Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

27 August 2015

INFORMASI BAHASA - PERBEZAAN ANTARA “WARA-WARA” DAN “UAR-UAR”

INFORMASI BAHASA
27 OGOS 2015
PERBEZAAN ANTARA “WARA-WARA” DAN “UAR-UAR”

1. Pengetua sekolah saya mewara-warakan kedatangan guru cemerlang itu kepada murid sekolah dalam perhimpunan pagi tadi.

2. Pengetua sekolah saya menguar-uarkan kedatangan guru cemerlang itu kepada murid sekolah dalam perhimpunan pagi tadi.

3. Penjaja buah-buahan di pasar malam itu menguar-uarkan kesegaran buah anggur yang diimport dari luar negara kepada pengunjung yang berlalu-lalang.

4. Penjaja buah-buahan di pasar malam itu mewara-warakan kesegaran buah anggur yang diimport dari luar negara kepada pengunjung yang berlalu-lalang.

Keempat-empat ayat di atas menunjukkan watak dalam ayat membuat pengumuman. Namun begitu, penggunaan antara “wara-wara” dengan “uar-uar” ada perbezaannya jika kita kaji dari segi penyampaian pengumuman tersebut. Oleh hal yang demikian, perhatikan maksud kedua-dua patah perkataan ini yang terdapat dalam Kamus Dewan.

Apabila kita merujuk kepada Kamus Dewan, “wara-wara” membawa maksud pemberitahuan, pengumuman, dan pengisytiharan. Sebaliknya, “uar-uar” pula mendukung makna pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat.

Dalam konteks ini, “wara-wara” lebih sesuai digunakan dalam suasana formal, sopan, dan hebahan umum. Kontradiksinya, “uar-uar” lebih sesuai digunakan dalam suasana di pasar, di jalanan, di tempat yang riuh, dan di tempat yang berlakunya pengumuman tidak formal.

Dengan maksud yang jelas dan penggunaan kata tersebut yang telah saya terangkan di atas, jelaslah kepada kita bahawa ayat 1 dan ayat 3 lebih tepat dari segi penggunaan antara “wara-wara” dengan “uar-uar”. Sementara itu, ejaan “war-war” tidak betul dan “wuar-wuar” juga tidak tepat.

Akhirulkalam, sedarlah bahawa indahnya bahasa kebangsaan kita, bahasa Melayu. Gunakanlah bahasa kebangsaan dengan betul demi memartabatkan bahasa Melayu demi merealisasikan impian kita untuk memasyhurkan dan mengantarabangsakan bahasa kebangsaan kita.

23 August 2015

INFORMASI BAHASA - PERIBAHASA YANG SERING DISALAH TULIS OLEH PENGGUNA BAHASA MELAYU

INFORMASI BAHASA
PERIBAHASA YANG SERING DISALAH TULIS OLEH PENGGUNA BAHASA MELAYU
Soalan peribahasa diuji dalam peringkat UPSR, PT3, SPM, dan STPM waima peperiksan di universiti. Kesilapan menulis peribahasa menyebabkan markah dipotong sekali gus membawa kerugian kepada pengguna bahasa. Berikut ialah senarai peribahasa popular yang sering ditulis tetapi ditulis salah kerana pengaruh bahasa biasa, pengaruh buku rujukan yang tidak tepat, dan pengaruh media massa.
1.
bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat. 
bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat. ✔
2.
sudah terhantuk baru terngadah 
sudah terhantuk baru tengadah ✔
3.
indah khabar dari rupa 
indah khabar daripada rupa ✔
4.
sekali air bak, sekali pantai berubah 
sekali air bah, sekali pantai berubah ✔
5.
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul 
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ✔
6.
betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya 
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ✔
7.
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri kita ✔
Sebenarnya, banyak lagi peribahasa yang kita lupa akan tulisan sebenarnya. Kita perlu rajin membelek Kamus Dewan dan gigih mencari gali ilmu dalamnya.
Akhirulkalam, amalankanlah prinsip betulkan yang salah, biasakan yang betul dalam penulisan peribahasa.

INFORMASI BAHASA - EJAAN KATA GANDA DAN KATA MAJMUK YANG MENGELIRUKAN

INFORMASI BAHASA
EJAAN KATA GANDA DAN KATA MAJMUK YANG MENGELIRUKAN
Ejaan masih menghantui pengguna bahasa termasuk guru dan murid. Kerajinan mencari makna dan ejaan kata tersebut menambah keyakinan akan kesahihan ejaan tersebut. Terdapat dua konsep mengapitan, iaitu pengapitan kata ganda dan pengapitan kata majmuk.
Kata ganda mesti ditulis dengan tanda sempang "-" agar perkataan kedua yang tidak dapat berdiri sendiri dapat menumpang maksud pada morfem pertama. Selain itu, kata ganda yang diimbuhankan dengan apitan Me-N-Kan pula perlu mengekalkan tanda sempang tersebut.
Contoh:
1.
calar balar
û
calar-balar

mencalarbalarkan
û
mencalar-balarkan

2.
huru hara
û
haru biru
û
haru haraû
huru-hara

haru-biru

haru-hara

menghuruharakan
û
menghuru-harakan

mengharubirukan
û
mengharu-birukan

mengharuharakan
û
mengharu-harakan

3.
cirit berit
û
cirit birit
û
cirit-birit

menciritbiritkan
û
mencirit-biritkan

4.
porak peranda
û
porak-peranda

memporakperandakan
û
memporak-perandakan

5.
lalu lalang
û
lalu-lalang

lalu landang
û
lalu-landang

6.
gunung ganang
û
gunung-ganang

menggunungganangkan
û
menggunung-ganangkan

7.
compang camping
û
compang-camping

cobak cabik
û
cobak-cabik

8.
kering kontang
û
kering-kontang

kering kelontang
û
kering-kelontang

kering kerontang
û
kering-kerontang

9.
saudara mara
û
saudara-mara
(kata ganda)
sanak-saudara
û
sanak saudara
(kata majmuk)

10.
saki baki
û
saki-baki
û
menyaki-bakikan
û
mensaki-bakikan
(pengekalan kata akar)
Berikut ialah kata berpasangan atau ada yang melabelkannya sebagai kata majmuk yang dieja berpisah tapi dianggap kata ganda. Dalam hal ini, kesilapan berlaku kerana pengguna bahasa tidak dapat membezakan penulisan kata ganda dengan kata majmuk. Apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan, penjarakan kata tidak harus berlaku, sebaliknya kata itu perlu didekatkan.
11.
caci-maki
û
caci maki
mencaci-maki
û
mencaci maki

caca-marba
û
caca marba
û
cacamarba
(satu patah kata)
campur-aduk
û
campur aduk

12.
sehidup-semati
û
sehidup semati

sehati-sejiwa
û
sehati sejiwa

senarai-hitam
û
senarai hitam

menyenarai-hitamkan
û
menyenaraihitamkan
susuk-tubuhû
susuk tubuh

susuk-badan
û
susuk badan

susuk-sanggul
û
susuk sanggul
susuk-pelipatû
susuk pelipat

susuk-kondai
û
susuk kondai

susuk-jijak
û
susuk jijak

susup sasap
û
susup-sasap

menyusupsasapkan
û
menyusup-sasapkan

13.
bukit-bukau
û
bukit bukau

bukit-bakau
û
bukit bakau

bakau-bakap
û
bakau bakap

bakau-belukap
û
bakau belukap

bakau-gelukap
û
bakau gelukap

14.
tunggang-terbalik
û
tunggang terbalik

tunggang-balik
û
tungggang balik

menunggang-balikkan
û
menunggangbalikkan

menjungkar-balikkan
û
menjungkarbalikkan

15.
asal-usul
û
asal usul

susur galur
û
susur-galur

usul-asal
û
usul asal

16.
kering kontang
û
kering-kontang

kering-kelontang

kering-kerontang

kering-ringkai
û
kering ringkai

kering-kersang
û
kering kersang

17.
sampah-sarap
û
sampah sarap

semak-samun
û
semak samun

18
lemah-lembut
û
lemah lembut

lemah-gemalai
û
lemah gemalai

lemah-longlai
û
lemah longlai

lalu-lintas
û
lalu lintas

lintas-pintas
û
lintas pintas

19.
jerit-pekik
û
jerit pekik

pekik-pekuk
û
pekik pekuk

pekik-jerit
û
pekik jerit
20.
kadang-kala
û
kadang kala
û
kadangkala

dahulu-kala
û
dahulu kala

sekali-sekala
û
sekali sekala

sering-kali
û
seringkali
û
sering kali

barang kali
û
barangkali
Cukuplah setakat ini sebelum otak kita berserabut dan fikiran kita kusut-masai memikirkan keindahan bahasa kebangsaan kita. Yang penting, latih tubi penting untuk meningkatkan kefahaman dan keyakinan kita menulis atau mengeja dengan betul. Akhir kata, betulkan yang salah, biasakan yang betul.


INFORMASI BAHASA - "SENI PERTAHANAN DIRI" ATAU "SENI MEMPERTAHANKAN DIRI"?

INFORMASI BAHASA
"SENI PERTAHANAN DIRI" ATAU "SENI MEMPERTAHANKAN DIRI"?
Nama-nama seni warisan seperti silat, ninjutsu, karate, kung fu, wusyu, taici, silambam, aikido, judo, tekwando, tomoi dan banyak lagi dapat kita temukan dalam media. Namun, frasa yang manakah betul?
Dalam Kamus Dewan, pertahanan didefinisikan sebagai:
1. Hal mempertahankan menjaga supaya selamat dan lain-lain
2. Perihal membela, pembelaan
3. Sesuatu (seperti kubu atau benteng) yang digunakan untuk mempertahankan diri dan lain-lain daripada serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dan lain-lain.
pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh hal yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri. Apakah rasionalnya? Lihat ayat berikutnya:
Hobi saya melukis gambar.
Dalam ayat di atas, "melukis gambar" ialah satu daripada hobi manusia. Oleh sebab itu, frasa "melukis gambar" dalam ayat di atas ialah Frasa Nama, bukannya frasa kerja. Hal ini dikatakan demikian kerana tiada keterangan klausa yang membuktikan bahawa "melukis gambar" ialah frasa kerja padahal frasa itu membawa erti kecenderungan yang dilakukan pada waktu senggang.
Pertandingan Melukis Poter
Dalam tajuk "Pertandingan Melukis Poster" pula, frasa "melukis poster" pula ialah suatu acara atau jenis pertandingan.
Maka, pendapat saya ialah "Pertandingan Melukis Poster" ialah frasa nama.
Jenis frasa bukan ditentukan oleh perkataan "melukis" semata-mata. Jenis frasa harus ditentukan oleh makna dan definisi yang didukung oleh keseluruhan ayat atau tajuk.
Pertandingan melukis gambar (gramatis)
Seni mempertahankan diri (gramatis)
Kedua-dua frasa di atas mendukung inti yang sama, yakni "jenis pertandingan" dan "teknik mempertahankan diri".
Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa teori "nama pertandingan" mestilah difrasanamakan daripada difrasakerjakan. Jika DBP terima "seni mempertahankan diri", DBP harus terima "pertandingan melukis poster" atau "pertandingan menulis cerpen". Antara "pertandingan mencerita" dengan "pertandingan bercerita" pula, frasa yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Hal ini dikatakan demikian kerana "Bercerita" bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala "pertandingan cerita" lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. Antara frasa lain adalah seperti:
(i)
Pertandingan melukis gambar. (gramatis)
Pertandingan lukisan. (gramatis)
Pertandingan lukis. (tidak gramatis)
(ii)
Pertandingan memasak. (gramatis)
Pertandingan masak. (tidak gramatis)
Pertandingan masakan. (gramatis)
(iii)
Pertandingan menyanyikan lagu klasik. (gramatis)
Pertandingan bernyanyi lagu klasik. (tidak gramatis)
(iv)
Pertandingan mengarang. (gramatis)
Pertandingan karangan (gramatis)
Pertandingan penulisan (gramatis)
Pertandingan menulis karangan (gramatis)
Pertandingan tulis karangan (tidak gramatis)
(v)
Pertandingan mendeklamasi sajak. (gramatis)
Sayembara puisi (gramatis)
Sayembara berpuisi (gramatis)
(vi)
Pusat beli-belah. (gramatis)
Pusat membeli-belah (tidak gramatis)

19 August 2015

INFORMASI BAHASA - “saling tak tumpah” atau “salin tak tumpah”.

INFORMASI BAHASA
“saling tak tumpah” atau “salin tak tumpah”.
(1)Wajah Sharifah dan anak gadisnya itu salin tak tumpah kerana wajah mereka serupa benar.
(2)Wajah Sharifah dan anak gadisnya itu saling tak tumpah kerana wajah mereka serupa benar.

Daripada ayat-ayat di atas, kita dapat melihat kesilapan penggunaan kata yang disebabkan oleh nada bacaannya waima intonasi yang salah ketika membaca antara perkataan “salin” dengan “saling”
Mengikut Kamus Dewan, “saling” ialah kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.

“salin” pula membawa maksud tukar, ganti, dan tiru.

Oleh sebab itu, peribahasa yang betul ialah salin tak tumpah. Peribahasa ini mendukung makna dua orang yang serupa benar.
Betulkan yang salah, biasakan yang betul.

5 August 2015

BUKU TIP TARGET SKOR A+ DALAM BM 2015


Dapatkan buku tip ini secepat ini.
240 MUKA SURAT !
PADAT DENGAN RAMALAN BM SPM 2015!
RM20 sahaja termasuk KOS PENGHANTARAN POSLAJU 

BAYARAN BOLEH DIBUAT KEPADA:
HARGA: RM20 
NAMA AKAUN: ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
NO AKAUN: 10801002719
BANK: HONG LEONG BANK BERHAD

Selepas pembayaran dibuat, anda diminta menghantar e-mel yang dilampirkan bukti pembayaran melalui bank kepada saya melalui e-mel cikgutancl@hotmail.com atau hantar whatsapp kepada saya melalui talian 0122099440.
Nyatakan:
1. NAMA PENUH
2. ALAMAT LENGKAP
3. NOMBOR TELEFON

Pembelian secara pukal amat digalakkan. Jika murid ingin mendapatkannya, kumpulkan wang bersama kawan lalu hantarlah e-mel kepada saya (hantar wakil sahaja).


Jika pihak sekolah/pusat tuisyen berminat, sila hubungi saya secepat mungkin untuk harga pukal yang istimewa.


Buku ini merangkumi ramalan karangan bahan rangsangan, karangan umum, rumusan, komsas, tatabahasa, novel, info bahasa, dan semua keperluan SPM 2015 dalam Kertas 1 dan Kertas 2. 

Harap maklum. 
Terima kasih.

3 August 2015

INFORMASI BAHASA - HUKUM DM YANG MENGELIRUKAN

INFORMASI BAHASA

HUKUM DM YANG MENGELIRUKAN

Banyak pengguna bahasa waima murid sekolah tidak sedar kesilapan menulis jawapan berkaitan dengan Hukum DM merupakan soalan perangkap dalam bahagian tatabahasa apabila menduduki UPSR, PT3, SPM, dan STPM.

Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan M= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua.
Contohnya, Restoran Santhi, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan seperti “Perdana Menteri” yang sepatutnya ditulis “Menteri Perdana”.

Dalam seminar peperiksaan, ceramah bahasa, dan Ladap, pelbagai persoalan menghujani saya tentang konsep Hukum DM. Ada yang berkata “Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM?” Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa Tatabahasa Melayu tidak berpaksikan Hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana memang perkataan “Perdana Menteri” telah mantap tetapi banyak lagi perkataan atau frasa dalam bahasa Melayu yang acap kali digunakan tetapi dianggap lewah. Hal ini sama juga dengan “ibu pejabat” yang dianggap mantap walaupun sepatutnya ditulis “pejabat ibu” atau “pejabat utama”.

Sebenarnya, kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.
Walau bagaimanapun, banyak pengguna bahasa beranggapan bahawa kekecualian dalam Hukum DM luas penggunaannya sehingga mereka menyalahgunakan konsep kekecualian mahupun memanipulasi hukum dalam bahasa. Oleh sebab itu, lihat contoh Hukum DM yang salah dan pembetulannya di bawah:
1.
jeruk mempelam (salah)
mempelam jeruk (betul)

2.
penghawa dingin (salah)
pendingin hawa (betul)

3.
uji pandu (salah)
pandu uji (betul)

4.
cili sos (salah)
sos cili (betul)

5.
pelindung skrin telefon (salah)
skrin pelindung telefon (betul)

6.
ayam kari (salah)
kari ayam (betul)

7.
mi mamak goreng (salah)
mi goreng mamak (betul)


8.
Perlawanan Terbuka Futsal (salah)
Perlawanan Futsal Terbuka (betul)

9.
kata mutiara (salah)
mutiara kata (betul)

10.
Pengerusi Kebangsaan Wanita MIC (salah)
Pengerusi Wanita MIC Kebangsaan (betul)

11.
Anugerah Drama Festival Malaysia (salah)
Anugerah Festival Drama Malaysia (betul)

12.
Rancangan Mini Parlimen (salah)
Rancangan Parlimen Mini (betul)

13.
lain-lain hal (salah)
hal-hal lain (betul)

Berdasarkan pengamatan saya hukum D-M dibuat berdasarkan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh orang Melayu, kaedah datang kemudian. Di sini, penggunaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab secara khususnya dalam kaedah ini, jika dilihat pada kaedah "mausuf sifat" dalam bahasa Arab.
Dalam perkara ini, orang Melayu juga menggunakan penggunaan konsep tersebut secara meluas dengan menghubungkan M dengan D. Antaranya seperti contoh di atas, "lain-lain hal" dan perkara ini adalah biasa dan mengikut nahu yang betul dalam bahasa Arab iaitu berdasarkan kaedah "idafat ul-sifat ila al-mausuf."

Jadi apakah asas penentu dalam membuat dasar atau hukum seperti Hukum D-M ini? Dan, adakah tiada ruang untuk mewujudkan "Hukum Penghubung M-D" agar bahasa Melayu lebih kaya dan mewah makna lagi?

Pada saya, hal ini berlaku demikian kerana wujudnya penyalahgunaan tatabahasa dalam penggunaan bahasa Melayu yang telah meluas dan telah lama digunakan (mungkin kita boleh membuat kajian dalam rujukan Melayu lama), berdasarkan kaedah yang masih dapat diperluas.


Sebagai kesimpulannya, saya beranggapan bahawa Hukum DM masih relevan dalam banyak kata baharu kerana Hukum DM. Di sebalik itu, konsep kata bahasa harus mengikut peredaran zaman agar diterima umum. 

INFORMASI BAHASA - KESALAHAN TATABAHASA DALAM KARANGAN