Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

5 May 2015

INFO BAHASA 5.5.2015

INFO BAHASA
5.5.2015
PENGGGUNAAN "BOLEH" DAN "DAPAT".
Pada hari ini, saya akan menerangkan penggunaan perkataan "boleh" dan "dapat" yang sering kali disalahgunakan oleh pengguna bahasa. Kata "boleh" lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan atau kebenaran. Kata "dapat" pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
1.
Saya tidak boleh ke luar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. (betul)
Saya tidak dapat ke luar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. (salah)
2.
Remaja bawah 18 tahun tidak boleh membeli rokok. (betul)
Remaja bawah 18 tahun tidak dapat membeli rokok. (salah)
3.
Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. (betul)
Saya tidak dapat masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. (salah)
4.
Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. (betul)
Saya tidak boleh memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. (salah)
5.
Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapat memandu kereta. (betul)
Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah boleh memandu kereta.
6.
Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi dia belum boleh memandu kereta di jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun. (betul)
Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi dia belum dapat memandu kereta di jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun. (salah)
7.
Walaupun sudah tua, namun Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu. (betul)
Walaupun sudah tua, namun Pak Samad boleh mendaki gunung Kinabalu itu. (salah)
8.
Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak boleh menyertai pertandingan bola sepak itu. (betul)
Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak dapat menyertai pertandingan bola sepak itu. (salah)
Sekian untuk hari ini, terima kasih.
Selamat bertugas kepada guru!
Selamat menduduki peperiksaan kepada murid yang bakal mendudukinya hari ini.

No comments: