Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

29 June 2015

INFORMASI BAHASA - “PERLANTIKAN” ATAU “PELANTIKAN”

INFORMASI BAHASA
29.06.2015
“PERLANTIKAN” ATAU “PELANTIKAN”

Untuk membezakan ejaan perlantikan dengan pelantikan perkara pertama yang perlu ditentukan ialah imbuhan yang boleh digunakan pada kata dasar yang bermula dengan huruf “l” seperti lucut, letak, lancar, lanjut, dan lain-lain Permasalahan ini tidak akan timbul pada perkataan yang bermula dengan huruf lain daripada “l”.
Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua,  penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani . Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat. Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya,  perburu, iaitu orang yang berburu.
Oleh itu, ejaan yang betul untuk kata "lantik" dan "letak" ialah pelantikan/peletakan.  Kata "pelantikan" ialah orang yang dilantik, manakala kata "peletakan" ialah orang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya.  Lihat contoh di bawah:
(a)
...... perletakan batu asas (salah)
...... peletakan batu asas (betul)

(b)
......perlantikan pengawas baharu (salah)
......pelantikan pengawas baharu (betul)

Jika perkataan tersebut boleh ditambah imbuhan meN-…-kan, perkataan tersebut dieja dengan peN-…-an iaitu tanpa huruf “r”. Sebagai contoh, perkataan lucut, letak, lancar, lanjut, lepas, laksana boleh ditambah apitan meN-…-kan (me-…-kan) menjadi; melucutkan, meletakkan, melancarkan, melanjutkan, melepaskan, melaksanakan perkataan tersebut dieja sebagai; pelucutan, peletakan, pelancaran, pelanjutan, pelepasan, pelaksanaan. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan. Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.

Sebaliknya, jika sesuatu perkataan yang bermula dengan huruf “l” boleh menerima apitan beR-…, seperti berlumba, berlawan, berlaga, perkataan tersebut dieja dengan peR-…-an iaitu dengan huruf r (per-…-an) menjadi; perlumbaan, perlawanan, perlagaan. Lihat contoh di bawah:

(c)
...... pelumbaan haram (salah)
...... perlumbaann haram (betul)

(d)
...... pelawanan bola sepak (salah)
...... perlawanan  bola sepak (betul)

Kaedah ini tidak melibatkan perkataan yang bermula dengan huruf lain, selain huruf “l” seperti gaduh, tambah, damai, tetap dieja sebagai pergaduhan, pertambahan, perdamaian, dan bukan dieja pegaduhan, petambahan, pedekatan, pedamaian. Lihat contoh di bawah:

(e)
...... pegaduhan antara Ali dengan Ah Meng (salah)
...... pergaduhan antara Ali dengan Ah Meng (betul)

(f)
...... petambahan penduduk di Lembah Klang (salah)
...... pertambahan penduduk di Lembah Klang (betul)

(g)
...... pedekatan yang sesuai (salah)
...... pendekatan yang sesuai (betul)

(h)
...... pedamaian antara puak yang bermusuhan (salah)
...... perdamaian antara puak yang bermusuhan (betul)
...... kongres pedamaian sedunia (salah)
...... kongres pendamaian sedunia. (betul)

Sebagai kesimpulannya, keraguan tentang ejaan perkataan yang menggunakan pe-…-an atau per-…-an dapat diatasi dengan menentukan imbuhan yang dapat digunakan dengan kata dasarnya. Rujuklah Tatabahasa Dewan Edisi Baharu untuk mendapatkan panduan yang betul agar kita dapat memartabatkan bahasa kebangsaan kita.



24 June 2015

INFORMASI BAHASA - “MERUJUK PADA” ATAU “MERUJUK KEPADA”?

INFORMASI BAHASA
24.06.2015
“MERUJUK PADA” ATAU “MERUJUK KEPADA”?

(1) ...... merujuk pada Kamus Dewan.
(2) ...... merujuk kepada Kamus Dewan.
(3) ...... merujuk Kamus Dewan.

          Ketiga-tiga jenis frasa sering kita temukan dalam ayat, karangan, majalah, buku dan pelbagai media cetak yang lain mahupun dapat kita dengar melalui media elektronik yang lain.

          Dalam subjek Bahasa Melayu, tiada dua konsep penerimaan untuk kata sendi “pada” dan “kepada”. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap kata sendi mempunyai fungsi dan kegunaan yang tersendiri. Eloklah sekiranya kita teliti penggunaan kata sendi “pada” dan “kepada” seperti yang berikut:

Untuk makluman semua, kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, digunakan dalam ungkapan ada + pada  (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut:

(i) menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa. Antaranya adalah seperti yang berikut:
(a)
......pada masa lapang...... (gramatis)
...... di masa lapang...... (tidak gramatis)

(b)
......pada zaman moden...... (gramatis)
......di zaman moden...... (tidak gramatis)

(ii) kata sendi nama "pada" apabila didahului perkataan "ada", mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

(c)
......ada pada ibu...... (gramatis)
......ada di ibu...... (tidak gramatis)

(d)
......ada pada kucing...... (gramatis)
...... ada di kucing...... (tidak gramatis)

(iii) sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja yang mengandungi maksud sandaran. Antaranya adalah seperti

(e)
......bergantung pada...... (gramatis)
......bergantung kepada......(tidak gramatis)

(f)
.....dipasang pada kereta....... (gramatis)
.....dipasang di kereta....... (tidak gramatis)

(g)
......digantung pada dinding...... (gramatis)
......digantung di dinding...... (tidak gramatis)

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya:

(h) sasaran merujuk manusia
...... menghantar surat kepada ibu.... (gramatis)
...... menghantar surat ke ibu ...... (tidak gramatis)

(i) sasaran merujuk haiwan
...... menghadiahkan kucing kepada kakak...... (gramatis)
...... menghadiahkan kucing ke kakak ...... (tidak gramatis)

(j) merujuk unsur mujarad (abstrak)
...... penting kepada negara Malaysia.... (gramatis)
...... penting pada negara Malaysia ...... (tidak gramatis)
(k) menyatakan pecahan
...... terbahagi kepada dua kumpulan...... (gramatis)
...... terbahagi ke dua kumpulan ...... (tidak gramatis)

(l) menyatakan perubahan keadaan
...... daripada 32 darjah Celsius kepada 35 darjah Celsius ...... (gramatis)
...... daripada 32 darjah Celsius ke 35 darjah Celsius ...... (tidak gramatis)

...... daripada sedih kepada gembira...... (gramatis)
...... daripada sedih ke gembira ...... (tidak gramatis)

Setelah melihat dan mengkaji fungsi kata sendi nama “pada” dan “kepada”. Kita dapati bahawa tiada fungsi yang sesuai untuk dipadankan dengan frasa “merujuk kepada Kamus Dewan” waima “merujuk pada Kamus Dewan”. Oleh sebab itu, "merujuk pada" dan “merujuk kepada” sememangnya tidak gramatis.  

Kamus Dewan mestilah dijadikan panduan untuk mendapatkan makna sesuatu kata. Jika anda berhajatkan panduan untuk menggunakan sesuatu kata dengan betul, maka hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan. Seperti yang kita sedia maklum, dalam buku Tatabahasa Dewan, merujuk ialah kata kerja transitif yang diikuti objek selepasnya, seperti merujuk buku; dan kata sendi nama terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu.

Mengikut rumus tatabahasa, frasa "Merujuk Kamus Dewan" sebagai frasa yang gramatis kerana “merujuk” ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu Kamus Dewan. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada Kamus Dewan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima.


Kesimpulannya, frasa “merujuk kepada Kamus Dewan” gramatis kerana penggunaannya yang telah mantap dalam kalangan ahli masyarakat dan “merujuk Kamus Dewan” juga dikatakan frasa yang gramatis kerana sesuai dengan formula tatabahasa. Kesimpulannya, bahasa Melayu ialah bahasa yang amat unik kerana konsep kebiasaannya diterima sebagai frasa yang gramatis dan konsep ketatabahasaan diguna pakai sebagai frasa yang gramatis. Secara tuntas, betulkan yang salah, biasakan yang betul, elakkan yang salah, dan biasakan yang gramatis.

NEGARAWANKU

KLIP VIDEO TRIBUTE TO DR. MAHATHIR MOHAMAD
"Ingatlah.. Ingatlah.. Ingatlah.. Wahai Bangsaku!Jangan tertipu lagi.. kerana perjuangan ini belum selesai"KLIP VIDEO TRIBUTE TO DR. MAHATHIR MOHAMADYou are not alone Tun! Malaysian people always proud to have you.Kredit Video : RedPhotography https://instagram.com/redphotography1/
Posted by Demi Negara on Tuesday, 23 June 2015


NEGARAWANKU
Negarawanku ini
namanya Mahathir
ada orang kata dia mamak
ada orang kata dia India Muslim
ada orang kata dia anti-Amerika
ada orang kata dia antikerajaan
tapi
Mahathir antiperpecahan
Mahathir antikemunduran
Mahathir antikerugian
Mahathir antiboros

Negarawanku ini
ada aura tersendiri
ada suara tersendiri
ada muara politik sendiri
ada jiwa patriotik berdiri
Negarawaku Mahathir
doaku kausejahterakan negaraku
doaku kauselamatkan perpaduan negaraku
doaku kaurawat siasah dan ikhtisaskan rakyatku
doaku kaubedah siasat perekonomian nusaku
doaku kaucungkil keluar cacing kerawit
yang menjadi duri dalam daging di Malaysia
Tun Mahathir
Tun Siti Hasmah
negarawan tersohor
negarawan terbilang
negarawan terulung
negarawan terkenal
negarawan tersayang
Doaku
agar Tun M dan Tun Siti
terus berkasih sayang
terus sihat sejahtera
terus menjadi suri teladan
terus menjadi amanat dan amanah
kepada penduduk seperti saya
TAN CL
24.06.2015
AMBANG BOTANIK 

INFORMASI BAHASA - “BERGANTUNG PADA” ATAU “BERGANTUNG KEPADA”?

INFORMASI BAHASA
“BERGANTUNG PADA” ATAU “BERGANTUNG KEPADA”?
Merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, kata sendi nama "pada" antaranya berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-284. Dalam pengajaran bahasa Melayu, dari segi kata sendi nama, satu daripada penggunaan kata sendi nama “kepada” adalah untuk menunjukkan maksud sasaran. Sementara itu, satu daripada fungsi kata sendi nama “pada” adalah untuk menunjukkan maksud sandaran. Maka, kata sendi nama yang sesuai dengan konteks ayat yang tersebut ialah:
1.
...... bergantung pada semangat ketabahan.... (gramatis)
...... bergantung kepada semangat ketabahan.... (tidak gramatis)
2.
...... memberikan penegasan pada bahagian itu dalam predikat (gramatis)
...... memberikan penegasan kepada bahagian itu dalam predikat (tidak gramatis)
3.
...... menumpukan perhatian pada bidang sintaksis...... (gramatis)
...... menumpukan perhatian kepada bidang sintaksis...... (tidak gramatis)
4.
...... memberikan pengkhususan pada bidang morfologi ...... (gramatis)
...... memberikan pengkhususan kepada bidang morfologi ...... (tidak gramatis)
5.
...... berpaut pada rotan..... (gramatis)
...... berpaut kepada rotan..... (tidak gramatis)
Akhirulkalam, jika tidak memahami penggunaan kata sendi yang tepat, rujuklah Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan kepastian. Yang pasti, keyakinan kita berbahasa akan bertambah jika kita dapat menggunakan bahasa dengan betul dan gramatis.

22 June 2015

PERBEZAAN “ADAT’, “ADAB”, DAN “ADAP” YANG SAMA BUNYI TAK SAMA MAKSUD

INFORMASI BAHASA
22.06.2015
PERBEZAAN “ADAT’, “ADAB”, DAN “ADAP” YANG SAMA BUNYI TAK SAMA MAKSUD
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, berikut ialah maksud adat, adab, dan adap:
“Adat”
1. peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun
2. cara yang sudah menjadi kebiasaan
“Adab”
1. tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan
2. cara seseorang berkelakuan dalam situasi tertentu
“Adap”
1. kata majmuk “nasi adap” atau adap-adapan ialah pulut berwarna kuning yang biasanya dihidangkan dalam upacara perkahwinan.
Lihat contoh ayat di bawah:
(a)
(i) Apabila mengunjungi rumah kawan berbangsa Melayu, Ah Meng menghormati adab makan mereka. (tidak gramatis)
(ii) Apabila mengunjungi rumah kawan berbangsa Melayu, Ah Meng menghormati adat makan mereka. (gramatis)
(b)
(i) Dalam majlis perkahwinan itu, pengantin lelaki menyuapkan nasi adat kepada pengantin perempuan. (tidak gramatis)
(ii) Dalam majlis perkahwinan itu, pengantin lelaki menyuapkan nasi adap kepada pengantin perempuan. (gramatis)
(c)
(i) Wanita yang memakai skirt pendek ke kuil itu dianggap tidak beradab. (gramatis)
(ii) Wanita yang memakai skirt pendek ke kuil itu dianggap tidak beradat. (tidak gramatis)
(d)
(i) Anak yang beradab tidak akan meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa. (gramatis)
(ii) Anak yang beradat tidak akan meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa. (tidak gramatis)
(e)
(i) Penduduk Kadazan Dusun itu mengenakan pakaian beradat ketika menghadiri upacara keagamaan. (gramatis)
(ii) Penduduk Kadazan Dusun itu mengenakan pakaian beradab ketika menghadiri upacara keagamaan. (tidak gramatis)
(f)
(i) Artis popular yang berhijab tetapi tidak beradat dari segi pakaian ditegur oleh pemimpin agama. (tidak gramatis)
(ii) Artis popular yang berhijab tetapi tidak beradab dari segi pakaian ditegur oleh pemimpin agama. (gramatis)
Kesimpulannya, “adat” merujuk kepada peraturan yang sudah lama diamalkan manakala “adab” pula merujuk kepada amalan sopan atau baik yang sudah lama berakar umbi dalam kehidupan kita.
Sewaktu berbahasa Melayu, kita mestilah beradab dalam penggunaan kata dan bersusila dalam percakapan. Dengan berbuat begitu, konsep budi bahasa budaya kita terus menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia sebagai penduduk yang beradab walaupun memiliki adat resam yang berbeza. Ingatlah bahawa adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. Janganlah lupa akan adat lama pusaka usang kerana setiap perbuatan ada peraturannya. Oleh sebab itu, saya yakin bahawa adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. Akhir kata, kita mestilah mengamalkan prinsip hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

18 June 2015

INFORMASI BAHASA - KESAMAAN DAN KETIDAKSAMAAN ANTARA “FASIH” DENGAN “PETAH”

INFORMASI BAHASA
KESAMAAN DAN KETIDAKSAMAAN ANTARA “FASIH” DENGAN “PETAH”

(1)Lelaki Australia itu fasih bercakap dalam bahasa Melayu. (gramatis)
(2)Peserta pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri dari Istanbul itu petah bercakap dalam bahasa Melayu. (gramatis)
(3)Adik saya yang berusia tiga tahun petah bercakap. (gramatis)
(4)Juruacara tersohor negara kita fasih berbahasa Perancis. (gramatis)

Dalam ayat-ayat di atas, perkataan fasih dan petah jelas sekali perbezaannya dan persamaannya. Kita harus menggunakan istilah “fasih” dan “petah” dalam ayat yang mempunyai situasi dan maksud yang sesuai dengan definisinya dan kegunaannya. Istilah “fasih” sesuai untuk penutur bukan asli manakala “petah” sesuai untuk menerangkan kebijaksanaan seseorang pengguna bahasa melontarkan kata-katanya. Untuk membuktikan kebenarannya, lihat maksud “fasih” dan “petah” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut:
“petah” – (pétah) pandai berkata-kata, lancar pertuturannya, fasih, petes: engkau memang bijak berkata-kata, petah berperibahasa; memetahkan; petah lidah berlatih berkata-kata; kepetahan perihal petah, kefasihan, kepetesan.
“fasih” – 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; 2. lancar dan baik sebutannya apabila bertutur dalam sesuatu bahasa lain, petah:
(5) Guru subjek bahasa Melayu itu fasih berbahasa Melayu. (tidak gramatis)
(6) Guru bahasa Inggeris itu petah berbahasa Inggeris. (gramatis)
(7) Gadis dari Pulau Pinang itu fasih berbahasa Melayu. (tidak gramatis)
(8) Teruna dari India itu fasih berbahasa Melayu. (gramatis)

Ayat-ayat di atas juga dapat membezakan penggunaan antara istilah “fasih” dengan “petah”.

Kesimpulannya, “fasih” untuk seseorang yang pandai bercakap dalam sesuatu bahasa asing yang dipelajarinya manakala “petah” ialah kecekapan dan kelancaran serta kebijaksanaan seseorang menyusun kata dan berbicara serta berperibahasa dalam bahasa yang telah dikuasainya.

Sebagai penutup bicara pada hari ini, saksikanlah kepetahan pemidato dari Australia, Turki, dan Jepun yang beraksi di pentas dalam Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri dengan mengklik pada pautan berikut:

Sekian untuk hari ini.
Selamat belajar.

17 June 2015

Salam Ramadan al-mubarak

Ramadan ialah bulan kesembilan dalam kalendar Islam. Ibadah puasa merupakan satu daripada lima tiang rukun agama Islam. Sepanjang Ramadan, umat Islam akan berpuasa mulai imsak sehinggalah waktu berbuka puasa. Sepanjang bulan yang suci ini, penganut agama-agama lain dinasihatkan agar menghormati penganut agama Islam dengan tidak makan dan minum di depan mereka sebagai amalan menghormati kesukaran, ketabahan, kecekalan, kesabaran, dan keimanan umat Islam melalui sehari demi sehari dalam bulan yang mulia ini. Selepas berbuka puasa bersama ahli keluarga waima sahabat handai, umat Islam akan menuju ke masjid, surau, dan rumah-rum
ah ibadat Islam mahupun di rumah sendiri untuk menunaikan sembahyang tarawih selepas sembahyang Isyak. Tujuan umat Islam bertarawih adalah untuk menghidupkan Ramadan di samping mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu, para Muslimin dan Muslimat juga dapat mengisi waktu yang sesuai ini untuk menghafaz al-Quran demi memperteguh keimanan dan kekukuhan jati diri. Dengan kerahmatan yang yang diperoleh daripada Allah SWT, umat Islam dapat melalui bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Saya ingin mengucapkan selamat menjalani Ramadan al-mubarak kepada rakan guru dan murid-murid yang beragama Islam.

Cikgu Tan CL
17 Jun 2015

INFORMASI BAHASA - MAKANAN & MINUMAN (siri ke-8 dan ke-9)

INFORMASI BAHASA
MAKANAN & MINUMAN (siri ke-8 dan ke-9)

Bersempena dengan Ramadan al-mubarak yang akan bermula esok, banyak suri rumah tangga, penggemar makanan, dan ahli masyarakat akan memikirkan juadah berbuka yang sihat, sesuai, dan berkhasiat. Namun begitu, keprihatinan masyarakat pada ejaan makanan masih rendah kerana mereka beranggapan bahawa selagi nama makanan itu difahami, mereka tidak berasa perlunya tanggungjawab saling menegur atas kesilapan mengeja makanan tersebut. Semua didikan bermula daripada guru. Oleh sebab itu, guru-guru subjek Bahasa Melayu memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur kesilapan bahasa yang dilakukan oleh ahli masyarakat. Usaha ini penting agar usaha memartabatkan dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita akan mencapai objektifnya.

Informasi ejaan makanan dan minuman akan dihentikan buat sementara waktu mulai minggu depan sebagai tanda hormat kepada rakan-rakan yang beragama Islam yang akan berpuasa.

Akhir kata, kepada guru-guru beragama Islam yang akan menyambut bulan suci ini, saya ingin mengucapkan "selamat berpuasa" kepada yang menyambut bulan mulia, bulan Ramadan, bulan puasa yang menguji kekuatan iman dan amal!

Salam Ramadan al-mubarak!


16 June 2015

INFORMASI BAHASA - KEKELIRUAN ANTARA “BERHEMAT” DENGAN “BERHEMAH”

INFORMASI BAHASA
16.06.2015
KEKELIRUAN ANTARA “BERHEMAT” DENGAN “BERHEMAH”
Maksud “berhemah” pula ialah mempunyai budi pekerti yang mulia.

Lihat ayat-ayat di bawah dengan teliti:
1.
Ali memandu kereta secara berhemah. (betul)
Ali memandu kereta secara berhemat. (salah)

2.
Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji. (betul)
Pemandu kereta yang berhemat itu patut dipuji. (salah)

3.
Ibu berhemah dalam perbelanjaan harian. (salah)
Ibu berhemat dalam perbelanjaan harian. (betul)

4.
Ayah seorang yang berhemat dalam perancangan ekonomi keluarga. (betul)
Ayah seorang yang berhemah dalam perancangan ekonomi keluarga. (salah)

5.
Pelajar itu berhemah tinggi dan berdisiplin di sekolah. (betul)
Pelajar itu berhemat tinggi dan berdisiplin di sekolah. (salah)

6.
Wai Hyn hendak berhemat demi menyimpan wang. (betul)
Wai Hyn hendak berhemah demi menyimpan wang. (salah)

7.
Pengarang itu berhemat dalam penulisan bukunya untuk mengelakkan kesilapan. (betul)
Pengarang itu berhemah dalam penulisan bukunya untuk mengelakkan kesilapan. (salah)


15 June 2015

INFORMASI BAHASA - PERIHAL "DIBUAT DARIPADA" DAN "DIPERBUAT DARIPADA"


"Diperbuat" dan "dibuat" ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif "memperbuat" dan "membuat". Kamus Dewan hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif sahaja.
Jika kita meneliti Kamus Dewan, "memperbuat" sama makna dengan "membuat", iaitu membentuk, mencipta waima membikin sesuatu. 
Sebaliknya, "membuat" pula mempunyai banyak makna, antaranya ialah "membikin, membentuk, mencipta, mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan, menyebabkan, mendatangkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan dan banyak lagi.

Menurut catatan dalam Tatabahasa Dewan, sebagaimana yang berlaku pada awalan memper-, awalan diper- juga boleh digabungkan dengan kata kerja "buat" menjadi "diperbuat". Bentuk ini juga dianggap lewah bagi "dibuat".
1.
Beg itu dibuat daripada kulit buaya. (betul)
Beg itu diperbuat daripada kulit buaya. (tidak gramatis)
Dalam ayat-ayat di atas, kedua-dua frasa "dibuat daripada" dan "diperbuat daripada" betul tetapi yang gramatis ialah "dibuat daripada". Untuk maklumat anda, jika kita  merujuk Kamus Dewan dan lihat entri "buat", kata kerja "membuat" sama maksudnya dengan memperbuat kerana bentuk pasifnya "dibuat" dan "diperbuat". Rujukan ini terjadi demikian kerana "diperbuat" dianggap mantap kerana banyak digunakan oleh ahli masyarakat.
2.
Keputusan itu dibuat oleh Kak Zeti.
Keputusan itu diperbuat oleh Kak Zeti. 
3.
Kian Ling membuat keputusan untuk berhijrah.
Kian Ling memperbuat keputusan untuk berhijrah.
Jika kita meneliti maksud dalam Kamus Dewan, keempat-empat ayat di atas gramatis atau tidak gramatis?
Sila kemukakan pendapat anda.

12 June 2015

INFORMASI BAHASA - YA DAN IA YANG SAMA TETAPI TAK SERUPA

PERIHAL “IA” DAN “YA” YANG SAMA TAPI TAK SERUPA
Ia dan Ya sering kita dengar dan tulis dalam ayat dan dialog serta acap kali kita lihat dalam sari kata yang disiarkan melalui televisyen. Walau bagaimanapun, perkataan yang terbentuk daripada satu suku kata ini kadangkala mengelirukan pengguna bahasa. Ya atau tidak?
Sebelum kita melihat penerbitan kata daripada “ia” dan “ya”. Eloklah kita perhatikan maksud “ia” dan “ya” dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga.
“Ia” ialah kata yang diucapkan untuk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu serta membawa maksud “ya”.
Sementara itu, “beria-ia” pula membawa maksud bersungguh-sungguh. Contohnya, Dia beria-ia benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman.
Jika dibubuh imbuhan untuk membentuk kata kerja, “ia” akan menjadi “mengiakan” yang membawa maksud mengatakan ia, membenarkan, dan menyungguhkan. Contohnya, Saya mengiakan apa-apa yang dikatakannya.
“Ya” membawa maksud kata untuk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul. Contohnya, Ya, saya ada dua orang anak. Contoh kedua ialah Yakah engkau ini yang bernama Tuanku Malim Deman? Frasa “Ya tak Ya juga” membawa maksud memang benar dan betul.
“Ya” juga merupakan kata untuk menyatakan sanggup melakukan sesuatu atau baiklah. Contohnya, “Yalah, patik membawa Duli Yang Dipertuan lari.
“Ya” juga merupakan kata untuk menyahut panggilan orang dengan menjawab bahawa kita mendengarnya. Contohnya, “Ya pak cik”.
“Ya jika dibubuh imbuhan untuk menjadi kata kerja pula akan menjadi “mengeyakan” yang membawa maksud mengatakan ya, membenarkan, dan menyungguhkan.
Sebenarnya, perkataan “mengiakan” lahir daripada kata dasar “ia” manakala mengeyakan lahir daripada kata dasar “ya” membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan mengakui sesuatu. Perkataan “ya” yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan meng- akan menjadi menge- “mengeyakan”. Oleh hal yang demikian kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan walaupun maknanya ada sedikit perbezaan.
Apakah perbezaannya?
Jika dilihat dari sudut makna, kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut fungsi kata, kedua-dua kata ini terdapat sedikit perbezaan. Kata “mengiakan” berfungsi sebagai perkara atau keterangan yang dipersetujui. Sementara itu, “mengeyakan” pula, berfungsi apabila seseorang itu diminta menyatakan atau mengatakan sesuatu perkara yang perlu dipersetujui.
Lihat ayat-ayah di bawah:
1.
Ayah mengiakan permintaan ibu. (salah)
Ayah mengeyakan permintaan ibu. (betul)
2.
Ayah mengeyakan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis. (betul)
Ayah mengiakan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis. (salah)
3.
Ibu mengiakan pertanyaan ayah. (salah)
Ibu mengeyakan pertanyaan ayah. (betul)
Adakah jawapan saya di atas betul?
Sekian informasi bahasa untuk tatapan kita pada hari ini.

11 June 2015

INFORMASI BAHASA - EJAAN MAKANAN DAN MINUMAN - (SIRI 7)

INFORMASI BAHASAEJAAN MAKANAN DAN MINUMAN - (SIRI 7)

SILA KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK MELIHAT EJAAN DAN GAMBAR DENGAN JELAS

Hari Rabu biasanya saya akan menyajikan makanan yang popular di Malaysia tetapi disalah tulis oleh kedai makan waima restoran.
Saya memuat naik lambat pada hari ini kerana kesibukan dalam bidang akademik, maafkan saya!
Sebenarnya, Malaysia ialah negara yang kaya dengan makanan. Makanan di negara kita terdiri daripada makanan tradisional pelbagai bangsa dari Timur waima dari Barat.
Walau bagaimanapun, banyak pengguna bahasa yang mengeja makanan dengan salah. Oleh sebab itu, kita haruslah mengeja makanan dengan betul supaya semua restoran mahupun gerai di Malaysia menggunakan ejaan yang betul dan standard. Proses menstandardkan ejaan memakan masa berpuluh-puluh tahun walaupun Kamus Dewan sudah sedia menyajikan pedoman dan rujukan yang terbaik.
Akhir kata, eja dengan betul, makan dengan betul, barulah hidup dengan sihat!
Selamat menjamu selera!

9 June 2015

PERBEZAAN ANTARA "AGEN" DENGAN "EJEN"

INFORMASI BAHASA
09.06.2015
PERBEZAAN ANTARA "AGEN" DENGAN "EJEN"

Banyak pengguna bahasa bertanya kepada saya, "Cikgu Tan, mengapakah "agensi insurans" betul tetapi "agen insurans" salah?

Adakah ejen bekerja untuk agensi atau ejensi?
Mengapakah berlaku fenomena seperti ini?

Marilah kita lihat maksud "agen" dan "ejen" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

agen - sesuatu yang menyebabkan berlaku­nya tindak balas (proses dan sebagainya)

ejen -  orang yang menjalankan perniagaan untuk orang lain atau wakil dalam urusan jual beli atau dalam perdagangan atau wakil penjual

Lihat ayat-ayat di bawah:

1.
Ayah bekerja sebagai agen hartanah di sebuah agensi hartanah. (salah)
Ayah bekerja sebagai ejen hartanah di sebuah agensi hartanah. (betul)

2.
Flora dan fauna berfungsi sebagai ejen pendebungaan. (salah)
Flora dan fauna berfungsi sebagai agen pendebungaan. (betul)

3.
Wanita itu agen insurans yang rajin. (salah)
Wanita itu ejen insurans yang rajin. (betul)

4.
Asid ialah ejen kimia yang penting. (salah)
Asid ialah agen kimia yang penting. (betul)

Secara ringkas, lihat perbezaan ketara antara kedua-dua perkataan tersebut:
(i) ejen (manusia)
(ii) agen (bukan manusia)

Kesimpulannya, kedua-dua perkataan agen dan ejen merujuk perkataan Inggeris yang sama, iaitu "agent".

"Agen" digunakan untuk bidang sains dan bidang-bidang lain yang bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas, proses dan sebagainya manakala "ejen" digunakan untuk orang, syarikat dan sebagainya yang menjalankan perniagaan untuk orang lain.
Dalam hal ini menunjukkan kedua-dua perkataan itu digunakan mengikut konteks dan bidang yang berbeza.

Saya berharap agar penerangan saya jelas dan mudah difahami.
Selamat belajar!

Perbezaan antara "memperisteri" dengan "memperisterikan" dan perbezaan antara "mempersuami" dan "mempersuamikan"

INFORMASI BAHASA

Oleh sebab musim cuti ialah musim perkahwinan, maka kita lihat perbezeaan antara kata dasar "suami" dan "isteri" yang menerima imbuhan apitan "memper-i" dan "memper-kan"
Topik hari ini:
(a) Perbezaan antara "memperisteri" dan "memperisterikan"
(b) Perbezaan antara "mempersuami" dan "mempersuamikan"
(a)
"memperisteri" bermaksud menjadikan seseorang isteri. "memperisterikan" bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri.
(b)
"mempersuami" bermaksud menjadikan seseorang suami. "mempersuamikan" bermaksud memberikan suami kepada seseorang atau menjadikan seseorang bersuami.
Contohnya:
1.
Encik Hamid memperisterikan seorang gadis kampung. (salah)
Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. (betul)
2.
Pak Tua memperisteri Ali dengan gadis dari seberang. (salah)
Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. (betul)
3.
Puteri bongsu mempersuamikan pahlawan yang gagah itu. (salah)
Puteri bongsu mempersuami pahlawan yang gagah itu. (betul)
4.
Ibu ingin mempersuami kakak dengan lelaki dari Melaka. (salah)
Ibu ingin mempersuamikan kakak dengan lelaki dari Melaka. (betul)
Kesimpulannya, apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti: "memperingati", "memperkawani", "memperisteri" dan "mempersuami".
Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper...i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Hal ini wujud hasil daripada perkembangan sesuatu bahasa selagi bahasa itu terus dituturkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Apitan memper-...-kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper-...-kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan dalam maksud kata kerja, manakala apitan memper-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif seperti mempercabangkan (menjadikan bercabang) dan memperhambakan (menjadikan diri seperti hamba). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 208 dan 2011.
Selamat pengantin baharu!
Selamat belajar!

5 June 2015

INFORMASI BAHASA - KATA TANYA "DI MANA", KATA GANTI NAMA TIDAK TENTU "DI MANA-MANA" YANG SERING DISALAHGUNAKAN.

INFORMASI BAHASA
KATA TANYA "DI MANA", KATA GANTI NAMA TIDAK TENTU "DI MANA-MANA" YANG SERING DISALAHGUNAKAN.
"Di mana" ialah kata tanya yang mantap dan hanya boleh ditulis dalam ayat tanya. Jika ingin ditulis pada awal ayat, partikel "-kah" perlu digunakan.
Jika ingin ditulis pada akhir ayat, partikel "-kah" tidak perlu ditulis.
Banyak pengguna bahasa yang melakukan kesilapan seperti yang berikut:
1.
Di mana awak tinggal? (salah)
Awak tinggal di manakah? (salah)
Di manakah anda tinggal? (betul)
Anda tinggal di mana? (betul)
2.
Di mana guru itu mengajar? (salah)
Guru itu mengajar di manakah? (salah)
Di manakah guru itu mengajar? (betul)
Guru itu mengajar di mana? (betul)
"Di mana-mana" ialah kata ganti nama tidak tentu yang hanya boleh hadir dalam ayat yang menjelaskan maksud tempat atau lokasi yang tidak tentu. Oleh sebab itu, "di mana" tidak sesuai untuk menggantikan penggunaan tempat yang tidak tentu. Hal ini dikatakan demikian kerana "di mana" untuk ayat tanya sahaja.
Sebenarnya, perkataan "di mana" dalam ayat penyata banyak ditemukan dan ditulis oleh pengguna bahasa kerana mereka terpengaruh oleh bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, frasa "di mana" dalam ayat penyata harus digugurkan kerana tidak mengganggu makna sebenar ayat tersebut.
Contoh 1:
School is a place where we study.(bahasa Inggeris)
Sekolah ialah tempat di mana kita belajar. (salah)
Sekolah ialah tempat kita belajar. (betul)
Contoh 2:
Keep the trophy at whichever place that you think is suitable. (bahasa Inggeris)
Simpan piala itu di mana tempat yang kamu rasa sesuai. (salah)
Simpan piala itu di tempat yang kamu rasa sesuai. (betul)
Simpan piala itu di mana-mana tempat yang kamu rasa sesuai. (betul)
3.
Sekolah ialah tempat di mana kita belajar. (salah)
Sekolah ialah tempat kita belajar. (betul)
4.
Musim kering di mana hujan tidak turun untuk masa yang lama. (salah)
Musim kering ialah tempoh hujan tidak turun untuk masa yang lama. (betul)
5.
Kita dapat tinggal di mana sahaja asalkan keperluan asas mencukupi. (salah)
Kita dapat tinggal di mana-mana sahaja asalkan keperluan asas mencukupi. (betul)
Konklusinya,
di mana? = where?
di mana-mana = wherever
Harus ingat, "di mana" hanya wujud dalam ayat tanya sahaja.

4 June 2015

KATA TANYA "BILA" YANG MENGALAMI PROSES PENERBITAN KATA

INFORMASI BAHASA
KATA TANYA "BILA" YANG MENGALAMI PROSES PENERBITAN KATA

Banyak pengguna bahasa yang beranggapan "bila" dan "apabila" mempunyai makna yang sama. Sebenarnya, banyak perbezaan antara "bila" dengan "apabila".

Bila ialah kata tanya yang berkaitan dengan waktu.
Jika ingin ditulis pada awal ayat, partikel "-kah" perlu digunakan.
Jika ingin ditulis pada akhir ayat, partikel "-kah" tidak perlu ditulis.
Contohnya:
1.
Bila adik akan bertunang? (salah)
Adik akan bertunang bilakah? (salah)
Bilakah adik akan bertunang? (betul)
Adik akan bertunang bila? (betul)

Apabila ialah kata penghubung ayat yang bererti "pada ketika" atau "semasa".
Satu lagi perkataan yang boleh bertukar ganti dengan perkataan "apabila" ialah "apakala".
Contohnya:
2.
Ayah hanya berdiam diri bila kami menegurnya. (salah)
Ayah hanya berdiam diri apabila kami menegurnya. (betul)

3.
Atikah duduk di hujung dewan bila majlis bermula. (salah)
Atikah duduk di hujung dewan apabila majlis bermula. (betul)
Bila-bila pula membawa maksud "sebarang masa" atau "masa atau waktu yang tidak ditentukan".
Contohnya:

4.
Encik Meganathan akan masuk ke pejabat pada bila masa. (salah)
Encik Meganathan akan masuk ke pejabat pada bila-bila masa. (betul)

5.
Husni akan membentangkan kertas kerjanya pada bila masa pagi nanti. (salah)
Husni akan membentangkan kertas kerjanya pada bila-bila masa pagi nanti, (betul)


Kesimpulannya. "bila" dan bilakah" hanya boleh digunakan untuk menanyakan sesuatu. Sementara itu, "bila-bila" menerangkan "sebarang masa" atau "whenever" dalam bahasa Inggeris.
Selamat belajar!

3 June 2015

LATIHAN TATABAHASA BM PT3 & SPM

Jika anda berminat untuk mendapatkan jawapannya, e-mel kepada saya dan nyatakan tarikh catatan agar mudah untuk saya menghantar jawapannya.
LATIHAN TATABAHASA 
LATIHAN 1
                  Salah
Betul
1. Lima suku jam

2. Empat setengah ratus

3. Lapan setengah meter

4. Dua suku minggu

5. Tiga setengah liter

6. Tujuh suku minit

7. Satu setengah bulan

8. Enam suku millimeter

9. Sembilan setengah tahun

10. Dua suku zaman


LATIHAN 2
Salah
Betul
1. Berpuluh pelajar

2. Beratus tahun

3. Berpuluh guru

4. Berjuta ringgit

5. Berbelas hari

6. Beribu kertas

7. Bertahun berlaku

8. Berpuluh ribu

9. Berenam pelajar

10. Beratus penyokong

11. Berminggu menunggu

12 Berbulan sakit

13. berhari tidak pulang

14. berjam menanti

15. berhari tunggu


LATIHAN 3
Salah
Betul
1. keenam orang guru.

2. kelima ekor kambing

3. Kelapan-lapan doktor

4. Ketiga murid

5. Kedua-dua kereta

6. Keempat biji durian

7. Ketujuh helai baju

8. Kesembilan buah rumah

9. Ketiga-tiga kerani

10. Kelima orang petani

11. Kelapan orang guru

12. Kedua ibu bapa


LATIHAN 4
Salah
Betul
1. Para hadirin-hadirin

2. Semua cikgu-cikgu

3. Sepasukan askar-askar

4. Sekumpulan pelajar-pelajar

5. Segala syarat-syarat

6. Segerombolan gajah-gajah

7. Selonggok sampah-sampah

8. Seluruh negara-negara

9. Banyak budak-budak

10. Ramai pelawat-pelawat


LATIHAN 5
Salah
Betul
1. Ramai orang anak

2. Banyak orang pelanggan

3. Ramai ekor lembu

4. Banyak hadirin di konsert

5. Terdapat ramai kereta

6. Terdapat  ramai rumah

7. Banyak pembeli di pasar raya

8. Ramai kerani di pejabat itu

9. Banyak pekerja di kilang itu

10. Banyak hadirin di majlis itu


LATIHAN 6
Salah
Betul
1. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

2. Hadirin dan hadirat sekalian

3. Para pendatang asing sekalian

4. Rakan-rakan sekalian

5. Murid-murid sekalian

6. Semua pelawat sekalian

7. Seluruh penduduk sekalian

8. Cikgu-cikgu sekalian

9. Penghuni-penghuni sekalian

10. Pengurus-pengurus sekalian


LATIHAN 7
Salah
Betul
1. Setengah pekerja di kilang itu bukan bangsa Cina.

2. Sesetengah daripada nasi goreng itu dimakan oleh Benny.

3. Sesetengah daripada botol susu telah diminum oleh adik.

4. Setengah guru di sekolah itu berjantina perempuan.

5. Sesetengah daripada murid di kelas itu gagal dalam peperiksaan akhir tahun.

6. Setengah penduduk di kampung itu bekerja sebagai nelayan.

7. Setengah pekerja di kilang itu berasal dari Myanmar.

8. Sesetengah daripada gaji dia telah habis dibelanja.

9. Sesetengah daripada lukisan itu telah siap dilukis oleh Ali.

10. Setengah guru di sekolah itu tidak memiliki kereta sendiri.


LATIHAN 8
Salah
Betul
1. Beberapakah harga barangan ini


2. Beberapakah jumlah pelajar yang ada di dalam kelas


3. Berapa orang pelajar sedang membaca buku di perpustakaan

4. Berapa kuantiti bola yang ada di dalam kotak itu

5. Beberapakah pelajar yang tidak hadir pada hari ini

6. Berapa orang budak sedang bermain bola di padang

7. Beberapakah bilangan guru yang ada di sekolah kamu

8. Berapa orang perompak ditangkap oleh polis

9. Berapa orang kerani di pejabat itu berbangsa Cina

10. Beberapakah harga sekilogram ikan siakap

LATIHAN 9
Salah
Betul
1. Adik menggoyang-goyang kepalanya berkali-kali


2. Abang menggoyang-goyang kepalanya berulang kali


3. Pemuda itu melambai-lambaikan tangannya berkali-kali


4. Guru mengata-ngatakan disiplin pelajar berulang kali


5. Nenek asyik berjalan-jalan dari sana ke sini berkali-kali


6. Budak itu memusing-musingkan gasingnya berulang kali


7. Syafiq berlari-lari di padang berkali-kali


8. Kereta itu berulang-alik berkali-kali


9. Orang tua itu asyik bercakap-cakap berulang kali


10. Katak itu melompat-lompat di atas rumput berulang kali

LATIHAN 10
Salah
Betul
1. Beberapa pelajar

2. Beberapa petani

3. Beberapa kereta

4. Beberapa rumah teres

5. Beberapa baju kemeja

6. Beberapa kasut

7. Beberapa bola keranjang

8. Beberapa ikan emas

9. Beberapa pensel

10. Beberapa anggur

11. Beberapa guru

12. Beberapa buku

13. Beberapa ibu bapa

14. Beberapa pengetua

15. Beberapa penulis


LATIHAN 11
Salah
Betul
1. Di antara cita-cita dia

2. Antara sini dengan sana

3. Di antara kegemaran

4. Antara timur dengan barat

5. Di antara hobi saya

6. Antara rumah dengan kedai

7. Di antara kebolehan saya

8. Antara kedai dengan sekolah

9. Di antara kehebatan mereka

10. Antara atas dengan bawah


LATIHAN 12
Salah
Betul
1. Di dalam cepu minda

2. Dalam kereta ayah

3. Di dalam ingatan

4. Di dalam kenangan

5. Dalam bilik darjah

6. Dalam kawasan sekolah

7. Di dalam fikiran

8. Di dalam harapan

9. Dalam bilik mesyuarat

10. Dalam dapur


LATIHAN 13
Salah
Betul
1. ialah cantik

2. adalah kedai Shawn

3. ialah untuk dia

4. Adalah rumah Awang

5. Ialah untuk kebaikan adik

6. Adalah kereta Pak Usof

7. Ialah kepada Encik Samad

8. Beg ini adalah beg Sharon

9. Bayi ini ialah comel

10. Lelaki itu adalah abang saya


LATIHAN 14
Salah
Betul
1. mencintai akan negara

2. sayang akan sendiri

3. benci orang jahat itu

4. mengagumi akan gambar

5. menyayangi akan bayi itu

6. mengemari akan lagu itu

7. menghormati akan datuk

8. cinta perempuan itu

9. minat permainan itu

10. suka lelaki kacak itu


LATIHAN 15
Salah
Betul
1. Sila datang pada bila masa

2. Pergilah mana saja

3. Belajarlah apa yang perlu

4. Ambillah apa yang sesuai

5. Jemput hadir bila saja

6. Tunjuklah mana yang betul

7. Jumpalah pada bila masa

8. Berikan kepada siapa sahaja

9. Ikutlah siapa sahaja

10. Minta duduk di mana sahaja


LATIHAN 16
Salah
Betul
1. Dapatkah saya ke tandas?

2. Dapatkah tolong saya?

3. Kamu dapat balik jika selesai

4. Dia boleh menjawab soalan ini alam masa yang singkat

5. Awak dapat balik awal setelah menyiapkan kerja itu

6. Pelajar itu boleh menjawab soalan yang susah itu

7. Dapatkah anda menolong saya hantar buku ini?

8. Awak dapat pulang ke rumah sekiranya habis belajar

9. Dapatkah kamu padamkan tulisan di atas papan hitam?

10. Dia boleh menyelesaikan masalah ini dengan efisien.


LATIHAN 17
Salah
Betul
1. Itulah satu kenangan manis untuk diri saya

2. Untuk diri saya itulah satu kenangan manis

3. Itulah satu pengajaran untuk diri saya

4. Adalah bagi murid-murid

5. Untuk diri saya itulah satu pengajaran

6. Tempat tinggal disediakan bagi kamu

7. Tindakan kerajaan adalah bagi menangani kes jenayah

8. Untuk diri saya itulah satu pemandangan yang permai

9. Itulah satu ingatan yang kekal untuk diri saya

10. Untuk diri saya itulah satu ingatan yang kekal


LATIHAN 18
Salah
Betul
1. Sudah sampai ke rumah

2. Hendak bertolak di Dubai

3. Menuju di arah timur

4. Adik duduk ke atas meja

5. Ibu pergi di kedai runcit itu

6. Ayah sudah ke pejabatnya

7. Adik lewat sampai ke kelas

8. Bas itu bertolak di sekolah

9. Kami baru sampai ke Johor

10. Nenek hendak balik di kampungnya.


LATIHAN 19
Salah
Betul
1. Ayah menasihati kepada adik supaya tidak bernakal

2. Hobi Kamal ialah melancong seluruh dunia

3. Melaporkan kes pihak polis

4. Hussein memesan kepada anaknya agar rajin belajar

5. Kim dan rakan-rakannya hendak melancong China

6. Pengawas melaporkan kes buli itu cikgu.

7. Ibu menyuruh kepada kakak menyapu lantai

8. Saya memberitahu kepada Ali tentang perkara itu

9. Guru melaporkan pengetua tentang disiplin pelajar

10. Richeal melancong luar negara pada setiap tahun


LATIHAN 20
Salah
Betul
1. Rumah Arif terletak pada Johor

2. Buku cerita awak ada di Ali

3. Fizal selalu bermalam pada asrama syarikatnya

4. Adik belajar pada Sekolah Rendah Abu Bakar

5. Yuran sekolah sudah ibu sediakan dan ada di Lim

6. Jolin dan keluarganya tinggal pada Selangor

7. Pensel dia ada di Pauline

8. Jururawat membalut luka pesakit di tangannya.

9. Datuk dan nenek tinggal bersama pada kampung

10. Beg sekolah Kim ada di Leong


LATIHAN 21
Salah
Betul
1. Sila jangan malas

2. Tolong harap selesaikan

3. Tolong sila masuk

4. Sila jangan melepak

5. Sila harap betulkan jawapan

6. Harap tolong bersihkan

7. Usah jangan menconteng

8. Harap sila duduk

9. Sila jangan bermain di sini

10. Usah jangan terburu-buru

LATIHAN 22
Salah
Betul
1. Sebab sibuk Ali tidak dapat datang.


2. Oleh kerana demam Kumar tidak dapat hadir .


3. Dia tidak dapat datang sebab sakit perut.


4. Sebab soalan yang susah menjadikannya tidak dapat menjawab.


5. Ali didenda oleh cikgu sebab lewat.


6. Laila tidak dapat cakap sebab dia bisu.


7. Julian tidak dapat dengar sebab dia pekak.


8. Oleh kerana kelaparan bayi itu menangis

9. Denon tersenyum sebab terjumpa kekasihnya

10. Sebab letih menjadikannya tertidur di dalam kelas


LATIHAN 23
Salah
Betul
1. Alex mendengar lagu manakala menunggu ibunya pulang.

2. Ayah mencuci kereta sementara ibu memasak.

3. Kakak menonton televisyen manakala menunggu bapa balik.

4. Amin membaca majalah manakala menunggu bas sampai.

5. Abang mengulang kaji di biliknya sementara kakak membasuh baju.

6. Rafiq bermain komputer sementara ibu memasak.

7. Emak sedang menjemur baju manakala menanti ayah balik.

8. Hui Ling sedang melukis gambar sementara kakaknya membaca buku di dalam bilik.

9. Nancy bersiar-siar di luar rumah manakala menunggu kekasihnya balik kerja.

10. Colin sedang bermain bola sementara abangnya mencuci kereta.