Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

20 February 2009

Soalan 1: Perbezaan antara Dato' dengan Datuk

Maklumat Atas Permintaan Pengunjung Blog

Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, atau Bahagian Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. Saudara boleh juga merujuk definisi Dato' dan Datuk dalam Kamus Dewan edisi keempat. Buku Protokol di Malaysia Tradisi dan Amalan, terbitan DBP juga ada memberikan maklumat tentang Darjah-darjah Kebesaran yang dianugerahkan khususnya, oleh Kerajaan Persekutuan.
Dipetik daripada klik DBP, keluaran ke-15, 15 Ogos 2005

2 comments:

Anonymous said...

Apa khabar cikgu Tan?

Saya seorang editor sains. Saya mengenali blog cikgu melalui seorang guru juga dari Kuching. Bolehkah saya tanyakan cikgu beberapa kesilapan bahasa yang biasa saya lakukan semasa menyunting petikan soalan sains. Sebelum ini, kami menggunakan bahasa inggeris dalam penulisan sains.

Soalan saya sementara ini ialah:

1. Bahan buangan disingkirkan dari atau daripada ginjal

2. Menuras bahan buagan dari atau daripada darah.

3. Rumus diberi oleh atau diberikan oleh yang berikut:

4. Berikan atau beri dua contoh...

5. Bahan buangan disimpan di dalam buah atau dalam buah.

6. Apakah yang dimaksudkan perkumuhan / dimaksudkan oleh atau dengan perkumuhan?

7. Adakah betul kalau incinerator diterjemahkan kepada insinerator atau pembakar atau penunu?
Terima kasih

Anonymous said...

betul ke cikgu Tan..terbaru di Kelantan Nik Aziz dapat gelaran Datuk walhal cikgu kata kalau ada sultan sepatutnya Dato'.. sila beri penjelasan cikgu...