No.
|
Isi
|
AYAT DAHSYAT
|
1
|
Kerajaan
|
Kerajaan bagaikan jantung yang merupakan jentera negara paling penting
untuk memastikan fungsi pentabdiran kerajaan berjalan dengan lancar.
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat merupakan kerajaan harapan nusa dan
bangsa.
Kerajaan itu bukan permainan politik semata-mata sebaliknya merupakan
nadi penggerak kemajuan sesuatu bangsa.
Bangun atau jatuhnya sesebuah kerajaan itu bergantung pada jenteranya
yang memainkan peranan penting untuk memastikan setiap sayap pentadbirannya
dapat menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan negara.
Kerajaan sesebuah negara memikul tanggungjawab berat untuk memastikan
segala harapan dan doa rakyatnya termakbul melalui dasar dan rancangan pembangunan
yang dijalankan.
|
2
|
Ibu bapa
|
Dalamnya Lautan Pasifik tidak mungkin dapat dibandingkan dengan dalamnya
kasih dan sayang ibu bapa terhadap kita.
Ibu bapa bagaikan Tuhan Maha Esa yang maha mengetahui segala-galanya yang
terbuku di dalam lautan hati anak-anak mereka.
Ibu bapa kita boleh diumpamakan radar kehidupan kita yang sentiasa
mengetahui arah tuju dan destinasi kehidupan kita kerana merekalah yang
melukiskan perjalanan hidup kita sejak kecil.
Janganlah sekali-kali kita lupa akan hakikat bahawa kasih ibu bawa ke
syurga, kasih bapa sepanjang masa.
Ibu bapa yang menadah tangan untuk memanjatkan doa demi kesejahteraan
kita bagai Tuhan yang merestui perjalanan hidup kita sampai bila-bila.
|
3
|
Sekolah
|
Sekolah bagai kilang pendidikan yang melahirkan bakal pemimpin masa depan
yang berpengetahuan dengan pakej sahsiah diri yang terpuji.
Sekolah itu institusi yang paling agung ilmunya kerana guru-guru itu
pendidik nombor utama yang mendukung pembangunan modal insan pada era
modenasasi ini.
Selangkah kita masuk ke pintu gerbang sekolah, selangkah lagilah kita
sudah dekat dengan puncak kegemilangan yang dicari-cari.
Tiada sekolah di dunia ini yang melahirkan anak murid yang jahat tetapi
banyak anak murid yang mencemarkan nama sekolah gara-gara perbuatan diri yang
tercela dan terhina.
Sekolah itu gua peradaban insan yang melahirkan pendeta berilmu dan
pemimpin berilmiah serta pengikut yang berkewibawaan.
|
4
|
Didikan agama dan
moral
|
Didikan agama dan moral ialah perhiasan diri terakhir kita sebelum
kembali ke pangkuan Tuhan yang akan mengadili kita di rumah keadilan.
Mana-mana manusia yang sentiasa mengingati Tuhan sebelum mengambil
apa-apa tindakan dalam hidupnya, maka dialah yang akan dapat memasuki
mana-mana pintu syurga pilihannya.
Agama dan didikan moral bagaikan tiang kukuh dalam kehidupan kita yang
akan menentukan kekuatan jati diri kita apabila menghadapi cabaran dan
liku-liku kehidupan.
Apalah gunanya kaya material dan harta di birai mata tetapi miskin
ajaran-Nya sehingga tidak mampu membeli kunci ke pintu syurga.
Tiada agama di bumi ini yang mendidik kita kehancuran dan tiada didikan
moral yang menggelongsorkan kita ke lurah kebejatan sosial.
|
5
|
Kawan
|
Kawan biar seribu, lawan biar satu. Jangan kita sengaja mencari kemurkaan
Tuhan dengan berkawan dengan insan-insan durjana yang menambah kedosaan dalam
hidup kita.
Kawan yang baik akan mendorong kita mengenali erti kehidupan sebenar
tetapi kawan yang jahat mengajar kita menipu diri sehingga mencalarkan nama
baik kita.
Kawan merupakan seperjuangan kita yang melayari lautan berombak, taulan
merupakan seperjalanan kita yang mendaki bukit-bukit harapan sama-sama demi
membina tinta-tinta kecemerlangan dalam hidup.
Persahabatan pasti wujud dalam kamus kehidupan kita kerana tanpa kawan,
hidup kita tiada ertinya seperti lautan tanpa ikan dan pergunungan tanpa
batu-batan.
Insan pertama yang melekat di dalam hati apabila kita mula mengejar ilmu
dan kejayaan di sekolah ialah kawan yang sejati dan sehati sejiwa.
|
6
|
masyarakat
|
Masyarakat yang madani bukanlah masyarakat yang pulang dari Madinah atau sudah
menunaikan fardu haji di Mekah semata-mata kerana ilmu duniawi itu bekalan
material tetapi ilmu akhirat itu bekalan ke syurga.
Masyarakat yang hidup bersulamkan prinsip bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh adalah lebih berkualiti daripada masyarakat yang hanya
berpolitikkan perkauman.
Jatuh atau bangunnya sesebuah masyarakat bergantung pada kukuh atau
lemahnya pupuk kepemimpinan ketua masyarakat setempat.
Masyarakat yang bersatu hati bagaikan sepuluh batang kayu yang diikat
bersama kerana sukar dipatahkan manakala masyarakat yang mementingkan diri
bagaikan sebatang kayu yang mudah dipatahkan.
Kemajuan sesebuah negara bukan terletak pada kerajaannya tetapi terletak
pada kesatuan hati penduduknya yang kukuh.
|
7
|
Mulut
|
Kata-kata manusia itu lebih tajam daripada pisau kerana menusuk kalbu dan
merobek hati serta jantung kita yang disulami kasih sayang.
Manusia hanya pandai berkata-kata tanpa menggerakkan tenaga dan kudratnya
untuk melaksanakan tugas.Manusia seperti ini bagaikan pokok yang tinggi dan
berdaun lebat tanpa berbuahkan hasil.
Mata pena hanya menulis kata-kata untuk dibaca, mata hati mengumpulkan
kata-kata untuk diluahkan sehingga menggores perasaan relung hati manusia
yang mudah hancur.
Mulut manusia yang berbisa boleh mencakar hati serta meracuni perasaan
manusia kerana kelukaan yang disebabkan oleh kata-kata itu dalamnya tidak
dapat diramalkan.
Janganlah kita suka berkata-kata sesuatu untuk memperburuk orang lain
kerana satu jari menuding orang lain, empat daripada jari tangan itu sedang
menuding kita.
|
8
|
ilmu pengetahuan
|
Ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang itu bagai hiasan diri yang
paling mahal tanpa jenama yang hanya mengenal nama bukannya kualiti.
Kualiti dalam diri seseorang itu terletak pada ketinggian ilmu
pengetahuan yang dikautnya sepanjang merenang lautan cabaran dalam
kehidupannya.
Ilmu itu pelita hidup yang mampu menyuluh kehidupan kita dan menerangi
jalan hidup kita yang sentiasa mendepani persimpangan dilema.
Ketinggian ilmu pengetahuan dalam diri seseorang itu adalah seperti
kekukuhan menara yang dibinanya dengan usaha yang konkrit dan kesungguhan
yang tidak pernah mencapai titik noktah.
Ilmu yang kita pelajari tidak dapat dijual beli kerana pengalaman menimba
ilmu ialah saat-saat yang paling berharga dalam kehidupan kita sebagai
pencinta ilmu.
|
9
|
Kesedihan
|
Kesedihan merupakan penyakit yang tidak dapat didiagnos dengan ilmu
pengetahuan tetapi hanya dapat dikenal pasti dengan menyelami hati dan lautan
perasaan seseorang.
Setiap linangan air mata manusia merupakan setiap retak dan robekan hati
nurani manusia yang tidak mungkin dapat dibaiki kerana luka mungkin boleh
sembuh tetapi parut tetap ada.
Manusia yang tersungkur jatuh ke lurah kedukaan itu mudah dihanyutkan
oleh arus perasaan yang amat emosional kerana kederasan arus lara itu mampu
menjana kekecewaan yang selautan luasnya.
Sedih dan air mata merupakan kawan sejati kepada hati manusia yang
terluka kerana manusia yang terluka amat memerlukan air mata untuk
merembeskan segala kesedihan di dalam hatinya.
Air mata merupakan hadiah kepada manusia yang melukakan hati seseorang
dengan kata-kata atau perbuatan melampau yang tidak disengajakan atau
sebaliknya.
|
|
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
21 August 2014
AYAT CIPTAAN CIKGU TAN YANG DAHSYAT UNTUK KEGUNAAN DALAM KARANGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kasih cikgu , ayat yang bombastik dan sangat membantu utk mengarang karangan yang mantap .
Very nice, keep it up👍
Post a Comment