SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011
|
||
NO
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
1
|
bagai aur dengan tebing
|
bekerjasama dan menjalin hubungan yang erat
|
2
|
a)
bagai dakwat dengan kertas
b)
bagai isi dengan kuku
|
hubungan yang rapat dan tidak dalam dipisahkan lagi
|
3
|
a) bagai ikan pulang ke lubuk
b) bagai belut pulang ke lumpur
c) bagai sirih pulang ke gagang
d) bagai gagak pulang ke benua
e) setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di
belakang kerbau juga
|
orang yang merantau (pergi ke sesuatu tempat) akhirnya
kembali ke tempat asal
|
4
|
bagai menatang minyak yang penuh
|
menjaga anak dengan kasih sayang dan penuh perhatian
|
5
|
a)
bagai pinang dibelah dua
b) bagai cincin dengan permata
|
pasangan yang sepadan dan secocok
|
6
|
a)
bahasa jiwa bangsa
b)
bahasa menunjukkan bangsa
c)
hilang bahasa lenyaplah bangsa
|
bahasa merupakan identiti sesuatu bangsa yang harus
digunakan dengan betul
|
7
|
benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
|
seseorang yang berasal daripada keturunan yang baik, ke
mana-mana pun akan menjadi baik
|
8
|
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
|
hanya orang yang menanggung penderitaan tahu akan
keperitannya
|
9
|
a)
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
b) pokok tidak akan bergoyang kalau angin tidak bertiup
|
sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja
yang melakukannya
|
10
|
a)
di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung
b)
masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
|
menghormati adat resam dan kebudayaan di tempat yang
kita tujui
|
11
|
a)
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
b)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
c)
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
d)
terendam sama basah, terampai sama kering
|
sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan
|
12
|
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
|
orang yang ingin membuat sesuatu akan berusaha untuk
melakukannya manakala orang yang tidak mahu membuat sesuatu akan memberikan
alasan atau berdolak-dalik apabila disuruh membuat sesuatu.
|
13
|
jauh perjalanan luas pemandangan
|
pengalaman dapat ditimba melalui pelancongan atau
penjelajahan ke luar negara
|
14
|
mata pena lebih tajam daripada mata pedang
|
kata-kata seseorang atau hasil tulisan dalam media
memberikan kesan yang lebih baik.
|
15
|
a)
muafakat membawa berkat
b) bersekutu bertambah mutu
c)
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
|
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh.
|
16
|
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
|
golongan muda merupakan tenaga muda yang penting untuk
membangunkan negara
|
17
|
seperti air dalam kolam
|
perasaan tenang
|
18
|
seperti burung di dalam sangkar emas
|
hidup mewah tetapi tidak mendapat kebebasan
|
19
|
ukur baju di badan sendiri
|
perbelanjaan haruslah bersesuaian dengan pendapatan
kita
|
20
|
a)
usaha tangga kejayaan
b)
asal ditugal adalah benih
c)
rajin usaha tangga kejayaan
|
manusia yang gigih berusaha akan mencapai kecemerlangan
dan kejayaan dalam bidang yang diceburinya.
|
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
20 August 2014
SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM BM 2005 - 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment