cap batu.
Banyak lagi pekerjaan mulia yang tidak lazim kita ketahui. Ketahuilah, fahamilah, dan cernakanlah minda kita dengan kosa kata yang lebih luas. Dengan peluasan kosa kata, perbendaharaan kata dalam kamus kehidupan ini menjadi lebih bermakna.
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa!

8 January 2016
INFORMASI BAHASA - ASPEK MAKNA PENGGANDAAN KATA NAMA
INFORMASI BAHASA
ASPEK MAKNA PENGGANDAAN KATA NAMA
Kata nama yang digandakan memiliki sekurang-kurangnya lima aspek.
Penguasaan kelima-lima aspek ini membolehkan kita memahami makna yang dibawa
oleh kata ganda yang berakarumbikan kata nama. Perhatikan aspek-aspeknya
seperti yang berikut:
1.
Gandaan sebagai penanda jamak, iaitu menandakan jumlah yang banyak.
Contohnya:
meja – meja-meja
ketua – ketua-ketua
jabatan – jabatan-jabatan
gunung – gunung-ganang
saudara – saudara-mara
2.
Gandaan sebagai penanda beberapa nama haiwan. Contohnya:
biri-biri
rama-rama
kupu-kupu
kunang-kunang
kura-kura atau kekura
labi-labi atau lelabi
3. Gandaan sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan.
gula – gula-gula
anak – anak-anak
orang – orang-orang
langit – langit-langit atau lelangit
siku – siku-siku atau sesiku
kuda – kuda-kuda atau kekuda
4.
Gandaan sebagai penanda kepelbagaian jenis. Contohnya:
sayur – sayur-mayur
kuih – kuih-muih
lauk – lauk-pauk
kayu – kayu-kayan
rempah – rempah-ratus
5.
Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya:
apa – apa-apa
siapa – siapa-siapa atau sesiapa
mana – mana-mana
bila – bila-bila
suatu – sesuatu
Kesilapan umum yang dilakukan oleh pengguna bahasa ialah mereka mencipta
kata ganda sendiri dan merancukan bahasa kebangsaan kita. Kesilapan ini sering
kali kita baca dalam buku cerita, buku rujukan subjek-subjek lain waima majalah.
Hal ini amat mengecewakan pengkaji bahasa waima pencinta bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak semua
perkataan boleh digandakan bagi menyatakan maksud banyak atau lebih daripada
satu. Bagi perkataan-perkataan (kata nama) yang sudah menunjukkan jumlah yang
banyak atau tidak dapat dikira jumlahnya, maka perkataan itu tidak wajar
menerima bentuk gandaan. Lihatlah contoh kesalahan kata nama yang digandakan
seperti yang berikut:
1.
Pihak urus setia menyediakan air-air
minuman untuk tetamu yang hadir. (salah)
Pihak urus setia menyediakan air
minuman untuk tetamu yang hadir. (betul)
2.
Penculik itu mengira wang-wang tebusan
yang diperoleh daripada bapa mangsa. (salah)
Penculik itu mengira wang tebusan yang
diperoleh daripada bapa mangsa. (betul)
3.
Ibu memasukkan serbuk-serbuk kari ke
dalam kuali. (salah)
Ibu memasukkan serbuk kari ke dalam
kuali. (betul)
4.
Kanak-kanak di pedalaman itu melalui
lumpur-lumpur katam ke sekolah. (salah)
Kanak-kanak di pedalaman itu melalui
lumpur katam untuk ke sekolah. (betul)
*lumpur katam = lumpur yang terdapat di
pantai
5.
Ahli bomba memadamkan api-api
kebakaran. (salah)
Ahli bomba memadamkan api kebakaran.
(betul)
6.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)
menembak gas-gas pemedih mata ke arah perusuh. (salah)
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)
menembak gas pemedih mata ke arah perusuh. (betul)
7.
Dalam hujan-hujan, adik masih
berbasikal ke sekolah. (salah)
Dalam hujan, adik masih berbasikal ke
sekolah. (betul)
*hujan-hujan – nama sejenis pokok
8.
Pesawah itu memotong padi-padi pada
musim menuai. (salah)
Pesawah itu memotong padi pada musim
menuai. (betul)
9.
Ibu memasukkan beras-beras ke dalam periuk nasi elektronik. (salah)
Ibu memasukkan beras-beras ke dalam periuk nasi elektronik. (salah)
Ibu memasukkan beras ke dalam periuk nasi
elektronik. (betul)
10.
Ayah sedang memerhatikan cahaya
matahari menembusi awan-awan biru. (salah)
Ayah sedang memerhatikan cahaya
matahari menembusi awan biru. (betul)
7 January 2016
INFORMASI BAHASA - KATA NAMA TERBITAN
INFORMASI BAHASA
KATA NAMA TERBITAN
KATA NAMA TERBITAN
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Terdapat empat jenis imbuhan kata nama (awalan, akhiran, apitan, dan sisipan) yang boleh berganding dengan lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan seperti yang berikut:
1.
akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan:
tapa – pertapaan
tawa – ketawa
mudi – kemudi
akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan:
tapa – pertapaan
tawa – ketawa
mudi – kemudi
2.
kata tunggal, perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas:
laut – lautan
syor – pengesyoran
ikut – ikutan
hakis – hakisan
pulihara – pemuliharaan
kata tunggal, perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas:
laut – lautan
syor – pengesyoran
ikut – ikutan
hakis – hakisan
pulihara – pemuliharaan
3.
kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan:
berangkat – keberangkatan
berkesan – keberkesanan
sinambung – kesinambungan
kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan:
berangkat – keberangkatan
berkesan – keberkesanan
sinambung – kesinambungan
4.
kata majmuk yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih:
daya serap – daya serapan
ibu bapa – keibubapaan
satu padu – bersatu padu
kata majmuk yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih:
daya serap – daya serapan
ibu bapa – keibubapaan
satu padu – bersatu padu
5.
rangkaian kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan:
tidak adil – ketidakadilan
salah guna – penyalahgunaan
tidak sempurna – ketidaksempurnaan
rangkaian kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan:
tidak adil – ketidakadilan
salah guna – penyalahgunaan
tidak sempurna – ketidaksempurnaan
Berikut ialah kesilapan pengguna bahasa:
1.
ketidak bertanggungjawaban (salah)
ketidakbertanggungjawaban (betul)
ketidak bertanggungjawaban (salah)
ketidakbertanggungjawaban (betul)
2.
ketidak fahaman (salah)
ketidakfahaman (betul)
ketidak fahaman (salah)
ketidakfahaman (betul)
3.
ketidak berpengetahuan (salah)
ketidakberpengetahuan (betul)
ketidak berpengetahuan (salah)
ketidakberpengetahuan (betul)
Betulkan yang salah, biasakan yang betul!
6 January 2016
INFORMASI BAHASA - PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
INFORMASI BAHASA
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Demikianlah indahnya bahasa Melayu yang diwarnai kehadiran imbuhan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
Bentuk pertama, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Walau bagaimanapun, bentuk kedua pula ialah kata majmuk yang menerima imbuhan apitan pula menyebabkan ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:
1.
campur aduk (kata majmuk)
campuradukkan (salah)
mencampur adukkan (salah)
campur adukkan (betul)
bercampur aduk (betul)
mencampuradukkan (betul)
2.
litar selari (kata majmuk)
litarselarikan (salah)
melitar selarikan (salah)
litar selarikan (betul)
berlitar selari (betul)
melitarselarikan (betul)
3.
ambil alih (kata majmuk)
ambilalihkan (salah)
mengambil alihkan (salah)
ambil alihkan (betul)
mengambil alih (betul)
mengambilalihkan (betul)
pengambilalihan (betul)
4.
temu bual (kata majmuk)
temubualkan (salah)
menemu bualkan (salah)
menemu bual (betul)
menemubualkan (betul)
penemubualan (betul)
5.
daya serap (kata majmuk)
dayaserapkan (salah)
berdayaserap (salah)
mendaya serapkan (salah)
berdaya serap (betul)
mendayaserapkan (betul)
pendayaserapan (betul)
6.
garis kasar (kata majmuk)
bergariskasar (salah)
menggariskasar (salah)
menggaris kasar (betul)
menggariskasarkan (betul)
digariskasarkan (betul)
7.
satu padu (kata majmuk)
bersatupadu (salah)
menyatu padukan (salah)
bersatu padu (betul)
menyatupadukan (betul)
disatupadukan (betul)
8.
urus niaga (kata majmuk)
berurusniaga (salah)
mengurus niagakan (salah)
diurus niagakan (salah)
berurus niaga (betul)
mengurusniagakan (betul)
diurusniagakan (betul)
Jika pengguna bahasa dapat menguasai penggunaan kata majmuk dan penjanaan kata majmuk berimbuhan dan menggandakan kata majmuk, saya yakin bahawa pelbagai kata yang menarik akan muncul dalam penulisan. Oleh sebab itu, penguasaan kata majmuk ialah kunci utama untuk menulis perkataan berbahasa Melayu yang betul dan indah. Pengindahan kata dan pemurniannya memerlukan pengetahuan asas imbuhan dan konsep yang utuh.
Oh, indahnya bahasa kebangsaanku!

5 January 2016
INFORMASI BAHASA - PENGGANDAAN KATA MAJMUK
INFORMASI BAHASA
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Dalam peperiksaan waima ujian, kata majmuk sering menjadi topik pilihan
guru. Oleh sebab itu, penguasaan murid dalam topik penggandaan kata majmuk
memainkan peranan penting. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian kata
majmuk yang ditulis dalam karangan juga menjadi bonus kepada murid untuk
mendapat markah yang baik dalam penulisan. Sebenarnya, penggandaan kata majmuk
melibatkan unsur pertama kata sahaja. Banyak kesilapan dilakukan oleh pengguna
bahasa telah dikesan melalui media dan penulisan. Contohnya:
1.
alat tulis-alat tulis (salah)
alat-alat tulis (betul)
2.
gambarajah-gambarajah (salah)
gambar-gambar rajah (betul)
3.
balai raya-balai raya (salah)
balai-balai raya (betul)
4.
suku kata-suku kata (salah)
suku-suku kata(betul)
5.
jirim organik-jirim organik (salah)
jirim-jirim organik (betul)
6.
kapal terbang-kapal terbang (salah)
kapal-kapal terbang (betul)
7.
garis pusat-garis pusat (salah)
garis-garis pusat (betul)
8.
model linear-model linear (salah)
model-model linear (betul)
Dalam penggandaan kata majmuk yang melibatkan kata nama khas, pengekalan
huruf besar harus diambil perhatian. Contohnya:
1.
Menteri-menteri Besar (salah)
Menteri-Menteri Besar (betul)
2.
Naib-naib Canselor (salah)
Naib-Naib Canselor (betul)
3.
Penolong-penolong Pendaftar (salah)
Penolong-Penolong Pendaftar (betul)
4.
Ketua-ketua Menteri (salah)
Ketua-Ketua Menteri (betul)
Menurut Tatabahasa Dewan, satu kekecualian dalam penggandaan ialah
penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Hal ini dikatakan
demikian kerana penggandaan kata majmuk mantap haruslah melibatkan keseluruhan
unsur. Contohnya:
1.
pesuruh-pesuruhjaya (salah)
pesuruhjaya-pesuruhjaya (betul)
2.
warga-warganegara (salah)
warganegara-warganegara (betul)
3.
tanda-tandatangan (salah)
tandatangan-tandatangan (betul)
4.
jawatan-jawatan kuasa (salah)
jawatankuasa-jawatankuasa (betul)
5.
setia-setiausaha (salah)
setiausaha-setiausaha (betul)
Akhir kata, betulkan yang salah, biasakan yang betul!
Subscribe to:
Posts (Atom)