Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

14 May 2020

KARANGAN TAHAP PT3 - TEMA HARI GURU


Sekolah anda telah meraikan guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2020 pada minggu lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam sambutan itu.
Gambarkan aktiviti yang dijalankan dalam sambutan hari guru.

            Sekolah saya telah meraikan guru-guru dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2020 pada minggu lalu. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru. Murid-murid dan guru-guru membuat persiapan yang rapi untuk sambutan kali ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam sambutan itu.
Antaranya ialah perhimpunan rasmi. Dalam perhimpunan ini, murid menyanyi lagu kebangsaan, mendengar ucapan pengetua yang telah merasmikan Sambutan Hari Guru 2020. Selain itu, aktiviti kedua ialah persembahan murid. Persembahan-persembahan murid ialah persembahan nyanyian, persembahan tarian dan sebagainya. Selepas persembahan, murid-murid dan guru-guru memberikan tepukan kepada murid yang dipersembahkan. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk menghiburkan hati guru.
            Di samping itu, aktiviti ketiga ialah persembahan guru. Guru-guru menyanyi lagu “Kami Guru Malaysia” dan bersuara merdu. Murid-murid juga memuji bakat guru. Tujuan persembahan guru adalah untuk menghargai bakat guru. Seterusnya, aktiviti yang keempat ialah murid memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka. Semua murid menyampaikan bunga, menulis kad ucapan dan mengucapkan terima kasih. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meraikan guru kesayangan.
            Akhir sekali, aktiviti yang terakhir ialah jamuan hari guru. Semua murid untuk menghargai jasa guru. Oleh itu, semua murid membawa banyak makanan untuk berkongsi dengan para guru yang disayangi. Makanan tersebut termasuk kuetiau, mi goreng, nasi, kuih-muih, martabak dan sebagainya. Aktiviti jamuan hari guru bertujuan untuk mengapresiasi pengorbanan guru.
            Dalam sambutan tersebut, saya dapat mempelajari banyak perkara. Antaranya ialah kita mesti mengingati jasa guru supaya tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya. Selain itu,kita harus mengingati nasihat guru agar tidak nanti usaha guru bagai mencurah air ke daun keladi. Di samping itu, nasihat guru sangat penting. Janganlah nanti nasihat guru masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. Seterusnya,kita mesti menghargai ajaran guru. Janganlah lupa akan hakikat kemahiran itu sebaik-baik guru. Akhir sekali, kita patutlah sayang akan guru. Kita wajar insaf akan kebenaran bahawa sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.
Kesimpulannya, banyak aktiviti telah dijalankan bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2020 di sekolah saya. Majlis Sambutan Guru 2020 dijalankan dengan lancarnya dan meriahnya untuk menggembirakan guru kerana guru-guru bekerja keras pada setiap hari untuk memberi murid-murid ilmu dan pengetahuan. Dengan sambutan tersebut, guru dapat merasakan bahawa mereka disayangi oleh murid-muridnya.


3 comments:

Unknown said...

Saya mohon izin gunakan bahan. Terima kasih, Dr Tan.

Unknown said...

Saya minta izin untuk memakai ulasan ini,thanks DR Tan!

Unknown said...

Assalamualaikum saya nk tya.
Ni karangan fakta atau cerita?