Sekolah anda
telah meraikan guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2020 pada minggu lalu.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam sambutan itu.
Gambarkan
aktiviti yang dijalankan dalam sambutan hari guru.
Sekolah saya telah meraikan
guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2020 pada minggu lalu. Tujuan sambutan
ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru. Murid-murid dan guru-guru
membuat persiapan yang rapi untuk sambutan kali ini. Pelbagai aktiviti telah
dijalankan dalam sambutan itu.
Antaranya
ialah perhimpunan rasmi. Dalam perhimpunan ini, murid menyanyi lagu kebangsaan,
mendengar ucapan pengetua yang telah merasmikan Sambutan Hari Guru 2020. Selain
itu, aktiviti kedua ialah persembahan murid. Persembahan-persembahan murid
ialah persembahan nyanyian, persembahan tarian dan sebagainya. Selepas
persembahan, murid-murid dan guru-guru memberikan tepukan kepada murid yang dipersembahkan.
Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk menghiburkan hati guru.
Di samping itu, aktiviti ketiga
ialah persembahan guru. Guru-guru menyanyi lagu “Kami Guru Malaysia” dan
bersuara merdu. Murid-murid juga memuji bakat guru. Tujuan persembahan guru
adalah untuk menghargai bakat guru. Seterusnya, aktiviti yang keempat ialah murid
memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka. Semua murid menyampaikan
bunga, menulis kad ucapan dan mengucapkan terima kasih. Aktiviti ini juga
bertujuan untuk meraikan guru kesayangan.
Akhir sekali, aktiviti yang terakhir
ialah jamuan hari guru. Semua murid untuk menghargai jasa guru. Oleh itu, semua
murid membawa banyak makanan untuk berkongsi dengan para guru yang disayangi. Makanan
tersebut termasuk kuetiau, mi goreng, nasi, kuih-muih, martabak dan sebagainya.
Aktiviti jamuan hari guru bertujuan untuk mengapresiasi pengorbanan guru.
Dalam sambutan tersebut, saya dapat mempelajari
banyak perkara. Antaranya ialah kita mesti mengingati jasa guru supaya tidak
menjadi seperti kacang lupakan kulitnya. Selain itu,kita harus mengingati
nasihat guru agar tidak nanti usaha guru bagai mencurah air ke daun keladi. Di
samping itu, nasihat guru sangat penting. Janganlah nanti nasihat guru masuk ke
telinga kanan, keluar ke telinga kiri. Seterusnya,kita mesti menghargai ajaran
guru. Janganlah lupa akan hakikat kemahiran itu sebaik-baik guru. Akhir sekali,
kita patutlah sayang akan guru. Kita wajar insaf akan kebenaran bahawa sukakan
gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.
Kesimpulannya,
banyak aktiviti telah dijalankan bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2020 di
sekolah saya. Majlis Sambutan Guru 2020 dijalankan dengan lancarnya dan
meriahnya untuk menggembirakan guru kerana guru-guru bekerja keras pada setiap
hari untuk memberi murid-murid ilmu dan pengetahuan. Dengan sambutan tersebut, guru
dapat merasakan bahawa mereka disayangi oleh murid-muridnya.
4 comments:
Saya mohon izin gunakan bahan. Terima kasih, Dr Tan.
Saya minta izin untuk memakai ulasan ini,thanks DR Tan!
Assalamualaikum saya nk tya.
Ni karangan fakta atau cerita?
keperihalan
Post a Comment