INFORMASI BAHASA
2.6.2015
2.6.2015
KELEWAHAN DALAM FRASA BERIMBUHAN BER- ... KAN
Banyak pengguna bahasa, termasuk pencinta bahasa sendiri membuat kesilapan apabila menulis dan menuturkan ayat yang berisi imbuhan ber-...kan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita sering terbawa-bawa bahasa pertuturan yang tidak gramatis dalam ayat dan kata-kata yang ditulis.
Berikut ialah 10 kesilapan tersebut:
1.
Ali memasuki hutan berpandukan kepada peta. (salah)
Ali memasuki hutan berpandukan peta. (betul)
Ali memasuki hutan berpandu pada peta. (betul)

2.
Mustari tidur berbantalkan dengan lengan. (salah)
Mustari tidur berbantalkan lengan. (betul)
Mustari tidur berbantal dengan lengan. (betul)

3.
Pengemis itu tidur bertilamkan dengan surat khabar. (salah)
Pengemis itu tidur bertilamkan surat khabar. (betul)
Pengemis itu tidur bertilam dengan surat khabar. (betul)

4.
Guru itu berpegangkan pada prinsip keikhlasan dalam ajarannya. (salah)
Guru itu berpegangkan prinsip keikhlasan dalam ajarannya. (betul)
Guru itu berpegang pada prinsip keikhlasan dalam ajarannya. (betul)

5.
Umat Islam haruslah berpaksikan pada akidah. (salah)
Umat Islam haruslah berpaksikan akidah. (betul)
Umat Islam haruslah berpaksi pada akidah. (betul)

6.
Wanita tua itu bertunjangkan pada prinsip keadilan demi mempertahankan suaminya yang tidak bersalah. (salah)
Wanita tua itu bertunjangkan prinsip keadilan demi mempertahankan suaminya yang tidak bersalah. (betul)
Wanita tua itu bertunjang pada prinsip keadilan demi mempertahankan suaminya yang tidak bersalah. (betul)

7.
Sistem pendidikan Malaysia masih berorientasikan dengan peperiksaan tahunan.(salah)
Sistem pendidikan Malaysia masih berorientasikan peperiksaan tahunan.(betul)
Sistem pendidikan Malaysia masih berorientasi dengan peperiksaan tahunan.(betul)

8.
Bendera-bendera Malaysia berkibaran di sepanjang jalan. (salah)
Bendera Malaysia berkibaran di sepanjang jalan. (betul)

9.
Benih-benih bertaburan di tanah. (salah)
Benih bertaburan di tanah. (betul)

10.
Burung-burung gagak berterbangan di angkasa. (salah)
Burung gagak berterbangan di angkara. (betul)

Kesimpulannya, perkataan seperti berkibaran, bergayutan, berkedipan, bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, iaitu yang diimbuhkan dengan apitan beR- ... -an membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak’. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan.
Kuasai bahasa melalui imbuhan.
Selamat belajar!
Selamat belajar!
No comments:
Post a Comment