BAHAGIAN
A
[30 markah]
[masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan perpaduan kaum di Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
SISTEM PENDIDIKAN
|
PROGRAM KEMASYARAKATAN
|
|
PENEMPATAN RAKYAT
|
PERPADUAN KAUM
|
KERANGKA KARANGAN
PEN
|
Rakyat
Malaysia – mesti hidup bersatu padu – bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh – banyak cara boleh dilakukan untuk
mengukuhkan perpaduan kaum
|
ISI 1
|
Sistem
pendidikan negara – memainkan peranan sebagai agen perpaduan – memasukkan
murid-murid ke dalam kelas yang harmoni – pelbagai kaum belajar di dalam satu
kelas – menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama untuk memupuk perpaduan nasional
|
ISI 2
|
Kerajaan –
menempatkan rakyat yang berbilang kaum di sesuatu tempat – dapat bergaul
mesra – hidup bagai aur dengan tebing
– harmoni dan bersatu padu
|
ISI 3
|
Pelbagai
program kemasyarakatan – diadakan oleh pihak kerajaan – kegiatan
gotong-royong dapat memupuk perpaduan kaum – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – membersihkan tempat
tinggal
|
ISI 4
|
Pada hari
perayaan – ziarah-menziarahi antara kaum – menghadiri rumah terbuka yang
diadakan pada hari perayaan – berkenalan dan lebih memahami kebudayaan masing.
|
PEN
|
Semua
rakyat Malaysia – hidup bersatu padu – membina negara yang harmoni dan kukuh
|
KARANGAN BERGAMBAR 1
“Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu”. Demikianlah kata-kata
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas
memperkenalkan Rukun Negara kepada rakyat Malaysia. Kata-kata almarhum memang
ada kebenarannya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya
yakin bahawa banyak cara boleh dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan kaum
kerana di
mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk menyatupadukan rakyat adalah
melalui sistem pendidikan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem
pendidikan memainkan peranan penting sebagai agen perpaduan. Pihak sekolah
bolehlah memasukkan murid-murid ke dalam kelas yang harmoni, yakni diduduki
murid berbangsa Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum lain. Oleh sebab rambut sama
hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum dapat belajar di dalam kelas di
samping menyanyikan lagu kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.
Kerajaan
pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan rakyat yang berbilang kaum di
sesuatu tempat. Hal ini dapat mengelakkan polarisasi kaum dan tidak membina
jurang pemisah antara kaum. Apabila tinggal bersama di sesuatu kawasan
petempatan, kita dapat bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing. Sulaman
kasih dan amala hormat-menghormati yang diamalkan pasti dapat membentuk rakyat
supaya hidup harmoni dan bersatu padu.
Pada masa
yang sama, pelbagai program kemasyarakatan bolehlah diadakan oleh pihak
kerajaan. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong harus dijadikan aktiviti
tahunan suoaya kita dapat memupuk perpaduan kaum. Semua kaum mestilah memahmi
konsep berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan amalan ini, kita bukan
sahaja dapat membersihkan tempat tinggal, malah dapat bergaul mesra dan hidup
serumpum bagai serai. Amalan inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia rakyat
kita.
Di samping
itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan juga merupakan rencah penting
untuk menyuburkan semangat perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka misalnya
bolehlah diadakan pada hari perayaan. Dengan berbuat demikian, semua kaum dapat
dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan dengan penuh bermakna. Apabila
berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, saya yakin bahawa kita dapat
berkenalan dan lebih memahami kebudayaan masing-masing.
Kesimpulannya,
kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup bersatu padu. Hal ini
dikatakan demikian kerana semangat bersatu padu amat penting untuk membina
negara yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab itu, tanpa rakyat tiadalah negara.
Rakyat haruslah berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni demi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment