Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
7 September 2014
3 September 2014
RAMALAN BM PT3 2014 - KESALAHAN TATABAHASA DALAM AYAT
alamat e-mel saya ialah cikgutancl@hotmail.com
Selamat menjawab soalan!
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya
pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
1
|
Tiap remaja haruslah mempunyai prinsip bagi membendung
pengaruh yang dapat merosakkan
jiwanya.
|
2
|
Para pengguna hendaklah mengikis sikap gopoh-gapah
ketika di jalanraya untuk mengelakkan kemalangan.
|
3
|
Ketiga tokoh motivasi terkenal itu akan membincangkan pandangan
mereka tentang isu gejala sosial dalam forum yang akan diadakan pada malam
ini.
|
4
|
Rangkaian batu karang di perairan Miri dikenal pasti
sebagai kawasan batu karang yang tercantik sekali di dunia.
|
5
|
Rawatan terapi medan elektrik statik menggunakan getaran
elektrik bagi mempecahkan lemak dalam kapilari darah.
|
6
|
Generasi kini wajar diberikan peringatan tentang
kepentingan amalan berbudi bahasa di kalangan masyarakat.
|
7
|
Ibu bapa perlu mendidik dan menanamkan nilai murni dalam
diri anak-anak mereka dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang.
|
8
|
Kerajaan berusaha untuk mempelbagaikan asas ekonomi
negara kita agar sentiasa berkembang dan maju.
|
9
|
Saintis itu sanggup menempuh pelbagai cabaran untuk
memastikan kajian yang dijalankan
berjaya.
|
10
|
Kejadian buli yang berlaku di setengah sekolah tidak
wajar dibiarkan supaya mangsa mendapat pembelaan dan bantuan.
|
11
|
Oleh sebab Cikgu Zubaidah kesakitan, tugas mengetuai
lawatan itu telah diambil alih oleh guru lain.
|
12
|
Atikah tidak dapat menahan serak apabila melihat
keadaan neneknya yang sedang nazak.
|
13
|
Beratus ekor ikan di dalam kolam itu telah dihanyutkan
ke laut dalam kejadian banjir pada minggu lepas.
|
14
|
Restoran Limau sentiasa dikunjungi ramai kerana berbagai
jenis makanan ada dijual di situ.
|
15
|
Pakaian yang digayakan oleh peragawati itu kelihatan
cantik-cantik nian sehingga dipuji oleh hadirin.
|
16
|
Objektif utama Hari Kokurikulum diadakan adalah untuk
memupuk sikap kerjasama sambil mengeratkan hubungan antara guru dengan ahli
persatuan.
|
17
|
Pakar motivasi itu telah kemukakan beberapa langkah
untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
|
18
|
Amalan membaca perlu disemai dalam diri setiap insan
tanpa mengira usia sama ada tua atau muda.
|
19
|
Peresmian karnival itu diserikan dengan percikan bunga
api yang berbagai-bagai corak dan warna.
|
20
|
Jari Mak Limah luka dan berdarah kerana digigit oleh seekor
ikan keli semalam.
|
2 September 2014
KOLEKSI JAWAPAN BINA AYAT (KERTAS PERCUBAAN SBP 2007-2014)
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2007
(a) BINA AYAT
(i) hias
ayat: Pelamin itu perlu kita hias dengan bunga ros.
(ii) berhias
ayat: Kereta berhias itu menggunakan bunga ros dan bunga raya.
(iii) menghiaskan
ayat: Ayah menghiaskan rambut adik dengan pin berwarna merah.
(iv) menghiasi
ayat: Berita kemalangan ngeri itu menghiasi dada-dada akhbar hari ini.
(v) perhiasan
ayat: Ibu suka mengenakan perhiasan rambut sebelum keluar menghadiri majlis makan malam.
(vi) penghias
ayat: Penghias kereta pengantin itu seorang wanita yang kreatif.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2008
(a) BINA AYAT
(i) penampilan
ayat: Setiap murid mesti menjaga penampilan diri dengan memakai pakaian yang kemas dan bersih.
keterampilan
ayat: Pemimpin yang memiliki ciri-ciri keterampilan itu telah dipilih menjadi Perdana Menteri
ii) bertempiaran
ayat: Budak-budak kecil itu lari bertempiaran selepas dikejar seekor anjing yang garang
berkeliaran
ayat: Anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan petempatan itu telah ditangkap oleh pihak kerajaan tempatan.
(iii) mengkaji
ayat: Pihak kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memansuhkan kutipan bayaran tol di Lebuh Raya Utara Selatan.
mengaji
ayat: Adik berusia tiga tahun tetapi sudah pandai mengaji al-Quran.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2009
(a) BINA AYAT
(i) penawaran
ayat: Kerajaan membuat penawaran projek MRT itu kepada syarikat-syarikat yang besar secara tender.
tawar-menawar
ayat: Remigius suka tawar-menawar dengan penjaja ikan di pasar untuk mendapatkan harga ikan yang berpatutan.
(ii) persimpangan
ayat: Apabila kami tiba di persimpangan lebuh raya itu, kereta ayah rosak secara tiba-tiba.
simpang-perenang
ayat: Jalan ke rumah guru itu simpang-perenang sehingga sukar untuk kami mencarinya.
(iii) penurunan
ayat: Penurunan harga makanan yang diumumkan oleh kerajaan itu merupakan berita baik kepada rakyat.
turun-temurun
ayat: Adat resam itu diamalkan secara turun-temurun oleh masyarakat Orang Asli.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2010
(a) BINA AYAT
(i) menyalahi
ayat: Perbuatan rasuah menyalahi undang-undang negara.
menyalahkan
ayat: Pihak atasan menyalahkan pegawai bawahannya dengan bukti yang kukuh.
(ii) mengotori
ayat: Sampah sarap itu mengotori belakang rumah saya.
mengotorkan
ayat: Adik mengotorkan dapur rumah apabila ibu tidak berada di rumah.
(iii) menghiasi
ayat: Berita kemalangan itu menghiasi dada-dada akhbar hari ini.
menghiaskan
ayat: Murid-murid menghiaskan dewan dengan bunga segar.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2011
(a) BINA AYAT
(i) gamat
ayat 1: Ibu menggunakan minyak gamat untuk disapu pada kaki adik yang terluka supaya cepat sembuh.
ayat 2: Suara sorak-sarai penonton di stadium menyebabkan suasana konsert itu menjadi gamat.
(ii) diam
ayat 1: Saya diam di Kota Kemuning sejak lima tahun yang lalu.
ayat 2: Saya terlihat adik terduduk diam di sebelah ayah kerana dia sakit.
(iii) bidang
ayat 1: Dada lelaki yang bidang itu menjadikannya disukai golongan gadis.
ayat 2: Lelaki itu mula terlibat dalam bidang lakonan sejak berusia lima tahun.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2012
(a) BINA AYAT
(i) lama
ayat: Adik sudah lama tidak menonton rancangan kartun kerana dia sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan.
(ii) berlama-lama
ayat: Ayah tidak suka akan sikap ibu yang berlama-lama sewaktu membeli-belah di pasar raya.
(iii) lama-kelamaan
ayat: Jika kamu tidak memberitahu saya, lama-kelamaan rahsia itu akan terbocor juga.
(iv) jauh
ayat: Rumah saya terletak tidak jauh dari sekolah.
(v) menjauh
ayat: hubungan antara adik dengan abang saya semakin menjauh kerana mereka tidak tinggal bersama.
(vi) kejauhan
ayat: Hati ibu saya kejauhan kerana anak-anaknya tidak bersatu hati.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2013
(a) BINA AYAT
(i) mengupas
ayat: Ibu sedang mengupas kulit oren di dapur.
mengelupas
ayat: Luka pada kaki adik itu semakin kering dan mengelupas.
(ii) bercanggah
ayat: Pendapat antara saya dengan adik sering bercanggah kerana sikap kami berbeza.
berceranggah
ayat: Tanduk rusa yang berceranggah itu kelihatan amat cantik dan unik.
(iii) menjajah
ayat: Negara Jepun pernah menjajah Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan
menjelajah
ayat:Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah menjelajah ke benua Afrika.
SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2014
(a) BINA AYAT
(i) rumah ibu
ayat: Pada cuti sekolah, saya akan pulang ke rumah ibu selepas mendapatkan kebenaran ayah yang telah bercerai dengan ibu.
ibu rumah
ayat: Ruang tamu yang besar di rumah banglo merupakan ibu rumah yang menjadi perhatian pelawat dan sanak saudara.
(ii) pokok pangkal
ayah: Ayah terus memarahi kami tanpa mengetahui pokok pangkal kejadian yang berlaku.
pangkal pokok
ayat: Adik suka membaca buku sambil duduk di pangkal pokok di belakang rumah.
(iii) orang-orang tua
ayat: Orang-orang tua yang mendiami rumah kebajikan itu terabai oleh ahli keluarga mereka.
orang tua-tua
ayat: Kita mestilah menghormati dan mentaati orang tua-tua supaya mereka berasa disayangi.
28 August 2014
RAMALAN (1) KARANGAN BERGAMBAR SPM 2014
BAHAGIAN
A
[30 markah]
[masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan perpaduan kaum di Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
SISTEM PENDIDIKAN
|
PROGRAM KEMASYARAKATAN
|
|
PENEMPATAN RAKYAT
|
PERPADUAN KAUM
|
KERANGKA KARANGAN
PEN
|
Rakyat
Malaysia – mesti hidup bersatu padu – bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh – banyak cara boleh dilakukan untuk
mengukuhkan perpaduan kaum
|
ISI 1
|
Sistem
pendidikan negara – memainkan peranan sebagai agen perpaduan – memasukkan
murid-murid ke dalam kelas yang harmoni – pelbagai kaum belajar di dalam satu
kelas – menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama untuk memupuk perpaduan nasional
|
ISI 2
|
Kerajaan –
menempatkan rakyat yang berbilang kaum di sesuatu tempat – dapat bergaul
mesra – hidup bagai aur dengan tebing
– harmoni dan bersatu padu
|
ISI 3
|
Pelbagai
program kemasyarakatan – diadakan oleh pihak kerajaan – kegiatan
gotong-royong dapat memupuk perpaduan kaum – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – membersihkan tempat
tinggal
|
ISI 4
|
Pada hari
perayaan – ziarah-menziarahi antara kaum – menghadiri rumah terbuka yang
diadakan pada hari perayaan – berkenalan dan lebih memahami kebudayaan masing.
|
PEN
|
Semua
rakyat Malaysia – hidup bersatu padu – membina negara yang harmoni dan kukuh
|
KARANGAN BERGAMBAR 1
“Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu”. Demikianlah kata-kata
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas
memperkenalkan Rukun Negara kepada rakyat Malaysia. Kata-kata almarhum memang
ada kebenarannya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya
yakin bahawa banyak cara boleh dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan kaum
kerana di
mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk menyatupadukan rakyat adalah
melalui sistem pendidikan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem
pendidikan memainkan peranan penting sebagai agen perpaduan. Pihak sekolah
bolehlah memasukkan murid-murid ke dalam kelas yang harmoni, yakni diduduki
murid berbangsa Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum lain. Oleh sebab rambut sama
hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum dapat belajar di dalam kelas di
samping menyanyikan lagu kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.
Kerajaan
pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan rakyat yang berbilang kaum di
sesuatu tempat. Hal ini dapat mengelakkan polarisasi kaum dan tidak membina
jurang pemisah antara kaum. Apabila tinggal bersama di sesuatu kawasan
petempatan, kita dapat bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing. Sulaman
kasih dan amala hormat-menghormati yang diamalkan pasti dapat membentuk rakyat
supaya hidup harmoni dan bersatu padu.
Pada masa
yang sama, pelbagai program kemasyarakatan bolehlah diadakan oleh pihak
kerajaan. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong harus dijadikan aktiviti
tahunan suoaya kita dapat memupuk perpaduan kaum. Semua kaum mestilah memahmi
konsep berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan amalan ini, kita bukan
sahaja dapat membersihkan tempat tinggal, malah dapat bergaul mesra dan hidup
serumpum bagai serai. Amalan inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia rakyat
kita.
Di samping
itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan juga merupakan rencah penting
untuk menyuburkan semangat perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka misalnya
bolehlah diadakan pada hari perayaan. Dengan berbuat demikian, semua kaum dapat
dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan dengan penuh bermakna. Apabila
berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, saya yakin bahawa kita dapat
berkenalan dan lebih memahami kebudayaan masing-masing.
Kesimpulannya,
kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup bersatu padu. Hal ini
dikatakan demikian kerana semangat bersatu padu amat penting untuk membina
negara yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab itu, tanpa rakyat tiadalah negara.
Rakyat haruslah berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni demi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Malaysia Boleh!
26 August 2014
ANALISIS KOMSAS RAMALAN SPM 2014 - CERPEN "IBU DAN CEPER"
CERPEN IBU DAN CEPER
[Penulis: Shahnon
Ahmad]
|
SINOPSIS
|
Sungai
Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan
kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum
tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. Kepelbagaian fungsi sungai
tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang
mengerjakan sawah padi bagi menyara keluarganya. Ibu merupakan seorang wanita
yang rajin. Selain bersawah, ibu menetak mengkuang bagi menampung
kelangsungan hidup keluarga. Ibu aktif juga dalam kerja-kerja kemasyarakatan
seperti membantu kenduri-kendara dan menziarahi jiran sekiranya ada kematian.
Suaminya agak pemalas kerana
amat kurang membantu menyara keluarga. Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan
tulang empat keratnya untuk mengusahakan sawah padi. Si suami banyak
menghabiskan masa memenuhi hobinya, iaitu memikat burung ketitir. Penulis
menjelaskan bahawa Sungai Ceper mendatangkan bencana juga kepada mereka.
Ketika banjir, air Sungai Ceper memusnahkan padi yang ditanam oleh ibu.
Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah
sebagai akibat banjir. Selain banjir, kemarau mengancam penduduk kampung
juga. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa
mendapatkan bekalan air dari perigi.
Penulis teringat akan kisah
lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah
arwah ibu dan ayahnya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi
setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Sebagai akibatnya, ibu terus
lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak
dapat berbuat apa-apa untuk membantu menyara keluarga. Penulis teringat akan
kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibu yang
sudah tua, kadang kala terdapat kesalahan yang dilakukannya yang menggores
perasaan ibu tua. Penulis amat menyesali ketelanjurannya.
Keadaan Sungai Ceper
digambarkan semakin kotor sebagai akibat pencemaran. Pelbagai bahan buangan
terdapat dalam sungai tersebut. Air Sungai Ceper semakin sedikit dan dasarnya
semakin cetek sehingga menyebabkan Sungai Ceper gagal berfungsi. Air Sungai
Ceper tidak mengalir lagi. Kekotoran yang terdapat dalam Sungai Ceper amatlah
menjijikkan.
Kini, penulis dan keluarganya
mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun,
keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana Sungai Ceper tidak mampu lagi mengairi sawah padi
seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda dahulu.
Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaannya seperti yang
dialami oleh Sungai Ceper.
|
|
TEMA
|
Keprihatinan
penulis terhadap pencemaran alam sekitar dan kasih sayangnya terhadap ibunya,
|
|
PERSOALAN
|
·
Kegigihan seorang perempuan
·
Kurangnya kesedaran masyarakat
·
Ketabahan anak
·
Kesusahan masyarakat petani
|
|
WATAK DAN PERWATAKAN
|
·
Ibu
-
Rajin bekerja
-
Menjadi tonggak untuk melakukan urusan harian
-
Bergaul dengan anggota masyarakat
-
Cergas pada usia muda
-
Mahir menganyam tikar mengkuang
-
Cepat marah
·
Aku
-
Bertanggungjawab terhadap keluarganya
-
Berasa simpati terhadap ibunya yang berhadapan dengan pelbagai cabaran
-
Sudah berkahwin (isterinya orang kampung yang biasa bekerja di sawah)
-
Menjaga ibu bapanya semasa mereka sakit
-
Dia berasa kesal atas perbuatannya yang telah menyinggung perasaan ibunya
(bercakap kasar terhadap ibunya yang lumpuh)
-
Dia kematian ibunya
|
|
LATAR
|
·
Latar Tempat
-
Di sebuah kampung yang terletak di tepi Sungai Ceper
·
Latar Masa
-
Pada 40 tahun lalu
-
Semasa air Sungai Ceper masih jernih dan arusnya mengalir deras, masa
kini
-
Setelah Sungai Ceper sudah tercemar hingga airnya kering
·
Latar Masyarakat
-
Masyarakat kampung
-
Masyarakat tani yang menanam padi
|
|
PLOT
|
·
Permulaan
-
Pembaca diperkenalkan dengan ibu pengarang dan Sungai Ceper. Ibunya
menjalankan aktiviti bersawah untuk menyara keluarga.
·
Perkembangan
-
Apabila tiba musim hujan, Sungai Ceper membanjiri sawah dan merosakkan
padi-padi yang tengah menguning. Ibu pengarang sangat kecewa dan memarahi
Sungai Ceper. Ketika musim kemarau, air Sungai Ceper menjadi cetek.
·
Perumitan
-
Kemarahan ibu pengarang terhadap bapanya yang gila mendenak burung
ketitir.
·
Klimaks
-
Ibu pengarang terjatuh ketika bekerja di sawah lalu lumpuh. Pengarang dan
isterinya telah mengambil alih tugas ibu di sawah.
·
Peleraian
-
Kedua-dua ibu bapa pengarang meninggal dunia. Sungai Ceper juga sudah
mati kerana airnya sudah tidak mengalir deras dan sudah tercemar.
|
|
TEKNIK PLOT
|
·
Pemerian
-
Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu
titik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk
dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang dan berliku-liku membawa
kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung
ketenteraman.
·
Dialog
-
“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi
kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”
·
Imbas kembali
-
Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya
di paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak buruh untuk
menolon ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap
-
Aku masih ingat betul. Dan itu sebenarnya empat puluh tahun yang lampau
sewaktu aku masih anak teruna dan ibu masih boleh beranak lagi
-
Itulah detik-detik yang tidak dapat kulupakan. Aku menyesal dan memohon
ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku sendiri tidak sedar sewaktu aku
menjerit itu.
|
|
GAYA BAHASA
|
·
Loghat utara
-
Selut, acilut, terbongkeh
·
Personifikasi
-
Air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan
·
Simile
-
Bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu
-
Ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang
·
Hiperbola
-
Sawah habis kering
-
Ia memancutkan airnya, tidak sedikit pun menempuh
kerumitan
·
Sinkope
-
Tak, ku
·
Peribahasa
-
Naik angin, kaki burung
|
|
NILAI
|
·
Cinta akan alam sekitar
·
Kegigihan
·
Kasih sayang
·
Tabah
·
Insaf
·
Peka
|
|
PENGAJARAN
|
·
Kita haruslah tabah dalam mengharungi cabaran hidup.
·
Kita hendaklah menjaga kebersihan dan memelihara sungai.
·
Janganlah kita menyinggung perasaan ibu.
·
Kita seharusnya menyayangi ibu bapa yang mendidik dan menjaga kita.
·
Anak haruslah bertanggungjawab untuk menjaga orang tua yang sudah uzur.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)


