USAHA MENGHARGAI JASA GURU
Berapakah ramaikah yang tahu tarikh kita menyambut Hari Guru? Dalam satu
kajian daripada Majalah Dewan Siswa ,terdapat 67 peratus murid tidak mengetahui
tarikh Hari Guru disambut. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak sedar akan tema sambutan
Hari Guru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebenarnya, fenomena
ini amat menyedihkan. Oleh itu, yang berikut
ialah usaha yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Usaha paling pragmatik menyambut Hari Guru di sekolah ialah pihak sekolah mengumpulkan guru dan murid di tapak
perhimpunan bergema dengan lagu Kami Guru Malaysia dan menjiwai lagu tersebut
dengan baiknya. Murid-murid perlulah memberikan
tepukan paling gemuruh kepada guru yang berjasa dan berkorban demi anak murid
mereka dan inilah cara mereka membalas jasa yang paling bermakna. Dengan berbuat demikian ,kenangan ini pasti terpahat di dalam
hati mereka.
Guru bagai lilin membakar diri demi menerangi hidup anak murid. Kita dapat
menunjukkan penghargaan jasa kita dengan mengucapkan terima kasih kepada guru
pada setiap masa dan mengikut nasihat mereka. Selain itu,
kita juga mestilah mengingati ajaran mereka yang banyak berkorban jiwa dan raga
demi anak murid dengan menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajarkan ilmu
di dalam kelas. Secara tegas, tumpuan dan perhatian
dan serta amalan mendengar arahan guru ialah cara yang baik untuk kita menunjukkan
penghargaan dan penghormatan kepada mereka.
Peribahasa Cina ada menyebut, “sehari menjadi guru, seumur hidup
bergelar guru”. Oleh hal yang demikian, murid yang berjumpa dengan guru
patutlah memberikan salam kepada guru sebagai tanda hormat. Kita juga dapat
mengingati jasa dan pengorbanan guru dengan
memberikan bantuan kepada guru apabila terjumpa mereka di luar sekolah. Tambahan
pula, kita juga wajarlah mengingati dan memanggil nama mereka dengan sopan
bertanya khabar dan menghantar kad ucapan dari masa ke masa. Jika amalan ini dipraktikkan, mereka pasti berasa
tenang.
Guru-guru banyak berjasa kepada kita. Mereka telah memberikan tunjuk
ajar dari segi akademik dan bukan akademik dan mereka mempunyai insan paling
dekat dengan kita di sekolah selain kawan. Oleh sebab itu, kita mesti mengingati
jasa guru dengan baiknya dengan mengumpulkan
kawan dan rakan sepersekolahan dan menganjurkan perjumpaan dan majlis
makan-makan untuk meraikan guru yang banyak berjasa mendidik kita serta mengilmukan
kita dengan pelbagai pengetahuan.
Di samping itu, sebagai anak
murid kita perlu mendoakan kesihatan guru berdoa agar guru-guru sentiasa
sejahtera dan sihat wal afiat dan bertenaga untuk terus menyampaikan ilmu
kepada anak bangsa. Mereka menjadi suri teladan kepada anak-anak didiknya
dengan berpakaian kemas dan bersopan santun. Dengan itu, kita bolehlah
menguar-uarkan jasa dan pengorbanan guru melalui penulisan kreatif menulis
sajak khas untuk guru yang pasti menggamit kenangan.
Kesimpulannya, semua murid berperanan
merenung dan menghayati jasa dan pengorbanan guru. Kita boleh mengingati sajak Usman Awang yang bertajuk
"Guru oh Guru" yang berusaha untuk menggembirakan hati guru dan
menggalakkan murid-murid mencapai keputusan yang cemerlang demi membalas jasa
guru kerana keputusan yang cemerlang mempunyai tanda
ingatan dan kenangan yang pasti tidak akan luput daripada ingatan. Guru
mempunyai pembina harapan negara, guru mempunyai pembentuk pemimpin negara dan
terutamanya guru pencetus kejayaan semua!
Karangan di atas diubah suai dan dibetulkan oleh Cikgu Tan CL. Karangan ini dihasilkan oleh murid yang bernama Joel Loo Kaiyi dari Pulau Pinang yang belajar dalam talian dengan Cikgu Tan CL. Untuk keterangan lanjut tentang pembelajaran dalam talian, hubungi 0122099440.
2 comments:
Tq
68@864(8"!!9!(("7:"7(7)7)'5!5#4"4
TQ
Post a Comment