ANTOLOGI KOMSAS TINGKATAN 2
TAHUN 2016
(BAIK BUDI, INDAH BAHASA)
TAHUN 2016
(BAIK BUDI, INDAH BAHASA)
PANTUN ALAM REMAJA
Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.
Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
Hanyut batang berlilit kumpai,
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.
Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.
Sumber:
Puisi Melayu Tradisi,
(penyunting) Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh,
Penerbit Fajar Bakti, 1996.
Puisi Melayu Tradisi,
(penyunting) Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh,
Penerbit Fajar Bakti, 1996.
Pantun di atas sebenarnya berasal daripada Pantun Bersukacita, yakni bertemakan perasaan anak-anak yang bergembira dan bersuka ria apabila menyambut kepulangan ibu bapa mereka. Kegembiraan mereka bukan sahaja diiringi hati yang ria, tetapi juga bersorak-sorak apabila dibelikan pakaian oleh ibu bapa yang amat memanjakan anak-anak. Dalam konteks lain, anak-anak zaman dahulu suka akan apa-apa sahaja yang dibeli oleh ibu bapa sebagai tanda kesyukuran dan kasih sayang. Ironinya, anak-anak zaman ini lebih selesa dihulurkan wang oleh ibu bapa lalu memilih pakaian dan membeli mengikut cita rasa tersendiri. Impaknya, anak-anak mudah membeli pakaian yang tidak sesuai, mencolok mata, waima tidak mengikut keperluan majlis, perayaan, atau upacara yang akan dihadiri. Selain itu, anak-anak zaman ini juga hilang perasaan syukur dan berterima kasih serta kurang berbangga akan pakaian yang dipilih dan dibeli oleh ibu bapa lantaran menganggap cita rasa orang tua mereka sudah tidak mengikut peredaran zaman. Tuntasnya, anak-anak zaman dahulu lebih bergembira daripada anak-anak sekarang yang mementingkan gaya daripada gembira.
8 comments:
Apakah istilah sastera dalam pantun ini? Apa maksud dia?
cikgu saya mau maksud dalam serangkap puny
cikgu saya mau maksud dalam serangkap puny
LAMAN ANALISIS ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA
http://antologibaikbudiindahbahasa.blogspot.my
Kenapa warna dia gelap sngt x nmpk lhh
rujuk sini http://cikguazharrodzi.blogspot.my/2016/01/blog-post.html
SALAM SEJAHTERA CIKGUTANCL....SAYA MOHON SHARE NOTA2 CIKGU YE UTK KOMSASA BAHARU TKN 2..CIKGU HALALKAN YE..SATU LAGI..JIKA ADA NOTA TTG CERPEN PROSA DAN DRAMA..BOLEH KE SAYA DPTKAN DR CIKGU...NOTA CIKGU BENAR2 DPT MELEGAKAN KERISAUAN SAYA NAK MENGAJAR KOMSAS bbib NI...SEMOGA ALLAH SHJ YG MEMBALAS BUDI BAIK CIKGU...
TERIMA KASIH DAUN KELADI
ADA ILMU CURAHLAH LAGI
PUAN MARIAM ZAINAL..MELAKA
Terima kasih cikgu atas ilmu yg amat bermakna ini ,amat membantu saya membuat presentation semoga cikgu dirahmati Tuhan dan panjang umur :)
Post a Comment