TIP MENGAUT MARKAH SOALAN KOMSAS
(bahagian (iii)) dalam soalan 2(b) dan 2(d)
(bahagian (iii)) dalam soalan 2(b) dan 2(d)
Kebanyakan calon peperiksaan BM SPM kehilangan markah dalam bahagian komsas, terutamanya soalan komsas yang melibatkan nilai/persoalan/pengajaran/perwatakan/latar masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana calon peperiksaan tidak menghabiskan pembacaan keseluruhan cerpen atau drama dalam antologi yang wajib dibaca oleh mereka. Oleh hal yang demikian, bahagian soalan 2(b) (iii) yang berbentuk komsas selalunya menyebabkan calon peperiksaan kehilangan markah, terutamanya bahagian yang meminta calon menulis "satu nilai/persoalan/pengajaran" yang terdapat dalam keseluruhan cerpen/drama.
Tip yang boleh saya kongsikan ialah calon perlu mengingati dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai, iaitu satu peristiwa pada bahagian awal cerpen/drama dan satu lagi peristiwa pada akhir cerpen. Dengan berbuat begitu, calon dapat menjawab mana-mana soalan jika diajukan soalan berkaitan dengan keseluruhan cerpen/drama. Hal ini dikatakan demikian kerana calon boleh menggunakan bahagian awal cerpen jika petikan yang diberikan adalah pada bahagian akhir cerpen. Sebaliknya, calon boleh menggunakan bahagian akhir cerpen jika petikan yang diberikan adalah pada awal cerpen. Walau bagaimanapun, calon boleh menggunakan mana-mana bahagian, yakni awal atau akhir cerpen jika petikan yang diberikan menggunakan bahagian perkembangan atau bahagian puncak cerpen.
Di bawah ini ialah nilai cadangan yang dapat saya kongsikan berserta dengan peristiwa sebenar yang berlaku dalam cerpen-cerpen yang belum keluar dalam soalan sebenar SPM setakat ini. Saya memfokuskan Cerpen Munsyi dan Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul kerana kepanasan dan kehangatan sasaran terhadap kedua-dua buah cerpen ini. Saya berharap agar perkongsian idea ini dapat mengurangkan beban calon peperiksaan SPM untuk mengingati peristiwa atau nilai yang ada dalam cerpen. Dengan mengingati "nilai", kita boleh mengubah suai nilai tersebut menjadi persoalan, perwatakan, pengajaran mahupun latar masyarakat.
Untuk bahagian puisi pula, saya memfokuskan 6 puisi, iaitu 3 puisi tingkatan 4 dan 3 puisi moden tingkatan 5 yang belum keluar dalam soalan sebenar BM SPM. Saya yakin bahawa persediaan yang rapi ini dapat membantu calon peperiksaan menjawab soalan puisi mahupun cerpen dengan lebih yakinnya. Sila baca tajuk komsas dan nilai serta contoh bagi setiap nilai, terutamanya yang belum disoal dalam BM SPM seperti dalam senarai di bawah.
CERPEN MUNSYI(bahagian awal cerpen)
Nilai kasih sayang
Setiap kali Mel meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar dia terus menetap di kampung halaman tercinta.
Nilai kasih sayang
Setiap kali Mel meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar dia terus menetap di kampung halaman tercinta.
(bahagian akhir cerpen)
Nilai tanggungjawab
Mel mencari Munsyi kerana dia bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bonda kepada Munsyi.
Nilai tanggungjawab
Mel mencari Munsyi kerana dia bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bonda kepada Munsyi.
CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL(bahagian awal cerpen)
Nilai kebijaksanaan
Mas yang bijak telah membuat senarai barang yang ingin dibeli sebelum berlepas mengikuti rombongan ke Istanbul.
Nilai kebijaksanaan
Mas yang bijak telah membuat senarai barang yang ingin dibeli sebelum berlepas mengikuti rombongan ke Istanbul.
(bahagian akhir cerpen)
Nilai kasih sayang
Mas mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang.
Nilai kasih sayang
Mas mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang.
GURINDAM DUA BELASnilai hemah tinggi
Penyajak menasihati pembaca agar menjaga mata agar tidak melihat perkara yang tidak baik.
Penyajak menasihati pembaca agar menjaga mata agar tidak melihat perkara yang tidak baik.
nilai kesyukuran
Penyajak menasihati pembaca agar menjaga anggota badan yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk tujuan kebaikan dengan penuh kesyukuran.
Penyajak menasihati pembaca agar menjaga anggota badan yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk tujuan kebaikan dengan penuh kesyukuran.
WWW.SIBERMERDEKA.COM.MYnilai kebijaksanaan
Penulis sajak bijak merancang masa depan agar dapat membebaskan masyarakat miskin daripada menempuhi cabaran dalam kehidupan.
Penulis sajak bijak merancang masa depan agar dapat membebaskan masyarakat miskin daripada menempuhi cabaran dalam kehidupan.
nilai keberanian
Penulis sajak berani membahaskan pelbagai isu untuk mengelakkan golongan bawahan dianiaya atau dibuli.
Penulis sajak berani membahaskan pelbagai isu untuk mengelakkan golongan bawahan dianiaya atau dibuli.
SANG GEMBALA KUDAnilai keberanian
Sang gembala kuda berani menghadapi pelbagai rintangan seperti meredah hutan untuk mencari perburuan yang lain.
Sang gembala kuda berani menghadapi pelbagai rintangan seperti meredah hutan untuk mencari perburuan yang lain.
nilai tanggungjawab
Sang gembala kuda bertanggungjawab memberikan makanan kepada kuda-kuda yang dijaganya agar dapat bekerja keras memburu binatang lain.
Sang gembala kuda bertanggungjawab memberikan makanan kepada kuda-kuda yang dijaganya agar dapat bekerja keras memburu binatang lain.
SAJAK KUDUP PERANGNilai keadilan.
Jebat sanggup digelar pengkhianat demi menegakkan keadilan.
Jebat sanggup digelar pengkhianat demi menegakkan keadilan.
Nilai kesetiaan
Tuah merupakan seorang pendekar yang setia kepada pemerintah sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri.
Tuah merupakan seorang pendekar yang setia kepada pemerintah sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri.
ERTI HIDUP BERERTInilai ketabahan.
Penyajak tabah menjalani kehidupannya dalam kesunyian apabila tiada anak yang menjenguknya.
Penyajak tabah menjalani kehidupannya dalam kesunyian apabila tiada anak yang menjenguknya.
nilai keinsafan
Penyajak mendoakan anak-anaknya agar disirami benih keinsafan atas perbuatan mengabaikan ibu yang dilakukan oleh mereka.
Penyajak mendoakan anak-anaknya agar disirami benih keinsafan atas perbuatan mengabaikan ibu yang dilakukan oleh mereka.
SEJADAH RINDUNilai keinsafan
Penyajak berasa insaf atas dosa-dosanya yang lalu apabila dia melafazkan kalimah syahdu di atas sejadah.
Penyajak berasa insaf atas dosa-dosanya yang lalu apabila dia melafazkan kalimah syahdu di atas sejadah.
nilai keikhlasan.
Penyajak ikhlas bertaubat dengan hati yang jujur sehingga menitiskan air mata.
Penyajak ikhlas bertaubat dengan hati yang jujur sehingga menitiskan air mata.
Jika perlu dimurnikan, sila berikan pandangan. Cadangan di atas hanyalah analisis saya dan petikan daripada sebahagian jawaban daripada Buku Tip Peperiksaan BM SPM 2019 yang ditulis oleh Puan Rohaiza dan saya.
1 comment:
Poker online dengan presentase menang yang besar
ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856
Post a Comment