Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.
Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) ............ dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Bukan itu sahaja,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini dikatakan demikian kerana
b) Hal ini berlaku demikian kerana
c) Hal ini terjadi demikian kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberikan contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Hal ini bak peribahasa .......
b) Senario ini bak peribahasa Melayu, iaitu ............
c) Bak kata orang tua-tua, ".....P........"
d) Keadaan ini bak mutiara kata .........
e) Fenomena ini bak peribahasa ............
g) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
h) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........
65 comments:
Terima kasih Cikgu!
penanda wacana yg bagus.tetapi kalau kita guna dlm pmr dan pemeriksa buat salah hancurlah markah kami.
Amat baik. Bagus juga digunakan untuk penulisan peringkat lebih tinggi
hello, ckgu boleh ka beri contoh pada setiap wacana itu.. ada wacana yang saya kurang faham seperti'walakin begitu'. harap cgku dpat membantu saya
Terima kasih kerana berkongsi informasi tentang P.wacana ni kepada pelajar. terutamanya kepada org yang lemah BM macam saya.... hehehe. Terima kasih cikgu.
TENGSSS CEKGU !!
sangat padat, terima kasih, harap ini membantu saya dalam karangan ^^
Berguna sungguh ilmu yg cg kongsikan...terima kaseh byk2 cg...
penanda wacana cikgu memang sesuai dalam karangan dan dapat tingkatkan markah bm saye,,,tq cikgu
terima kasih cikgu...
ari isnin nanti trial...wish tau
Thanks a lot sir .
This will help me to get A in BM.
I really really appreciate it .
memang bagus. sy guna sbg bbb utk thn 6 after upsr.. moga mereka bersedia ke ting. 1..
trima kasih la banyak2....
dapat la ilmu baru...
smogacg mndapat kbrktan...
terima kasihh
terima kasih , ini membantu saye untk buat hw bahasa melayu saye :')
wah ! banyaknye pnanda wacana. thanks !
kenape penanda wacana 'hal ini demikian kerana' boleh d gunakan sedangkan penanda wacana 'hal ini kerana; tidak boleh guna?
assaalamualaikum cikgu,
mohon ambil ilmu ye.
tima ksh=)
Thank you for posting this! :)
s
sakai gilleerr la.. nk komen bagai
mohon share..untuk rujukan anak murid saya...terima kasih
terima kasih cikgu..
sye akn cuba utk gnekn p.wacana ini utk test sye esok..
Terima kasih
ty bb bole mmudhkn utkk wt krangan...
terima kasih cikgu......
tq .....sngt mmbntu sya untk mmbuat krngan SPM nnti...
Satu perkongsian yang menarik buat saya dan pelajar yang lain untuk diterapkan. Terima kasih cikgu tan cl jauh dari sudut hati.
banyak membantu . terima kasih :}
thanks for the sharing.. wink wink ^_^
hello, bleh saya copy penanda wacana nie .. thanks
Ianya sgt mbantu, tq cikgu
Thanks bgi pnnda wcana yg kite orng belum prnah guna dlm krngan
Smuanya btul ke???dan thu ke smua mksudnya???
terima kasih ye!
apakah penanda wacana.saya bagi contohnya,seperti penanda wacana yang paling mula2 sekali apa?
Terbaik..
Inshaallah BM I will get A +
Amin..Wish luck for me..;-)
sangatlah membantu..terima kasih
boleh tak cikgu berikan contoh ayat pada setiap penanda wacana...harap dapat membantu saya peroleh keputusan bahasa melayu dengan cemerlang t.kasih ..
Carr
terima kasih, cikgu. maklumat yg diberikan amat berguna
terima kasih, cikgu. maklumat yg diberikan amat berguna
Bagus sekali ! Terima kasih cikgu~~~
Terima kasih 😃
Kalau boleh terangkan setiap peribahasa sesuai digunakan dalam karangan yang menyatakan faktor/kesan/langkah2 supaya pelajar dapat memahami dan mengunakannya sesuai dalam karangan
Terima kasih cekgu....saya copy boleh....tq
cgu, mohon ambil sedikit ilmu~ terima kasih :)
Terima kasih
Terima kasih
Saya masih tidak fasih bertutur dalam bahasa melayu tetapi saya boleh menulis dengan agak baik dan perkongsian ilmu ini akan membantu lagi saya dalam penulisan karangan. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu, cikgu.
terima kasih.
Terima kasih info yg sgt membantu...
Terima Kasih kepala info ini
Info Ini memberi saya sangat membantu
bolehkah cikgu menyenaraikan penanda wacana/ praidea seperti : meniti ke wasitah nirmala yang pertama/ menjengah ke jendela yang seterusnya . ?tq
terima kasih cg. Halalkan ilmu ini utk sy ajar pada adik sy yg akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. #betterlatethannever
Very useful to score in my essay section
Terima kasih kerana banyak membantu anak saya.
Thanks this really help my homework!!! :)
terima kasih cikgu tan cl . ilmu ini amat bermanfaat untuk kami . kami minta halalkan ilmu ini
terima kasih cikgu. Saya memang selalu merujuk blog ini untuk menambah pengetahuan. terima kasih kerana berkongsi ilmu
Terima kasih cikgu. Blog ini memang menolong saya untuk membuat sebuah karangan.
Terbaik Cikgu! moon kongsi ya, semestinya dengan kredit pada Cikgu.
Ty cikgu <333
Post a Comment