Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

14 May 2020

KARANGAN PT3 - CARA MENGHARGAI JASA GURU - KARANGAN TEMA HARI GURU


          Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa tema Hari Guru bersempena dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Guru merupakan insan yang sentiasa dahaga akan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). 

          Antara cara menghargai jasa guru adalah untuk meraikan Hari Guru yang terdapat pada 16 Mei. Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru mengajar kita tanpa meminta balasan. Oleh itu, kita haruslah menghargai pengorbanan dan mengingati jasa guru-guru yang mengajar kita. Pada Hari Guru, kita boleh membuat persembahan nyanyian atau tarian yang menarik untuk menghiburkan guru-guru dan merakamkan penghargaan kepada guru. Hal ini dapat menunjukkan perasaan terima kasih kepada guru dan agar tidak nanti usaha guru bagai mencurah air ke daun keladi.  

          Selain itu, kita patut memberikan kad ucapan kepada guru pada sambutan Hari Guru. Kita boleh menyelitkan bunga dan kata-kata yang indah yang membuktikan penghargaan terhadap guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kita hendaklah meluahkan perasaan terima kasih yang ikhlas. Kita juga perlu menyampaikan mesej peribadi dan berjanji kepada guru untuk berusaha. Oleh itu, kad ucapan kita boleh menjadi tanda ingatan kepada guru selepas kita sudah mencapai cita-cita kita. Hal ini juga kerana sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya. 

          Seterusnya, kita perlu menghormati guru pada setiap masa. Kita boleh membuktikan ketaatan atas didikan guru dengan membantu guru yang membawa beg yang berat atau membawa buku ke bilik guru. Bukan itu sahaja, kita juga mesti bersalaman dengan guru apabila berjumpa. Hal ini dikatakan demikian kerana kita harus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Oleh itu, kita mesti bersenyum kepada guru. 

          Di samping itu, kita mestilah membantu guru di mana-mana jua kita berada. Contohnya, kita boleh membawa buku dan beg ke bilik guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat meringankan beban guru. Tambahan pula, kita juga dapat menjalinkan hubungan yang mesra dengan guru. Hal ini kerana janganlah lupa akan hakikat kemahiran itu sebaik-baik guru. Oleh itu, kita patut membalas budi dan ajaran baik guru. 

          Akhir sekali, kita hendak memberi guru kebanggaan dan kejayaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita harus membalas jasa dan pengorbanan guru. Contohnya, kita boleh menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar dan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan cemerlang. Bukan itu sahaja, kita mesti mendengar nasihat guru dan tidak menghampakan harapan guru. Hal ini seperti peribahasa tidak menjadi seperti ulat lupakan daun. 

          Kesimpulannya, murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang. Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Hal ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberikan impak tinggi kepada masyarakat dan negara. Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

TIFFANY TAN YUE LYN
SELANGOR 

3 comments:

Unknown said...

Hi cikgu saya Muhammad Aidil Farhan.Saya dari Melaka.Boleh tak saya nak nombor telefon cikgu supaya jika saya tidak faham sesuatu soalan saya boleh tanya cikgu.Terima kasih.

Nur Farhana said...

Cikgu, boleh ka meletakkan penggunaan akhir sekali dan kesimpulannya ?

Unknown said...

Sama..tiru..bulat-bulat...hihi..thank you..teacher..... for this essat..or..anything😭
😭😭