MEMASAK
1.
menumis
2.
menggoreng
3.
menanak
4.
menjerang
5.
mereneh
6.
membakar
7.
mengukus
8.
menggulai
9.
merebus
10.
menyalai
11.
mengadun
12.
menggelek
13.
menebar
14.
menggaul
15.
membarbeku
16.
merojak
17.
menumbuk
18.
memanggang
19.
mendiang
20.
menggiling
KATA KERJA “POTONG”
21.
memotong
22.
menggunting
23.
menebas
24.
mencantas
25.
menakik
26.
meracik
27.
mencincang
28.
membelah
29.
melapah
30.
menyembelih
31.
memetik
32.
menghiris
33.
memecahkan
34.
menabak
35.
mengamputasi
36.
mengagihkan
37.
membahagikan
38.
menajinkan
39.
menakma
40.
menancapkan
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.
1.
Ibu sedang sibuk _________________ cili untuk ditumis menjadi sambal.
2.
Pada hari jadi adik, kami ______________________ kepak ayam dengan gembira
di pantai Port Dickson.
3.
Hang Tuah ___________________ batang pokok dengan sebilah parang supaya
mudah untuknya memanjat pokok tersebut.
4.
Wanita yang berada di dapur sibuk _________________ kari ayam untuk
dijadikan hidangan berbuka puasa beramai-ramai.
5.
Pekerja di kebun bunga itu __________________ bunga untuk dijual di pasar
pagi.
6.
Ketua tingkatan ____________________ tugas membersihkan kelas kepada semua
pelajar kelas 5 Sains 1.
7.
Pada musim perayaan Aidilfitri dan Hari Raya Haji, banyak peniaga yang
___________________ lemang dan merebus ketupat untuk dijual.
8.
Amalan ________________________ sirih masih diamalkan olek datuk dan nenek
saya kerana mereka sudah biasa dengan makanan tradisional itu.
9.
Ayah terpaksa _________________ tingkat kerekanya untuk mengeluarkan adik
yang terkunci dari dalam kereta.
10. Sebelum memasukkan sayur, ibu ________________ bawang
merah dan bawang putih untuk meningkatkan kesedapan sayur.
11. Adik menitiskan air mata ketika _________________ bawang
yang dikatakan memedihkan mata.
12. Pembantu rumah Dato’ Sharizat _______________ telur dan
sosej untuk dijadikan sarapan harian mereka sekeluarga.
13. Pada sambutan Hari Raya Korban, penduduk kampung
______________ lembu dan kambing untuk dikorbankan dan disedekahkan.
14. Pelancong asing itu terpegun apabila melihat pemuda itu
_______________ roti canai di depan kedainya.
15. Ibu______________ daging kepada ketulan-ketulan kecil
sebelum memasak kari.
16. Masyarakat Cina suka _______________ sup dan herba untuk
kebaikan kesihatan mereka.
17. Pemilik kedai kopi itu _______________ roti dan
menyediakan telur setengah masak untuk dihidangkan kepada pelanggannya.
18. Saya dan kakak ________________ adunan untuk dibuat kuih
tart nanas dan samprit.
19. Tukan kebun itu sedang sibuk _______________ rumput di
halaman rumah tuannya.
20. Mesin yang digunakan untuk __________________ doh untuk
dibuat roti itu mahal.
21. Ibu yang sedang _______________ nasi di dapur tidak sedar
akan kepulangan ayah dari luar negara.
22. Kakak sedang ____________________ kuah kari sementara
abang sedang menjaga api kayu yang dinyalakan dengan arang.
23. Pekevun itu sedang _________________ dahan pokok limau
supaya kelihatan kemas dan cantik untuk hiasa Tahun Baharu Cina.
24. Banyak peniaga sambilan yang ____________________ daging
untuk dijual bagi mencari rezeki sempena ketibaan Tahun Baharu Cina.
25. Ibu _______________ daging ayam itu sehingga halus-halus
sebelum memasukkannya ke dalam periuk yang berisi bubur nasi.
26. Setiausaha Datin Seri Rosmah sedang ______________ air
untuk menyediakan minuman panas untuk tetamu yang hadir di pejabat beliau.
27. Peniaga dobi itu ___________ pakaian dengan air kanji
supaya pakaian yang diseterikanya licin dan keras.
28. Ayah sedang ______________ ayam selepas membaca doa.
29. Abang Kamil sedang ___________________ lalang di tepi
rumah untuk mengelakkan ular memasuki rumah mereka.
30. Orang tua itu _________________ tongkatnya di tanah lalu
duduk di banku taman permainan itu.
31. Doktor terpaksa _________________ kaki nenek yang
dijangkiti bakteria akibat penyakit kencing manisnya.
32. Orang Asli itu ___________________ seekor rusa dengan
lembing buatan sendiri.
33. Pasukan pengakap itu sedang __________________ kayu untuk
dijadikan kayu api memasak.
34. Pihak berkuasa akan ___________________ wang derma kepada
mangsa banjir di Pantai Timur.
35. Ibu saya suka ________________ kuih pao untuk dijadikan
sarapan pagi yang sihat.
36. Juruelektrik itu sedang _______________________ wayar dan
kabel sebelum memasang suis lampu tersebut.
37. Kakak __________________ ubi sehingga empuk untuk
dijadikan sajian makan petang bersama air kopi yang panas.
38. Pekerja salun itu sedang ___________________ rambut
pelanggannya sambil berbual-bual mesra.
39. Tukang masak itu sedang ______________________ cili api
dengan batu lesungn utuk dijadikan sambal belacan.
40. Ayah sedang _____________________ daging ayam belanda
sempena sambutan Hari Krismas.
1 comment:
Cikgu,nak jawapan boleh tak
Post a Comment