Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

22 July 2016

KOLEKSI MOFORLOGI 1 (SOALAN RAMALAN PT3 2016)

Yang berminat untuk mendapatkan jawapannya, hantar e-mel kepada saya dengan maklumat berikut: (salin maklumat di bawah lalu hantar kepada saya melalui e-mel saya cikgutancl@hotmail.com) atau melalui Telegram / whatsapp (+60122099440).
1. Nama :
2. Alamat e-mel :
3. permintaan: KOLEKSI MOFORLOGI 1 (SOALAN RAMALAN PT3 2016)
4. Guru / Murid / Ibu bapa / tutor

21 July 2016

KATA PENGUAT DARJAH PENGHABISAN YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA

CAKNA BAHASA
KATA PENGUAT DARJAH PENGHABISAN YANG MENGELIRUKAN PENGGUNA BAHASA

paling + ter + KK = ✅
paling + ter + KN = ✅
paling + ter + KA = ❎

paling + ter + kenal (KK)
paling terkenal✅

paling + ter + bilang (KK)
paling terbilang✅

paling + ter + kemuka (KK)
paling terkemuka✅

paling + ter + nama (KN)
paling ternama✅

paling + ter + masyhur (KA)
paling termasyhur ❌

paling + ter + cemerlang (KA)
paling tercemerlang❌

paling + ter + popular (KA)
paling terpopular ❌

paling + ter + sohor (KA)
paling tersohor❌

paling + ter + gemilang(KA)
paling tergemilang ❌

Yang di atas ialah hemat dan idea saya untuk mempermudah pengajaran dan pembelajaran tatabahasa dalam bahasa Melayu.

20 July 2016

10 PETUA TRANSFORMASI AYAT CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

10 PETUA DALAM TRANSFORMASI AYAT CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH.

1. Semua kata ganti nama diri pertama dan kedua harus diubah menjadi kata ganti nama diri ketiga.

"Awak tinggal di mana?" Tanya Wee Seong kepada Azemi.

▶️ Wee Seong bertanya kepada Azemi tentang tempat tinggalnya.

2. Semua kata ganti tunjuk dekat harus ditukar kepada kata ganti tunjuk jauh.

"Beg ini milik siapa?" Tanya Mazni.

▶️Mazni bertanya tentang identiti pemilik beg itu.

3. Semua kata tanya harus ditukar kepada kata nama am.

Siapa - tentang individu
Apa - tentang perkara/hal/masalah
Berapa - tentang harga / bilangan
Mengapa - tentang sebab / punca / faktor
Bila - tentang masa / tarikh
Di mana - tentang tempat
Bagaimana - tentang cara / keadaan

"Bagaimanakah Puan Hasanah sekarang?" tanya ibu kepada Ali.
▶️Ibu bertanya kepada Ali tentang keadaan Puan Hasanah pada waktu itu.

4. Semua kata adverba yang menunjukkan maksud dekat harus menjadi jauh.

begini ➡️begitu

"Jangan bersikap begini, tak elok dipandang orang," nasihat bapa Akma kepadanya.

▶️Bapa Akma menasihatinya supaya tidak bersikap begitu kerana tidak elok dipandang orang.

5. Semua singkatan kata perlu diubah menjadi perkataan yang lengkap kerana cakap ajuk ialah dialog yang banyak mengandungi singkatan kata.

mak➡️emak
tak ➡️ tidak
nak➡️hendak
mau➡️mahu
tiada➡️ tidak ada

"Saya nak pergi ke Kuala Lumpur esok,"'kata ibu kepada Chin Wee.

Ibu memberitahu Chin Wee bahawa dia hendak pergi ke Kuala Lumpur esok.

6. Semua kata kerja yang tidak berimbuhan (biasanya wujud dalam cakap ajuk) harus ditukar menjadi kata kerja yang berimbuhan mengikut tatabahasa dan pengimbuhan.

"Mak, saya nak rotan adik kerana nakal," kata Jemrol kepada ibunya.

▶️Jemrol berkata kepada ibunya bahawa dia hendak merotan adiknya kerana nakal.

7. Semua perkataan yang tidak formal harus ditransformasikan kepada perkataan yang formal mengikut tempat dan keadaan.

"Keluar dari rumah aku ini," jerit ibu kepada kakak yang degil.

Ibu menjerit kepada kakak yang degil sambil menghalau kakak keluar dari rumahnya itu.

8. Semua kata seru perlu ditransformasikan kepada kata nama yang jelas dan sesuai.

Wah ➡️perasaan kagum
Amboi ➡️nada mengejek
Eh ➡️perasaan hairan
Cis ➡️marah
Oh ➡️seolah-olah sudah memahami ....

dan lain-lain

"Wah, tingginya Menara KLCC ini," kata murid-murid dari Perlis.

▶️Murid-murid dari Perlis mengagumi ketinggian Menara KLCC.

9. Semua kata perintah dalam ayat perintah harus ditransformasikan kepada ayat penyata yang gramatis.

Jangan ➡️melarang
Usah ➡️menasihati (siapa) agar tidak

"Jangan buang sampah di tapak perhimpunan," kata guru disiplin itu kepada murid-murid.

▶️Guru disiplin itu melarang murid-murid daripada membuang sampah di tapak perhimpunan.

10. Semua bahasa pinjaman atau bahasa pasar harus ditransformasikan menjadi bahasa Melayu yang gramatis.

"Lu mau pergi ke mana?" tanya Hasmah kepada Ah Meng.

▶️ Hasmah bertanya kepada Ah Meng tentang tempat yang ingin ditujuinya.

19 July 2016

PEKA BAHASA

PEKA BAHASA
1.
......antara... dan ..... (salah)
......antara... dengan ...... (betul)
2.
......di antara... dan .... (salah)
......di antara... dengan .... (betul)
3.
......ada dengan .....(salah)
......ada pada .....(betul)
4.
......berpandukan dengan pelan (salah)
......berpandukan pelan (betul)
......berpandu pada pelan (betul)
5.
......saling hormat-menghormati (salah)
......saling menghormati (betul)
......hormat-menghormati (betul)
6.
......di dalam peperiksaan (salah)
......dalam peperiksaan (betul)
(tiada ruang)
7.
......dalam kotak (salah)
......di dalam kotak(betul)
(ada ruang)
8.
......berkorban demi untuk negara (salah)
......berkorban demi negara (betul)
......berkorban untuk negara (betul)
9.
...... dari masa ke semasa (salah)
...... dari masa ke masa (betul)
...... dari semasa ke semasa (betul)
10
...... ke kiri dan kanan (salah)
...... ke kiri dan ke kanan (betul)
11.
...... oleh kerana sakit (salah)
...... oleh sebab sakit (betul)
...... kerana sakit (betul)
12.
...... jika sekiranya ada kelapangan (salah)
...... jika ada kelapangan (betul)
...... sekiranya ada kelapangan (betul)
13.
...... sangat indah nian (salah)
...... sangat indah (betul)
...... indah nian (betul)
14.
...... di minggu lalu...... (salah)
...... pada minggu lalu ...... (betul)
15.
...... di hari raya (salah)
...... pada hari raya (betul)
16.
...... balik kampung (salah)
...... balik ke kampung (betul)
17.
...... daripada merah ke biru (salah)
...... daripada merah kepada biru (betul)
18.
...... kekurangan ilmu-ilmu (salah)
...... kekurangan ilmu (betul)
19.
...... barisan pepohon hijau (salah)
...... barisan pohon hijau (betul)
20
...... budak-budak berkejaran...... (salah)
...... budak berkejaran...... (betul)
21
...... tolong jangan bising (salah)
...... jangan bising (betul)
...... harap jangan bising (betul)
22
...... kesesakkan jalan (salah)
...... kesesakan jalan (betul)
...... kebanyakkan murid (salah)
...... kebanyakan murid (betul)
...... kerosakkan kenderaan (salah)
...... kerosakan kenderaan (betul)
...... kesuntukkan masa (salah)
...... kesuntukan masa (betul)
23
...... banyak dedaun ...... (salah)
...... banyak daun ...... (betul)
24
...... beberapa orang kanak (salah)
...... beberapa orang kanak-kanak (betul)
...... beberapa ekor rama (salah)
...... beberapa ekor rama-rama (betul)
...... beberapa ekor patung (salah)
...... beberapa ekor patung-patung (betul)
25
...... melayari internet (salah)
...... melayari Internet (betul)
26
...... di atas sebab tertentu (salah)
...... atas sebab tertentu (betul)

14 July 2016

MORFOLOGI PT3 - 100 SOALAN KESALAHAN TATABAHASA DALAM AYAT

Yang berminat untuk mendapatkan jawapannya, hantar e-mel kepada saya dengan maklumat berikut:
(salin maklumat di bawah lalu hantar kepada saya melalui e-mel saya cikgutancl@hotmail.com)

1. Nama :
2. Alamat e-mel :
3. permintaan: Jawapan untuk MORFOLOGI PT3 - 100 SOALAN KESALAHAN TATABAHASA
4. Guru / Murid / Ibu bapa / tutor

Sekian, terima kasih.

12 July 2016

INFORMASI BAHASA - KATA ADVERBA

INFORMASI BAHASA
KATA ADVERBA

Kata adverba ialah bentuk kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Kehadiran kata adverba dalam ayat boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu:
(a) dalam frasa di hadapan unsur yang diterangkan.
(b) dalam frasa di belakang unsur yang diterangkan.

Perhatikan kesilapan umum kata adverba yang berlaku dalam ayat-ayat berikut. Kesilapan ini lazimnya diabaikan oleh pengguna bahasa apabila melibatkan kata adverba dalam frasa di hadapan unsur yang diterangkan.

1.
Gunung Kinabalu cantik begitu tetapi rakyat Malaysia masih mengaung-agungkan keindahan gunung di luar negara. (salah)
Gunung Kinabalu begitu cantik tetapi rakyat Malaysia masih mengaung-agungkan keindahan gunung di luar negara. (betul)

2.
Murid yang ke perpustakaan berkali-kali ialah murid Tingkatan 3 Aranda. (salah)
Murid yang berkali-kali ke perpustakaan ialah murid Tingkatan 3 Aranda. (betul)
3.
Ibu saya terjatuh hampir sewaktu menaiki tangga di Batu Caves. (salah)
Ibu saya hampir terjatuh sewaktu menaiki tangga di Batu Caves. (betul)

4.
Kakak dan suaminya gembira betul-betul apabila mendengar berita baik itu. (salah)
Kakak dan suaminya betul-betul gembira apabila mendengar berita baik itu. (betul)

5.
Ibu memperkatakan hal ini acap kali apabila terkenang akan kesan peperangan terhadap penduduk Melaka. (salah)
Ibu acap kali memperkatakan hal ini apabila terkenang akan kesan peperangan terhadap penduduk Melaka. (betul)

Perhatikan kesilapan umum kata adverba yang berlaku dalam ayat-ayat berikut. Kesilapan ini lazimnya diabaikan oleh pengguna bahasa apabila melibatkan kata adverba dalam frasa di belakang unsur yang diterangkan.

1.
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo jauh terletak di bandar raya itu. (salah)
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo terletak jauh di bandar raya itu. (betul)

2.
Nenek akan ke hospital esok hari jika ayah ada kelapangan. (salah)
Nenek akan ke hospital hari esok jika ayah ada kelapangan. (betul)

3.
Ibu cepat-cepat berjalan ke dapur apabila tetamu sampai di depan pintu. (salah)
Ibu berjalan cepat-cepat ke dapur apabila tetamu sampai di depan pintu. (betul)

4.
Kumpulan pengakap itu bermalam-malam sesat di hutan. (salah)
Kumpulan pengakap itu sesat bermalam-malam di hutan. (betul)

5. Hal ini demikian terjadi kerana sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab. (salah)
Hal ini terjadi demikian kerana sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab. (betul)

PERHATIAN:
Terdapat beberapa kata adverba yang boleh hadir pada dua kedudukan, iaitu di hadapan unsur yang diterangkan dan di belakang unsur yang diterangkan. Contohnya:
1.
Saya berdoa agar saudara sentiasa sihat di samping keluarga. (betul)
Saya berdoa agar saudara sihat sentiasa di samping keluarga. (betul)

2.
Usharani berpindah ke bandar dan keluarganya kelak akan ke sana juga. (betul)
Usharani berpindah ke bandar dan keluarganya akan ke sana juga kelak. (betul)
3.
Tren ekspres yang saya naiki segera berlepas ke destinasinya. (betul)
Tren ekspres yang saya naiki berlepas segera ke destinasinya. (betul)

PERHATIAN
Frasa “Hal ini demikian... tidak gramatis kerana seolah-olah kata adverba “demikian” berfungsi sebagai predikat ayat, padahal adverba tidak boleh berfungsi sebagai predikat. Binaan yang betul adalah seperti yang berikut.
(a)  Hal ini terjadi demikian kerana...
(b)  Hal ini berlaku demikian kerana...
(c)  Hal ini dikatakan demikian kerana...

Walau bagaimanapun, perkataan “demikian” boleh juga hadir dalam subjek ayat, contohnya:
(a)  Hal demikian sangat baik.
(b)  usaha demikian amat dialu-alukan.
(c)  Langkah demikian amat tepat pada masanya.

11 July 2016

INFORMASI BAHASA - UCAPAN YANG TIDAK GRAMATIS

INFORMASI BAHASA
11.7.2016
UCAPAN YANG TIDAK GRAMATIS

Banyak pengguna bahasa tidak mementingkan kegramatisan bahasa dalam ucapan yang disampaikan oleh mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ucapan biasanya dalam bentuk dialog atau dalam bentuk ajuk yang dianggap santai dan mesra sehingga bahasa dipandang enteng. Dalam kesemberonoan ini, tersebar luaslah ketidakgramatisan dan kerancuan bahasa kebangsaan kita yang akhirnya meracuni semangat bahasa jiwa bangsa. 
Antaranya adalah seperti yang berikut:
1.
Semoga kamu berjaya. (salah)
Saya berdoa semoga kamu berjaya. (betul)

2.
Saya doakan kejayaan kamu. (salah)
Saya mendoakan kejayaan kamu. (betul)
Kejayaan kamu saya doakan. (betul)

3.
Semoga kalian selamat dalam perjalanan.(salah)
Saya berdoa semoga kalian selamat dalam perjalanan.(betul)

4.
Semoga kamu berdua berbahagia sampai jannah. (salah)
Saya berdoa semoga kamu berdua berbahagia sampai ke jannah. (betul)
Semoga rumah tangga kalian bahagia sampai jannah. (salah)
Saya mendoakan kebahagiaan rumah tangga kalian sampai ke syurga jannah. (betul)

Peringatan!
Janganlah kita memulakan ayat dengan "semoga". Kamus Dewan memberikan maksud "mudah-mu­dahan, kiranya, hendaknya, agar" kepada perkataan "semoga". Oleh sebab itu, "semoga" ialah kata penghubung ayat yang tidak wajar dimulakan pada pangkal ayat. Hal ini bukan sahaja mencerminkan ketidakpekaan kita terhadap ayat yang lengkap dengan subjek dan predikat, malahan perkembangan bahasa yang gramatis tidak dapat diimplementasikan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.